"ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM!"
Rayyan terkejut. Sebentar tadi adalah suara babanya menjerit. Tangannya naik memulas tombol pintu dan segera berlari keluar.
"Apa yang berlaku dekat sini?! Apa semua ni, Yan?" Lantang suara garau Ridzuan menyoal Rayyan. Mereka semua baru sahaja sampai di rumah dan terus bergegas ke arah bilik Camelia apabila terdengar suara seorang perempuan menjerit.
"Perempuan ni! Dia letak sesuatu dalam air teh Yan. Perempuan ni jahat, ba!" Bersungguh-sungguh, Rayyan menerangkan perkara sebenar pada Ridzuan.
"Habis tu, macam mana dia boleh masuk dalam rumah? Macam mana kau orang berdua boleh ada dalam satu bilik? Jelaskan pada baba, Rayyan Ridzuan!"
"Yan terlupa kunci pintu, jadi, perempuan ni dapat masuk rumah lah. Pasal kami boleh ada dalam satu bilik pula, panjang ceritanya, nanti Yan ceritakan. Tapi, betul ba, Yan cakap, Yan tak salah. Yang salah perempuan tu." Jelas Rayyan lagi.
"Baba tak nak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul, tapi yang baba pasti sekarang ni, Yan perlu bertanggungjawab!" Tegas Ridzuan.
"What???" Rayyan meraup mukanya. Wajah Ridzuan dipandang dengan riak penolakan. "No, h*ll! Yan takkan kahwin dengan perempuan tu! Yan tak salah, baba!" Tegas Rayyan pula. Dihatinya, hanya ada Iffa Irdina.
"Uncle, aunty, Sara minta maaf sebab dah buat macam ni dengan Rayyan. Kami tak sengaja, kami terlanjur." Tiba-tiba, Qaisara bersuara dan serta merta membuatkan lima pasang mata memandangnya.
"Apa yang kau merepek ni perempuan?!" Terkejut bukan kepalang, Rayyan apabila mendengar Qaisara berkata sedemikian.
"Kau keluar dari rumah ni sekarang Yan! Aku tak nak tengok muka kau di Malaysia ni lagi! Kau pergi dari negara ni!" Halau Ridzuan bersama marah yang menggunung di dada.
"Baba anak kita tak salah. Percayalah, Yan. Takkan baba tak percaya dekat anak kita sendiri? Ummi percaya pada Yan, Yan tak salah, baba. Please." Giliran Calina pula merayu.
"Baba, percaya lah dekat Yan. Yan kena perangkap. Perempuan tak guna ni perangkap Yan! Mama, Karl, Camy, baba percayalah Yan." Rayu Rayyan lagi.
"Yan pergi dari negara ni. Baba tak nak tengok muka Yan lagi. Baba hanya bagi Yan dua pilihan je. Pergi dari negara ni atau bertanggungjawab pasal hal ni. Faham?" Tajam anak mata Ridzuan menikam tepat pada wajah panik Rayyan.
"Tu bukan pilihan, ba. Yan dah ada kekasih! Yan tak boleh tinggalkan dia dan keluarga Yan sendiri. Dan Yan juga takkan bertanggungjawab atas perkara yang Yan tak buat langsung!"
"Kalau macam tu buat apa yang baba suruh. Bertanggungjawab!" Sambung Ridzuan lagi.
"Yan takkan bertanggungjawab walau macam mana keadaan sekali pun!" Tegas Rayyan lagi.
"So, tinggalkan negara ni. Keluar dari rumah ni dan jangan kembali lagi." Balas Ridzuan.
"Sampai macam tu sekali?" Wajah Ridzuan dipandang dengan riaksi terkejut. Babanya langsung tidak percayakan dirinya?
"Yes, baba tak nak tengok muka Yan lagi dah lepasni. Yan dah malukan baba dan mama!"
Rayyan meraup kasar mukanya. Perasaannya tika ini bercampur baur. 'Aku tak boleh tinggalkan, Dina. Tapi aku pun tak boleh nikah dengan perempuan tak guna tu!' "Yan akan pergi dari sini dan Yan takkan nikah dengan perempuan tu. Baba nak sangat macam tu kan?" 'Aku minta maaf, Dina, aku terpaksa tinggalkan kau. Aku takkan dapat jumpa kau lagi dah lepasni.'
"Good." Pendek sahaja balasan daripada Ridzuan. Kakinya dibawa melangkah keluar dari bilik Camelia.
"Kau keluar dari rumah ni, perempuan!" Calina berlari ke arah Qaisara dan tangannya naik mengheret Qaisara keluar dari rumahnya dan Ridzuan.
"Aunty percaya lah Sara! Rayyan dan Sara bercinta. Tolong, suruh Rayyan bertanggungjawab lepas apa yang kami dah buat. Kami tak sengaja, kami terlanjur. Sara harap sangat aunty dapat faham. Ni soal maruah Sara! Sebagai perempuan mesti aunty faham, kan?" Wajah Calina dipandang dengan penuh harapan dan tangan Calina yang sedang mencengkam tangannya juga sudah berada di dalam genggamannya.
Panas telinga Calina apabila mendengar Qaisara berkata sedemikian. "Kamu cakap pasal maruah? Kalau kamu fikir pasal maruah kamu takkan buat benda yang salah dengan anak aunty! Kamu akan jaga maruah kamu sebagai seorang perempuan. Please lah, aunty tahu kamu yang selalu hantar hadiah dekat anak aunty dan kamu yang diam-diam suka dekat anak aunty, kan? Tolong, jangan fitnah anak aunty macam ni! Aunty kenal dan aunty tahu macam mana anak aunty yang sebenarnya. Tolong pergi dari hidup anak aunty dan jangan datang lagi!" Selepas merayu pada Qaisara, Calina terus melangkah masuk ke dalam rumah semula.
(TIGA HARI KEMUDIAN)
"Mama." Selepas tangan Rayyan mengetuk pintu bilik Calina dia segera memulas tombol pintu sambil kedua kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
"Yes Yan?" Calina cuba untuk tersenyum manis pada anak lelaki sulungnya.
"I'm really sorry. But trust me. Yan tak buat benda terkutuk tu dan tak berani pun untuk buat. Please, trust me." Rayyan telah selamat melabuhkan punggungnya di atas katil.
"It's okay, son. I'm trust you." Jari-jemari Calina naik mengusap perlahan wajah Rayyan.
"Thanks ma. Tapi... Dina. Yan terpaksa tinggalkan dia ma! Yan sayang dia sangat-sangat!" jawab Rayyan seraya terus masuk ke dalam pelukan hangat Calina dan melepaskan tangisan hiba.
"Shhh." Calina cuba menenangkan Rayyan.
"MAMA jaga diri tau. Jaga makan minum dan yang paling penting jangan menangis sebab Yan. Yan akan selalu call mama. I love you, ma." Ucap Rayyan seraya segera memeluk badan Calina.
"Okey, dah." Calina cuba meleraikan pelukan mereka berdua sebelum air matanya jatuh. Dia cuba untuk tidak menangis di hadapan Calina.
"Karl." Rayyan beralih pula ke arah Raykarl. "Kau je harapan abang untuk jaga family kita. Kau jaga diri tau Karl."
"Abang Yan tak perlu risau pun. Karl akan jaga family kita."
Selepas itu, Rayyan beralih pula ke arah Camelia. "Camy, jaga diri baik-baik tau. Tolong mama urus kerja dekat rumah ni. Jaga maruah diri sebagai seorang perempuan." Pesan Rayyan tulus dari hatinya.
"Abang Yan!" Mendengarkan itu, Camelia segera memeluk Rayyan.
"ABANG dah nak pergi dah ni. Jaga mama, baba dan Camy tau." Tangan Rayyan naik menepuk bahu Raykarl perlahan.
"Kau tak nak stay sini lagi ke, abang?" Raykarl memandang wajah tenang Rayyan.
"Baba dah halau aku. Boleh tak kau janji dengan aku satu perkara?" soal Rayyan. Raut wajahnya mula bertukar serius.
"Apa?"
"Aku sebenarnya, ada janji dengan seorang perempuan ni, yang aku takkan tinggalkan dia. Tapi aku terpaksa mungkir janji yang aku sendiri pegang. Aku nak minta tolong kau jaga dia. Tolong nikah dengan dia, jaga dan sayang dia dengan sepenuh hati kau. Jangan lukakan dia. Nama dia Iffa Irdina." jawab Rayyan.
"Tapi..."
"Boleh tak? Kau seorang je yang aku boleh harapkan." Rayyan memandang Raykarl dengan penuh harapan.
"Okey, tapi kau tak kisah ke kalau aku nikah dengan dia?" tanya Raykarl, pelik.
"Kalau dia nikah dengan kau, aku takkan risau dah. Aku percaya kau boleh jaga dan sayang dia. Aku bahagia, kalau dia pun bahagia. Janji dengan aku?" Rayyan masih berharap.
"Aku janji." balas Raykarl.
Alhamdulilah, dapat update lagi Happy reading guys ^~^
Share this novel