DC 26 : Nombor

Drama Completed 34715

"Assalamualaikum mama." Bibir Iffa memberi salam seraya tangannya naik mengetuk pintu rumah milik Ridzuan dan Calina.

Tidak lama itu, kedengaran suara seseorang menjawab salam dan semestinya itu suara bekas mak mertuanya, Calina. "Waalaikummusalam, aik Iffa?"

Terbit senyuman manis di bibir Calina setelah wajah Iffa menyapa pandangan. Sudah lama dia tidak melihat wajah manis dan comel Iffa dan kini wajah itu kembali bersemangat walaupun masih kelihatan sedih. "Jemput masuk." Calina mempelawa Iffa masuk ke dalam rumah.

Iffa memerharti sekeliling rumah Ridzuan dan Calina. Bersih dan kemas. Tiba-tiba, matanya terhenti pada satu bingkai gambar seorang lelaki yang tersenyum manis.

Perlahan-lahan, kakinya berjalan menghampiri di meja yang terletaknya bingkai gambar seorang lelaki itu. Tangannya mula naik mencapai bingkai gambar itu dan diusapnya perlahan. "Abang..." Wajah yang sentiasa dia rindu ditatap dengan penuh rasa cinta dan rindu yang menggunung.

Dia meletakkan semula bingkai gambar itu setelah satu bingkai gambar lagi menyapa pandangannya. Bingkai gambar pernikahan dia dan arwah suaminya, Raykarl diambil dan dilabuhkan satu kucupan ke atas gambar itu. Kenangan yang takkan sesekali dia lupakan walau sesaat dan kenangan itu sentiasa terpahat di hatinya.

"Iffa okey?" Iffa tersedar apabila tangan Calina menyentuh perlahan bahunya. "Iffa masih rindu dekat arwah Karl ke?"

"Tak pernah walau sesaat pun Iffa tak rindu abang, ma. Iffa sentiasa rindu abang. Tapi Iffa dah dapat terima permergian abang." jawab Iffa seraya senyum segaris.

Calina menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham. Dia gembira melihat keadaan Iffa sekarang, dibandingkan dengan keadaan Iffa dulu setelah dapat tahu bahawa Raykarl telah tinggalkan mereka buat selama-lamanya.

"Ouh ya, lupa pula nak cakap terima kasih." Tangan Iffa kembali meletakkan bingkai gambar pernikahan dia dan arwah suaminya, Raykarl. Wajahnya dialihkan memandang wajah Calina yang masih keliru. "Terima kasih sebab dah jemput Iffa dinner dekat sini."

"Ehh, kejap! Iffa memang boleh datang dinner sini bila-bila masa je yang Iffa nak, mama lagi suka. Tapi mama takde jemput Iffa dinner dekat sini pun. Siapa cakap yang mama jemput?"

"Ray yang cakap." jawab Iffa tanpa sedar yang dia terlanjur kata.

"Ray? Maksud Iffa Yan ke?" tanya Calina lagi.

"Hah?" Baru Iffa sedar yang dia terlanjur kata. Keluarga Rayyan tidak tahu mereka berdua ada hubungan dulu kecuali hanya Camelia. "Haah."

"Ouh, patutlah dia minta nombor Iffa dari mama. Tak apalah, mari masuk. Kebetulan kami pun dah nak dinner. Semua orang tengah tunggu dekat meja. Mari." Tangan Calina naik meraih tangan milik Iffa dan dibawanya hingga ke meja makan.

"TERMENUNG apa tu?" Tegur Rayyan sekaligus mematikan lamunan Iffa yang sedang duduk di halaman rumah Ridzuan dan Calina.

"Kenapa kau cakap mama yang jemput aku? Aku tanya mama tadi, mama cakap dia takde pun jemput aku." tanya Iffa geram.

"Saya yang jemput tapi guna nama mama." jawab Rayyan selamba.

"Kau tau tak aku malu?" Wajah Rayyan ditatap dengan riak bengang.

"Malu? Kenapa pula awak nak malu?" Giliran Rayyan pula bertanya dalam keadaan keliru.

"Mestilah, aku malu! Aku malu sebab aku suka hati je datang rumah orang tanpa dijemput." jawab Iffa sambil matanya dijelingkan pada Rayyan.

Rayyan yang mendengar jawapan Iffa ketawa kecil. Wajah Iffa yang mulai merah dipandang dengan senyuman manis. "Siapa cakap awak tak kena jemput? Saya jemput awak dinner dekat sini kan? Jadi, awak tak perlu lah nak malu. Tapi kan..." Ayatnya dibiarkan tergantung.

"Tapi apa?"

"Muka awak jadi makin comel bila awak marah. Ouh ya. Ni saya cakap betul eh. Mama suruh saya beritahu awak supaya tidur je dekat sini. Lagipun, esok cuti. Baju-baju awak pun masih ada dekat bilik arwah Raykarl. Jangan pernah anggap yang awak tu dah takde apa-apa kaitan dengan kami sebab saya akan teruskan kaitan tu dengan ikatan yang sah. Trust me." Mata Rayyan menghantar pandangan redup pada Iffa.

Sebaik sahaja, ayat-ayat Rayyan masuk ke dalam telinga jantungnya berdegup laju dan hatinya berdebar hebat. Tanpa dia sedar dia membalas pandangan redup Rayyan.

"Dah lewat ni. Pergilah, masuk tidur." Arah Rayyan apabila melihat mata Iffa tidak lepas dari menatapnya.

Iffa tidak menjawab sebaliknya dia hanya berdiri dan berlalu pergi kerana malu akan situasi tadi.

IFFA terjaga dari tidurnya yang lena dengan memeluk baju arwah suaminya kerana tekaknya tiba-tiba berasa haus.

Dia bingkas turun dari katil dan segera berjalan keluar dari bilik. Dia menapak ke arah dapur. Sampai sahaja dia di dapur tangannya naik mencapai gelas untuk dia isi dengan air.

PRANG! Gelas yang dipegangnya sebentar tadi terlepas dari tangannya setelah dia terkejut apabila lampu di dapur tiba-tiba sahaja terpadam malah dia merasakan bukan sahaja lampu di dapur tapi lampu di seluruh ruang rumah terpadam.

"Aduh!" Air mata mulai perlahan-lahan keluar dari mata Iffa akibat kesakitan akan serpihan-serpihan gelas yang terjatuh di kakinya dan dia tidak tahu ingin meminta tolong dari siapa dalam keadaan gelap gelita itu. Hanya esak tangisnya yang semakin kuat.

"Ya Allah, kenapa ni Dina?" Rayyan segera berjalan menghampiri Iffa yang sedang berdiri kaku dengan tangisan yang kuat.

Semasa dia keluar dari biliknya tadi lampu baru sahaja hidup kembali dan dia segera menapak ke dapur setelah telinganya menangkap bunyi suara seseorang sedang menangis.

"Ya Allah!" Rayyan terkejut melihat serpihan-serpihan gelas di tapak kaki Iffa. Dia tidak menunggu lama, dia terus mencempung badan Iffa dan dibawanya keluar dari rumah menuju ke keretanya.

"Ray...aku takut. Tadi lampu tiba-tiba terpadam. Gelas pula terlepas dari tangan aku. Aku...tak sengaja. Aku takut...tadi." Baju Rayyan dicengkam kuat dengan rasa takut.

Perlahan-lahan Rayyan membaringkan badan Iffa ke kerusi dan giliran dia pula masuk ke dalam perut kereta. Tidak lama itu, keretanya meluncur laju ke hospital.

"Ray...sakit..." Adu Iffa dengan air mata yang semakin laju mengalir keluar dari matanya.

"Kejap, Dina. Takkan ada apa-apa jadi pada awak. Trust me. Saya ada dengan awak dan akan sentiasa ada dengan awak. Awak jangan takut." Pergelangan tangan Iffa digenggam erat manakala sebelah tangannya lagi tidak lepas dari menggenggam stereng kereta.

"TERIMA kasih sebab dah tolong hantarkan Iffa ke hospital. Terima kasih banyak-banyak Rayyan." Ucap Isya pada Rayyan. Tadi, dia dan Iryan bergegas datang ke hospital setelah diberitahu oleh Calina bahwa kaki Iffa terkena serpihan-serpihan gelas.

"Sama-sama, mummy. Mummy, papa, dan mama boleh rehat dekat rumah. Biar Rayyan dan Camy je yang jaga Dina." balas Rayyan tanpa sedar yang dia terlanjur kata.

"Dina?" soal Isya dalam keadaan bingung.

"Hah? Tak...maksud Rayyan, Iffa." jawab Rayyan gelabah.

"Ouh, terima kasih Rayyan, Camy. Mummy, papa dan mama balik dulu. Kalau ada apa-apa call je mummy okey." Pesan Isya pada Rayyan dan Camelia.

"RAY!" Camelia yang sedang baring di atas sofa tersentak apabila mendengar suara Iffa menjerit. Dia bingkas bangun dan segera berjalan ke arah Iffa dalam keadaan kelam kabut. "Iffa?"

"Ray...Ray..." Mata Iffa perlahan-lahan terbuka. "Mana?! Mana Ray? Ray!" Iffa mulai menjerit-jerit memanggil nama Rayyan.

"Kenapa ni?" Rayyan segera masuk ke dalam wad setelah telinganya menangkap suara Iffa menjerit-jerit. Camelia yang menjaga Iffa di dalam manakala dia tidur di luar wad Iffa.

"Ray!" Iffa segera memeluk Rayyan dengan kuat dalam keadaan ketakutan. "Jangan tinggalkan aku! Please, jangan tinggalkan aku lagi. Aku tak nak hilang kau buat kali kedua."

"Ya Allah, kenapa ni Dina?" Pelukan antara mereka dileraikan dan tangannya naik menyentuh kedua belah pipi Iffa. "Saya takkan sesekali tinggalkan awak buat kali kedua. Look at me, I'm really love you no matter what happen. I used to love you and even now I still love you. I'm not strong enough to forget you and will never be strong. You are always in my heart. You never disappear from my heart and memory, Dina. Trust me." Wajah pucat Iffa ditatap dengan rasa bersalah yang mula bersarang di hati. 'Saya minta maaf sebab tinggalkan awak dulu Dina.'

"Dah tidur." Arah Rayyan pada Iffa.

"Janji jangan tinggalkan aku lagi?" Perlahan-lahan Iffa membaringkan badannya semula ke atas katil setelah melihat Rayyan menganggukkan kepalanya.

"Camy jaga Dina. Kalau ada apa-apa panggil je abang. Abang dekat luar." Pesan Rayyan seraya kakinya melangkah keluar dari wad Iffa.

MATA Rayyan perlahan-lahan terbuka dan dia segera beralih ke posisi duduk. Matanya melirik ke arah jam tangannya. "Jam tiga pagi?"

Setelah itu, dia bingkas berdiri dan berjalan menuju ke wad Iffa. Tangannya naik memulas tombol pintu wad Iffa dengan perlahan. Dia takut Iffa atau Camelia terjaga.

Namun, setelah dia melangkah masuk ke dalam wad itu tiada sesiapa pun yang berada di dalamnya. Rayyan mulai resah dan risau. "Dina! Dina? Camy? Camy!"

Sekeping kertas yang berada di atas katil hospital menarik perhatian Rayyan. Rayyan segera mendekati katil hospital itu dalam keadaan kelam kabut. Tangannya naik mencapai kertas itu dan mula membaca tulisan-tulisan yang berada di atas kertas itu.

-Rayyan Ridzuan, aku cuma nak balik hak aku. Kau jangan risau aku takkan buat apa-apa pun dekat Iffa. Aku bawa adik kau sekali. Aku rasa kau tahu siapa aku. Kalau kau nak juga Iffa dengan adik kau, kau kena bawa dua puluh lima ribu datang rumah aku. Kalau tak, Iffa akan jadi milik aku buat selamanya dan adik kau pula akan jadi hak aku.-

"SIAL!"

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience