DC 22 : Air tangan

Drama Completed 34715

"BERAPA KALI AKU NAK CAKAP?! NI WAKTU KERJA BUKAN WAKTU UNTUK KAU ORANG MENGUMPAT! JANGAN JADI GEDIK BOLEH TAK?!"

Sekali lagi Iffa terkejut apabila terdengar bunyi Rayyan menjerit di luar. Pantas tangannya meletakkan bunga itu ke atas meja dan dia berlari keluar dari pejabatnya.

Sampai sahaja dia diluar ada beberapa pekerja di hotel itu berbisik sesama sendiri dan ada juga yang mata mereka fokus memerhartikan Rayyan sedang memarahi dua orang pekerja perempuan di hotel itu.

Iffa berjalan menghampiri Rayyan dan dua orang pekerja perempuan itu. "Kenapa ni?" soalnya pada Rayyan dan dua orang lagi pekerja perempuan.

"Berapa kali aku nak cakap?!" Pertanyaan Iffa dihiraukan sahaja ibarat angin lalu di telinga. Matanya tajam merenung dua pekerja perempuan di hadapannya tika ini. "Bukan sekali atau dua kali tau kau orang buat macam ni! Dah banyak kali dah! Berapa kali aku nak marah kau orang?! Tak penat ke asyik kena marah?! Kau orang ni memang tak pandai faham bahasa melayu kan? Kau orang dua nak aku cakap bahasa apa pula? Tamil? Cina? Ke drama korea yang selalu kau orang tengok sampai kerja pun tak buat?!" Dia memandang dua orang pekerja perempuan di hadapannya seperti ingin menelan mereka berdua hidup-hidup saat itu juga.

"Ray! Ray! Ray!"

"Aku..." Baru sahaja Rayyan ingin menyambung tengkingannya namun Iffa terlebih dahulu menghalangnya dan menariknya masuk ke dalam pejabat.

"Kenapa kau benci sangat dekat perempuan Ray?" tanya Iffa setelah mereka berdua masuk ke dalam pejabat Rayyan.

"Aku tak benci perempuan!" Bentak Rayyan geram.

"Habis tu? Yang tadi tu apa? Kenapa kau marah dia orang sampai macam tu sekali?" Berkerut seribu dahi Iffa memandang wajah Rayyan yang merah kerana sangat marah.

"Dah dia orang dua buat salah! Aku marah lah!" jawab Rayyan sambil menghentakkan tangannya ke atas meja.

Iffa terkejut mendengar bunyi hentakan itu. "Aku dengar kau panas baran? Lagi-lagi, kalau melibatkan hal perempuan. Betul ke?" tanya Iffa lagi dengan suara yang kembali stabil.

"Dari mana kau dengar?" Berlapis-lapis dahi Rayyan saat mendengar pertanyaan Iffa.

"Betul ke?" Iffa menghiraukan sahaja pertanyaan Rayyan. Dia mengulangi semula soalannya tadi pada Rayyan.

"Keluar." Halau Rayyan seraya menundukkan kepalanya memandang meja.

Iffa terkedu dan tergamam. Rayyan menghalaunya?

"Aku takde niat pun nak halau kau Dina." Kepalanya didongakkan memandang wajah Iffa yang kelihatan terkejut semula. "Tapi aku tak nak jawab soalan kau. Masa aku tinggalkan kau, aku dalam keadaan terpaksa. Masa tu kehidupan aku dah seratus peratus berubah. Kau takkan faham kalau kau tak dengar cerita ni sampai habis." Rayyan menghela nafas berat seketika. "Tolong keluar aku nak rehat. Aku sakit kepala." Sambung Rayyan lagi seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Okey." Iffa memandang wajah Rayyan seketika. Raut wajah Rayyan jelas menunjukkan bahawa Rayyan sedang serabut. "Jangan lupa rehat. Kau ada panadol tak?" soal Iffa sambil kakinya melangkah mendekati Rayyan.

Rayyan menganggukkan kepalanya perlahan. "Nanti aku makan."

"Tak payah!" Marah Iffa tapi suaranya masih dikawal. "Aku buatkan kau air teh nak?" soal Iffa lagi dan tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman manis.

"Boleh." Rayyan tersenyum ceria sehingga menampakkan lesung pipitnya. 'Kau masih ingat kalau aku sakit kepala, aku nak teh? Dina takde ke perasaan cinta dan sayang pada aku walau secebis pun?'

Mata Rayyan menghantar langkah kaki Iffa keluar dari pejabatnya dengan senyuman.

"NAH, teh kau." Cawan yang berisi air teh itu diletakkan ke atas meja di hadapan Rayyan.

"Thank you Dina." Dihirup sedikit air teh itu. "Sedap! Air tangan kau masih sama." Rayyan memandang Iffa yang sudah terkedu.

"Aku keluar dulu." Kaki Iffa baru ingin melangkah namun ada sesuatu yang menyambar sebelah tangannya. Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan yang sedang memegang sebelah tangannya.

"Teman aku makan. Kau masak, boleh tak? Aku teringin nak makan nasi lemak. Boleh?" Pandangan mengharap dihantar pada Iffa. Tangannya yang memegang sebelah tangan Iffa dilepaskan.

"Kau ni memang dari dulu tak berubah kan? Kalau nak makan, mesti kena ada aku. Kalau tak?" Iffa mulai tersedar sesuatu. "Jadi, selama ni?"

Rayyan hanya mengangkat kedua-dua bahunya. "Aku rasa kau tahu. Dah lama aku tak makan nasi Dina."

"Jangan cakap selama ni kau tak makan nasi?" Berkerut dahi Iffa mendengar jawapan dari Rayyan.

