DUA BULAN KEMUDIAN,
Mata Calina tidak lepas dari memandang seorang perempuan yang terbaring di atas katil hospital tidak sedarkan diri.
Entah bila perempuan itu akan sedar tapi yang dia tahu pasti khabar ini akan mengejutkan perempuan itu.
"Semoga Iffa cepat sedar."
DUA HARI KEMUDIAN,
"Abang, sayang Humaira, baru sedar je ni. Lepas, mama bagitau dekat hospital tadi yang abang dah pergi tinggalkan sayang, sayang terus datang sini." Air mata mulai bergenang di tubir matanya. Selepas sahaja sedar tadi dia mengamuk mencari Raykarl namun khabar yang diterimanya membuatkan hatinya berasa pedih dan sesak.
"Sampai hati abang tinggalkan sayang seorang, seorang. Anak kita dah takde, abang." Air mata yang ditahannya tadi kini mengalir deras keluar dari matanya membasihi seluruh wajahnya. "Sayang gugur. Abang pergi dengan bawa anak kita sekali. Sayang tinggal seorang, seorang. Sampai hati abang!" Semakin kuat tangisannya.
"Abang dah kotakan janji abang. Abang cakap yang abang nak bahagiakan sayang Humaira, walau dengan macam mana cara pun hingga akhir nafas abang dan abang dah pun kotakan janji, abang. Tapi... kenapa abang perlu pergi tinggalkan sayang seorang, seorang? Sayang Humaira, pernah cakap kan, yang abang ni pelengkap hidup sayang dan sekarang ni macam mana sayang nak hidup tanpa abang di sisi?" Semakin deras air matanya.
BAM! BAM! Awan berarak mendung. Guruh berdentum hebat. Akhirnya, hujan lebat turun membasihi segala yang ada di bawah bumi.
"Sayang Humaira, rindu abang. Abang rindu sayang tak? Abang dengar tak sayang cakap ni?" Teresak-esak Iffa menangis. "Abang, sayang nak ikut abang! Bawalah sayang sekali! Sayang tak boleh hidup tanpa abang! Abang!" Iffa segera memeluk kubur Raykarl dengan erat seperti memeluk badan Raykarl. "Sayang Humaira, rindu abang sangat-sangat. Abang tak rindu sayang ke? Sayang Humaira, nak ikut abang sekali, boleh tak?" Wajahnya disembankan ke kubur Raykarl seperti disembankan ke dada Raykarl. "Abang...kenapa cepat sangat abang tinggalkan sayang? Tak boleh ke sayang ikut abang sekali? Abang tunggu sayang dekat syurga tau."
-Saat kau pergi maka, bermula lah derita menghantui hidupku tanpa kau di sisi-
(IMBAS KEMBALI)
Sambil berpegangan tangan, kaki mereka berdua melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah. Senyuman manis menghiasi bibir Raykarl dan Iffa.
Mereka berdua masuk ke dalam kedai kasut, kemudian, keluar dan berjalan ke kedai lain pula menikmati hari mereka.
Rasa bahagia hadir dalam hati masing-masing.
"Nak ais krim tak?" soal Raykarl pada Iffa sambil sebelah tangannya ada dua bakul beg yang dipegang.
"Boleh juga. Jom, pergi taman nak?" soal Iffa pula membalas soalan Raykarl.
Raykarl menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Dah takde nak beli apa-apa lagi ke?"
"Takde. Nak duduk di taman sambil makan ais krim dengan abang, adalah!" jawab Iffa seraya ketawa kecil.
Raykarl tersenyum mendengar jawapan Iffa.
"FAVORITE ais krim ke?" soal Raykarl pada Iffa apabila sebentar tadi Iffa memesan ais krim berperisa coklat dengannya.
"Haah. Abang pula? Vanila? Biar betul, abang ni?" Iffa ketawa kecil.
"Apa yang lainnya?" soal Raykarl pelik.
"Bukan biasanya lelaki suka ais krim coklat ke?"
"Tu lelaki lain. Abang lain." balas Raykarl sambil tangannya naik mencuit manja hidung Iffa.
"Abang nak rasa Humaira punya tak?" Iffa menayangkan ais krimnya ke hadapan sedikit pada Raykarl.
"Nakk!" Sahut Raykarl. "Sayang pula rasa abang punya."
Iffa menyuapkan Raykarl ais krimnya dan Raykarl menyuapkan ais krimnya pada Iffa.
"Thank you abang." Ucap Iffa tiba-tiba.
"Thank you untuk?" soal Raykarl pula dengan hairan.
"Thank you sebab dah bagi Humaira bercinta dengan abang." jawab Iffa bersama senyuman. Sungguh dia bahagia. Dia. Bahagia.
"Sama-sama, sayang Humaira. Kita berdua akan bercinta selama-lamanya macam ni hingga akhir nafas abang. I'm promise." Raykarl merapatkan jarak antara mereka dan sebelah tangannya naik menggenggam erat tangan milik Iffa.
(IMBAS KEMBALI TAMAT)
"ADA apa mama call Yan?" soal Rayyan pada Calina. Sejak dua bulan lepas lagi dia balik Malaysia selepas dapat tahu yang adik kembarnya, Raykarl telah pergi buat selama-lamanya.
"Iffa!"
"Iffa? Kenapa dengan Iffa?" Jantung Rayyan berdebar hebat.
"Yan kenal tak siapa Iffa?" tanya Calina cemas.
"Tak. Tapi... dia isteri arwah Karl kan?" soal Rayyan kembali. Mamanya tak tahu yang dia pernah bercinta dengan Iffa.
"Haah! Iffa lari dari hospital lepas dapat tahu yang Raykarl meninggal dan dia gugur. Mama rasa dia pergi tempat tanah perkuburan Islam kot. Yan tolong cari dia boleh? Tapi takut dia terkejut pula tengok muka Yan sama dengan arwah Karl." balas Calina.
"Tak apa, pandai lah Yan nanti. Yan pergi dulu." Rayyan segera berlari keluar dari hospital dan menuju ke arah keretanya. Hatinya tika ini, sangat risau akan keadaan Iffa.
KAKI Rayyan melangkah mendekati Iffa yang telah tertidur di atas kubur Raykarl. Sayu hatinya melihat keadaan Iffa begitu. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan kubur Raykarl.
"Karl..." Rayyan memandang kubur Raykarl. "Thank you, sebab dah pegang janji kau. Thank you sebab dah jaga amanah yang abang beri pada kau. Thank you sebab kau dah jaga dan sayang Dina dengan sepenuh hati kau. Aku ingat amanah yang kau suruh aku jaga. Aku ingat janji aku pada kau. Kau jangan risau, aku akan jaga dia."
Pandangan Rayyan dilalihkan semula memandang wajah Iffa yang pucat. "Dina aku minta maaf sebab tinggalkan kau dulu." Rayyan tidak menunggu lama, dia segera mencempung badan Iffa dan dibawanya ke arah kereta.
Perlahan-lahan dia membaringkan Iffa ke dalam perut kereta.
"ABANG! Mummy! Mana abang, mummy?" Iffa memerhartikan ruang di sekelilingnya dan nampaknya dia sedang berada di dalam bilik Raykarl di atas katil.
"Ir, rehatlah." Baru sahaja tangan Isya ingin mengusap kepala Iffa yang masih dilitupi tudung.
Iffa segera menepis tangan Isya dan berlari turun dari katil dan keluar dari bilik Raykarl tanpa sempat Isya menghalang.
Iffa berlari menuruni tangan sambil bibirnya berkali-kali memanggil Raykarl. "Abang! Abang! Abang! Mana abang? Abang!" Sampai di ruang tamu, dia masih lagi menjerit-jerit memanggil Raykarl. "Abang! Jangan tinggalkan sayang Humaira, seorang, seorang! Anak kita dah takde abang! Dah takde! Sayang Humaira, seorang, seorang. Abang pergi dengan bawa anak kita sekali!"Â Air mata mulai membanjiri wajah Iffa yang pucat.
"Dina."
Satu suara garau menyapa gegendang telinga Iffa membuatkan jantungnya berdetak hebat. Bagai dia kenal suara garau itu. Sudah lama suara garau tersebut hilang dari hidupnya. Perlahan-lahan, Iffa memusingkan badannya ke belakang dan dia terpaku apabila ternampak seorang lelaki yang suatu masa dahulu, pernah menjadi seseorang yang begitu istimewa di hatinya.
Dia kenal! Dia kenal wajah itu. Dia kenal wajah yang hampir sama seperti wajah arwah suaminya. Parut di atas kening sebelah kanan lelaki itu dan mata hitam yang selalu menatapnya suatu dahulu, dia kenal!
Iffa terduduk di atas lantai. Air mata semakin deras mengalir keluar dari matanya seperti hujan lebat di luar yang sejak dari tadi tiada tanda untuk berhenti. "Ray..."
Enjoy your reading (:
Share this novel