DC 44 : Sebab

Drama Completed 34715

Kepalanya digelengkan perlahan. Nafas berat dilepaskan. Fikirannya mengimbas kembali tentang perbualannya bersama Iffa ketika di rumah Ridzuan dan Calina.

IMBAS KEMBALI

"Kenapa awak di sini?" tanya Iffa dengan nada bengang apabila melihat Rayyan melangkah ke arahnya dan melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Hubby nak tidur dengan isteri hubby lah." jawab Rayyan dengan riaksi selamba.

"Tapi ni kan bilik arwah abang? Awak pergi jelah tidur di bilik awak. Biar saya tidur dalam bilik ni seorang-seorang." Nada suara Iffa masih dikawal. Dia penat. Dia nak tidur. Matanya bengkak kerana menangis.

"Lahh, tahu pun ni bilik arwah Karl kan? Habis tu, kenapa tidur dekat sini? Jom lah, tidur dengan hubby. Kesian hubby tau takde teman tidur..." Meleret suara Rayyan memujuk Iffa.

"Kesiannya, takde teman tidur ke? Kalau macam tu nak saya call..." Kata-kata Iffa terhenti. "Siapa nama perempuan tu?" Terangkat-angkat kening Iffa dalam mengingati semula nama perempuan yang pernah mengaku sebagai bekas kekasih suaminya. "Hah! Sara kan nama dia? Ajaklah, dia tidur sekali. Lepastu, nanti boleh ceraikan saya. Awak jangan risau saya akan izinkan awak jumpa baby ni selalu." Selamba sahaja Iffa membalas pujukan Rayyan. Sengaja dia hendak sakitkan hati Rayyan.

"Astaghfirullah hal 'azim!" Tajam anak mata berwarna hitam milik Rayyan menikam riak wajah Iffa yang masih selamba. "Love sedar tak apa yang love cakap ni?" Terkejut dia ketika kata-kata itu keluar dengan begitu sahaja dari bibir Iffa. "Kan, hubby pernah cakap sebelum ni? Hubby tak salah dan hubby takkan sesekali lepaskan love. Faham tak?"

"Faham. Tapi macam mana saya nak percayakan awak kalau apa yang sebenarnya berlaku dulu pun saya tak tahu? Saya ni ISTERI awak. Tapi awak tak nak beritahu saya, jujur pada saya." jawab Iffa sambil menekan perkataan 'isteri'. Dia pernah meminta Rayyan menceritakan segalanya yang berlaku dulu padanya, tapi hampa. Mentah-mentah, Rayyan tolak.

"Hubby belum sedia." Pendek sahaja balasan yang keluar dari bibir Rayyan.

"Dengan isteri sendiri pun belum sedia? Awak nak tahu tak kenapa rumahtangga kita jadi macam ni? Sebab awak." Jari telunjuk Iffa dihalakan tepat ke arah Rayyan yang sedang memandangnya. "Sebab awak tak pernah jujur dalam hubungan kita. Sebab awak terlalu berahsia dan saya pun tak tahu kenapa awak tiba-tiba halau saya. Sedangkan saya tengah mengadung. Bukan saya mengadungkan anak orang lain, tapi saya mengandungkan anak awak. Anak kita. Cuba awak beritahu saya sekarang ni kenapa awak tiba-tiba halau saya?" Iffa berpeluk tubuh menanti jawapan dari Rayyan.

"I have my own reasons, Iffa Irdina." Tegas Rayyan.

"Ouh, ada reasons sendiri? Kalau ada bagitau lah. Entah-entah awak halau saya dari rumah sebab saya ni ada buat salah ke kan? Bagitau lah. Insyaallah, saya boleh betulkan. Kalau tak... jalan yang terbaik ialah berpisah. Bagitau lah." Gesa Iffa lagi.

Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan. "Hubby ngantuk. Hubby nak tidur." balas Rayyan pula.

Iffa yang mendengar balasan dari Rayyan itu, segera berdiri dan melangkah setapak demi setapak ke arah pintu bilik.

"Nak pergi mana pula tu?" tanya Rayyan pada Iffa yang telah memusingkan badannya ke belakang menghadapnya semula. Rayyan bingkas berdiri dan berjalan ke arah Iffa.

"Nak tidur di bilik tetamu." jawab Iffa pendek tanpa riaksi bersalah.

"What? Why?" Tercengang Rayyan dengan jawapan Iffa.

"Sebab awak ada dekat sini. Bukan apa, saya cuma nak biasakan diri tidur seorang-seorang. Lagipun, sebelum ni saya tidur seorang-seorang juga kan? Lepas, awak halau saya dari rumah AWAK." jawab Iffa lagi sambil menekan perkataan 'awak'.

Sekali lagi Rayyan tercengang dengan jawapan Iffa. Riaksi selamba Iffa dipandang bersama wajah yang masih tidak percaya apa yang baru dijawab Iffa tadi.

"Love betul-betul nak bercerai dengan hubby ke?"

"Yes. Definitely yes!" Sengaja wajah ceria ditayangkan pada Rayyan.

"Sampai macam tu sekali? Okey, masalah dia sekarang ini sebab hubby halau love je kan? Okey mulai esok love boleh tinggal balik dalam rumah kita."

PAP! Tapak tangan Iffa naik melayang ke pipi Rayyan dengan kuat setelah mendengar balasan yang keluar dari bibir Rayyan. "Awak fikir saya ni apa? Barang ke? Barang yang, kalau nak, ambil, kalau tak nak, buang. Macam tu ke awak anggap saya?" Bertukar tegang terus wajah Iffa. Air mata yang jatuh menitik keluar dari anak mata Iffa segera disekanya dengan sendiri. Dia tak nak kelihatan lemah di hadapan Rayyan. "Enough! Cukuplah awak dah sakitkan hati saya berkali-kali. Dulu dan sekarang. Awak tetap tak berubah! Awak masih sama. Selalu sakit kan hati saya. Arwah abang je yang selalu bahagiakan saya. Arwah abang je yang dapat jaga hati saya. Hanya arwah abang je yang boleh sayang dan cintakan saya dengan sepenuh hati. Bukan awak. Kenapa awak selalu muncul dalam hidup saya semata-mata untuk sakitkan hati saya?" Kali ini, air matanya tidak dapat ditahan lagi. Air mata Iffa deras mengalir keluar dari anak mata Iffa. "Kenapa awak halalkan saya dulu kalau ini yang akan terjadi? Kenapa awak beri saya janji-janji manis awak kalau awak tak dapat tunaikan satu pun? Kenapa awak buat saya jatuh cinta pada awak kalau hanya untuk dipermainkan? Cukup."

Rayyan mendongakkan kepalanya memandang tepat ke arah wajah Iffa yang telah basah dengan air mata.

"Cukup sampai di sini je hubungan kita. Saya dah tak sanggup nak hadap semua ni lagi. Saya dah tak sanggup nak teruskan hubungan kita ni lagi kalau takde kejujuran. I'm sorry, but I'm totally done with you."

IMBAS KEMBALI TAMAT

'Hubby takkan sesekali lepaskan love walau sesaat pun, itu janji hubby.'

"Minta kunci rumah." Arah Iffa pada Rayyan seraya menghulurkan tangannya di hadapan Rayyan.

"Buat? Kunci rumah mana? Kunci rumah kita ke?" tanya Rayyan pula. Berkerut dahinya memandang tepat ke arah wajah Iffa.

"Tak. Bukan kunci rumah kita, tapi kunci rumah AWAK." jawab Iffa sambil menekan perkataan 'awak'.

"Tu rumah kita, takde maknanya rumah tu tiba-tiba jadi rumah hubby." Tegas nada suara Rayyan.

"Whatever, kunci mana? Saya nak ambil barang-barang saya dekat rumah awak." balas Iffa pula. Dia malas nak berdepan dengan Rayyan lama-lama.

"Buat apa nak ambil barang-barang love? Love masuk jelah balik rumah kita. Senang kan? Kita boleh bincang pasal semua yang berlaku dalam rumahtangga kita sekarang ni. Please love." Nada suara Rayyan sudah mula bertukar merayu dan memujuk.

"Tak nak. Takde apa yang nak dibincangkan lagi. Awak ni memang tak reti faham bahasa kan? Semalam pun saya dah cakap dekat awak, yang saya tak nak hidup dengan awak dah lagi lepasni. Saya nak bercerai dengan awak. Keputusan saya muktamad!" Tegas Iffa pula.

"Sampai hati love buat hubby macam ni kan?" Wajah tidak bersalah Iffa ditatap dengan riak sedih.

"Habis tu, hati saya ni? Awak dah halau saya tau. Lepastu, sekarang ni awak buat macam awak tak bersalah dan macam saya pula yang bersalah. Saya dah tak nak buat dosa lagi. Awak ceraikan je saya, kita ikut haluan masing-masing lepasni. That's it." Tekan Iffa pada Rayyan.

"But I don't want to let you go. You're my wife forever and ever. Understand?" Usai berkata sedemikian, kaki Rayyan melangkah pergi dari situ bersama hati yang sangat kecewa.

"PUAS hati Abang Yan sekarang ni?" tanya Camelia pada Rayyan yang baru sahaja keluar dari bilik bawah yang menempatkan Iffa.

"Perlahan kan suara Camy." Tegur Rayyan. "Dina tengah tidur dalam tu, takut nanti dia terjaga." Pesan Rayyan pula.

"Biarlah, kalau dia terjaga pun. Biar dia tahu yang Abang Yan selalu melawat dia tengah malam-malam. Biar dia tahu Abang Yan buat semua ni untuk keselamatan dia dan baby kau orang. Abang Yan tahu tak? Iffa cakap dengan Camy, dia nak minta cerai dengan Abang Yan. Abang kena terangkan semua benda ni pada Iffa!" balas Camelia, geram dengan sikap abangnya yang suka sangat berahsia.

"No. Camy pun tahu kan kenapa Abang Yan buat semua ni? Kalau semudah tu je, tak apa. Tapi ni tentang keselamatan Dina dan baby. Abang Yan tak boleh ambil apa-apa risiko. Sikit je lagi Camy. Bila semua dah settle Abang Yan sendiri yang akan beritahu Dina. Don't worry, okay?" balas Rayyan pula masih dengan nada suara yang perlahan.

"Yes, Camy faham. Cuma satu je Camy nak pesan. Ego Iffa tu tinggi tau. Dia tak suka orang tipu dia, tak jujur dan suka berahsia dengan dia. Tak beritahu hal sebenar pada dia. Itulah, Iffa Irdina. Kalau dia dah tekad dengan keputusan dia, dia takkan berganjak. Abang Yan kena pandai pujuk Iffa nanti tau?" Pesan Camelia, risau akan keselamatan rumahtangga Rayyan dan Iffa.

"Insyaallah, Camy. Abang Yan akan sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk Dina dan bakal anak kami. Dina adalah segala-galanya buat abang. Abang Yan terlalu sayang dan cintakan Dina. Abang Yan takkan biarkan Dina hilang dari hidup Abang Yan lagi. That's my promise to myself. I really love her. She is everything to me." jawab Rayyan lagi. Suatu hari nanti, dia sendiri yang akan jelaskan pada Iffa tentang semua hal yang berlaku dalam rumahtangga mereka berdua. Cuma, belum tiba masanya.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu bergema di seluruh ruang rumah Camelia.

"Biar aku je yang pergi tengok. Kau masak je dekat dapur ni." Pesan Camelia pada Iffa apabila melihat Iffa seakan ingin pergi membuka pintu.

"Okey." Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham dengan pesanan Camelia.

Kaki Camelia laju melangkah ke arah pintu rumahnya apabila bunyi ketukan semakin kuat. "Sekejap, sekejap. Siapa yang datang? Tak reti sabar ke?" Bisik Camelia perlahan. Apabila sampai sahaja di sana, tangan Camelia naik memulas tombol pintu dan terjengul susuk tubuh perempuan yang baru sahaja dia kenali. Senyuman sinis terbit di bibirnya. 'Dah sampai masanya...'

"Erm, sorry. Ni Puan Iffa Irdina ke?" tanya perempuan itu.

"Ya, saya Iffa Irdina. Kenapa ya?"

Happy reading guys ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience