"Humaira, Humaira. Bangun sayang." Raykarl berbisik perlahan di tepi telinga Iffa sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Iffa.
"Kenapa?" Mata Iffa perlahan-lahan terbuka. Wajah Raykarl yang pertama menyapa pandangannya.
"Bangun mandi. Dah nak masuk subuh ni."
"Kejap." Iffa bangun dari pembaringan ke posisi duduk. "Abang dah mandi ke?" soal Iffa. Wajah Raykarl nampak segar.
"Dah. Jam lapan pagi nanti kita keluar nak?" Raykarl bersandar di kepala katil di sebelah Iffa.
"Keluar? Nak pergi mana?" soal Iffa lagi. Mamainya masih belum hilang.
"Jalan-jalan, abang nak eratkan lagi hubungan kita berdua sebagai suami isteri." jawab Raykarl seraya tersenyum.
Iffa membalas jawapan Raykarl dengan senyuman manisnya. Sungguh Raykarl tahu bagaimana ingin membahagiakannya.
"GOOD morning mama." Sapa Iffa pada Calina semasa dia turun ke ruang tamu.
"Morning. Mana Karl?" soal Calina pula membalas sapaan Iffa.
"Abang Karl tengah bersiap." jawab Iffa membuatkan dahi Calina berkerut seribu.
"Tengah bersiap? Biar betul? Selalu dia yang paling laju bersiap. Apa-apa pun cantik Iffa pakai tudung. Manis je." Puji Calina, ikhlas dari hatinya.
"Kau nak keluar ke Iffa?" tanya Camelia yang baru sahaja tiba di situ.
"Haah."
"Oh tapi kalau abang Karl ada buli kau ke apa ke kau bagitau je aku. Nanti aku report dekat mama dan baba." Usik Camelia pada sahabat baiknya merangkap kakak iparnya.
Iffa ketawa kecil membalas usikan Camelia.
"Tapi kan... ada something wrong lah wey!" Kening Camelia dibuat-buat terangkat seperti sedang berfikir.
"Apa dia?" tanya Iffa hairan dan pelik.
"Kau kan dah jadi kakak ipar aku jadi aku kena lah panggil kau kakak!" Camelia meluahkan pendapatnya.
"Sayang! Humaira! Naik sini sekejap." Laung Raykarl dari biliknya.
"Pergilah, suami kakak dah panggil tu." Usik Camelia lagi.
Naik merah pipi Iffa diusik begitu. "Mama, Iffa naik dulu tau." Pinta Iffa.
"Naiklah." balas Calina seraya tersenyum.
Iffa menganggukkan kepalanya tanda faham. Kakinya segera berjalan naik tangga dan menapak ke arah bilik Raykarl.
"KENAPA ni abang?" soal Iffa yang mulai risau apabila melihat Raykarl belum bersiap sepenuhnya.
"Tolong butangkan baju abang." Arah Raykarl setelah dia menutup pintu biliknya.
"Hah?" Tangan Iffa naik bergerak membutangkan baju Raykarl walaupun dia masih tertanya-tanya.
"Thank you sayang Humaira." Terbit senyuman manis menghiasi bibir Raykarl.
"Sama-sama. Tapi sebelum ni siapa yang tolong butangkan baju abang?" soal Iffa pelik.
"Abang yang butang sendiri." jawab Raykarl lagi seraya tangannya naik melingkar di pinggang Iffa.
"Habis, tu? Yang abang suruh Humaira butangkan baju abang?" Bertambah jumlah kerutan di dahi Iffa.
"Saja je. Nak eratkan lagi hubungan kita." jawab Raykarl lagi bersama ketawa kecil.
Iffa mengecilkan matanya memandang Raykarl. Pandai je suaminya ni nak bagi jawapan! "Kenapa abang tak pakai t-shirt?"soal Iffa. Dia memandang Raykarl atas bawah.
"Kalau abang pakai t-shirt, abang takut perempuan lain jatuh hati dekat abang. Nanti Humaira yang jealous."
"Apalah abang ni!" Tangan Iffa naik memukul perlahan bahu Raykarl. "Pergilah tukar baju. Humaira tunggu dekat bawah."
Baru beberapa langkah kaki Iffa berjalan, terasa ada sesuatu memegang sebelah tangannya. Iffa segera menolehkan kepalanya ke belakang dan ternyata Raykarl sedang memegang sebelah tangannya.
"Tunggu abang tau." Beritahu Raykarl sambil membuat gaya mengelipkan sebelah matanya seiring dengan menghadiahkan senyuman manis pada Iffa.
Iffa tidak membalas. Hanya jantungnya sahaja yang berdegup laju dan hatinya berdebar hebat apabila melihat Raykarl membuat aksi seperti itu. Sungguh Raykarl tahu bagaimana caranya untuk membuat dia jatuh cinta. Dia cairrr!
