DC 28 : Merajuk

Drama Completed 34715

"Thank you Dina. I love you."

Iffa tersentak. Kepalanya segera didongakkan ke atas dan dia terkejut apabila melihat wajah pucat Rayyan dengan senyuman ceria.

"Thank you Fikri sebab dah tolong aku." Ucap Rayyan pada Fikri seraya beralih ke posisi duduk dengan tangannya yang masih menyentuh bahagian perutnya yang ditembak oleh Aidil.

"Aku okey je. Tapi hal Aunty Cal, kawan aunty, Camy dan Dina kau settle kan. Aku gerak dulu!" balas Fikri seraya kakinya berlari keluar dari wad kerana takut akan pandangan tajam Calina dan Camelia.

"Apa semua ni Rayyan Ridzuan?! Kenapa buat macam ni? Dah pandai menipu sekarang eh? Mama tak ajar Yan buat semua ni tau!" Bentak Calina geram dengan sikap Rayyan yang seperti bermain soal nyawa.

"Gurau je, ma. Yan nak dengar apa yang Dina cakap je tadi." jawab Rayyan seraya kepalanya dialihkan semula memandang wajah Iffa namun wajah itu telah bertukar tegang.

Iffa bingkas berdiri. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi dari situ tangan Rayyan naik menyambar tangannya dan menghalangnya dari pergi.

"Awak nak pergi mana? Saya sakit ni." Rasa bersalah mula bersarang di dalam hatinya setelah melihat air mata turun mengalir laju membasahi wajah Iffa.

"Habis tu, hati aku ni?!" Tangannya yang sedang berada di genggaman Rayyan dilepaskan. Matanya menatap wajah Rayyan bersama air mata. "Yang kau buat main pasal kematian ni kenapa?! Aku memang dah terima kau lah! Kau je yang tak nampak semua tu. Aku benci kau Ray!"

"Sorry, Dina." Rayyan cuba meraih tangan Iffa sekali lagi namun Iffa terlebih dahulu menariknya.

"Aku benci kau!" balas Iffa seraya kakinya laju melangkah keluar dari wad tanpa menyedari empat pasang mata sedang memandang mereka berdua dengan pandangan pelik.

Siapa lagi, kalau bukan Calina dan Isya!

"Yan, mama dan mummy rasa ada yang kami belum tahu. Cuba cerita dekat mama dan mummy." Pinta Calina sambil tersenyum selepas melihat wajah gelabah Rayyan.

"KENAPA tak bagitau mummy? Kenapa Ir rahsiakan?" Isya melabuhkan punggungnya ke atas bangku di sebelah Iffa.

"Rahsiakan? Pasal apa mummy?" soal Iffa pelik seraya mengalihkan pandangannya ke wajah Isya.

"Tentang Ir dan Rayyan. Kenapa tak bagitau Rayyan yang jaga Iffa dulu? Jadi boyfriend Ir?" tanya Isya lagi.

"Macam...macam mana mummy tahu?" soal Iffa lagi. Hairan.

"Tadi mama dan mummy tanya Rayyan. Tak sangka mummy, masa Ir di luar negara Rayyan yang jaga Ir." jawab Isya sambil menghadiahkan senyuman manis pada Iffa.

"Tapi mummy jangan salah faham. Kami tak tinggal serumah. Rayyan bagi Ir duit je dia tak buat benda yang tak patut pun." balas Iffa, takut mummynya salah faham tentang Rayyan.

"I know. Rayyan dah cerita semuanya dekat mummy. He's gentleman, right? Mummy happy kalau Ir nak mulakan hidup baru with Rayyan."

"Thanks mummy." Ucap Iffa seraya menghadiahkan senyuman manis pada Isya. Dia harap keputusannya menerima Rayyan adalah keputusan yang paling tepat.

"AWAK..." Meleret suara garau Rayyan memanggil Iffa.

Iffa masih dengan rajuknya tidak pedulikan Rayyan. Sejak dari tadi muncung sedepanya dikeluarkan. Wajah masamnya pula ditayang.

"Sampai bila awak nak merajuk dengan saya ni? Saya sakit ni. Sorry lah, awak. Saya tak sengaja. I'm sorry, don't leave me, I want you to here with me." Lahh, siap boleh menyanyi lagi dalam keadaan sakit-sakit macam tu!

"Dah sakit-sakit macam tu pun boleh menyanyi lagi ke?" Sindir Iffa. Pandangannya dialihkan memandang wajah kacak Rayyan.

"Tolong suap saya boleh? Please..." Pujuk Rayyan lagi dengan suara yang perlahan dan lembut.

Iffa akhirnya mengalah. Tangannya naik mencapai mangkuk bubur di atas meja dan disuakan pada Rayyan.

"Thanks awak." Senyuman ceria menghiasi bibir Rayyan.

"Sama-sama." balas Iffa turut tersenyum.

"Awak...kalau kita nikah bulan depan macam mana? Awak nak tak?" soal Rayyan pada Iffa.

"Boleh je. Tapi luka kau tu pula macam mana?"

"Cepat je sembuh luka ni kalau untuk awak." jawab Rayyan seraya ketawa kecil.

"Eiuww! Sejak bila kau pandai jadi sweet talker ni?" Iffa turut ketawa.

"Sejak saya buat keputusan nak mulakan hidup baru dengan awak Dina." Matanya dikenyitkan pada Iffa bersama senyuman manisnya sehingga menampakkan lesung pipitnya.

'Comel!' Getus Iffa dalam hati. Entah kali yang ke berapa Rayyan buat dia jatuh cinta sekali lagi. Dia merasa seperti mengulangi kembali kisah mereka yang dulu.

"Thank you sebab sudi terima saya buat kali kedua dan beri saya peluang kedua. Thank you very much, Dina. I love you." Pandangan redup dihantar pada Iffa.

"I love you too, Ray." Seakan mimpi sahaja tiba-tiba Iffa membalas ucapan Rayyan.

Enjoy your reading (:

Share this novel

Asmah
2022-03-04 16:51:21 

sedihnya.....pasti ada hikmah disebalik kejadian


NovelPlus Premium

The best ads free experience