"Love..." Semasa Iffa membersihkan tangannya di singki Rayyan datang memeluknya dari belakang. Dagu Rayyan dilabuhkan ke atas bahu Iffa. "Love masih marah hubby ke?"
Iffa tidak menjawab. Riak wajah tanpa perasaan ditayangkan pada Rayyan yang telah menghela nafas berat.
"Dah tiga hari love tak pedulikan hubby. Love marah pasal apa? Pasal hubby tak jujur ke atau pasal hubby berhentikan love dari kerja di Hotel Y&K?" Soal Rayyan pada Iffa yang masih menunjukkan reaksi tiada perasaan. Dia telah berhentikan Iffa dari berkerja di Hotel Y&K sebagai pembantu peribadinya kerana dia ingin Iffa berehat di rumah. Dia takut perkara tak diingini terjadi pada Iffa saat Iffa berada di luar dan itu telah menambahkan kemarahan Iffa terhadapnya lagi.
"Please, jangan buat hubby macam ni. Hubby betul-betul minta maaf. Hubby tak nak tiba-tiba perempuan tu pergi serang love. Hubby tak nak kita gaduh lagi."
Iffa yang mulai muak dengan permintaan maaf dari Rayyan itu menolak perlahan badan Rayyan dan kakinya dibawa naik ke bilik mereka berdua.
"Love!" Rayyan yang melihat Iffa segera berlari mengejar langkah kaki Iffa dan sebaik sahaja sampai di sebelah Iffa, dia mencempung pula badan Iffa dan dibawa ke bilik mereka berdua.
"Apa yang hubby buat ni?!" Iffa meronta-ronta minta diturunkan oleh Rayyan.
Rayyan menutup pintu bilik dengan kakinya kemudian, dia menapak ke arah katil dan perlahan-lahan membaringkan badan Iffa ke atas katil. "I'm sorry." Ucap Rayyan lagi yang entah kali keberapa pada Iffa setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Iffa.
"Hubby faham kalau love tak boleh maafkan hubby tapi hubby harap sangat love dapat beri hubby peluang kedua. Hubby tak jujur pada love, tak beritahu hal sebenar apa jadi pada hubby lima tahun lepas sebab hubby tak nak kita gaduh and hubby belum ready nak bagitau love. Tapi, hubby tak sangka pula perempuan tu call love dan tipu love. Hubby tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor telefon love." Terang Rayyan panjang lebar dan berharap Iffa akan faham dan maafkan dia.
Namun, hampa. Iffa masih berdiam diri tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Rayyan yang melihat itu hanya mampu pasrah kerana dia tahu Iffa masih terkilan dengan sikapnya.
"Hubby pandang sini." Iffa bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk.
Rayyan sedikit lega apabila Iffa akhirnya, bercakap dengannya. Tapak tangan Iffa diraih dan digenggam erat sambil anak matanya menghantar pandangan redup pada Iffa. "Why?"
"Love nak hubby lepaskan love."
"What???" Tapak tangan Iffa yang sedang berada di dalam genggamannya dilepaskan dengan kasar dan wajahnya bertukar tegang. Dia bingkas berdiri. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah yang semakin menggunung di dada. "What are you talking about, Iffa Irdina?!" Tajam anak mata berwarna hitam milik Rayyan menikam wajah Iffa yang sedang ketakutan melihat dirinya marah.
"Hubby tak ju..."
"Hubby tak apa? Tak jujur?" Belum sempat pun Iffa menghabiskan ayatnya Rayyan terlebih dahulu memotong percakapannnya. "Habis tu, love jujur sangat lah?" Tapak tangan Rayyan naik menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kit ujian kehamilan. Dicampakkannya, kit ujian kehamilan itu ke atas tilam. "Apa benda tu?"
Iffa terkejut saat kit ujian kehamilannya menyapa anak matanya. Wajah didongakkan ke atas memandang wajah merah Rayyan yang jelas sedang menahan marah. "Pregnancy test kit." Jawab Iffa dengan riak selamba menghiasi wajahnya.
"Siapa punya?" Rayyan cuba menahan marah apabila melihat Iffa membalas dengan riak wajah yang selamba.
"Love." Sekali lagi Iffa menjawab dengan selamba.
"Anak siapa?"
"Kita. Mana hubby jumpa pregnancy test kit tu?" Tanya Iffa dengan dahi yang berkerut.
"Hubby jumpa semalam masa love tertidur di atas katil sambil pegang pregnancy test kit tu." Jawab Rayyan membuatkan Iffa menyumpah seranah dirinya sendiri di dalam hati kerana cuai. "Tergamak love tak bagitau hubby pasal ni? Baby dalam perut tu pun anak hubby tau! I have rights to know about our baby!" Rayyan cuba mengawal suaranya dari semakin meninggi, risau Iffa tiba-tiba menangis kerananya. "Isteri jenis apa love ni? Ibu jenis apa love ni?!" Laju sahaja pertanyaan itu meluncur keluar dari bibirnya dalam keadaan dia tidak sedar.
Mendengarkan itu, Iffa bingkas turun dari katil dan anak matanya membalas renungan tajam Rayyan padanya. Hatinya tika ini bagai disiat-siat dengan pertanyaan Rayyan sebentar tadi. "Isteri jenis yang dah tak percayakan suami dia. Isteri jenis yang suami dia tak jujur pada dia dan seorang ibu yang sanggup rahsiakan tentang kehadiran malaikat kecil dalam rahimnya kerana takut suami dia akan berlaku tak jujur lagi pada dia. Puas hati hubby? Love sedar love tak layak jadi isteri hubby sebab tulah love minta hubby lepaskan love!" Bentak Iffa marah bercampur geram.
Panas telinga Rayyan mendengar jawapan yang keluar dari bibir Iffa. Rayyan segera mendekati Iffa dan menarik Iffa supaya rapat dengan badannya. "I'm your husband and you're my wife." Tangan Rayyan semakin kuat memeluk badan Iffa apabila Iffa meronta-ronta minta dilepaskan. "Love dengar sini baik-baik." Bibirnya dirapatkan ke tepi telinga Iffa. "Sekali hubby lafazkan nama love dan love sah jadi milik hubby, hubby takkan pernah lepaskan love. Sekali love masuk dalam hati hubby maka selama-lamanya hubby akan kunci dan kurung love dalam hati hubby." Lembut sahaja suara Rayyan menyapa gegendang telinga Iffa membuatkan hati Iffa lega sedikit. "Remember this until your last breath." Usai berkata sedemikian, tangan Rayyan diturunkan dari pinggang Iffa dan kakinya dibawa keluar dari bilik mereka berdua.
"OUH, macam tu." Calina dan Isya menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang diberitahu oleh Rayyan dari A hingga Z tentang pergaduhan Rayyan dan Iffa.
"Jadi, apa pendapat mama dan mummy?" Tanya Rayyan pada Calina dan Isya. Anak matanya memandang wajah Calina dan Isya silih berganti. Dia datang ke rumah Ridzuan dan Calina untuk meminta pendapat atau lebih tepat nasihat daripada Calina namun, kebetulan pula Isya ada sekali.
"Mummy kenal anak mummy. Ir tak suka bila orang tipu dia dan tak jujur pada dia. Jadi, agak lama untuk Yan pujuk Ir tapi In Syaa Allah, kalau Yan slow talk dengan Ir maybe dia akan faham." Pesan Isya pada satu-satunya menantunya.
"Yang Yan terkilan sekarang ni kenapa Dina tak beritahu pasal kandungan dia? Yan pun ada hak ke atas baby kami." Riak wajah Rayyan jelas menunjukkan yang dia kecewa.
"Kalau mummy, mummy pun akan buat benda yang sama macam Ir buat sebab perasaan ragu-ragu dan risau bercampur. Mummy rasa Ir masih ragu-ragu pada Yan dan dia takut kalau ada apa-apa jadi pada baby kau orang." Balas Isya lagi.
"Betul tu. Mama setuju dengan apa yang mummy katakan dan apa yang Iffa buat." Balas Calina pula.
"Mama dan mummy tak terkejut pun masa Yan bagitau yang Dina mengadung." Berlapis-lapis dahi Rayyan memandang riak selamba di wajah Calina dan Isya.
"Sebab kami dah tahu." Serentak mereka berdua menjawab pertanyaan Rayyan dan ketawa kecil.
"Yan ingat pesan mama ni baik-baik. Buka telinga tu luas-luas." Wajah Calina mula bertukar serius memandang tepat ke arah Rayyan. Dia perlu menasihatkan anak sulung lelakinya itu. "Yan seorang suami dan tak lama lagi akan jadi seorang ayah. Tanggungjawab Yan sebagai seorang suami besar apatah lagi seorang ayah, kan? Mama tak setuju apa yang Yan dah buat pada Iffa. Mula-mula, Yan tak jujur pada Iffa lepastu, Yan marah Iffa. Yan lukakan hati Iffa sebagai seorang isteri. Iffa Irdina ialah isteri Yan dan bakal menjadi seorang ibu kepada anak Yan. Yan kena faham hati perempuan, perempuan ni hati dia lembut. Tambahan, lagi sekarang ni Iffa pregnant your baby. Emosi ibu mengandung ni memang kadang-kadang susah nak dijangka. Mama yakin yang Yan dah faham dan kenal perangai Iffa macam mana, kan? Bukan baru sehari atau sebulan kau orang berdua kenal tapi dari zaman sekolah lagi, kan? Mama nak Yan balik rumah dan pujuk Iffa baik-baik. Mama tak nak Yan lukakan hati Iffa lagi dah lepasni. Faham?" Panjang lebar nasihat diberikan kepada Rayyan.
"Faham, ma." Rayyan tersenyum pahit. Tak pasal, pasal, dia kena ceramah free pula!
"LOVE?" Anak mata Rayyan yang meliar mencari keberadaan isterinya terhenti pada satu susuk tubuh yang amat dia kenali sedang duduk di balkolni mereka berdua. Kakinya dibawa menghampiri Iffa yang sedang duduk di atas kerusi.
"Love." Rayyan melutut di hadapan Iffa yang masih tidak pedulikannya dan termenung jauh. Ada sisa air mata di pipi mulus Iffa. Sayu hatinya sebagai seorang suami melihat keadaan isterinya dalam keadaan begitu. Ibu jari Rayyan naik menyeka sisa air mata di pipi mulus Iffa dan satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa dengan penuh kasih. Kemudian, kedua-dua tapak tangannya menggenggam erat tapak tangan Iffa dan dikucup lembut. Anak matanya kembali menatap wajah Iffa yang sedikit pucat. "Hubby minta maaf sebab dah hancurkan kepercayaan love pada hubby dan tak jujur pada love. Hubby minta maaf sebagai seorang suami sebab gagal menjaga hati love sebagai seorang isteri. I'm really sorry. Hubby sedar hubby salah. Hubby juga nak minta maaf pada love pasal tadi. Hubby takde niat pun nak cakap macam tu dekat love. Hubby takde niat pun nak tambahkan luka di hati love. Sumpah, hubby takde niat!" Air mata Rayyan yang ditahan sejak dari tadi dari jatuh, akhirnya, jatuh menitik di belakang tapak tangan Iffa. "Hubby tahu hubby tak patut cakap macam tu dekat love. Please, maafkan hubby. Beri hubby peluang kedua untuk jaga hati love dan our baby, please?" Semakin deras air mata mengalir keluar dari matanya.
Tapak tangan Iffa dilepaskan dan tapak tangannya dilekapkan ke perut Iffa yang masih kempis. "Baby tolong pujuk ibu untuk maafkan abah. Tolong, pujuk ibu untuk beri abah peluang kedua. Tolong, beritahu ibu hanya ibu di hati abah. Tolong, beritahu pada ibu yang ibu ialah bidadari dunia dan syurga abah."
Rayyan tersentak apabila Iffa tiba-tiba menangis teresak-esak dan memeluknya dengan kuat. Tangan Rayyan naik membalas pelukan Iffa dengan erat. "Hu...bby."
"Shhhh, shhh." Tapak tangan Rayyan naik mengusap-usap kepala Iffa dengan lembut dan perlahan. Dia tersenyum apabila telinganya menangkap suara Iffa berkata "Love minta maaf sebab dah biadap dekat hubby tadi. Love janji love takkan buat macam tu lagi."
Setelah, merasakan Iffa berhenti dari menangis, Rayyan menolak perlahan badan Iffa dari terus memeluknya dan dia dapat lihat mata dan hidung Iffa yang merah kerana menangis. Pilu hati Rayyan melihat Iffa dalam keadaan sebegitu. Ibu jari Rayyan naik menyeka sisa air mata di pipi mulus Iffa. "Dah jangan nangis lagi. Love ada beritahu mummy kan yang love rindu nak rasa masakan mummy? Tadi, hubby pergi rumah mama nak minta nasihat pasal hal kita kebetulan pula masa tu ada mummy. Jadi, tadi sebelum hubby balik mummy ada masak sambal telur untuk love. Jom, kita makan nak?" Ajak Rayyan sambil jarinya mencuit manja hidung Iffa yang merah.
"Nakkk!" Jawab Iffa bersama dengan senyuman.
Happy reading guys Thank youuuu
Share this novel