DC 45 : A-Z

Drama Completed 34715

"Camy! Camy!" Kaki Iffa dibawa melangkah ke arah ruang tamu apabila panggilannya tidak disahut oleh Camelia. 'Mana Camy ni?' Hati Iffa mula diserang kegelisahan saat matanya tidak disapa dengan susuk tubuh Camelia di ruang tamu itu.

Kemudian, mata Iffa teralih pula di halaman rumah Camelia dan dia terkejut saat matanya disapa dengan seorang perempuan yang sedang mengheret badan Camelia hingga ke kereta mewah berwarna hitam. "Camy!" Iffa berjalan laju ke luar rumah untuk menghalang kereta mewah berwarna hitam itu daripada pergi. Namun, hampa. Dengan langkah kakinya yang dikawal kerana beban perutnya yang semakin besar dia kehilangan kereta mewah berwarna hitam itu.

"Apa nak buat ni? Siapa dia orang tu tadi? Apa yang dah jadi?" Hatinya kian gelisah dan peluh mula menitik jatuh dari hujung dahinya.

"Ya Allah!" Tiba-tiba, kepalanya terasa pening dan sekelilingnya seakan bergoncang. Cahaya matanya juga mulai semakin pudar dan akhirnya Iffa jatuh pengsan di halaman rumah Camelia.

MATA Iffa perlahan-lahan mulai terbuka dan tapak tangannya naik menyentuh perutnya. 'Alhamdulilah.' Senyuman bahagia menghiasi bibir Iffa tatkala mengetahui bahawa bayi yang dikandungnya masih ada. Masih berada di dalam perutnya.

"Iffa dah sedar?" Calina yang ternampak menantunya telah sedar daripada pengsan itu segera dihampiri. "Iffa okey? Iffa ingat tak apa yang jadi dekat Iffa?"

"Alhamdulilah, ingat ma." jawab Iffa setelah badannya dilalihkan ke posisi duduk. "Iffa pengsan tadi. Baby Iffa okey je, kan ma? Takde apa-apa yang berlaku pada baby Iffa kan?" Anak mata Iffa setia menatap wajah Calina sambil menanti jawapan.

Calina tersenyum mendengar soalan daripada Iffa. "Alhamdulilah, baby sihat. Jangan risau. Cuma doktor pesan jangan stres-stres dan banyakkan berehat. Untuk baby dan Iffa." jawab Calina lagi bersama dengan senyuman yang masih di bibir.

Iffa hanya diam membisu mendengar jawapan dari mentuanya, Calina.

"Ouh ya, Camy dah selamat. Yan dan polis selamat kan tadi." Beritahu Calina tanpa dipinta.

Mendengar sahaja berita itu, kepala Iffa dilalihkan semula memandang wajah Calina. Camelia! Bagaimana dia boleh terlupa soal Camelia?

"Macam mana dengan Camy ma?" tanya Iffa lagi.

"Yan dan polis yang selamatkan Camy. Mama pun tak tahu sangat pasal cerita ni. Lepas, polis bawa Camy ke balai untuk siasatan pasal penculikan, Yan pula pergi rumah Camy. Nak tengok Iffa dan dari situ lah Yan nampak Iffa jatuh pengsan di halaman rumah Camy." jawab Calina lagi.

"Apa mama cakap tadi? Pasal penculikan? Camy kena culik ke?" tanya Iffa lagi dengan riaksi terkejut. Dia tak kisah kalau Rayyan telah selamatkannya kerana dia tahu Rayyan buat semua itu hanya untuk bayi mereka berdua.

"Haah. Jom, kita keluar. Yan pesan dekat mama tadi kalau Iffa dah bangun dia ada nak beritahu sesuatu. Pasal semua yang terjadi ni. Jomlah." Ajak Calina seraya berdiri dari kerusi dan berjalan keluar dari bilik Rayyan. Ya, bilik Rayyan.

Kepala Iffa ditundukkan ke bawah memandang perutnya yang semakin besar sambil tangannya dilekapkan ke atas perutnya. "Ibu minta maaf baby. Ibu minta maaf sebab dah buat baby sakit. Ibu janji lepasni ibu takkan stres-stres lagi. Ibu minta maaf, ya." Kemudian, perutnya diusap perlahan dengan penuh kasih sayang pada bayi yang dikandungnya.

"Assalamualaikum, love." Tiba-tiba, pintu bilik ditolak perlahan dan kaki Rayyan melangkah masuk ke dalam. Rayyan tersenyum ceria saat matanya disapa dengan wajah yang dia sangat rindukan, Iffa Irdina. Rayyan segera menghampiri Iffa dan melabuhkan punggung di sebelah Iffa. Tangannya naik menyentuh rambut Iffa dan diikat kemas. "Dah lama hubby tak jumpa love. Hubby rindu sangat dekat love." Kemudian, dihadiahkan kucupan di seluruh wajah Iffa dengan bertalu-talu. Penuh rindu dan kasih sayang.

Namun, bagi Iffa pula. Hatinya langsung tidak terusik mahupun tersentuh dengan luahan rindu daripada Rayyan.

"Jom, kita keluar. Banyak benda hubby nak ceritakan dekat love." Ajak Rayyan pula apabila tiada sepatah kata yang keluar daripada bibir Iffa. "Kejap, ni tudung." Huluran tangan Rayyan disambut oleh Iffa.

"OKEY, cerita dia macam ni..."

IMBAS KEMBALI,

"Baba! Aidil lari dari penjara!" Beritahu Rayyan dalam keadaan kelam kabut pada Ridzuan. Tercengang dia saat diberitahu pihak polis bahawa Aidil lari dari penjara.

"Habis tu, kenapa beritahu baba?" Wajah Rayyan dipandang tanpa apa-apa riaksi. "Baba tak boleh buat apa-apa kalau Aidil lari." Sambung Ridzuan lagi seperti tiada belas kasihan sebagai seorang ayah kepada anaknya.

"Baba." Panggil Rayyan perlahan. "Yan tak salah masa kena tangkap b*sah dulu. Dah banyak kali Yan jelaskan pada baba, yang perempuan tu perangkap Yan. Dulu, masa tu, dan sekarang hanya Iffa Irdina di hati Yan. Hanya Iffa Irdina yang Yan sayang dan cinta. Hanya dia, ba. Iffa Irdina, adalah perempuan pertama dan terakhir di hati Yan dan dalam hidup Yan. Takkan pernah ada penamat atau titik noktah cinta Yan pada Iffa Irdina. Baba masih tak percayakan Yan ke? Baba tahu tak sekarang ni Yan dapat tahu yang perempuan tu rancang dengan Aidil nak hancurkan rumahtangga Yan dan Dina, ba!" Air matanya jatuh mengalir keluar dari anak mata berwarna hitam milik Rayyan. "Yan tak tahu nak buat apa sekarang ni! Baba, please tolong Yan! Please!" Rayu Rayyan lagi dan kini dia telah melutut di hadapan Ridzuan.

"Baba tahu. Baba percayakan Yan." Akhirnya, jawapan yang Rayyan ingin dan perlu dengar dari Ridzuan sampai ke telinganya. Rayyan bingkas berdiri dan berjalan ke arah Ridzuan dengan riaksi terkejut.

"Lepas, Yan pergi dari Malaysia baba selalu tanya tentang Yan pada Fikri dan baba selalu siasat pasal perempuan tu. Baba tahu anak baba macam mana dan baba tahu Iffa ialah bekas kekasih Yan dulu. Cuma baba sembunyikan semua ni dari pengetahuan sesiapa sebab baba nak tahu niat dan motif perempuan tu. Baba tahu Aidil dah lari dari penjara dan dia jumpa perempuan tu. Baba dapat tahu semua ni dari Fikri. Fikri yang selama ni jadi spy baba." jawab Ridzuan lagi dan membuatkan bulat mata Rayyan memandangnya.

IMBAS KEMBALI TAMAT

"Lepastu, pihak polis beritahu Yan kalau nak tangkap Aidil dan Qaisara kena ada plan. Kalau terus tangkap Aidil dan Qaisara habis semua rancangan. Aidil jual dadah dan Fikri menyamar jadi penagih dadah untuk minta kerja dari Aidil. Aidil tak kenal siapa Fikri. Akhirnya, Fikri dapat tahu yang Qaisara dan Aidil nak culik Dina. Tapi Qaisara tak tahu siapa Dina, dia tak tahu macam mana muka Dina. Jadi, Yan dan baba memang dah beritahu semua benda pada Camy. Sebab tulah Camy yang kena culik bukan Dina. Alhamdulilah, Dina dan baby selamat. Yan tak nak ambil apa-apa risiko dengan beritahu mama dan Dina. Alhamdulilah juga, pihak polis dah tangkap Aidil dan Qaisara. Hukuman dia orang kali ni lebih berat. Alhamdulilah, Allah permudahkan segala urusan Yan, baba, Fikri dan Camy." Beritahu Rayyan panjang lebar dari A-Z pada Calina dan Iffa.

Calina menganggukkan kepalanya tanda faham. Dipandang wajah Ridzuan dan Rayyan silih berganti. Dia tersenyum bahagia buat kali pertama setelah hubungan ayah dan anak di hadapannya pulih. "Alhamdulilah, Allah dah makbulkan doa mama untuk tengok hubungan Yan dan baba pulih semula. Mama happy untuk kau orang. Dan..."

Wajah satu-satunya anak perempuannya, Camelia pula dipandang silih berganti dengan wajah Fikri. "Camy, mama bangga sangat dengan Camy sebab berani ikut semua plan bahaya Yan dan baba. I'm so proud of you, Camy." Gugur air matanya sebagai seorang ibu tanda bahagia dengan keluarganya yang sekarang ini. "Fikri pula. Aunty ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Fikri sebab dah tolong keluarga kami. Dah tolong Yan selamatkan rumahtangga Yan. Thank you so much." Sambung Calina lagi.

Iffa sejak dari tadi hanya diam membisu walaupun telah dijelaskan semuanya pada dia. Iffa bingkas berdiri dan berlalu dari situ.

Happy reading guys Thank youuuu ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience