DC 50 : Kejam

Drama Completed 34715

"Love?" Langkah kaki Rayyan dibawa ke arah Iffa yang sejak pagi tadi duduk termenung di balkolni mereka. Makan tak nak, apa pun Iffa tak nak buat. Kemudian, Rayyan melutut di hadapan Iffa seraya tangannya naik meraih tangan Iffa dan diusap perlahan. "Bagitau hubby. Bagitau hubby kenapa love termenung je dari tadi? Love ada masalah ke?" tanya Rayyan dengan nada suara yang penuh kelembutan.

"..." Iffa tidak menjawab dia masih dalam keadaan yang sama. Termenung.

"Baby, tolong abah. Tolong abah tanya ibu, kenapa ibu termenung je. Makan pun ibu tak nak. Kesian ibu dan baby kan? Abah minta maaf sebab dah buat baby dan ibu sakit. Abah janji lepasni, abah jaga ibu dan baby." Tapak tangan Rayyan dilekapkan ke atas perut Iffa. "I love you."

"Hubby..."

Rayyan tersentak apabila dengan tiba-tiba sahaja telinganya disapa dengan suara Iffa memanggilnya dan yang membuatkan dia paling terkejut ialah panggilan Iffa padanya. 'Hubby?' Dengan segera Rayyan mendongakkan kepalanya memandang tepat ke arah wajah Iffa yang telah basah bersama air mata.

"Love ni kejam ke? Love ni kejam ke sebab tak faham suami sendiri? Love ni kejam ke sebab selfish? Sebab tak ambil peduli pasal suami love sendiri? Love cuma..." Iffa ingin menyambung bicaranya namun suaranya seakan tersekat.

Melihatkan itu, Rayyan lekas menarik Iffa ke dalam pelukannya dan Iffa melepaskan tangisan hibanya di dalam pelukan hangat Rayyan.

"Love ni kejam ke sebab tak percaya pada suami sendiri? Love dah berkasar dengan hubby. Love ni dah jadi isteri derhaka ke hubby?" Semakin kuat tangisan Iffa.

"Tak, tak, tak, love. Kenapa cakap macam tu? Kalau sesiapa di tempat love pun, dia orang tetap akan buat benda yang sama macam apa yang love buat. Love tak salah. Yang salah hubby. Sebab hubby yang mulakan semua ni." balas Rayyan sambil anak matanya membolos masuk ke dalam anak mata berwarna coklat milik Iffa.

"Dah jangan menangis lagi. I don't want to see your tears anymore, faham?"

Iffa menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham. Dia tersenyum.

"SEBENARNYA, love belum tidur lagi semalam dan love dengar apa yang hubby cakap dekat love. Hubby tak pernah letih ke layan perangai love yang kadang-kadang kurang ajar ni?" Kepala Iffa dilabuhkan ke atas bahu Rayyan.

"Tak, tapi... kadang-kadang? Kadang-kadang je?" Sengaja soalan itu dilontarkan pada Iffa.

Muncung sedepa Iffa dikeluarkan. "Yalah, love mengaku bukan kadang-kadang je. Tapi hampir selalu."

"Hubby gurau jelah, love adalah isteri hubby. If you're sad, that's my sad too. If you're hurt, I'm will hurt too. Your tears my tears too. If you smile, I will smile too. Your happy, my happy too. We share everything, feelings and live. If I said, that I love you, and you're everything to me, I mean it."

Iffa tersenyum malu mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Rayyan.

"Eleh, eleh! Dah lama hubby tak tengok senyuman tuuu. Rinduu hubby nak tengok! Eii, comel!" Jari Rayyan naik mencubit geram pipi kiri Iffa. Geram dia tengok 'senyuman malu' Iffa apabila dia 'ayat' Iffa atau puji Iffa.

"Hubby love ada nak tanya ni..."

"Apa?"

"Boleh tak hubby beritahu love perkara sebenar yang jadi pada hubby dulu? Pasal lima tahun lepas?" Takut-takut, Iffa ingin menyoal.

