Iffa melangkah keluar dari perut kereta seraya tangannya menutup semula pintu kereta. Matanya melirik memerharti sekelilingnya. Dia menghembuskan nafas perlahan kemudian kakinya dibawa melangkah ke arah sebuah bangku yang terletak di taman itu.
Sampai sahaja dia di bangku tersebut dia merenung sejenak bangku itu dan dengan perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas bangku.
Angin redup menyapa tubuh badannya membuatkan badannya terasa sungguh segar. Sudah lama dia tidak datang ke Taman Seri Cahaya itu dan rasanya dah bertahun-tahun.
Bunga-bunga yang terbentang luas di hadapannya dipandang satu-persatu dengan satu senyuman manis menghiasi bibirnya. "Cantik." Gumamnya perlahan.
"Rindu ke?" Satu suara garau menyapa gegendang telinganya dan dengan cepat juga dia dapat menangkap siapakah pemilik suara itu.
"Aku duduk eh." Rayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Iffa tapi masih dalam keadaan jarak jauh. Dia baru sahaja sampai di Taman Seri Cahaya dan dia ternampak susuk tubuh dia yang dia cukup kenal iaitu Iffa Irdina.
"Kenapa kau datang sini?" soal Rayyan pada Iffa memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Saja, tak boleh ke?" Iffa bertanya tanpa memandang Rayyan yang sedang duduk di sebelahnya dengan jarak jauh.
"Bukan tak boleh tapi aku tak pernah nampak kau datang sini. Lagipun, ni kan taman yang kita selalu datang dulu." balas Rayyan.
"Kau hari-hari ke datang sini?" tanya Iffa lagi.
Rayyan menganggukkan kepalanya sedikit. "Lepas balik Malaysia hari-hari lepas habis kerja dekat hotel aku datang sini. Kau pula?" Wajah Iffa dipandang seketika. "Kenapa kau datang sini?" tanya Rayyan pada Iffa yang masih memandang bunga-bunga yang terbentang luas di hadapan mereka.
"Aku..." Iffa terdiam. Dia mati kata. Tak tahu nak jawab apa. 'Ray tak ingat kot hari ni hari apa.' Getus hatinya.
"Happy First Day We Meet Dina." Ucap Rayyan dengan senyuman manis menghiasi bibirnya. "Aku ingat. Aku sentiasa ingat hari pertama kali kita bertemu." Sambung Rayyan seperti dapat meneka apa yang bermain di fikiran Iffa.
"Ka... kau ingat?" Wajah Rayyan dipandang dengan riaksi terkejut, tercengang dan terkedu.
"Aku ingat. Kau pula?"
"Aku ingat cuma dulu aku tak datang sini. Tiba-tiba, hari ni rasa macam nak datang sini pula. Rindu kot." jawab Iffa sambil kepalanya dialihkan semula memandang bunga-bunga segar di hadapannya.
"Hujan." Tutur Rayyan apabila terasa seperti kepalanya basah. Hujan mula lebat dan membasihi segala yang ada di bawah langit.
"Haah. Aku balik dulu." balas Iffa seraya bingkas berdiri ingin melangkah pergi dari situ namun sebelah tangan Rayyan naik menyambar tangannya dan menghentikan langkah kakinya.
"Tunggu kita menari nak?" Rayyan melepaskan tangan Iffa dari genggamannya.
"Ray..." Iffa keliru dan mati kata.
"Jangan risau, aku takkan sentuh atau pegang tangan kau. Kita menari dengan tangan berjarak. Kau faham kan apa maksud aku?" Rayyan mendekati Iffa.
Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham.
Rayyan menaikkan tangannya dan diikuti dengan Iffa. Tangan mereka berdua tidak bersatu tapi berjarak.
Rayyan menatap wajah Iffa dan anak matanya membolos masuk ke dalam anak mata milik Iffa. Mata coklat yang sentiasa menyinari hidupnya ditatap dengan senyuman.
"I love you Dina and really love you no matter what happen, in my life." Ucap Rayyan membuatkan jantung Iffa berdegup kencang.
PAP!
Rayyan terkedu, terkejut, tercengang dan tergamam. Iffa tiba-tiba menamparnya? Tapi kenapa?
"Aku dah cakap kan?! Jangan buat aku jatuh cinta pada kau berkali-kali! Aku tak suka. Kenapa kau tak pandai nak faham ni?!" Bentak Iffa tiba-tiba dengan geram.
"Ke..." Rayyan mati kata. Dia ada buat apa-apa salah ke?
"Aku tak nak jatuh cinta dengan kau sekali lagi! Kita hanya kawan dan kau kena buang perasaan cinta, sayang dan rindu kau pada aku." balas Iffa namun kenapa di hatinya seperti berkata lain dan terasa sakit dengan apa yang dikatakannya.
"Aku cuma luahkan yang aku sayang kau." Rayyan memandang wajah tegang Iffa seketika. "Aku takde niat pun nak buat kau jatuh cinta dekat aku sekali lagi." Sambung Rayyan dengan riak selamba dan dia sembunyi senyum apabila melihat wajah tegang Iffa bertukar gelabah usai mendengar ayatnya.
"Aku...fine!" Iffa mengalah dengan riak wajah yang tidak puas hati. "Aku nak balik!" Usai menuturkan ayat itu kakinya segera melangkah berjalan pergi dari situ.
"Hati-hati!" Laung Rayyan pada Iffa yang telah hilang kelibatnya. Dia tersenyum. 'Ini baru sikit Dina. Aku akan buat kau jatuh terus dalam perangkap cinta yang aku buat hanya untuk kau seorang!'
"KAU keluar dari rumah ni sekarang! Aku dah cakap kan aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku tak kisah lah kalau kau nak tinggal dekat Malaysia ni tapi aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang!" Halau Ridzuan kasar.
"Baba!" Calina yang baru sahaja sampai di ruang tamu itu, memandang wajah Rayyan yang masih tiada apa-apa reaksi seketika. Kemudian, pandangannya dialihkan ke wajah tegang Ridzuan. "Apa yang baba buat ni? Kenapa baba buat macam ni? Yan anak baba dan ummi! Sampai hati baba buat ummi macam ni kan? Tak cukup ke dulu baba dah pisahkan Yan daripada ummi? Sekarang pun baba nak buat benda yang sama? Kita semua tahu yang Yan tak salah dulu!" Nada kecewa dilontarkan pada Ridzuan sambil menahan tangisannya yang semakin mencengkam dada.
"Mama dah lah tu. Yan akan keluar kalau itu yang baba nak. Baba tak percaya dekat Yan. Yan tak tahu nak buat apa lagi supaya baba percayakan Yan. Mama izinkan Yan keluar, eh?" Wajah Calina yang jelas menunjukkan reaksi kecewa dipandang dengan pandangan berharap.
"No! Yan takkan keluar dari rumah ni tanpa izin mama! Takkan ada sesiapa pun yang dapat pisahkan kita sekali lagi. Cukup lah mama dah hilang seorang anak lelaki yang mama sayang, mama tak sanggup lagi nak hilang seorang lagi anak lelaki mama. Please, Yan jangan pergi tinggalkan mama. Jangan peduli apa yang baba cakap." Calina segera memeluk erat badan Rayyan seperti takkan melepaskannya.
"Ummi..." Ridzuan mati kata apabila melihat wajah Calina telah basah lencun dengan air mata. "Apa yang kau dah hasut isteri aku ni hah?!" Keras suara Ridzuan bertanya pada Rayyan.
"Yan anak mama dan baba. Apa yang jadi dulu bukan salah Yan dan Yan tak pernah hasut mama walau sekali." Tegas Rayyan. "Please, baba. Jangan lukakan hati mama lagi. Yan tak nak sebab Yan mama dan baba gaduh."
Hanya jelingan tajam yang membalas kata-kata Rayyan. Kaki Ridzuan segera melangkah laju pergi dari situ dengan hati yang sakit sebagai seorang ayah.
"I LOVE YOU, Dina."
Enjoy your reading ^~^
Share this novel