"Bahh!"
"Arr! Ish, abang ni!" Iffa memukul perlahan lengan Raykarl. Kepalanya dialihkan ke belakang menghadap Raykarl yang sedang memeluk dirinya.
"Wangi lah rambut sayang. Sayang cuti sampai bila je?" soal Raykarl pada Iffa yang telah selesai mencuci tangan di singki.
"Sayang kan boss. Jadi sayang boleh datang kafe bila-bila masa je." jawab Iffa seraya ketawa kecil. "Abang pula?"
"Dua minggu je. Saja je abang ambil cuti lebih sebab nak spent time dengan sayang. Nanti dah kerja makin sibuk dan tak sempat nak spent time dengan sayang." Adu Raykarl pada Iffa sambil melabuhkan dagunya di atas bahu Iffa.
"Tak apalah. Kita masih boleh spent time bila abang ada cuti. Jom, sarapan." Ajak Iffa seraya tangannya naik meraih tangan milik Raykarl dan dibawa ke meja makan. Mereka melabuhkan punggung masing-masing ke atas kerusi di hadapan meja.
"Ambil satu pinggan je." Arah Raykarl pada Iffa apabila melihat tangan Iffa ingin mengambil satu lagi pinggan.
"Okey." Tangan Iffa mencendokkan mi goreng ke dalam pinggan Raykarl. Kemudian, dia mengambil air milo panas untuk Raykarl dan diletakkan ke atas meja.
"Suap abang." Pinta Raykarl. "Guna tangan." Pinta Raykarl sekali lagi apabila melihat tangan Iffa ingin mengambil garpu.
"Guna tangan? Ni kan mi goreng abang?"
"Saja je. Nanti abang suap sayang pula." balas Raykarl.
Iffa tersenyum malu mendengar balasan dari Raykarl. Tangan Iffa naik menyuapkan mi goreng ke dalam mulut Raykarl dan giliran Raykarl menyuapkan mi goreng ke dalam mulut Iffa.
"Thank you, sayang Humaira." Ucap Raykarl pada Iffa seraya terbit senyuman manis di bibirnya.
"Sama-sama abang." Iffa tersenyum.
"AIK, apa abang buat ni?" tanya Iffa pelik apabila melihat Raykarl mengeluarkan kain yang sudah dibasuh ke dalam baldi.
"Basuh kain dan sekarang ni nak jemur kain." jawab Raykarl seraya tersenyum.
"Tapi ni kan tugas sayang? Biarlah, sayang yang buat. Abang pergi duduk." Baru sahaja tangan Iffa ingin mengambil baldi yang sedang dipegang oleh Raykarl namun tangan Raykarl lebih cepat menghalang tangannya.
"Biarlah, abang yang buat. Bukan semua kerja rumah tugas seorang isteri, suami pun kena tolong-menolong juga. So, let me do this. Sayang Humaira boleh masuk bilik dan rehat." Pujuk Raykarl dengan nada yang lembut.
"Tapi... nanti apa pula orang cakap?" Rasa bersalah mula bersarang dalam hati Iffa dan suaranya juga sudah bertukar sedikit manja.
"Ada orang lain ke dekat sini?" tanya Raykarl seraya ketawa kecil. "Abang ikhlas nak tolong sayang. So, don't worry. Walau apa pun yang orang cakap cinta dan sayang abang pada Humaira takkan pernah berkurang malah semakin bertambah." Sekali lagi Raykarl menggunakan nada yang lembut.
"Okey, thank you abang." balas Iffa.
"Sama-sama, sayang Humaira." Baru sahaja kaki Raykarl ingin melangkah pergi dari situ sambil tangannya memegang baldi yang berisi kain yang baru dibasuh tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila Iffa memanggilnya.
"Abang!"
"Ya, sayang Humaira?"
"I love you!" Ucap Iffa dengan malu kemudian, dia segera berlari pergi dari situ.
"I love you too!" balas Raykarl sambil melaung apabila Iffa telah pun berlari pergi dari situ. Raykarl tersenyum melihat gelagat isterinya.
"SAYANG Humaira nak pergi honeymoon tak?" tanya Raykarl pada Iffa semasa mereka berdua sedang duduk di atas sofa.
"Mestilah nak tapi kalau abang tak nak tak apa." jawab Iffa.
"Dalam tiga hari lagi kita pergi nak?" tanya Raykarl lagi, teruja.
"Betul ke abang? Dalam tiga hari lagi?" soal Iffa tidak percaya.
"Haah. Tiga hari lagi. Sebelum tiga hari lagi kita pergi beli apa yang patut." balas Raykarl seraya tangannya naik melingkar di pinggang Iffa.
"Thank youuuu, abang! I love you so much!" Iffa segera memeluk Raykarl.
"Sama-sama, sayang Humaira. Hanya untuk Humaira and love you too." Raykarl membalas pelukan Iffa dan semakin dieratkan.
(LONDON)
"KAU tengok apa Rayyan?" tanya Fikri pada Rayyan yang sedang duduk di sebelahnya.
"Aku tengok gambar adik aku. Dah kahwin dah adik aku ni." jawab Rayyan. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedih.
"Habis tu, kau tak pergi?" tanya Fikri lagi. Hairan.
"Tak. Aku belum ready nak jumpa dengan baba aku. Kau tahu jelah hubungan kami macam mana kan, lepas perkara yang berlaku dulu tu?" jawab Rayyan lagi.
"Kau tak rindu family kau ke?"
"Rindu. Rindu sangat dekat family aku terutamanya, mama aku. Tapi aku belum ready nak jumpa baba aku lepas apa yang jadi dekat aku dulu." Pilu. Pilu hatinya apabila mengenangkan nasibnya.
"Jadi kenapa kau tengok gambar adik kau?"
Kepala Rayyan dilalihkan pada Fikri. "Kau ni memang dari dulu banyak tanya kan? Aku tengok sebab adik aku yang satu-satunya aku percaya dulu. Lagipun, aku rasa bersalah sebab tak datang masa adik aku nikah." jawab Rayyan sedikit geram apabila banyak soalan yang keluar dari mulut Fikri. Dah macam polis dah.
"Hah? Apa kau cakap ni? Tak faham aku. Kau yang kena tapi adik kau yang paling kau percaya. Tak faham. Serius aku tak faham.
"Lambat-laun kau faham lah tu." 'Aku rindu kau Dina. Sangat rindu.'
Enjoy your reading (:
Share this novel