DC 13 : Permata Hati

Drama Completed 34715

(IMBAS KEMBALI) - (Tiga tahun lalu)

"IFFA!"

"Kenapa? Mana Rayyan? Dia cakap dia nak datang tengok aku buka kafe. Mana dia?" soal Iffa pada Fikri.

"Ray... Rayyan dah..." Ayat Fikri tergantung.

"Rayyan apa?!" soal Iffa lagi yang mulai risau.

"Rayyan dah pergi London!" jawab Fikri membuatkan dahi Iffa berkerut seribu.

"Apa maksud kau ni? Kau jangan main-main!" Bentak Iffa yang mulai geram.

"Rayyan dah gerak tadi pergi London! Kau pergi airport sekarang! Mungkin masih sempat nak jumpa dia!" balas Fikri.

Sebaik sahaja mendengar balasan dari Fikri, kaki Iffa segera berlari laju keluar dari kafe yang baru dibukanya secara rasmi dan dia segera berlari ke lapangan terbang. Dia dah tak peduli jika kakinya sakit atau tak, penat atau tak, yang penting sekarang di fikirannya adalah, kenapa Rayyan sanggup pergi meninggalkannya tanpa memberitahu?

IFFA akhirnya, sampai di lapangan terbang dengan kaki yang sakit dan penat. Dihiraukannya peluh yang membasihi rambutnya dan kepalanya. Dia segera berlari masuk ke dalam lapangan terbang dan matanya diliarkan memerharti segenap ruang kawasan lapangan terbang.

Air mata mulai bergenang di tubir matanya. "Ray! Ray! Rayyan!" Iffa menjerit-jerit memanggil nama Rayyan di tengah-tengah kawasan lapangan terbang. Air mata yang ditahannya sejak dari tadi kini mengalir deras keluar dari mata dan membasihi pipinya.

Dia memusingkan badannya ke belakang dan ke depan mencari kelibat Rayyan. Tiba-tiba, matanya terhenti apabila ternampak sebuah kapal terbang di balik cermin tingkap. Kaki Iffa segera berlari ke cermin tingkap itu dan matanya menghantar kapal terbang ke London pergi dari situ.

Iffa tersungkur jatuh ke atas lantai setelah kapal terbang itu pergi. Dia teresak-esak menangis sambil bersandar di cermin. "Ray... Kau cakap kau nak datang masa aku buka kafe. Kau janji kau takkan sesekali tinggalkan aku. Tapi kau tipu! Kau mungkir janji, Ray!"

DI dalam kapal terbang,

Rayyan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap kapal terbang. 'Aku minta maaf, Dina.' Fikirannya, mengimbas kembali semasa dia bercakap dengan Raykarl.

"Abang dah nak pergi dah ni. Jaga mama, baba dan Camy tau." Tangan Rayyan naik menepuk bahu Raykarl perlahan.

"Kau tak nak stay sini lagi ke abang?" Raykarl memandang wajah tenang Rayyan.

"Baba dah halau aku. Boleh tak kau janji dengan aku satu perkara?" soal Rayyan. Raut wajahnya mula bertukar serius.

"Apa?"

"Aku sebenarnya...ada janji dengan seorang perempuan ni, yang aku takkan tinggalkan dia. Tapi aku terpaksa mungkir janji yang aku sendiri pegang. Aku nak minta tolong kau. Kau tolong jaga dia. Tolong nikah dengan dia, jaga dan sayang dia dengan sepenuh hati kau. Jangan lukakan dia. Nama dia Iffa Irdina." jawab Rayyan.

"Tapi..."

"Boleh tak? Kau seorang je yang aku boleh harapkan." Rayyan memandang Raykarl dengan penuh harapan.

"Okey tapi kau tak kisah ke kalau aku nikah dengan dia?" tanya Raykarl pelik bin hairan.

"Kalau dia nikah dengan kau, aku takkan risau dah. Aku percaya kau boleh jaga dan sayang dia. Aku bahagia, kalau dia pun bahagia. Janji dengan aku?" Rayyan masih berharap.

"Aku janji." balas Raykarl.

LIMA BULAN KEMUDIAN,

"Abang..." Meleret suara Iffa memanggil Raykarl. Dia merebahkan badannya ke atas katil.

"Ya, sayang Humaira?" Raykarl mengalihkan pandangannya ke arah wajah Iffa.

"Boleh tak abang tolong dodoikan sayang? Sayang nak tidur." balas Iffa.

"Kenapa tiba-tiba nak minta dodoi pula ni?" soal Raykarl seraya ketawa kecil.

"Tak tahu." Tangan Iffa meraih tangan milik Raykarl dan dibawa ke kepalanya. "Tolong?"

"Okey, abang dodoikan sayang." Raykarl tersenyum memandang wajah mengantuk Iffa. Sejak, kebelakangan ini Iffa menjadi semakin manja dengannya.

Setelah benar-benar pasti yang Iffa telah tidur, Raykarl turut merebahkan badannya ke atas katil. Matanya tidak lepas dari memandang wajah manis dan comel milik Iffa. "I love you, sayang Humaira, hingga akhir hayat abang." Iffa Irdina ialah perempuan yang suatu masa dahulu merupakan wanita yang merupakan perjanjian dengan abangnya untuk menjaga dan menyayangi Iffa Irdina.

Bukan hanya kerana janji, dia mencintai Iffa, tapi juga kerana dia betul-betul telah jatuh cinta pada Iffa sejak dari hari pertama mereka menikah. Jatuh. Cinta.

"ABANG!"

Raykarl pantas berlari masuk ke dalam bilik air apabila mendengar Iffa tiba-tiba menjerit memanggil namanya.

Tangannya naik mengusap-usap belakang badan Iffa apabila melihat Iffa masih muntah-muntah. Bukan sahaja muntah, sakit kepala dan pening.

"Mari, sayang." Raykarl memimpin Iffa keluar dari bilik air dan berjalan ke arah katil.

"Ya Allah!" Pandangan Iffa tiba-tiba berbalam-balam dan pengsan namun Raykarl sempat menyambut badan Iffa dan segera mencempungnya. Raykarl mencempung Iffa sehingga keluar dari bilik mereka berdua dan kakinya menuju ke luar rumah.

Dibaringkannya badan Iffa ke dalam kereta dengan kelam kabut dan dia berlari semula naik ke dalam bilik. Pantas tangannya mengambil tudung sarung milik Iffa dan dibawanya turun. Dia berlari keluar dari rumah dan menuju ke dalam kereta. Keretanya meluncur laju menuju ke hospital.

MATANYA perlahan-lahan terbuka. Siling yang berwarna putih menyapa pandangannya. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan dan empat pasang mata sedang memandang ke arahnya.

"Mummy? Mama? Iffa dekat mana ni? Mana abang? Abang mana?" Iffa mulai merengek kecil.

"Sayang Humaira, abang ada dekat sini." Tangan Raykarl naik meraih tangan milik Iffa dan diusapnya perlahan.

Iffa mengalihkan pandangannya ke sebelah kiri dan dia dapat melihat wajah yang seseorang yang dia rindui. "Abang! Apa dah jadi dekat sayang?" Iffa segera memeluk erat badan Raykarl.

"Sayang, dengar sini." Raykarl melepaskan pelukan antara mereka berdua dan tangannya naik mengusap perlahan kepala Iffa. "Sayang Humaira, ialah cinta hati abang dan ni pula..." Tangannya diturunkan dan dilekapkan ke atas perut Iffa. "Ni pula, permata hati kita." Raykarl tersenyum memandang wajah Iffa yang masih kebingungan. Air mata mulai bergenang di tubir matanya.

"Hah?" Iffa masih dalam keadaan bingung.

"Sayang Humaira, mengadung. Sayang Humaira, mengadungkan anak kita." balas Raykarl seraya segera memeluk badan Iffa. Tangisan mereka berdua pecah di situ juga.

"Betul ke ni abang?" Iffa bertanya dalam keadaan masih berpeluk.

"Betul sayang!" jawab Raykarl sambil mengeluarkan tangisan bahagia.

ENAM BULAN KEMUDIAN,

"Rajinnya! Hari-hari abang yang buat kerja rumah." Puji Iffa pada Raykarl yang baru sahaja melabuhkan punggung ke atas sofa di sebelahnya. Sejak mendapat berita bahawa dia mengadungkan 'permata hati' mereka berdua, Raykarl selalu menghalangnya dari melakukan kerja rumah dan Raykarl yang menggantikan dia melakukan semua kerja rumah.

"Mestilah, untuk sayang semua boleh. Anak ayah okey tak duduk dalam tu? Bila nak keluar ni?" Tangan Raykarl naik mengusap perlahan perut Iffa yang semakin besar.

"Apalah ayah ni! Baby baru enam bulan lah!" Iffa membuat suara seperti seorang budak kecil.

Raykarl dan Iffa ketawa bersama.

"Abang fikir nak bawa sayang Humaira pergi bercutilah." Tutur Raykarl membuatkan dahi Iffa berkerut seribu.

"Nak bawa pergi mana?" soal Iffa pelik.

"Adalah, surprise. Disebabkan, kita bawa baby sekali jadi kali ni 'baby holiday'." jawab Raykarl, teruja.

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience