"Abang dah pilih nak honeymoon dekat mana?" soal Iffa pada Raykarl semasa mereka berdua sedang duduk di atas katil. Esok ialah hari di mana mereka akan bertolak ke bulan madu.
"Pantai Cenang, Langkawi." jawab Raykarl.
"Pantai Cenang?"
"Haah. Sayang tak suka ke?" soal Raykarl lagi yang sudah mulai resah.
"Suka. Apa-apa yang abang pilih semua sayang suka!" balas Iffa seraya tangannya memeluk lengan Raykarl erat.
"Thank you, sayang Humaira." Satu kucupan dilabuhkan ke atas ubun-ubun Iffa.
"Sama-sama abang." Iffa tersenyum.
DUA hari kemudian,
"Abang, boleh tak kita tak payah pergi pantai." tanya Iffa yang mulai risau dan resah.
"Kenapa?" soal Raykarl pelik dan hairan.
Iffa menelan air liurnya apabila mereka berdua telah sampai di pantai.
"Tadi okey je. Kenapa ni sayang? Sayang Humaira tak suka ke kita pergi pantai?" soal Raykarl lagi.
"Bukan tak suka... tapi sayang takut." Air mata mula bergenang di tubir matanya. "Sayang pernah lemas di pantai. Sayang tak nak!" Iffa segera memeluk Raykarl dengan penuh ketakutan.
"Okey, okey. Kita pergi tapi jangan risau abang ada." Dia nak ajar Iffa melawan ketakutannya.
"Tapi abang sayang tak nak. Boleh tak...?" Mata Iffa memandang Raykarl dengan penuh harapan.
Kedua-dua tangan Raykarl naik memegang kedua-dua belah pipi Iffa. "Sayang Humaira, percayakan abang kan? Abang takkan pernah tinggalkan sayang."
Iffa menganggukkan kepalanya perlahan.
Perlahan-lahan kaki mereka berdua memijak pasir di pantai dan mereka semakin hampir dengan laut. Tangan Iffa mencengkam tangan Raykarl dengan kuat.
Raykarl dapat rasakan tangan Iffa menggigil ketakutan saat mencengkam kuat tangannya.
"Abang!" Iffa segera memeluk badan Raykarl apabila mereka telah berada betul-betul di hadapan laut.
"Sayang Humaira, dah berdiri di depan laut lah. Congratulations, sayang Humaira! You are so brave than what you think! Tahniah!" Raykarl memandang Iffa yang masih ketakutan. "Cantiknya, laut ni! Rugi sayang Humaira tak tengok. Pandang abang."
Iffa perlahan-lahan mendongakkan kepalanya memandang tepat ke arah Raykarl.
"Ikut cakap abang tau." Arah Raykarl.
Iffa menganggukkan kepalanya perlahan.
"Tutup mata."
Perlahan-lahan Iffa menutup matanya seperti diarah oleh Raykarl.
"Tenangkan fikiran. Cuba bayangkan sayang Humaira tengah tengok laut. Lepastu, sayang dapat dengar bunyi ombak dan burung-burung berkicauan." Tutur Raykarl dengan nada lembut dan perlahan.
"Sayang Humaira dapat bayangkan tak?"
"Sayang dapat rasalah abang!" Iffa segera membuka matanya dan memandang ke arah laut. "Sayang dah tak takut! Yeay!" Iffa tersenyum bahagia sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Kita main game nak tak?" soal Raykarl. Dia gembira melihat wajah Iffa yang ceria.
"Nakk!" Sahut Iffa teruja.
"Abang kejar sayang dan kalau abang dapat tangkap sayang, sayang kena rendamkan diri di laut. Boleh?"
"Bolehh!" Iffa segera berlari pantas dan Raykarl mula mengejar Iffa.
Akhirnya, Raykarl dapat menangkap Iffa dan segera mencempung badan Iffa dan dibawanya menghampiri laut.
"Abang! Abang! Biar sayang yang sendiri rendam badan." Iffa mulai gelabah apabila Raykarl seakan-akan ingin membalingnya ke laut.
"Abang gurau jelah!" Raykarl ketawa dan dipusingkannya badan Iffa beberapa kali tapi masih berada dalam kawalannya.
"Abang ni kan!" Iffa dan Raykarl ketawa bahagia.
-Andai masa dapat berhenti akan aku hentikan kerana aku hanya ingin merasa bahagia apabila bersama dengannmu dan takkan aku biarkan ianya berlalu.-
"ESOK kita nak pergi mana?" soal Iffa pada Raykarl.
"Jangan dulu tanya pasal esok. Hari ni pun belum habis. Kita habiskan dulu hari ni baru fikir pasal esok, okey? Abang nak sayang Humaira bersiap. Abang tunggu dekat pantai." Belum sempat Iffa bertanya, Raykarl telah pun berdiri dan berjalan keluar dari bilik mereka berdua.
Tinggal lah Iffa terpinga-pingga sendirian. "Bersiap?"
BEBERAPA minit kemudian,
Iffa masih mencari-cari baju yang sesuai untuk dipakainya walaupun dia masih dalam keadaan bingung.
TOK! TOK! Bunyi ketukan di pintu bilik Raykarl dan Iffa bergema.
"Ya, sekejap." Iffa segera menapak ke arah pintu dan tangannya naik membuka pintu bilik mereka berdua. Seorang perempuan berdiri di hadapannya sambil tangannya memegang gaun berwarna merah, tudung berwarna merah dan kasut berwarna hitam. Nampak seperti perkerja di resort itu. "Ya, ada apa?"
"Puan ni Puan Iffa Irdina ke?" soal pekerja perempuan itu membuatkan dahi Iffa berkerut.
"Haah. Tapi kenapa, ya?"
"Encik Raykarl minta saya hantarkan gaun, tudung dan kasut ni pada Puan Iffa." jawab perkerja perempuan itu membuatkan kerutan di dahi Iffa semakin bertambah.
"Terima kasih." Iffa menyambut huluran gaun berwarna merah, tudung berwarna merah dan kasut berwarna hitam setelah diberikan oleh pekerja perempuan yang sedang berdiri di hadapannya.
"Saya minta diri dulu." Pinta pekerja perempuan itu seraya kakinya melangkah pergi dari situ.
Iffa melangkah masuk semula ke dalam bilik dia dan Raykarl selepas perkerja perempuan itu pergi sambil tangannya memegang gaun berwarna merah, tudung berwarna merah dan kasut berwarna hitam.
IFFA berjalan dengan perlahan-lahan ke arah pantai. Sesekali kepalanya didongakkan memandang ke arah langit yang berwarna hitam pekat dan diterangi dengan cahaya bulan dan bintang yang bersinar. 'Indahnya, ciptaan Allah.'
Dari jauh Iffa dapat melihat ada banyak lilin di atas pantai. Dia berjalan ke arah pantai dengan dikelilingi oleh lilin. Dia dapat melihat Raykarl berdiri di tepi sebuah meja.
"Sayang Humaira abang?" Raykarl menghulurkan tangannya ke arah Iffa apabila Iffa tiba di hadapannya.
Iffa tersenyum memandang Raykarl. Dia menyambut huluran tangan Raykarl. Air matanya bergenang di tubir matanya.
"Sit down, sayang Humaira." Tangan Raykarl naik menarik sebuah kerusi untuk Iffa duduk.
"Thank you." Iffa melabuhkan punggungnya di kerusi yang ditarik oleh Raykarl.
Giliran Raykarl melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Iffa. "Hari ni kita dinner di sini. Suka tak?" Raykarl tersenyum memandang wajah Iffa yang manis tanpa apa-apa solekkan pun. Iffa mengenakan tudung labuh berwarna merah, gaun berwarna merah dan kasut berwarna hitam yang dia suruh salah satu perkerja perempuan di resort itu beri pada Iffa.
"Suka sangat-sangat. Abang ke yang buat semua ni?" tanya Iffa dalam sebak.
"Haah. Kenapa sayang Humaira nangis?Abang ada buat salah ke?" tanya Raykarl risau saat melihat satu-persatu air mata mengalir di pipi Iffa yang putih bersih.
"Takde. Abang takde buat salah pun dekat sayang. Cuma sayang terharu. Terharu sangat! Thanks abang, sebab dah buat semua ni untuk sayang dan thank you, sebab dah berusaha bahagiakan sayang. I love you, abang." Iffa tersenyum memandang wajah kacak Raykarl.
"Sama-sama, sayang Humaira. I love you too dan Insyaallah, abang akan sentiasa berusaha bahagiakan sayang walau dengan macam mana cara pun." balas Raykarl pula. "Dah, jom makan."
Enjoy your reading ^~^
Share this novel