DC 19 : Orang tengah

Drama Completed 34715

"Yan, boleh mama masuk?" tanya Calina selepas mengetuk pintu bilik Rayyan. Saat ini dia sedang berdiri tepat di hadapan pintu bilik Rayyan.

"Masuk jelah, ma." jawab Rayyan. "Kenapa nak kena ketuk pintu bagai?" soal Rayyan pada Calina selepas Calina selamat melabuhkan punggung ke atas katil di hadapannya. Sikap lemah-lembut mamanya tak pernah berubah. Dia tersenyum.

"Macam lah Yan tak biasa sebelum ni. Dah besar dah anak sulung mama ni." Lengan Rayyan dipeluk erat dan satu kucupan dilabuhkan ke atas parut yang berada di atas kening sebelah kanan milik Rayyan. "Bila tengok Yan, mama teringat dekat arwah Karl. Mama rindu...dia."

Mendengarkan itu, Rayyan segera menarik Calina masuk ke dalam pelukannya. "Bukan mama seorang je yang rindu arwah Karl. Yan pun rindu dia juga, ma. Tapi mama kena kuat. Jangan sedih, sedih."

Calina meleraikan pelukan antara mereka berdua. Dia memandang wajah Rayyan. "Perangai baba dah berubah lepas arwah Karl pergi. Yan tahu kan arwah Karl anak yang paling rapat dengan baba. Lepas, Karl pergi baba dah tak macam selalu. Baba sibuk dengan kerja. Hari cuti pun baba kerja juga, sampai mama rasa yang mama ni dah tak penting dalam hidup baba. Mama rasa macam tunggul kayu je." Adu Calina kemudian dia memeluk semula badan Rayyan.

"Sabar, ma. Yan pun tak boleh nak buat apa-apa. Yan yakin yang suatu hari nanti baba akan kembali macam biasa." Tangan Rayyan naik mengusap-usap belakang badan mamanya. Dia cuba memujuk Calina.

"YAN." Tiba-tiba Ridzuan memanggil Rayyan semasa mereka sekeluarga sedang makan malam bersama.

"Hah?" Rayyan terkedu dan juga gembira. Dah lama dia tak bertegur dengan babanya selepas baba dia menghalaunya dari rumah itu. Dia tersenyum manis memandang wajah Ridzuan.

"Bila Yan nak balik London?" soal Ridzuan tanpa memandang wajah Rayyan membuatkan senyuman manis di bibir Rayyan mati.

"Baba." Calina menegur perlahan suaminya, Ridzuan. Mula-mula, dia pun terkejut apabila Ridzuan memanggil Rayyan namun pertanyaan Ridzuan sebentar tadi membuatkan hatinya pedih. Takkan lah sampai sekarang suaminya itu nak bermusuh dengan anak sulungnya sedangkan dah bertahun-tahun perkara hitam dalam hidup mereka sekeluarga berlalu.

"Kenapa baba tanya?" soal Rayyan pula dengan nada dingin. Nampaknya, baba masih marahkannya tentang perkara hitam yang pernah terjadi dalam hidup mereka sekeluarga.

"Baba nak Yan balik. Sampai bila Yan nak duduk sini?" Kepalanya didongakkan memandang tepat ke arah wajah Rayyan dengan pandangan tajam. "Arwah Karl pun dah dua tahun meninggal dunia. Yan tak ingat ke apa yang Yan dah buat dekat kami sekeluarga? Ke Yan nak baba ingatkan Yan balik?" Pedas kata-kata itu dilontarkan pada Rayyan.

Rayyan membalas pandangan tajam babanya. "Yan memang nak balik tapi sebab mama halang, Yan tak jadi balik. Yan tinggal sini pun sebab mama yang suruh and one more thing baba tak perlu nak ingatkan apa yang Yan dah buat dekat kita sekeluarga. Biar Yan yang ingatkan pada baba yang Yan tak salah!" balas Rayyan sambil tersenyum sinis.

"Baba, Yan, enough!" Tegur Calina dengan nada yang sudah naik seoktaf. Lebih baik dia menghalang pergaduhan itu sebelum menjadi besar.

Camelia yang melihat pergaduhan itu bingkas berdiri dan segera berlalu pergi dari situ. Malas dia nak tengok perangai macam budak-budak antara baba dan abang sulungnya.

"Tak salah Yan cakap? Yan ni memang jenis tak sedar diri ke? Ke Yan dah hilang ingatan?" Teguran Calina tak dipedulikan, dia lebih memilih melayan egonya.

"Mama, Yan dah kenyang. Yan naik atas dulu." Pinta Rayyan. Dia malas nak berlawan mulut dengan babanya di depan rezeki. Selera makannya pun dah hilang!

"Baba nak Yan balik London esok!" Jerit Ridzuan pada Rayyan yang baru sahaja hendak melangkah naik ke biliknya.

Langkah kaki Rayyan dilajukan tanpa mengambil kisah jeritan Ridzuan. Hatinya kian sakit dan pedih apabila melihat layanan Ridzuan padanya yang tak seperti ayah kepada anak tapi seperti musuh kepada musuh.

"Apa ni baba?" Mencerlung mata Calina memandang tepat ke arah Ridzuan selepas kelibat Rayyan hilang dari situ. "Kita baru nak makan. Baba dah cakap macam tu dekat Yan. Boleh tak baba stop buat perangai macam budak-budak? Baba dan ummi pun tahukan yang Yan tak salah dan tak pernah salah!" Tegas Calina dengan suaranya yang telah bertukar sebak. "Kalau baba tak boleh anggap Yan sebagai seorang anak, sekalipun jangalah anggap Yan macam seorang musuh. Kalau baba tak nak mengaku yang Yan tu anak kita, ummi mengaku yang Yan anak ummi! Ummi yang mengadungkan dan melahirkan Yan. Kalau arwah Karl nampak perangai baba macam ni dia akan kecewa! Ummi dah penat nak jadi orang tengah antara baba dan Yan. Untuk yang entah berapa kalinya ummi nak minta pada baba. TOLONG ubah perangai baba yang macam BUDAK-BUDAK tu, please!" Air mata mulai bergenang di tubir mata Calina dan perlahan-lahan keluar dari matanya.

"Ummi..." Tangan Ridzuan baru ingin menyeka air mata yang jatuh di pipi Calina yang putih bersih namun tangan Calina lebih pantas menepisnya.

"You know what baba? Perangai baba dah berubah lepas arwah Karl meninggal dunia!" Calina bingkas berdiri. "Baba sibuk dengan kerja baba dan tak pernah peduli pasal ummi lagi! Ummi kecewa dengan baba!" Luah Calina seraya segera berlari pergi dari situ dan naik ke bilik. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangat kecewa dengan Ridzuan.

"SAYANG Humaira, sayang Humaira. Bangun." Sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki yang dia sangat rindui di telinganya setiap pagi memanggil.

Iffa tersenyum memandang wajah Raykarl selepas kelopak matanya terbuka. "Abang..." Iffa bingkas bangun dan segera memeluk badan Raykarl dengan erat.

Walaupun Iffa tahu itu hanyalah bayangannya namun dia tetap bersyukur kerana dia masih dapat melihat wajah Raykarl dan memeluk erat badan Raykarl. Bukan baru hari ini sahaja berlaku perkara seperti itu tapi hampir setiap hari.

Iffa menahan rasa sebaknya apabila merasakan tiada sesiapa yang dipeluknya. Iffa menurunkan tangannya semula sambil mengeluh kecil. Iffa bingkas turun dari katil dan berjalan ke arah tualanya yang disangkut di almari.

Setelah tangannya mencapai sehelai tuala kaki Iffa segera melangkah menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

IFFA melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di meja makan seraya tangannya meletakkan cawan yang berisi milo itu ke atas meja. Dia mencicip sedikit air milo itu kemudian dia bangun semula dengan tangannya masih memegang cawan itu. Kakinya dibawa menuju ke arah ruang tamu dan dia melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Sayang Humaira, minum air apa?" Selalunya, Raykarl akan bertanya padanya jika dia ingin minum sesuatu ataupun kalau dia telah bancuh air, Raykarl akan bertanya air apa yang diminumnya. Sekali lagi bayangan suara Raykarl bertanya padanya menyapa gegendang telinga.

"Sayang Humaira, minum air milo." jawab Iffa seraya tersenyum sedangkan air matanya hanya menunggu masa untuk di jatuhkan. Rumah itu, sungguh banyak kenangan dia bersama dengan Raykarl. Kenangan yang takkan pernah dia lupakan walau sesaat.

"Mari sini, sayang Humaira." Bayangan Raykarl mendepakan tangannya untuk dia masuk ke dalam pelukan menyapa pandangan.

Iffa yang melihat itu segera mendapatkan bayangan Raykarl dan dengan sekelip mata sahaja bayangan itu hilang tanpa sempat dia memeluk erat badan Raykarl. Hampir setiap hari dia dalam keadaan begitu.

Sungguh kasih sayang yang Raykarl beri padanya begitu hebat. Saat ini dia seperti hilang dirinya sendiri. Ya. Dia hilang sebahagian daripada dirinya. Hidupnya kini kurang lengkap. Kerana pelengkap hidupnya telah pergi buat selama-lamanya.

"Abang..." Perlahan-lahan, Iffa membaringkan badan ke atas sofa kemudian dengan perlahan-lahan kelopak matanya ditutup.

-Ini adalah realiti yang pahit untukku telan iaitu kehilanganmu-

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience