DC 32 : Cemburu

Drama Completed 34715

"Hubby love ada nak tanya sikit ni." Beritahu Iffa pada Rayyan semasa mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Tanya lah. Banyak pun bolehh!" balas Rayyan sambil ketawa kecil namun wajah resah Iffa membuatkan jantungnya berdegup laju. 'Apa soalan yang Dina nak tanya ni?'

"Hubby dah lama tau ke Aidil yang langgar love dan arwah abang dulu?" tanya Iffa lagi membuatkan jantung Rayyan seakan berhenti.

"Haah. Kenapa love tanya?" tanya Rayyan pula dengan hati yang berdebar.

"Tapi...kenapa hubby tak pernah bagitau love pun?" Wajah resah Rayyan dipandang.

"Sebab hubby tak nak love lagi kecewa kalau love dapat tahu arwah Karl meninggal dunia sebab kena langgar, sebab dendam dan rupanya, bukan sebab terlanggar." jawab Rayyan, jujur.

"Ouh, love nak rehat sekejap. Pening kepala pula tiba-tiba ni." Iffa menyandarkan badannya ke kerusi kereta menghadap ke sebelah kiri sekaligus membelakangkan Rayyan.

"Love marah hubby ke?" soal Rayyan pula risau. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati bila tengok Iffa dalam keadaan macam tu.

"Tak. Cuma pening kepala je." jawab Iffa seraya senyum segaris.

"LOVE tak nak tukar baju dulu ke?" tanya Rayyan pada Iffa apabila melihat Iffa terus merebahkan badannya ke atas katil.

"Tak nak, pinggang love sakit sangat ni." Adu Iffa pada Rayyan dengan mata yang tertutup rapat menahan kesakitan.

"Sini hubby nak tengok." Laju kaki Rayyan melangkah menghampiri Iffa yang baru sahaja bangun dan beralih ke posisi duduk. "Hubby tolong urutkan boleh?" Wajah pucat Iffa ditatap dengan pandangan redup.

"Bo...boleh." balas Iffa.

Tangan Rayyan perlahan-lahan menaikkan sedikit baju Iffa di belakang dan sebelah tangannya lagi mengurut pinggang Iffa. "Love period ke?" Teka Rayyan.

"Haah." jawab Iffa. "Tapi macam mana hubby tahu?" soal Iffa pula seraya kepalanya dialihkan ke belakang menghadap Rayyan dengan dahi yang berkerut. Terasa seperti api cemburu mula menanamkan diri di hati. Hilang habis segala rasa sakit yang ada!

"Hubby..." Rayyan baru sahaja ingin jawab tetapi mati kata apabila melihat pandangan tajam Iffa.

"Dahlah, love boleh urut sendiri!" Ditepisnya tangan Rayyan yang berada di pinggangnya. Kemudian, diturunkan semula bajunya di belakang. Dia bingkas berdiri.

"Ehh love nak pergi mana? Hubby belum jawab lagi lah!" Tangan Rayyan naik menyambar sebelah tangan Iffa.

"Tak payah jawab! Love tahu mesti hubby pernah urut pinggang ex-girlfriend hubby kan? Mesti ex-girlfriend hubby dulu manja kan, sampai bagitau yang dia period!" Bentak Iffa secara tiba-tiba dan menepis tangan Rayyan yang menggenggam tangannya. Dia memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan.

"Hah? Hahaha!" Rayyan yang mendengar itu mulai ketawa terbahak-bahak. Sampai macam tu sekali isterinya membuat andaian sendiri!

"Yang hubby ketawa ni kenapa?" Tangannya naik memukul kuat dada bidang Rayyan dengan perasaan geram dan cemburu. "Sebab betul kan apa yang love cakap?!" Tangannya sambung memukul-mukul dada bidang Rayyan dengan sekuat hati.

"Love, love!" Tangan Iffa yang sedang memukul-mukul dadanya ditahan dan sebelah tangannya lagi memaut pinggang Iffa supaya lebih rapat dengan dirinya. "Hubby tahu sebab mama selalu mengadu mama sakit pinggang, sakit kepala, sakit perut bila period. Lepastu, kadang-kadang hubby yang tolong urutkan. So, dari situlah hubby tahu. Bukan sebab ex-girlfriend hubby." jawab Rayyan seraya ketawa kecil. "Ex-girlfriend hubby tak pernah cakap yang dia period." Sambung Rayyan lagi membuatkan bulat mata Iffa memandangnya.

"Okey, okey, hubby gurau." Rayyan cuba menahan Iffa dari terus meronta-ronta untuk melepaskan diri darinya. "Love tak nak tahu ke siapa ex-girlfriend hubby ni?"

"Tak nak!!! Eiii, love tak nak sayang hubby lagi!" Marah Iffa sambil berusaha melepaskan dirinya dari Rayyan namun semakin dia cuba melepaskan diri, semakin rapat pula Rayyan memaut pinggangnya.

"Love dengar dulu baru hubby lepaskan love." Rayyan tersenyum mengejek memandang wajah tegang Iffa.

"Tak nakkk!"

"Yelah, yelah!" Akhirnya, Iffa mengalah apabila melihat Rayyan seperti takkan melepaskan dirinya selagi dia belum dengar nama ex-girlfriend suaminya!

Rayyan merapatkan bibirnya ke telinga Iffa. "Ex-girlfriend hubby nama dia..."

Iffa menelan air liurnya. Perasaan cemburu semakin menebal.

"Iffa Irdina." Bisik Rayyan membuatkan pipi Iffa mulai naik kemerah-merahan.

"Eiii, hubby ni kan!" Tangan Iffa naik memukul perlahan lengan Rayyan dengan perasaan malu yang menggunung.

"Siapa suruh cemburu tak bertempat!" Rayyan sambung ketawanya yang terbahak-bahak melihatkan wajah Iffa yang sudah merah seperti tomato. "Love je satu-satunya pernah jadi girlfriend hubby. Hubby tak cinta dan sayangkan sesiapa selain dari love." Dilagakannya dahi dia dan Iffa.

Iffa tersenyum lega mendengar kata-kata Rayyan.

"HUBBY!" Tangan Iffa segera mencapai tuala pendeknya untuk menutupi dadanya. Kakinya segera melangkah keluar dari bilik air dengan perasaan takut apabila lampu tiba-tiba terpadam. Seperti lampu tiba-tiba terpadam tempoh hari.

"Love dekat mana?" Belum sempat pun lagi Iffa menyahut panggilan Rayyan, tiba-tiba lampu menyala kembali.

Iffa yang melihat itu segera berlari ke arah Rayyan dan memeluk erat badan Rayyan.

"Love terus keluar dari bilik air dengan towel je ke?" tanya Rayyan sambil membalas pelukan erat Iffa. Iffa dilihatnya hanya bertuala separas lutut bersama dengan tuala pendek menutupi dadanya.

"Haah. Love nak pakai baju, hubby tolong tunggu diluar bilik air." Tangan Rayyan diraih dan dibawanya hingga ke bilik air. "Hubby tunggu love tau. Takut tiba-tiba lampu terpadam lagi." Pesan Iffa sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Hubby masih ada dekat luar ke?!" Laung Iffa dari dalam bilik air setelah beberapa minit kemudian.

"Iya!" jawab Rayyan bersama ketawa kecil dengan gelagat isterinya. Risau sungguh Iffa kalau dia pergi!

"Hubby!" Iffa akhirnya melangkah keluar dari bilik air dan segera menghampiri Rayyan.

"Jom dinner nak?" Ajak Rayyan sambil tangannya meraih tangan milik Iffa dan dibawanya keluar dari bilik.

Happy reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience