Jari Rayyan segera menyambungkan panggilan telefonnya bersama dengan orang yang tak dia kenali setelah berkali-kali dia di telefon dan dia takut perkara kecemasan berlaku pada orang yang dia sayang. "Hello."
"Hi, Rayyan Ridzuan." Suara gedik seorang perempuan menyapa gegendang telinga Rayyan membuatkan jantung Rayyan kembali berdegup kencang. Dia tahu siapa empunya badan yang memanggilnya melalui panggilan telefon.
"Kau nak apa?!" Keras suara Rayyan menyoal perempuan itu.
"Aik, you kenal I ke? That's mean, you kenal I dari suara I lah, kan? Tak sangka I! You masih ingat I!" Lagi-lagi, Qaisara membuat suara gediknya pada Rayyan. "Okeylah, I tak nak lama-lama. I call you pun cuma nak bagitau yang wife you dah tahu pasal 'hal kita'." Senyuman sinis terbit di bibirnya setelah menuturkan ayat itu pada Rayyan. Sengaja dia tekankan perkataan 'hal kita'.
"Hah?!" Rayyan mulai gelisah. Jantungnya semakin berdegup laju dan dadanya tiba-tiba terasa sempit. Susah untuk dia bernafas ketika itu. "Apa maksud kau yang isteri aku dah tahu pasal kita? Kau cakap apa dekat isteri aku? Jangan kau berani-berani kacau isteri aku, kalau tak kau tahu lah nasib kau! And one more thing, kita tak pernah ada apa-apa hubungan. Kau tu hanya sampah yang pernah muncul dalam hidup aku dan itu kesalahan terbesar yang pernah aku buat!" Usai membalas kata-kata Qaisara, jari Rayyan segera mematikan panggilan dan bingkas berdiri. Kakinya laju berlari keluar dari Hotel Y&K dan dengan menaiki keretanya dia menuju ke rumah.
"LOVE!" Tangan Rayyan naik memulas tombol pintu biliknya dan Iffa. Dia terkejut saat melihat wajah Iffa yang basah dengan air mata. "Love, hubby boleh explain." Perlahan-lahan, kakinya berjalan mendekati Iffa yang sedang duduk di birai katil.
"Jadi hubby dah tahu lah? Sampai hati hubby tak beritahu hal ni pada love!" Iffa bingkas berdiri dan matanya tajam merenung wajah resah Rayyan.
"Love jangan percaya cakap perempuan tu! Hubby takde apa-apa hubungan pun dengan dia. Trust me, semua yang jadi dulu salah faham. Hubby tak buat pun macam apa yang perempuan tu bagitau. Perempuan tu perangkap hubby, love!" Bersungguh-sungguh, Rayyan menerangkan perkara yang sebenar pada Iffa. Dia berharap sangat Iffa percaya padanya.
"Love tahu. Love percaya hubby tapi kenapa hubby tak jujur pada love? Dan love takkan percaya perempuan tu kalau dia takde bukti. Sampai hati hubby buat love macam ni! Hubby tak jujur pun pada love!" Air mata semakin deras mengalir keluar dari matanya.
"Tapi love dah janji pada hubby yang love akan selalu percaya pada hubby. Mana janji love?" Tatapan tajam Iffa dibalas dengan tatapan redup darinya.
"Sekarang ni hubby nak ungkit pula pasal janji love? Habis tu, mana pergi kejujuran hubby?" Iffa berpeluk tubuh. "Hubby dengar ni baik-baik. Percaya dan janji perlukan kejujuran dan tanpa kejujuran percaya akan punah begitu juga dengan janji akan hancur! Hubby tak jujur dalam hubungan kita dan janji love dah hancur." jawab Iffa dengan hati yang terluka. "Bukan setakat janji je, tapi hati love pun."
"Apa bukti perempuan tu? Sampaikan love percaya sangat dekat perempuan tu?" tanya Rayyan lagi dengan perasaan yang sangat pilu.
"Hubby dengar rakaman suara ni." Arah Iffa setelah jarinya menekan perbualannya bersama dengan Qaisara.
IMBAS KEMBALI
-Kami kena tangkap b*sah that's why lah Rayyan minta putus dengan I.- Qaisara.
Bulat mata Iffa membaca balasan dari perempuan yang tiba-tiba mengaku sebagai bekas kekasih, suaminya.
-I tak percaya. Apa bukti yang you ada? I kenal husband I. Bukan setakat lima tahun lepas je tau kami kenal tapi dah lama. I kenal husband I macam mana perangai dia. You tak perlu nak rosakkan rumahtangga I dan husband I.- Iffa Irdina.
-You nak bukti? Okey, I boleh bagi.- Selepas membalas soalan Iffa jari-jemari Qaisara lincah mencari rakaman suara yang dia pernah rakam dulu sebagai bukti atau ugutan pada Rayyan dan menghantar rakaman suara itu pada Iffa dengan segera.
~Uncle, aunty, Sara minta maaf sebab dah buat macam ni dengan Rayyan. Kami tak sengaja, kami terlanjur.
Kau keluar dari rumah ni sekarang Yan! Aku tak nak tengok muka kau di Malaysia ni lagi! Kau pergi dari negara ni!
Baba, percaya lah dekat Yan. Yan kena perangkap. Perempuan tak guna ni perangkap Yan! Mama, Karl, Camy, baba percayalah Yan.~
-Husband you licik. I rakam senyap-senyap apa yang jadi dulu sebab I takut Rayyan tak nak bertanggungjawab. I dah pernah cuba suruh Rayyan bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat sampai naik court tapi Rayyan menang kes ni dan akhirnya, I dapat tahu Rayyan nikah dengan you. Jadi sebab tulah I nak minta tolong you. You percayakan I, bukan?-
IMBAS KEMBALI TAMAT
"So, maknanya love lagi percaya perempuan tu dari hubby?" tanya Rayyan lagi setelah mendengar rakaman suara itu dari telefon Iffa.
"Tak. Love tak percaya pada perempuan tu sepenuhnya sebab love tahu dan kenal suami love. I know who are you, Rayyan Ridzuan. Sekarang ni love nak tanya betul ke tak yang hubby pernah kena tangkap b*sah dengan perempuan ni?" Jari Iffa naik menyeka air matanya yang mengalir di pipi sambil menanti jawapan dari Rayyan.
Sedikit lega hati Rayyan apabila mendengar jawapan dari Iffa namun dia masih risau kerana tak berlaku jujur pada Iffa. Dia menyesal tak beritahu Iffa hal sebenar. "Hu..." Tergagap-gagap suara Rayyan untuk menjawab soalan Iffa.
"Betul ke tak?" Iffa mengulangi semula soalannya tadi pada Rayyan sekali lagi.
"Be... betul." Sebaik sahaja Rayyan menjawab soalan Iffa, air mata Iffa turut sama jatuh mendengarnya.
"See? Kenapa hubby tak pernah bagitau love pasal hal ni? Kenapa hubby kena rahsiakan dari love dan biarkan love tahu hal ni dari orang lain? Hubby sebenarnya anggap love ni apa? Kalau hubby anggap love ni isteri hubby, hubby patut jujur pada love. Tapi ni tak! Hubby nak tahu sesuatu tak?" Wajah Rayyan dipandang dengan riak kecewa. "Hubby dah pun hancurkan kepercayaan love pada hubby."
"Love..." Rayyan ingin meraih tangan Iffa namun Iffa lebih cepat mengelak.
"Keluar." Arah Iffa pada Rayyan seraya memusingkan badannya membelakangkan Rayyan.
"Hubby takkan keluar selagi love tak maafkan hubby. I'm so sorry. Hubby takde niat nak hancurkan kepercayaan love pada hubby."
"Tak nak keluar?" Badan Iffa dipusingkan semula ke belakang menghadap Rayyan. "Kalau macam tu, biar love yang keluar dari bilik ni." Baru sahaja setapak kaki Iffa melangkah, sebelah tangan Rayyan naik menyambar tangannya membuatkan langkah kakinya terhenti.
"Hubby keluar." Rayyan melepaskan tangan Iffa dan kakinya dibawa keluar dari bilik mereka berdua.
Sebaik sahaja Rayyan keluar dari bilik mereka berdua, tangan Iffa laju menutup pintu bilik dan mengunci pintu. Iffa terduduk lemah di atas lantai sambil bersandar di belakang pintu. Tapak tangan kanannya naik menyentuh perutnya dan tapak tangan kirinya pula segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kit ujian kehamilan atau lebih dikenali sebagai 'pregnancy test kit'.
Anak mata berwarna coklat milik Iffa merenung lama kit ujian kehamilan itu. Tapak tangannya yang sedang berada di atas perutnya naik mengusap perlahan perutnya. "Love pregnant our baby, hubby. Macam mana love nak bagitau hubby kalau hubby tak jujur pada love? Ibu minta maaf baby. Ibu tak dapat lagi nak bagitau abah tentang kehadiran baby. I'm sorry." Air mata menitik jatuh ke atas belakang tapak tangannya.
Sebelum, Iffa menerima panggilan dari Qaisara, dia telah membuat ujian kehamilan menggunakan kit ujian kehamilan yang telah lama dia beli tanpa pengetahuan Rayyan.
'Love minta maaf hubby. Love belum sedia nak bagitau tentang kehadiran our junior. Our baby. Our child. I'm so sorry, hubby.'
Happy reading ^~^
Share this novel