"Haah. Tolong masak eh?" Dikelip-kelipkan matanya pada Iffa.

"Okey. Fine." Kaki Iffa segera melangkah keluar dari pejabat Rayyan dan menuju ke arah dapur.

"KAU tak nak aku hantar kau pulang ke?" soal Rayyan pada Iffa semasa Iffa baru sahaja ingin melangkah keluar dari Hotel Y&K.

"Habis tu, kereta aku tu pula macam mana? Tak apa, aku boleh balik sendiri. Jangan lupa rehat." Pesan Iffa pada Rayyan seraya kakinya melangkah keluar dari Hotel Y&K.

"Tunggu, Dina. Kau dah baca kad yang aku bagi kau? Aku letak dalam bunga. Dah?" soal Rayyan lagi menghentikan langkah kaki Iffa.

"Belum. Aku simpan dekat pejabat. Esok jelah aku baca. Kenapa?"

"Takde. Okey, hati-hati bawa kereta. Semoga selamat sampai." balas Rayyan.

"ASSALAMUALAIKUM." Iffa memberi salam seraya tangannya naik membuka pintu rumah dan melangkah masuk.

Kakinya dibawa naik ke atas menuju ke arah bilik. Sampai sahaja di bilik, dia menapak pula ke arah bilik kerja arwah suaminya, Raykarl.

Beg sandangnya diletakkan ke atas meja sementara dia melabuhkan punggung ke atas kerusi. Tangannya naik mencapai bingkai gambar pernikahan dia dan arwah suaminya. Jari-jemarinya naik mengusap lembut dan perlahan gambar itu.

Fikirannya, mengimbas kembali semasa Rayyan memberitahunya tentang Raykarl.

(IMBAS KEMBALI)

"Kau nak tahu sesuatu tak Dina?" soal Rayyan pada Iffa semasa mereka berdua sedang mengambil angin di taman.

"Tak nakk!" jawab Iffa seraya ketawa dan dia sambung ketawa apabila melihat wajah bengang Rayyan.

"Aku ada kembar." Beritahu Rayyan tanpa dipinta sehingga ketawa Iffa terhenti.

"Hah? Kembar? Maksud kau adik kau yang selalu berkurung dalam bilik?" tanya Iffa pula. Selalunya, bila dia pergi ke rumah Ridzuan dan Calina dia hanya akan bertemu dengan Calina, Camelia dan Rayyan. Ridzuan pergi kerja manakala Raykarl selalu berkurung dalam bilik dan hanya Camelia sahaja yang tahu yang dia dan Rayyan bercinta.

Rayyan menganggukkan kepalanya sedikit tanda mengiyakan pertanyaan Iffa.

"Kembar? Jadi macam mana nak bezakan kau orang?" tanya Iffa lagi hairan.

"Aku ada lesung pipit dan parut ni." jawab Rayyan sambil jari telunjuknya naik menyentuh parutnya. "Tapi dia takde." Sambung Rayyan lagi.

"Apa nama dia?" Soal Iffa.

"Raykarl Ridzuan."

SATU kucupan dilabuhkan ke bingkai gambar pernikahan dia bersama dengan arwah Raykarl. "Sayang Humaira, rindu abang. Rindu sangat."

(IMBAS KEMBALI)

"WOI!" Raykarl yang baru sahaja sampai di rumah Iryan bersama dengan Calina itu segera membuka pintu rumah Iryan sebaik sahaja terdengar bunyi orang menjerit. Nasib, pintu rumah tak berkunci. Niat mereka datang ke rumah Iryan adalah kerana ingin melawat Iffa yang demam.

Pantas tangan Raykarl merampas semula tangan Iffa dari dicengkam oleh Aidil tanpa sedar. "Kau nak bawa dia pergi mana?!"

"Kau siapa?!" soal Aidil keras. "Ehh, kejap. Kau bukan..."

"Aku bakal suami Iffa Irdina." jawab Raykarl memintas percakapan Aidil.

Iffa, Calina, Isya dan Iryan terkejut mendengar pengakuan Raykarl. Perlahan-lahan Iffa menurunkan tangannya dari pegangan Raykarl. Dia terkejut saat melihat wajah Raykarl. 'Ini ke Raykarl?' Dia tahu bahawa lelaki di hadapannya saat ini bukan Rayyan tapi Raykarl kerana mustahil Rayyan akan bertemu dengannya selepas meninggalkan dia tanpa sebarang sebab dan tanda.

"Betul ke lelaki ni bakal suami you?" soal Aidil sambil bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Betul. He will be my husband." jawab Iffa perlahan tapi masih dapat didengari oleh semua yang berada di situ.

"I tak percaya! You tipu kan?!" Aidil berjalan menghampiri Iffa namun belum sempat dia ke arah Iffa, Raykarl lebih cepat mencengkam kolar bajunya dan diheret sehingga keluar dari rumah Iryan. "Jangan kau jejak kan lagi kaki kau dalam rumah ni! Walau di pintu pagar sekalipun!" Keras suara Raykarl memberi amaran pada Aidil.

Dengan riak wajah yang bengang Aidil bingkas berdiri dan berlari pergi dari situ.

Iffa yang melihat itu segera berlari naik ke atas menuju ke biliknya. Sikap Raykarl dan Rayyan berbeza. Sangat berbeza! Kalau Rayyan di tempat Raykarl pasti Rayyan akan menumbuk wajah Aidil berkali-kali dan ego Rayyan akan menundukkan Aidil.

"Iffa?" Sebaik sahaja Raykarl masuk ke dalam rumah Iryan semula Iffa telah tiada di ruang tamu dan selepas itu baru Isya menceritakan perkara yang sebenar pada Raykarl dan Calina.

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience