"Hmm..." Kedengaran suara Iffa merengek kecil di atas katil semasa Rayyan sedang menunaikan solat sunat tahajjud di waktu sepertiga malam.
"Hubby..." Apabila merasakan tiada sesiapa di sebelah, matanya perlahan-lahan terbuka dan diliarkan mencari di mana keberadaan suaminya. Iffa bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk. Setelah itu, baru dia ternampak akan Rayyan yang baru sahaja selesai solat sunat tahajjud.
Rayyan berdiri dari sejadah seraya tangannya perlahan-lahan mengutip sejadah dan melipatnya. Kemudian, kakinya segera melangkah mendekati Iffa yang sedang duduk sambil bersandar di kepala katil.
Tangannya meletakkan sejadah di atas sofa yang berada di hadapan katil kemudian, dia menapak ke arah Iffa. Rayyan melabuhkan punggung ke atas katil di hadapan Iffa.
"Kenapa ni love?" soal Rayyan apabila melihat wajah Iffa seperti penat.
"Ngantuk, nak peluk hubby sambil tidur. Hubby solat apa tadi?" soal Iffa pula sambil melabuhkan kepalanya di atas paha Rayyan.
Tangan Rayyan naik mengusap perlahan dan lembut kepala isterinya, Iffa. "Hubby solat sunat tahajjud. Love terbangun sebab takde hubby di sebelah love ke?"
"Haah. Tapi sekarang ni love tiba-tiba rasa lapar pula. Jom, makan nak?" Iffa bingkas bangun dari pembaringannya di paha Rayyan dan beralih ke posisi duduk.
"Love rasa lapar?" tanya Rayyan mengulangi ayat Iffa.
Iffa menganggukkan kepalanya perlahan seraya membaringkan semula badannya ke atas katil. Terasa seperti mengantuknya masih belum hilang.
"Okey, sekarang ni love nak makan ke nak tidur?" Rayyan turut merebahkan badannya ke atas katil di sebelah Iffa.
"Nak peluk hubby." jawab Iffa kemudiannya, dia telah berada di dalam pelukan Rayyan dan tidak lama kemudian, kedengaran bunyi dengkuran halus dari Iffa.
Rayyan hanya tersenyum mendengar dengkuran Iffa. Tangannya naik membalas pelukan Iffa dan satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa yang sedang tidur lena.
"KITA nak pergi mana lepasni, hubby?" tanya Iffa pada Rayyan sewaktu mereka berada di dalam kereta. Sekejap, sekejap, kepalanya dikalihkan ke belakang memandang kereta-kereta ahli keluarga yang lain. Apa dia sahaja yang tidak tahu ke mana mereka ingin pergi?
Rayyan tidak menjawab sebaliknya dia hanya membalas pertanyaan Iffa dengan senyuman manis di bibir membuatkan Iffa masih bermain dengan teka teki.
Sebaik sahaja sampai di lokasi yang dituju Rayyan segera keluar dari perut keretanya dan berjalan ke sebelah kereta mendapatkan Iffa. Pintu kereta dibuka dan tangannya naik dihulurkan pada Iffa untuk disambut.
"My Cinderella?" Pada pagi itu, Iffa sesuai dinamakan sebagai seorang 'Cinderella' apabila Iffa mengenakan gaun berwarna biru lengan panjang, tidak lupa juga tudung yang sentiasa menutupi rambut Iffa saat dia berada di luar rumah.
Iffa menyambut huluran tangan Rayyan dan menggenggamnya erat. Setelah itu, Rayyan memimpinnya masuk ke dalam sebuah dewan yang telah dimasuki oleh ahli keluarga yang lain.
Iffa terpana ketika melihat dewan yang begitu besar menyapa pandangannya. Tiba-tiba, matanya terhenti pada sebuah tulisan yang dilekatkan di dinding.
'Cinderella Iffa and Prince Rayyan'
"Hubby..." Iffa menghentikan langkah kakinya sekaligus menghentikan langkah kaki Rayyan.
"Ya, love?" Wajah bingung Iffa ditatap dengan pandangan redup.
"Kenapa ada nama kita dekat tulisan tu?" soal Iffa dalam keadaan terpinga-pinga.
"Sebab ni ialah majlis kita." jawab Rayyan membuatkan dahi Iffa berlapis-lapis. "Atau lebih tepatnya majlis hubby surprise kan love." Sambung Rayyan bersama dengan senyuman manisnya jika dilihat mana-mana perempuan pasti akan jatuh hati.
Iffa tidak mengerti tapi masih mengikuti langkah kaki Rayyan membawanya hingga ke atas pentas dan di atas pentas dia dapat melihat gambar pernikahan dia dan Rayyan bergantung di dinding.
Tidak lama kemudian, orang ramai mula menghadiri majlis mereka berdua membuatkan Iffa semakin bertambah bingung tapi masih dihadiahkan senyuman pada setiap tetamu.
"Test, test." Dalam Iffa tak sedar, sebuah mikrofon sedang berada di dalam genggaman tangan Rayyan. "Thank you, to ladies and gentlemen for coming to our event. This is, my beloved wife, Iffa Irdina and today she was called as, 'cinderella Iffa' and I, Rayyan Ridzuan was called as, 'prince Rayyan'." Pandangan Rayyan dikalihkan ke wajah Iffa dengan sebelah tangannya lagi erat menggenggam tangan Iffa yang telah berpeluh. Mungkin saat ini isterinya sedang gementar berdiri di depan orang ramai seperti sekarang.
"Hubby, ni majlis kita ke?" tanya Iffa pada Rayyan dalam keadaan berbisik. "Kenapa love tak tahu?"
"Sebab hubby nak surprise kan dekat love. Love suka tak?" tanya Rayyan pula dalam keadaan berbisik.
"Suka...tapi love takut lah. Love tak biasa berdiri depan orang ramai macam ni." Adu Iffa dengan jantung yang berdegup laju.
"Don't worry love. Hubby ada dekat sini dan hubby akan protect love walau dengan macam mana keadaan pun. I'm here with you. Trust me." Anak mata berwarna hitam milik Rayyan membolos masuk ke dalam anak mata berwarna coklat milik Iffa. "Senyum sikitt..." Arah Rayyan sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis pada Iffa.
Iffa tersenyum seperti arahan Rayyan. Kini dia berasa sedikit lega setelah mendengar kata-kata Rayyan.
"KITA nak pergi mana pula ni? Pandai eh hubby surprise, surprise kan love macam ni!" Iffa ketawa dengan gembira. Majlis 'Cinderella Iffa and Prince Rayyan' baru sahaja tamat dan ahli keluarga yang lain sudah pulang kecuali mereka berdua. Rayyan membawanya ke suatu tempat yang dikatakan oleh Rayyan ialah tempat yang dia selalu pergi.
"Hubby..." Ketawa Iffa terhenti sebaik sahaja kereta mereka berhenti di Tanah Perkuburan Islam.
"Mari, love." Rayyan keluar dari perut kereta dan berjalan menghampiri Iffa yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Tangan Rayyan naik menggenggam erat tangan milik Iffa dan kakinya mula melangkah perlahan-lahan ke arah kubur seseorang yang begitu bermakna buat mereka berdua.
"Abang..." Iffa melepaskan tangan Rayyan dan tangannya kini berjalan di atas kubur Raykarl.
"Hubby bawa love datang sini supaya love tahu yang hubby akan selalu izinkan love datang melawat arwah Karl." Rayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Iffa.
"Karl, abang dah tunaikan janji abang. Abang Yan nak ucapkan terima kasih pada Karl sebab dah tunaikan janji Karl dan dah jaga amanah abang Yan pada Karl." Batu nisan milik Raykarl ditatapnya bersama dengan senyuman pahit. Sungguh dia rindu arwah adiknya itu.
Iffa yang melihat itu segera menggenggam erat tangan Rayyan dengan air mata yang bergenang. 'Abang terima kasih untuk segalanya. Sayang Humaira takkan pernah lupakan abang walau sesaat pun. Abang sentiasa dalam ingatan dan hati sayang.'
Enjoy your reading (:
Share this novel