"Ray..." Iffa terduduk lemah di atas lantai.
"Dina." Perlahan-lahan kaki Rayyan melangkah mendekati Iffa yang masih terkejut melihat dirinya selepas beberapa tahun. Dia duduk mencangkung di hadapan Iffa.
Iffa mati kata apabila melihat Rayyan betul-betul di hadapannya.
"Jangan macam ni, Dina. Kau kena terima yang Karl dah takde. Jangan menangis, macam ni. Biar Karl pergi dengan tenang. Please, Dina." Pujuk Rayyan dengan lembut.
Calina yang melihat itu mula syak sesuatu. 'Iffa ke perempuan yang Yan terpaksa tinggalkan dulu?' Calina segera berjalan laju naik ke bilik Raykarl dan dia sempat menghalang Isya dari turun melihat Iffa. Tangan Calina naik menutup pintu bilik Raykarl. "Yan tengah cuba pujuk Iffa. You rehatlah. Naik naik pula darah you nanti."
Sementara itu, di ruang tamu Rayyan masih cuba memujuk Iffa.
PAP! Kuat tangan Iffa menampar pipi kanan Rayyan sehingga berbekas warna merah. Iffa bingkas berdiri sambil matanya mencerlung memandang wajah Rayyan dengan tajam.
"Dina!" Rayyan turut bingkas berdiri.
"Kau tau apa je?! Kenapa kau muncul balik?! Lepas, kau tinggalkan aku, Aidil tak guna tu tipu aku! Hati aku ni dah hancur dua kali. Aku fikir aku takkan jatuh cinta lagi dah lepasni tapi aku silap! Adik kau, arwah suami aku buat aku rasa bahagia hari-hari. Tapi sekarang ni dia dah takde termasuk anak kami. Sekarang ni pula kau muncul balik? Lepas kau siapa pula? Aidil? Kau nak tau tak besar mana benci aku pada kau? Kalau dulu, aku sayang kau sekarang pula aku benci kau lebih dari aku sayang kau! Kau berambus lah!" Bentak Iffa, marah dan geram. Perasaannya ketika ini bercampur baur.
Terasa sakit dan pedih hatinya apabila mendengar Iffa berkata sedemikian. Luluh hatinya kerana bukan dia lagi yang istimewa di hati Iffa, bukan dia lagi yang mendapat tempat istimewa di hati Iffa tapi kini tempat itu milik arwah adiknya, Raykarl. Dia sedar tiada lagi ruang di hati Iffa untuk dirinya.
"Aku benci kau dan aku tak nak tengok muka kau! Abang! Abang! Mana abang?!" Sekali lagi, Iffa menjerit-jerit memanggil Raykarl yang dia sendiri tahu bahawa Raykarl takkan pernah kembali lagi.
"Dina, please. Jangan macam ni." Perlahan-lahan Rayyan mendekati Iffa.
"Kau pergi lah! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi!" Iffa mulai mengamuk apabila Rayyan semakin dekat dengan dirinya.
Rayyan yang melihat Iffa mulai hilang kawalan terus segera memeluk badan Iffa dan tangannya naik mengusap-usap kepala Iffa yang dilitupi dengan tudung.
"Aku nak abang, Ray! Aku nak dia!" Adu Iffa tanpa sedar dan kemudian badannya hampir rebah ke atas lantai namun Rayyan sempat menyambut badannya dan mencempung sehingga ke bilik Raykarl.
"KEADAAN Puan Iffa agak lemah. Berikan dia rehat yang secukupnya dan jangan bagi dia tertekan." ujar Doktor Fadila iaitu doktor peribadi keluarga Ridzuan dan Calina selepas memeriksa keadaan Iffa.
"Terima kasih doktor." Ucap Calina.
"Sama-sama, saya minta diri dulu." Pinta Doktor Fadila kemudian dia segera melangkah keluar dari bilik Raykarl.
"Camy nanti bila Iffa bangun bagitau mama. Yan pula...aik?" Berkerut dahi Calina apabila Rayyan telah tiada di sebelahnya. Tadi elok je berdiri di sebelah.
(IMBAS KEMBALI) - Pertama Kali Bertemu
Iffa perlahan-lahan berjalan di dalam hujan yang lebat itu. Sesekali guruh berdentum hebat dan kilat memancar. Tiada tanda-tanda yang hujan akan berhenti.
"Ehh, dah berhenti ke?" Iffa berasa pelik apabila tiba-tiba tudung sekolah yang dipakainya tidak lagi dibasahi hujan. "Tapi kenapa depan aku ni ada hujan?" Semakin pelik Iffa. Berkerut seribu dahinya.
"Ehem!" Satu suara garau menyapa gegendang telinga Iffa.
Iffa memusingkan badannya ke belakang dan ada seorang lelaki tinggi lampai sedang berdiri di hadapannya sambil tangan lelaki itu memegang payung yang melindunginya dari dibasahi air hujan.
"Kau budak sekolah Kampung Jaya ke?" tanya Rayyan pada budak perempuan itu setelah dia ternampak lencana Sekolah Menengah Kampung Jaya.
"Haah. A...abang pun ke?" tanya Iffa pula. Tergagap-gagap dia semasa menyebut panggilan 'abang' itu. Kalau nak panggil kau macam tak sopan pula. Jadi dia panggil je lah 'abang' sebab lelaki yang sedang berada di hadapannya sekarang ini seperti lebih tua darinya.
'Abang?' Getus Rayyan dalam hati. Dia menahan senyum dan ketawa apabila mendengar panggilan Iffa. "Umur kau berapa? Aku tingkatan lima. Nama aku Rayyan. Nama kau Iffa Irdina kan? Aku panggil kau Dina je lah."
"Saya tingkatan tiga. Tapi macam mana a...bang boleh tahu nama saya?" soal Iffa lagi dengan polos.
Terletus ketawa Rayyan mendengar soalan Iffa. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali sambil tersenyum. "Aku tahu dari lencana nama kau lah!" jawab Rayyan sambil ketawa.
"Ouh..." Iffa menundukkan kepalanya dengan malu yang teramattt! 'Kau ni bodoh lah Iffa!' Dia mengutuk dirinya sendiri dalam hati.
"One more thing, tak payah panggil aku abang. Boleh tak Dina?" Rayyan menundukkan sedikit badannya supaya sebaris dengan badan Iffa. Wajahnya sekarang hampir dekat dengan Iffa tapi jangan risau, tak dekat pun!
Buat pertama kalinya, jantung Iffa berdegup kencang dan hatinya seperti disapa dengan satu perasaan.
"Aku tahulah aku handsome tapi tak payahlah renung aku lama-lama!" Usik Rayyan apabila Iffa tidak berhenti dari merenungnya.
Iffa tersentak. Wajahnya bertambah merah.
Rayyan tersenyum memandang wajah Iffa yang semakin merah. "Kau tak payah panggil aku abang boleh tak?" Soalan yang sama diulang pada Iffa.
"Boleh. Tapi saya nak panggil apa?" tanya Iffa, hairan.
"Kau." Jawab Rayyan membuatkan dahi Iffa berkerut. "Mulai dari hari ni, kita kawan. Boleh tak Dina?" soal Rayyan lagi. Matanya tepat menatap wajah Iffa.
Iffa menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju.
"Mari aku hantar kau balik."
"Ehh, tak payah! Saya boleh balik sendiri!" Dengan pantas Iffa menolak pelawaan Rayyan.
"Aku nak hantar kau balik. So, no excuse. Jom!" Belum sempat pun Iffa menjawab, Rayyan telah terlebih dahulu melangkah pergi dari situ.
"Tunggu saya!" Iffa berlari mengejar langkah kaki Rayyan.
-Pertemuan pertama antara kita yang mula menanamkan rasa cinta dan sayang di hati masing-masing-
Enjoy your reading ^~^
Share this novel