"Love?" Rayyan bingkas bangun dari pembaringannya tatkala matanya tidak disapa oleh susuk tubuh Iffa. Keadaan mereka berdua masih sahaja sama. Iffa masih dengan perang dinginnya.
Klak! Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka anak mata Rayyan dilirikkan ke arah bilik air dan satu susuk tubuh milik Iffa melangkah keluar dari bilik air.
"Love dah mandi?" Rayyan segera turun dari katil dan kakinya dibawa menapak ke arah Iffa yang sedang berdiri tepat di hadapan cermin. "Love nak tahu sesuatu tak?" Tubuh badan Iffa dipeluk dari belakang seraya dagunya dilabuhkan ke atas bahu Iffa. "Hubby rindu love sangat-sangat. Setiap saat, setiap masa."
Dan... Iffa masih sahaja kaku berdiri walaupun dipeluk oleh Rayyan. Hatinya masih belum sembuh dari luka yang Rayyan torehkan.
"Jom, kita sarapan nak?" Ajak Rayyan. Baru sahaja tangan Rayyan ingin meraih tangan Iffa namun Iffa lebih cepat mengelak.
"Saya dah sarapan tadi." jawab Iffa pendek.
"Alaaa, dah lama kita tak sarapan sama-sama kan? Jom lah." Sekali lagi tangan Rayyan naik ingin meraih tangan Iffa.
"Saya cakap saya dah sarapan kan tadi? Awak ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?" Nada suara Iffa mula bertukar tinggi. Cepat-cepat, dia mengelak dari disentuh Rayyan.
"Ya Allah, yang love nak tinggi-tinggi suara ni kenapa? Hubby ni still suami love tau. Love pula masih isteri hubby. Hormat hubby!" Tegas Rayyan. Rayyan cuba untuk tidak tunduk pada ego isterinya.
Mendengarkan itu, bibir Iffa terukir senyuman sinis. "Suami? Isteri? Suami yang jenis suka berahsia dengan isteri dia? Suami yang asyik fikir pasal diri dia je. Macam tu ke? Dan kenapa pula saya nak kena hormat awak? Kita kan akan berpi..."
Ayat Iffa tergantung tatkala Rayyan mendekatkan wajah Rayyan ke wajah Iffa. Sungguh dekat dan hanya seinci sahaja lagi muka mereka berdua akan bertembung. Entah bila Rayyan melangkah mendekatinya, sungguh pantas sehingga dia tidak sedar.
"Kita akan apa? Kalau love cakap lagi pasal berpisah, hubby cium bibir tu! Hubby tak nak love terus macam ni, terus buat dosa. Please, stop talking about divorce. Okay, I'm sorry for what have I done to you and our baby, but please understand, I had to do that for your safe and our baby. Love nyawa hubby, hubby takkan sanggup pun nak berjauh dari love walau hanya sesaat. Love jantung hati hubby dan baby kita pula ialah helaan nafas hubby. Tanpa jantung hati dan nafas, hubby takkan dapat hidup. I can't live without you, bidadari dunia dan syurga hubby and you too, my baby." Tapak tangan Rayyan dilekapkan ke atas perut Iffa.
"Kalau love perlukan masa untuk faham semua sebab yang hubby terpaksa lakukan ni. Tak apa. Ambil lah sebanyak mana masa pun love nak, tapi hubby nak minta satu je." Wajah Iffa ditatap seketika apabila masih tiada respon daripada Iffa. "Hubby tak nak love sebut pasal berpisah lagi. Kalau love nak buruk-burukkan hubby ke atau nak banding-bandingkan hubby dengan sesiapa ke, just go on, if that can make you feel better. But don't say about divorce anymore. It's really hurts me, you know?" Usai berkata sedemikian, kaki Rayyan perlahan-lahan mengundur ke belakang dan pergi dari situ.
MATA Iffa perlahan-lahan terbuka luas kemudian Iffa perlahan-lahan bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk. Matanya dilirikkan ke arah jam yang tergantung di dinding. 'Jam tiga.'
Entah kenapa dia tiba-tiba rasa ingin menangis. 'Kenapa masa ni juga lidah ni teringin nak makan telur goreng buatan hubby? Kenapa tiba-tiba mengidam telur goreng buatan hubby?' Buntu habis fikirannya saat ini. Matanya dialihkan pula ke sebelahnya memandang Rayyan yang sedang tidur lena.
"Eii, benci!" Keluh Iffa perlahan. Iffa membaringkan semula badannya ke atas katil sambil cuba melelapkan mata semula.
"Hikss!" Akhirnya, air mata Iffa tumpah jua. Tak tahu dia menangis sebab apa. Menangis sebab tak dapat makan makanan yang dia idamkan atau menangis sebab dia tiba-tiba mengidam telur goreng buatan Rayyan.
"Love?" Rayyan bingkas bangun dari pembaringan sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi esak tangis seseorang. "Kenapa ni? Love nangis ke?" Badan Rayyan dipusingkan menghadap Iffa yang masih dengan posisi baring.
"..." Iffa diam tidak berkutik hanya esak tangisnya sahaja yang kedengaran.
"Ya Allah, kenapa ni love? Jangan buat hubby risau!" Rayyan segera melompat turun dari katil dan melutut di hadapan Iffa. "Hey, bangun. Sini hubby nak tengok." Tangan Rayyan mula menggerakkan tubuh badan Iffa apabila masih tiada respon daripada Iffa. "Bagitau hubby kenapa love nangis. Love ada sakit mana-mana ke?" Riak wajah risau jelas terpancar di wajahnya.
"Takk!" Akhirnya, mulut Iffa mengeluarkan kata menjawab soalan Rayyan.
"Habis tu?" Rayyan berdiri seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Iffa. "Bagitau hubby, love."
"Sa...saya..." Tersekat-sekat suara Iffa mahu menjawab lantaran malu kerana menangis tentang perkara kecil.
"Saya?" Rayyan menyoal Iffa sekali lagi. Risau sungguh dia saat melihat hidung Iffa merah kerana menangis teruk.
"Saya mengidam nak makan telur goreng buatan awak. Boleh tak awak..." Ayat Iffa sengaja digantungkan. Malu untuk meminta Rayyan buatkan dia 'telur goreng buatan Rayyan sendiri'.
"Okey, saya buatkan." balas Rayyan pula apabila melihat Iffa malu untuk meminta.
"Hah? Betul ke?!" Bersinar-sinar teruss mata Iffa setelah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Rayyan.
"Yes, but with one condition." Wajah Iffa ditatap.
"Hah? Dengan satu syarat? Syarat apa pula?" Muncung sedepanya dikeluarkan tanda protes.
"Syarat dia mudah je. Jangan menangis lagi dan tunggu hubby dekat meja makan. Hubby akan masakkan love telur goreng. Faham?"
"Okay, thanks awak."
"EII, comel lah dia ni!" Puji Rayyan perlahan dalam keadaan berbisik pada Iffa yang baru sahaja tidur. Anak mata Rayyan tidak lepas dari memandang wajah manis dan comel milik Iffa.
"Love nak tahu sesuatu tak? Masa hubby dapat tahu yang Aidil lari dari penjara, hubby terus teringat dekat love dan baby. Hubby buat semua ni sebab love dan baby. Untuk keluarga kecil kita. Tapi hubby terpaksa halau love keluar dari rumah kita sebab hubby tak nak fikiran hubby terganggu bila tengok love. Hubby cuba untuk tak libatkan love dan baby langsung dalam hal ni. Bahaya untuk love dan baby. Bukan hati love je sakit, hati hubby pun sakit juga bila love takde di sisi hubby. Bila love salah faham pada hubby. Hubby sampai demam tau hari tu! Hubby rindu love sangat-sangat. Sesaat pun rindu ni tak pernah berkurang. Lepas, Aidil dah kena tangkap semula hubby lah orang yang paling happy sekali sebab masalah ni dah selesai dan hubby dapat beritahu perkara sebenar pada love dan hubby harap sangat yang love akan faham tapi, hampa. Love semakin jauhkan diri love dari hubby. But it's okay. Hubby tahu semua yang berlaku ni salah hubby. Hubby janji hubby akan terima sikap love. Yang hubby nak cuma satu je, kemaafan dari love. Hubby tak sanggup untuk hilang love buat kali kedua. Cukuplah, hubby dah pernah hilang love dulu, hubby tak nak benda yang sama berulang lagi. I really love you, bidadari dunia dan syurga hubby." Satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa.
Happy reading guys ^~^
Share this novel