"Karl, okey?" soal Calina seraya melabuhkan punggungnya ke atas katil di sebelah Raykarl. Sejak balik dari meminang Iffa tadi Raykarl terus naik ke bilik. Mungkin Raykarl tak cintakan Iffa tapi Raykarl sendiri yang suruh dia pinang Iffa untuk dia.
"Karl okey. Cuma... Karl tak pasti kalau Karl boleh jaga Iffa. Mesti Iffa tolak kan nanti?" Raykarl menghela nafas berat. Iryan dan Isya setuju kalau Raykarl jadi menantu mereka tapi mereka belum beritahu Iffa hal sebenar.
"Doa banyak-banyak Karl. Mama tak tahu kenapa Karl tiba-tiba suruh mama dan baba masuk meminang Iffa tapi yang mama tahu Karl takkan buat keputusan tanpa berfikir betul-betul. Mama proud of you." Tangan Raykarl diraih dan diusap perlahan memberi kekuatan pada Raykarl.
"TOLONG! TOLONG!" Dia menjerit meminta tolong. Walau berkali-kali dia cuba lepaskan diri dia tetap tak dapat.
TOK! TOK! TOK! Ketukan di pintu bergema lagi seolah-olah orang itu cuba menyelamatkannya dari dipeluk kuat oleh orang di belakangnya yang dia tidak kenal pun.
Dia berada di satu bilik yang asing. Yang dia tak pernah jejakkan kaki.
"YA Allah!" Iffa terbangun secara mengejut dari tidurnya. Hampir setiap malam dia selalu mimpi hal yang sama setelah Raykarl masuk meminangnya.
Dia mengeluh. Dah dua minggu Raykarl masuk meminang dan dua minggu yang dia pinta tapi sampai sekarang dia belum berikan jawapan dan buatkan pihak Raykarl tertunggu-tunggu.
Kakinya perlahan-lahan dibawa turun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Kakinya menapak ke arah dapur kerana tekaknya tiba-tiba terasa haus.
Cawan yang telah diisi dengan air dibawa ke sofa seraya melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Air diteguk untuk menghilangkan rasa haus.
"Ir...?" Isya datang menghampiri Iffa seraya melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah Iffa.
"Mummy? Mummy belum tidur lagi ke?" soal Iffa hairan.
Isya menganggukkan kepalanya perlahan. "Pasal pinangan tu... Raykarl cakap kalau Iffa tolak dia, dia tak kisah. Dia faham."
"Ouh..." Hanya itu balasan dari Iffa.
"Sebenarnya..."
IMBAS KEMBALI
"Tolong jadikan Iffa peneman hidup Karl sehingga akhir nafas Karl boleh?" soal Isya tiba-tiba pada Raykarl dua minggu lepas.
"Karl..." Raykarl mati kata. Otaknya ligat berfikir ingin menjawab apa.
"Please, Karl. Karl lah satu-satunya lelaki yang boleh mummy dan papa harapkan untuk jaga Iffa. Kalau Karl tak nak mummy dan papa tak paksa." Sambung Isya lagi. Dia berharap sangat Raykarl bersetuju memperisterikan Iffa, satu-satunya anaknya.
"Bagi Karl masa? Karl fikir dulu, boleh?" balas Raykarl. Hanya itu sahaja yang dia dapat fikirkan sekarang.
"Boleh, boleh!" Isya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Bibirnya terukir senyuman gembira.
"JADI sebab tulah?" tanya Iffa pada Isya setelah Isya menceritakan segalanya padanya.
"Karl cakap bukan sebab tu je. Ada sebab lain juga tapi mummy tak tahu sebab apa selain dari tu." jawab Isya. "Mummy harap Ir setuju jadi isteri Karl sebab yang mummy dan papa nampak sekarang hanya Karl lah satu-satunya lelaki yang boleh jaga Ir dan jadi suami Ir." Sambung Isya lagi.
"Ir setuju." Akhirnya, jawapan yang dia nak elakkan, terkeluar juga.
Kalau Raykarl ialah lelaki pilihan mummy dan papanya bermakna Raykarl ialah lelaki yang tepat untuk bimbingnya.
"IFFA! Iffa! Awak nak pergi mana?!" Laung Raykarl pada Iffa yang telah berlari tapi tidak jauh darinya. Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Raykarl.
"Tolong! Tolong saya... Saya takut! Saya... jangan tinggalkan saya Raykarl!"
"Astaghfirullah hal 'azim." Raykarl terjaga dari tidurnya apabila dia bermimpi sekali lagi tentang hal yang sama dan disebabkan mimpi itulah juga kenapa dia mengambil keputusan untuk meminang Iffa menjadi isterinya.
Matanya melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. "Jam lima." Raykarl segera turun dari katil dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
Hari ni, ialah hari dia dan Iffa akan diijabkabulkan. Masih segar di ingatannya tentang seminggu lepas apabila mamanya memberitahu jawapan Iffa padanya. Dia tersenyum apabila teringat akan hal itu.
Seminggu sebelum itu,
"KARL!" Calina berlari ke arah bilik Raykarl dan tangannya naik memulas tombol pintu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ini adalah kali pertama dia melakukan begitu. Selalunya, dia mengetuk pintu terlebih dahulu jika ingin masuk ke dalam bilik anak-anaknya. Tak kira perempuan ataupun lelaki.
"Ada apa, ma?" tanya Raykarl risau saat melihat mamanya kelam kabut masuk ke dalam biliknya.
"Iffa!" Tercungap-cungap nafas Calina. Dia terlalu gembira. Tidak sabar ingin menyampaikan berita gembira ini pada Raykarl.
"Kenapa dengan Iffa?" soal Raykarl risau bercampur cemas. Entah kenapa perasaan dia rasa lain sekarang ini. Jantungnya berdegup laju. Perasaan risau semakin menebal dalam hatinya. Adakah dia telah jatuh cinta pada Iffa tanpa sengaja dan tanpa sedar?
"Iffa dah bagi jawapan!" jawab Calina semakin teruja.
"A...apa jawapan dia?" tanya Raykarl lagi. Perasaan risau dan takut semakin bersarang di dalam hatinya.
"Iffa setuju!" jawab Calina lagi membuatkan senyuman manis terbit di bibir Raykarl.
Raykarl segera turun dari katil dan berlari menuju ke arah mamanya. Dipeluk erat mamanya dan dalam hati berulang kali dia mengucapkan alhamdulilah. "Alhamdulilah, ma! Alhamdulilah!"
"Aik, ada orang dah jatuh cinta ke?" Usik Calina sambil membalas pelukan Raykarl.
Raykarl tersipu malu diusik begitu.
"AKU terima nikahnya Iffa Irdina Binti Iryan dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai."
Pada hari itu, mereka hanya buat majlis nikah sesuai dengan hajat Iffa yang tidak ingin bersanding.
Usai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas nikah, kini tiba untuk membatalkan wuduk.
Raykarl melabuhkan punggungnya di hadapan Iffa. Gelang yang sedang berada di atas tapak tangan digenggam erat. Jantungnya berdegup laju. Hatinya berdebar semacam. Telinganya pula seperti mendengar irama lagu yang menyedapkan halwa telinganya.
Sama seperti Raykarl, Iffa juga melalui benda yang sama walau berkali-kali dia tepis perasaan itu. Sepasang mata milik Raykarl menatap wajahnya yang manis. Raykarl menghadiahkan senyuman manis buat dirinya.
Perlahan-lahan tangannya menyarungkan gelang ke pergelangan tangan Iffa dan cincin disarungkan ke jari manis Iffa.
Iffa membalas dengan menyalami tangan Raykarl.
DAK! Iffa terpaku saat Raykarl tiba-tiba mengucup dahinya dan membuatkan jantungnya berdegup kencang seperti sedang berlari laju.
"Lamanya!" Ada beberapa tetamu yang hadir mengusik Raykarl dan Iffa saat bibir Raykarl melekat lama di atas dahi Iffa.
"Saya janji akan jaga awak hingga akhir nafas saya. Terima kasih sebab sudi terima saya jadi suami awak. Saya sayang awak." Pipi Iffa yang sudah merah kerana diusik tetamu itu semakin merah tatkala Raykarl berbisik di telinganya. Makin laju jantungnya. Macam nak meletup!
Tangan Raykarl naik mengusap lembut pipi Iffa yang putih bersih. Seperti hanya mereka sahaja yang berada di situ. Tiada orang lain melainkan hanya mereka berdua sahaja.
Apabila Raykarl menunjukkan aksi begitu makin bertambah jumlah yang mengusik Raykarl dan Iffa sehinggakan wajah Iffa sudah merah seperti tomato.
Wajah Iffa yang sudah merah seperti tomato di tatap. Iffa nampak bertambah manis apabila dia mengenakan tudung labuh. "Cantik isteri saya." Puji Raykarl pada Iffa tapi dengan keadaan berbisik.
Perlahan-lahan kepala Iffa ditundukkan dari dipandang Raykarl. Kalau begini Raykarl layan dia, dia boleh jatuh cinta cepat ni!
Enjoy your reading (:
Share this novel