"Ehem!" Raykarl berdehem perlahan apabila mata Iffa tidak berkedip memandangnya. "Tahulah abang handsome tapi janganlah pandang abang lama-lama. Ke Humaira nak temankan abang tukar baju?" soal Raykarl sambil kakinya melangkah setapak demi setapak ke arah Iffa sehinggakan hanya satu inci sahaja lagi diri mereka akan bertembung.
Nasib Raykarl tinggi dan tidak menundukkan kepalanya. Kalau tidak mau tercabut jantung Iffa!!!
Tapiii... apa yang Iffa risaukan akhirnya terjadi juga. Raykarl menundukkan kepalanya sehingga dahi Iffa dan dahinya berlanggar.
Iffa yang melihat itu mula mengundurkan kakinya setapak demi setapak ke belakang namun nasibnya malang apabila dia terpijak kaki sendiri dan Raykarl berjaya menyambutnya tetapi mereka berdua tetap jatuh cuma Raykarl sempat menarik dirinya dan membuatkan dia jatuh di atas badan Raykarl manakala badan Raykarl terhempas di atas lantai.
"Ya Allah! Abang okey?" Iffa cuba untuk berdiri namun kedua-dua tangan Raykarl menguci pergerakannya.
Raykarl tidak menjawab sebaliknya dia hanya membalas dengan ketawa besar. Pecah perutnya! "Abang okey je. Comel lah muka sayang bila sayang risau!" Raykarl ketawa lagi.
Pipi Iffa mulai naik kemerah-merahan apabila diusik sebegitu oleh Raykarl. Muncung sedepa dikeluarkan. "Abang ni... Muka sayang lawak ke?"
"Okey, okey, sorry. Muka sayang tak lawak. Comel sangattt!" Satu kucupan diberikan ke kedua-dua belah pipi Iffa.
"Abang ni pelik lah. Sekejap panggil Humaira, sekejap panggil sayang. Mana satu sebenarnya?" Naik pening dia dengan panggilan yang Raykarl beri padanya.
"Iffa Irdina kan isteri abang. Jadi abang boleh panggil sayang Humaira dengan apa-apa nama atau panggilan. Kalau abang nak panggil love pun boleh!" Lagi-lagi Raykarl mengusik Iffa.
"Ish, abang ni!" Tangan Iffa naik mencubit lengan Raykarl sambil ketawa bahagia. Ada-ada je Raykarl nak usik dia!
"Ni lagi dua kali ganda comelll!" Raykarl turut ketawa bersama dengan Iffa.
Bahagia sungguh mereka.
"Abang ni... Arr!" Iffa tiba-tiba terjerit kecil apabila Raykarl memutarkan badan mereka berdua ke sebelah dan membuatkan kedudukan mereka berubah. Badan Raykarl di atasnya manakala badannya di atas lantai.
"Abang..." Iffa terkaku apabila Raykarl mendekatkan muka dengan mukanya.
"Hahaha!" Raykarl ketawa berdekah-dekah setelah menghadiahkan satu kucupan di atas dahi Iffa dan kini badannya sedang terlentang di atas lantai.
"Suka betul lah dia mengusik orang!" Iffa turut ketawa sambil tangannya sekali lagi ingin mencubit lengan Raykarl tetapi tangan Raykarl lebih pantas menghalang tangannya.
"Jangan lah cubit abang." Raykarl mengangkat sedikit kepala Iffa kemudian dia meletakkan tangannya di bawah kepala Iffa dan kepala Iffa diletakkan di bawah bahunya.
Iffa yang melihat itu merapatkan jarak antara mereka. Tangan Raykarl naik melingkar di atas pinggang Iffa.
Masing-masing diam tidak berbunyi. Hanya mata sahaja yang menghantar rasa cinta ke hati masing-masing bersama dengan senyuman bahagia.
"Bahagia..." Gumam Iffa sendirian. "Thank you abang. Thank you sebab dah buat sayang rasa bahagia. Tolong janji dengan sayang jangan tinggalkan sayang dan biarlah kebahagiaan ni selalu datang pada kita."
Ya, dia bahagia. Sangat bahagia apabila bersama dengan Raykarl. Dia merasa selamat apabila berada di sisi Raykarl. Dia bahagia...
"Abang janji hingga akhir nafas abang. Sayang pun kena janji juga dengan abang." Raykarl memandang tepat ke dalam anak mata milik Iffa.
"Apa?"
"Bila abang dah takde, bila abang dah tak boleh beri bahagia pada sayang, sayang tolong cari bahagia sayang. Tinggalkan abang. Tapi kalau abang ada buat sayang terasa hati ke, buat salah dengan sayang ke, tolong tegur abang, marah abang. Abang nak sayang bahagia bukan derita." Raykarl semakin merapatkan diri mereka berdua.
"Sayang janji tapi sayang takkan tinggalkan abang. Sayang cuma nak kejar bahagia hanya dengan abang dan bersama abang. I love you abang."
"I love you too, sayang Humaira."
Enjoy your reading (:
Share this novel