"Hello, Karl. Ada apa?" tanya Rayyan pada Raykarl yang sedang berada di talian. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja adiknya itu memanggil.
"Abang sihat?" Dia bertanya tentang kesihatan abangnya terlebih dahulu sebelum masuk ke intipati sebenar.
"Alhamdulilah sihat. Kau pula?" Diulang soalan yang sama pada Raykarl.
"Sihat. Iffa pun sihat, dia dah mengadung abang." jawab Raykarl tanpa apa-apa niat.
Rayyan terdiam. Pada mulanya, dia berhasrat untuk berdiam diri atau mengubah topik tapi kerana Raykarl ialah adiknya, dia memutuskan untuk membalas jawapan Raykarl.
"Alhamdulilah, dah berapa bulan?" soal Rayyan dengan nada teruja walaupun dalam hatinya sekarang ini hanya Allah yang tahu betapa sakitnya dia bagai dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam. Namun, walau bagai manapun dia tetap gembira dengan berita itu. Adiknya, Raykarl menjaga dan menyayangi Iffa sangat baik. Dia tahu Raykarl mampu bahagiakan, Iffa Irdina.
"Enam bulan. Karl sebenarnya ada mimpi sesuatu."
"Mimpi? Kau mimpi apa?" soal Rayyan lagi, hairan. Takkan lah sebab mimpi je Raykarl tiba-tiba memanggilnya?
"Karl mimpi..." Kata-kata Raykarl terhenti.
"Mimpi? Karl mimpi apa? Kau okey tak, dik?" Rayyan mulai risau dan resah dengan sikap Raykarl.
"Jangan risau, Karl okey je." jawab Raykarl lagi.
"Habis tu? Iffa ke?" Hatinya kian resah. Jantungnya berdebar hebat.
"Tak. Abang dengar ni baik-baik, Karl ada mimpi dan Karl mimpi yang Karl pegang tangan Iffa lepastu Karl serahkan pada abang." balas Raykarl membuatkan dahi Rayyan berkerut seribu dan penuh dengan tanda tanya. "Aku..."
"Hah? Lepastu? Aku tak faham." Rayyan semakin hairan apabila mendengar suara getaran adiknya, Raykarl. "Kau okey tak ni?"
"Kalau aku pergi dari dunia ni, boleh tak abang tolong jaga Iffa macam dulu? Sebelum aku jaga dia? Boleh tak, abang sayang Iffa macam dulu? Ni..."
"Kau jangan merepek lah Karl!" Marah Rayyan sekaligus memotong percakapan Raykarl sebentar tadi. "Kau mengarut apa ni?"
"Aku tak mengarut. Tolong janji dengan aku yang kau akan jaga Iffa macam dulu lepas aku pergi dari dunia ni?" Diulang soalan yang sama pada Rayyan.
"Raykarl Ridzuan!" Nama penuh Raykarl disebut dengan geram.
"Ni amanah terakhir aku abang. Tolong janji dengan aku yang kau akan jaga Iffa dan sayang Iffa?"
"Aku takkan sesekali janji!" balas Rayyan dengan nada yang sudah naik seoktaf.
"Please, abang Yan." Pujuk Raykarl lagi. Dia berharap sangat yang Rayyan akan berjanji dengannya.
"Kau ni kan!" Keluhan berat terlepas dari mulut Rayyan.
"Please, abang Yan."
"Fine, aku janji!" balas Rayyan sekaligus tangannya menekan punat mematikan panggilan antara mereka. Dia mendengus geram. 'Pelik betul lah Karl ni.'
DUA TAHUN KEMUDIAN,
"Assalamualaikum, abang. Sayang Humaira, datang melawat abang ni." Tangannya naik mengusap perlahan dan lembut batu nisan milik arwah suaminya seperti mengusap kepala arwah suaminya, Raykarl.
"Kelmarin sayang tak dapat datang melawat abang sebab kelmarin sayang pergi interview dekat Hotel Y&K. Alhamdulilah, sayang dapat kerja di bidang masakan. Kafe pula sayang dah jual. Abang jangan marah sayang tau sebab sayang jual kafe. Banyak sangat kenangan kita dekat restoran. Sayang Humaira, tak sanggup nak teruskan buka restoran tu." Air mata mulai bertakung di tubir matanya. Selepas dua tahun, baru dia dapat terima permergian Raykarl dari dunia buat selamanya.
Dia hidup merana dan derita tanpa Raykarl di sisinya. Hari-harinya, terasa kosong tanpa melihat wajah Raykarl. Kalau dulu setiap pagi hanya wajah Raykarl yang menyapa matanya selepas bangun dari tidur tapi kini hanya baju Raykarl yang menjadi penemannya. Dia rindu, sungguh rindu pada Raykarl.
"Sayang Humaira, sihat. Mama, baba dan Camy pun sihat. Mummy dan papa pun sihat juga. Abang nak tahu sesuatu tak?" Iffa segera memeluk kubur Raykarl seperti sedang memeluk erat badan Raykarl. "Cinta di hati sayang untuk abang ni takkan pernah ada tarikh luput dan rindu untuk abang ni takkan ada titik noktah. Cinta sayang dan rindu untuk abang ni takkan pernah habis." Wajahnya disembankan ke kubur Raykarl seperti sedang menyembamkan wajahnya ke dada Raykarl.
'Mengapa derita hadir di saat aku mula mengenali cinta dan mula merasa bahagia yang sebenar-benarnya?'
Tanpa Iffa sedar ada seseorang sedang memerhartikannya dari jauh. 'Sampai bila kau nak jadi macam ni, Dina?'
MALAM ITU,
Tanpa ada sebarang makanan atau minuman masuk ke dalam perutnya, dia terus membaringkan badan ke atas katil sambil memeluk erat baju t-shirt berwarna hitam milik Raykarl yang selalu Raykarl pakai dan t-shirt itu jugalah yang selalu menjadi penemannya semasa dia ingin melelapkan mata. Bau badan Raykarl masih kekal di t-shirt itu kerana dia tidak pernah cuci selepas Raykarl pergi tinggalkan dia buat selamanya.
Iffa merenung tempat di sebelahnya. Sebelah tangannya naik menyentuh tempat pembaringan Raykarl di sebelah. Selalunya, Raykarl yang akan mendodoikannya sebelum dia tidur tapi kini...hanya tinggal kenangan yang dia akan simpan di hati buat selamanya.
Perasaan sedih dan sebak mula menerjah ke dalam hatinya membuatkan air mata perlahan-lahan turun mengalir keluar dari anak matanya.
"Kenapa ni sayang Humaira? Jangan nangis." Esak tangisnya semakin kuat apabila dia terbayang seakan-akan Raykarl sedang mengusap perlahan dan lembut kepalanya. Dia menyembamkan wajahnya ke t-shirt berwarna hitam milik Raykarl dan dipeluk erat. 'Sayang Humaira, rindu abang... rindu sangat-sangat.'
Enjoy your reading ^~^
Share this novel