DC 33 : Paris

Drama Completed 34715

SEMINGGU KEMUDIAN,

"Good morning love." Rayyan berbisik perlahan di tepi telinga Iffa.

Perlahan-lahan mata Iffa terbuka. Tadi lepas subuh dia terus sambung tidur sehingga terlupa tentang suaminya.

"Good morning hubby." Iffa bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk.

"Puas tidur?" soal Rayyan pada Iffa seraya melabuhkan punggungnya ke atas katil di hadapan Iffa.

Iffa menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. "Hubby ke yang masak tu?" tanya Iffa pula. Mereka berdua telah pindah ke rumah yang Rayyan belikan untuk mereka berdua. Rumah dia dan arwah Raykarl pula masih dia lawat sebagai kenangan dan ingatan.

"Haah. Hubby tengok love macam sedap je tidur jadi hubby tak nak lah kacau love. Tu yang hubby buat sarapan ni. Jom, breakfast." Ajak Rayyan pula sambil jari telunjuknya ditunding ke arah balkolni mereka yang telah dihiasi dengan indah olehnya.

"Pandai hubby hias." Puji Iffa membuatkan pipi Rayyan kemerah-merahan. "Love nak mandi sekejap, hubby tunggu lah dulu." Iffa bingkas turun dari katil dan kakinya baru ingin melangkah pergi dari situ namun sebelah tangan Rayyan naik menyambar tangannya membuatkan langkah kakinya terhenti. Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan.

"Mandi cepat tau. Kalau tak nanti tinggal gigit jari jelah love sebab breakfast dah habis. Rugi tau tak rasa masakan hubby!" Rayyan ketawa kecil seraya tangannya memaut pinggang Iffa dan dirapatkan ke badannya.

"Alahh, dulu selalu je love makan masakan hubby." Balas Iffa. Dulu, semasa mereka berdua masih di luar negara Rayyan selalu masak untuknya. Tangannya naik merangkul erat leher Rayyan.

"Dahlah, ove bau masam, pergi mandi!" Arah Rayyan sambil ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah ceria Iffa bertukar monyok.

"Tak nakkk!" Iffa menjongketkan kakinya supaya lebih tinggi dan bibirnya sampai di telinga Rayyan. "Jom, mandi sama-sama nak?" Bisik Iffa perlahan di telinga Rayyan.

"Jom!" Rayyan segera mencempung badan Iffa.

"SEDAP tak?" tanya Rayyan sekali lagi pada Iffa yang sedang pura-pura tidak dengar dengan pertanyaannya.

"Hubby baru nak bagitau love sesuatu tapi tak jadi lah!" Giliran Rayyan kenakan Iffa.

"Okey, okey. Love dengar! Sedap sangat sampai love tak tahu nak jawab apa. Hehehe." Iffa tersenyum.

"Eiii, comelnya!" Akibat geram tangan Rayyan naik mencubit kedua-dua belah pipi Iffa.

"Nahh." Iffa menghulurkan sandwich buatan Rayyan pada Rayyan. "Apa yang hubby nak bagitau tadi?" tanya Iffa. Dia dah tak sabar nak dengar!

"Hmm..." Rayyan menyambut huluran sandwich buatannya yang dihulurkan oleh Iffa. "Hubby nak bawa love pergi honeymoon." Beritahu Rayyan membuatkan Iffa melompat kegembiraan.

"Dekat mana hubby?" tanya Iffa lagi selepas dia melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi.

"Adalah... rahsia!" jawab Rayyan seraya ketawa terbahak-bahak.

"Alahh, bagitau lah!" Iffa mula membuat muka comel sambil matanya dikelip-kelipkan pada Rayyan. "Please..."

"Tak nakk!" balas Rayyan sambil matanya dijulingkan ke atas.

"Bagitau lah..." Iffa bingkas berdiri dan melangkah mendekati Rayyan. Dia melabuhkan punggungnya ke atas paha Rayyan seraya dua kucupan dilabuhkan kedua-dua belah pipi Rayyan.

"Tak nakk!" Jawapan Rayyan masih sama. Sengaja dia hendak mengenakan isterinya yang comel itu!

Mendengarkan itu, wajah Iffa bertukar tegang tapi otaknya ligat memikirkan sesuatu. "Tapi kan love lagi suka kalau kita honeymoon dekat Korea."

"Hah?" Rayyan terkejut, terkedu dan tergamam. "Tapi hubby bawa love pergi honeymoon dekat Paris!" Wajah Rayyan kini bertukar masam.

"Biar betul, hubby?! Yeay! Love memang dah lama teringin nak pergi Paris. Thank you hubby." Badan Rayyan dipeluk erat.

"Love tak kisah ke kalau kita tak pergi Korea?" soal Rayyan menanti jawapan dari Iffa.

"Tak kisah, love sengaja je cakap macam tu supaya hubby bagitau kita nak pergi mana. Hahaha." Giliran Iffa pula ketawa terbahak-bahak.

"Eiii, dia ni kann!" Tangan Rayyan mula lincah menggeletek seluruh badan Iffa.

"Hubby jangan!" Iffa menolak badan Rayyan setelah tidak tahan dengan Rayyan yang menggeleteknya.

Dia berlari masuk ke dalam bilik mereka diikuti dengan Rayyan yang mengejarnya. Mereka berdua berlarian di sekeliling bilik.

"Hubby jangan!" Iffa bingkas panjat ke atas katil apabila melihat Rayyan seakan tidak berhenti dari terus mengejarnya.

"Love..." Rayyan turut panjat ke atas katil untuk menangkap Iffa.

"Hubby..." Iffa terduduk di katil. Dia sudah penat ketawa sejak tadi lagi.

Rayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Iffa. Dia memandang wajah Iffa yang kelihatan penat tapi masih tersenyum.

"Hubby jangan... geli..." Adu Iffa apabila melihat Rayyan seperti ingin sambung menggeleteknya.

"Picit kepala hubby." Arah Rayyan seraya melabuhkan kepalanya di atas Iffa.

"Hubby sakit kepala ke?" tanya Iffa sambil tangannya perlahan-lahan mengurut kepala suaminya, Rayyan.

"Tak." jawab Rayyan pendek seraya ketawa kecil.

"Habis tu, kenapa suruh love picitkan kepala hubby?" Wajah Rayyan ditatap dengan keliru.

"Sini baring sebelah hubby." Arah Rayyan seraya tangannya menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.

Iffa merebahkan badannya ke atas katil di sebelah Rayyan. Setelah itu, tangan Rayyan memaut pinggang Iffa dan dirapatkannya badannya dengan badan Iffa.

"I love you." Ucap Iffa dengan penuh kasih sayang pada Rayyan.

"I love you more." balas Rayyan pula.

"No! I'm more!" Bantah Iffa.

"No, I love you more, more and more!" Bantah Rayyan pula. Tak nak kalah!

"Eiii, dah lah! Nak peluk hubby." Wajahnya disembankan ke dada bidang Rayyan.

Tangan Rayyan pula naik mengusap-usap kepala Iffa sambil melabuhkan satu kucupan di ubun-ubun Iffa. Dia dapat merasakan Iffa yang dulu telah kembali padanya semula.

Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience