"Abang Humaira ada nak tanya sesuatu ni."
"Tanyalah." Mereka berdua masih dalam keadaan baring di lantai dengan memandang satu sama lain.
"Bila kita nak keluar?" tanya Iffa seraya ketawa kecil. Dia bangun dari pembaringan ke posisi duduk. "Pergilah tukar baju. Humaira tunggu dekat bawah."
Raykarl turut bangun dari pembaringan ke posisi duduk menghadap Iffa. "Tunggu di sini je lah." Raykarl memandang Iffa dengan penuh harapan. Berharap Iffa akan setuju.
"Yelah, yelah." Iffa mengalah.
"SAYANG Humaira, okey tak abang?"
Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Raykarl yang baru sahaja keluar dari bilik air.
"Sayang? Humaira? Kenapa tak okey ke?" Raykarl mulai takut dengan riaksi Iffa. Diam. Atau lebih tepatnya terkejut.
Raykarl memakai t-shirt berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam.
"Tak payahlah keluar lah macam ni." Iffa berjalan ke arah Raykarl. "Terlebih handsome pula."
"Hah?" Raykarl blur. Tak faham.
"Takde lah sayang gurau je." Iffa ketawa kecil.
"Tak sekarang ni abang tanya okey tak abang?" Naik geram Raykarl apabila sejak dari tadi tiada jawapan yang tepat diberikan oleh Iffa.
"Okey sangat. Handsome!" jawab Iffa membuatkan Raykarl tersenyum mendengar jawapannya.
Raykarl memaut pinggang Iffa dan dirapatkan dengan dirinya. "So sayang ready tak nak dating dengan abang? Hanya kita berdua."
Iffa menganggukkan kepalanya perlahan menjawab soalan Raykarl. Dia tersenyum.
"ESOK kita gerak dah pergi rumah kita. Sayang dah kemas pakaian kita?" soal Raykarl pada Iffa yang sedang duduk di sebelahnya di atas katil.
"Dah. Esok jam berapa kita bertolak dari sini?" soal Iffa pula membalas soalan Raykarl.
"Lepas zohor."
Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Best tak tadi keluar dengan abang?" soal Raykarl pula.
"Best! Best sangat-sangat!" balas Iffa sambil tangannya memeluk lengan Raykarl dan kepalanya dilabuhkan ke atas bahu Raykarl.
"Sayang masih ingat apa yang abang cakap dekat sayang?" tangan Raykarl naik mengusap lembut kepala Iffa.
Iffa menganggukkan kepalanya tanda menjawab soalan Raykarl. Dia tersenyum.
(Imbas Kembali)
"Kenapa awak pinang saya? Awak tahukan saya baru lepas kecewa? Saya tak boleh nak lupakan apa yang Aidil buat dekat saya. Ni kan pula nak terima lelaki lain? Lagipun, ini bukan kali pertama saya dikhianati. Saya tak yakin yang saya boleh terima awak. Saya cuma takut awak kecewa je nanti." Berkerut dahi Iffa apabila melihat Raykarl hanya beriak biasa sahaja di hadapannya.
"Saya ikhlas nak jadikan awak sebagai peneman hidup saya. Saya takkan suruh awak percaya kan saya tapi saya percaya dengan diri saya sendiri yang saya boleh bahagia kan awak, bimbing awak dan lupakan kesakitan yang awak alami." balas Raykarl seraya bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Tapi saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya, kan?" Iffa mengeluh perlahan. Dia tak nak berharap lagi dia takut dia akan kecewa buat kali ketiga. Cukuplah hatinya dah tersiksa selama ini.
"Cinta boleh datang selepas nikah dan bercinta selepas nikah lebih manis dan lebih bahagia. Saya takkan minta awak berharap yang kebahagiaan tu akan datang pada kita lepas kita nikah tapi saya minta sangat-sangat dekat awak supaya yakin pada diri awak, percaya pada diri awak yang awak akan lebih bahagia kalau awak lupakan kesakitan yang pernah awak alami dan cari kebahagiaan awak sendiri. Tak semua lelaki tu sama, setiap lelaki berbeza perangainya." Raykarl memandang tepat ke dalam anak mata milik Iffa yang masih menunjukkan keraguan.
"Tapi macam mana awak nak buktikan yang awak ikhlas?" soal Iffa yang masih ragu. Dia berhak menentukan kebahagiaannya sendiri.
"Keikhlasan seorang lelaki mencintai seorang perempuan apabila dia ingin menghalalkan perempuan yang dia cintai itu." jawab Raykarl. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia yakin.
"Tapi awak tak kisah ke kalau saya tak cintakan awak?"
"Saya tak kisah. Saya akan buat awak perlahan-lahan jatuh cinta pada saya." balas Raykarl. Senyuman manis masih kekal di bibirnya.
"HATI-HATI tau. Nanti bila dah sampai call mama dan baba. Kalau ada masalah bincang, jangan pendam, jangan bergaduh. Ambil masa kenal satu sama lain dan perangai masing-masing. Cuba faham satu sama lain dan kalau ada apa-apa bagitau mama, baba, mummy dan daddy tau." Pesan Calina pada Raykarl dan Iffa yang baru sahaja ingin bertolak ke rumah mereka berdua.
"Okey, mama. Jangan risau pasal kami. Pesan mama tu kami akan ingat." balas Iffa.
"Kalau abang Karl ada buli kau, kau bagitau je dekat aku, mama atau baba. Nanti kami marah dia!" Pesan Camelia seraya ketawa kecil.
"Abang takkan buli isteri abang ni. Macam mana nak buli kalau abang dah sayang sangat? Tapi abang akan buli supaya hari-hari jatuh cinta dekat abang, kan sayang Humaira?" Lirik mata Raykarl dilarikan menatap wajah Iffa seraya mengelipkan sebelah matanya serta senyuman manis menghiasi bibirnya.
"Dah, dah, pergi cepat! Tak payah buat drama sweet dekat sini jealous orang single dekat sini!" Halau Camelia seraya matanya menjeling Raykarl dan Iffa dengan ketawa kecil.
"Dah tahu single cari lah calonn!" Usik Raykarl pada satu-satunya adiknya.
Tidak lama itu, kereta Raykarl bergerak keluar dari perkarangan rumah Ridzuan dan Calina.
"OKEY tutup mata." Arah Raykarl pada Iffa sewaktu kaki mereka berdua telah berada di depan pintu rumah mereka. Iffa mulai rasa serba salah apabila melihat rumah mereka berdua dari luaran. 'Abang dah habiskan berapa banyak duit untuk beli rumah ni? Besar kot rumah ni...'
"Sayang Humaira fikir apa tu? Tutup mata." Arah Raykarl sekali lagi tapi dengan lebih lembut apabila Iffa dilihat seperti sedang mengelamun.
Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham. Perlahan-lahan dia menutup matanya dan sebelah tangan Raykarl menggenggam erat tangannya.
"Sekejap, abang ambil kunci." Raykarl menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kunci rumah mereka berdua. Sebelah tangannya naik membuka pintu rumah mereka berdua dan kaki mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.
"Okey dah boleh buka mata."
Perlahan-lahan Iffa membuka matanya dan dia terkejut apabila melihat rumah tersebut. Matanya diliarkan memerharti segenap ruang rumahnya. "Cantik... tapi..." Pandangannya dialihkan pada wajah kacak suaminya.
"Tapi apa sayang? Ada yang tak kena ke?" tanya Raykarl yang mulai risau dan resah. Dia takut jika rumah tersebut tidak mencapai tahap kepuasan Iffa.
"Berapa harga rumah ni? Mesti, mahal kan? Tak menyusahkan ke?" Tangan Raykarl diraih dan digenggam erat sambil matanya tepat menatap wajah Raykarl.
"Taklah! Jangan risau untuk sayang Humaira semua tak menyusahkan dan ini adalah salah satu tanggungjawab abang sebagai seorang suami pada sayang. So, don't worry, okey?" Raykarl mengusap perlahan tangan Iffa.
"Thank you abang. Rumah ni cantik sangat! Thank you! Thank you so much!" Balas Iffa seraya segera memeluk badan Raykarl. "Thank you, abang. I love you. So much."
"Sama-sama, sayang Humaira. Selagi abang bernyawa dalam dunia ni, abang akan sedaya-upaya bahagiakan sayang. No matter what happen, this love is yours. I'm promise." Satu kucupan hinggap di dahi Iffa sambil senyuman manis dihadiahkan pada Iffa. Dia telah berjanji pada dirinya sendiri sejak melafazkan akad nikah bahawa dia mencintai dan menyayangi Iffa Irdina hingga akhir nafasnya.
Enjoy your reading (:
Share this novel