"Okey, sebelum ni hubby tak beritahu, hubby tolak nak beritahu love perkara sebenar sebab hubby belum sedia, sebab hubby malu, sebab perkara ni adalah peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidup hubby. But now, I'm ready. Cuma satu je hubby nak minta dekat love. Love tolong jangan potong cakap hubby dan dengar je apa yang hubby nak cakap." jawab Rayyan. Wajahnya telah berubah serius.

"Okey."

(IMBAS KEMBALI)

LIMA TAHUN LEPAS,

"Yan!" Calina berlari anak mendekati Rayyan yang sedang berada dalam bilik tidur selepas mengetuk pintu. "Mama dah sediakan air teh untuk Yan, nanti Yan minum, okey? Mama, Karl, Camy dan baba nak keluar. Yan tak nak ikut ke?"

"Tak nak, Yan pun nak keluar juga tapi petang nanti." Jawab Rayyan.

"Eleh, nak keluar jumpa girlfriend lah tu!" Usik Calina pada anak sulungnya.

"Haah, ma." Jawab Rayyan lagi bersama senyuman.

"Bila nak kenalkan dekat mama dan baba? Mama kenal tak perempuan tu?" Tiba-tiba, dia rasa berminat ingin tahu tentang kekasih anak lelakinya.

"Kalau ada masa Yan bawa lah mama jumpa Dina tapi, Yan pun sibuk sekarang ni. Mama kenal je Dina. Nanti mesti mama terkejut bila Yan kenalkan!" Jawab Rayyan lagi dengan riaksi teruja.

"Mama kenal? Kalau macam tu bawa mama jumpa Dina cepat-cepat! Mama tak sabar nak jumpa dia."

"Ummi!"

"Baba dah panggil mama dah tu, nanti kita borak lagi tau. Bye!" Kaki Calina melangkah keluar daripada bilik Rayyan selepas Rayyan menyalami tangannya.

"Ouh ya, mama tak kunci pintu tau sebab Yan ada di rumah. Nanti Yan jangan lupa kunci tau." Sempat lagi Calina berpesan pada Rayyan.

"SEDAPNYA! Mama memang pandai buat air teh!" Puji Rayyan sambil memandang gelas yang berisi air teh setelah dia habis menghirup air teh buatan mamanya.

"Sedap kan? I ada tambah 'ubat' untuk hubungan kita berdua." Entah dari mana Qaisara muncul tiba-tiba sahaja Qaisara telah duduk di hadapannya.

"Dari mana kau masuk?! Apa kau buat dalam rumah aku ni?!" Rayyan bingkas berdiri dan anak matanya tajam merenung wajah Qaisara.

"Pintu rumah You tak berkunci, sayang. So, I masuk lah. Tak salah kan?"

"Kau keluar sekarang!" Laju tangan Rayyan memegang kerusi apabila terasa kepalanya pening dan badannya seakan ingin jatuh.

"Ubat tu dah tunjuk kesan. I takkan guna cara ni kalau You tak jual mahal. Tapi You tolak I, so, I takde pilihan lain selain guna cara ni. I'm sorry, sayang." Perlahan-lahan, kaki Qaisara mendekati Rayyan yang sedang bergelut dengan dirinya sendiri melawan rasa pening.

"Ubat apa yang kau letak dalam air teh tu, hah?!" Rayyan cuba untuk berjalan pergi dari situ meninggalkan Qaisara namun, Qaisara lebih pantas menariknya masuk ke dalam sebuah bilik.

"Lepas lah!" Rayyan tidak berputus asa. Tangannya menolak kuat badan Qaisara agar menjauhinya dan dia berlari masuk ke dalam bilik air. Setelah dikenal pasti, baru dia sedar bahawa mereka berdua sedang berada di dalam bilik tidur Camelia, adik bongsunya.

Selepas, sepasang kaki Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik air, tangannya naik mengunci pintu bilik air dan merendamkan badannya ke dalam tab mandi. Wajahnya juga dibersihkan berkali-kali agar hilang rasa pening yang semakin kuat menguasai kepalanya.

"ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM!"

Alhamdulilah, dapat update dua bab hari ni Happy reading guys dan hi kepada new followers Thank youu, sbb sudi follow Hana dan baca novel Hana

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience