"Cantik bilik awak." Puji Raykarl saat mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik Iffa. Ridzuan, Calina dan Camelia termasuk mereka bermalam di rumah Iryan selama sehari.
Tiada balasan dari Iffa. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil. Terasa janggal apabila berdua-duaan dengan lelaki di dalam biliknya walaupun Raykarl telah sah menjadi suaminya.
Raykarl berjalan menghampiri Iffa. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil di sebelah Iffa dan dirapatkan sedikit kedudukan mereka.
Tangannya naik meraih tangan milik Iffa dan diusap perlahan. "Terima kasih sekali lagi sebab dah terima saya jadi suami awak dan In Syaa Allah, hingga akhir nafas saya. Saya janji saya akan lindungi awak walau apa pun yang terjadi. Saya akan sayang awak dan beri awak hati saya sehingga akhir nafas saya."
Iffa terpana. Kata-kata Raykarl yang penuh syahdu itu mampu buatkan hatinya tersentuh. Adakah ini penangan bercinta selepas kahwin?
"Esok nak gerak jam berapa?" soal Raykarl menyentakkan lamunan Iffa.
"Kita pergi rumah aun... mama!" Hampir sahaja dia tersasul. "Kita pergi rumah mama dan baba ke?" soal Iffa membalas soalan Raykarl.
"Haah. Lepastu, esoknya baru kita pergi rumah saya dan awak." jawab Raykarl seraya bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Ru...rumah saya dan awak?" soal Iffa seakan tidak percaya.
"Ya. Sebenarnya rumah tu saya dah beli siap-siap untuk bakal isteri saya suatu hari nanti dan akhirnya hari tu dah tiba. Awaklah isteri saya." jawab Raykarl lagi.
"Awak... takde girlfriend ke sebelum ni?" soal Iffa lagi.
"Ada dan dah jadi ex-girlfriend. Tu semua cerita lama. Cerita sekarang ni saya nak bahagiakan awak dan nak bimbing awak seorang je." jawab Raykarl bersama senyuman.
Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia turut tersenyum.
"HUMAIRA, dah siap ke?" soal Raykarl pada Iffa yang masih di bilik air.
Iffa tidak menjawab dia hanya keluar dari bilik air dengan wajah yang berkerut dan pelik. Iffa berjalan menghampiri Raykarl dan berdiri di hadapan Raykarl. "Humaira?"
"Mulai sekarang ni saya akan panggil awak dengan panggilan Humaira." jawab Raykarl bersama senyuman.
"Tapi kenapa Humaira?" soal Iffa lagi.
"Sebab nama tu sesuai dengan awak. Lagipun, 'Humaira' tu ialah nama manja awak yang saya bagi pada awak." jawab Raykarl lagi.
Iffa tersipu malu mendengar jawapan Raykarl. 'Humaira?'
"Mari sini." Tangan Raykarl naik meraih tangan milik Iffa dan dibawanya ke katil. Mereka melabuhkan punggung masing-masing ke atas katil. "Nah." Raykarl menyerahkan sebuah bakul beg kepada Iffa.
Bakul beg itu bertukar tangan. Iffa membuka bakul beg itu dengan penuh tanda tanya dan...
Kepalanya didongakkan semula memandang Raykarl dan Raykarl hanya membalas dengan senyuman manis.
Raykarl meraih tangan Iffa. "Abang tak nak paksa Humaira pakai tudung tapi dah jadi tanggungjawab abang sebagai suami untuk tegur aurat Humaira. Abang tak nak lelaki lain tengok aurat Humaira. Hanya abang je yang boleh tengok aurat Humaira sebab kita berdua takde apa-apa batasan." Digenggam erat tangan Iffa dan diusap perlahan.
Mendengar sahaja jawapan Raykarl, hati Iffa tersentuh. Sebelum ni memang mummynya ada tegur pasal auratnya tapi... dia buat tak endah je. Namun bila Raykarl yang tegur dia rasa macam dihargai. "Thank you, a...abang." Iffa cuba membiasakan dirinya menyebut panggilan 'abang' itu.
"Sama-sama, Humaira."
"NI ke rumah mama dan baba?" sooal Iffa pada Raykarl dengan mata yang tidak berkedip memandang rumah Ridzuan dan Calina yang boleh dikatakan besar.
"Haah. Jom, masuk." Ajak Raykarl seraya tangannya menarik tangan Iffa dan digenggam erat. Kaki mereka berdua bersama-bersama melangkah masuk ke dalam rumah setelah bibir mereka berdua memberi salam. Mudah untuk mereka masuk apabila pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka untuk memudahkan Raykarl dan Iffa masuk ke dalam.
"Waalaikummusalam!" Sahut Calina seraya berlari kecil ke ruang tamu. "Alhamdulilah, dah sampai. Mari, ikut mama." Ajak Calina. Terbit senyuman manis di bibirnya.
Raykarl dan Iffa hanya tersenyum nipis. Kaki mereka berdua mengikuti Calina yang sedang ke dapur dan tangan mereka berdua masih kekal bersama.
"Jemput duduk. Hari ni mama masak special. Nasi Goreng Pataya. Makanan favorite Raykarl."
Raykarl dan Iffa melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi. Iffa memandang Raykarl. 'Rupa-rupanya ni makanan favorite dia.'
"Terima kasih, mama. Mana baba?" soal Raykarl pada Calina yang telah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di hadapan mereka berdua.
"Baba macam biasalah, kerja. Petang nanti baru baba balik. Tak apa. Tak payah tunggu baba. Makan je dulu." balas Calina. Dia tahu sangat perangai Raykarl yang suka menunggu Ridzuan untuk makan.
"Okey, ma."
"WOW!" Itu ialah perkataan pertama yang keluar dari mulut Iffa selepas dia masuk ke dalam bilik Raykarl, suaminya.
Bilik Raykarl sangat-sangat kemas kalah bilik dia!
Banyak barang-barang Raykarl disusun dengan teratur dan kemas. Iffa berjalan ke arah meja di tepi katil Raykarl. Jari telunjuknya diangkat dan diletakkan ke atas meja. Jari telunjuknya dijalankan di atas meja itu. 'Wow! Takde habuk!'
"Nak spot check bilik abang ke?" soal Raykarl pada Iffa bersama ketawa kecil.
Iffa tersipu malu apabila kantoi memeriksa bilik Raykarl. "Abang memang pengemas ke?"
"Haah." jawab Raykarl seraya kakinya berjalan menghampiri Iffa.
"Untung Humaira sebab dapat suami macam abang." Iffa meluahkan pendapatnya.
"Abang pun untung juga sebab dapat isteri yang dengar cakap macam Humaira ni." Tangan Iffa diraih dan diusap perlahan. "In Syaa Allah, abang akan jaga Humaira hingga akhir nafas abang dan abang akan pastikan Humaira bahagia dengan abang. I love you." Usai berkata begitu, satu kucupan dilabuhkan ke atas dahi Iffa.
Enjoy your reading (:
Share this novel