-Memori ini akan aku simpan dan kunci dalam hatiku sampai bila-bila-
"Best kan?" soal Raykarl di telinga Iffa dengan nada berbisik.
Saat ini mereka sedang menghadap laut yang terbentang luas di hadapan mereka sambil membiarkan angin lembut menyapa tubuh badan.
"Best. Best sangat! Thank you, untuk semua ni abang dan thank youuuu, untuk apa yang abang buat pada sayang selama ni. Sayang mengaku yang sayang sangat bahagia dan sayang hanya akan merasai kebahagiaan ni bersama dengan abang sampai bila-bila. Di hati sayang ni, hanya akan ada abang dan tiada ruang lagi untuk orang lain masuk selain abang. Cinta ni hanya untuk abang dan rindu di hati ni hanya akan berlabuh untuk abang. Abang ialah segala-galanya bagi sayang Humaira. Tanpa abang, hidup sayang takkan lengkap, tanpa abang, hati ni takkan sembuh, tanpa abang, diri sayang takkan pernah merasa bahagia macam ni. Sayang dah tak nak apa-apa dah dekat dunia ni. Sayang cuma nak rasa bahagia selalu hanya dengan abang dan dengan itu hidup sayang yang selama ni takde pelangi kini muncul pelangi dan membuatkan hidup sayang Humaira, lengkap dan bahagia. Just with you and I love you." Panjang lebar kata-kata Iffa meluahkan perasaannya apabila Raykarl muncul dalam hidupnya.
"Thank youuuu, sayang Humaira! I love you too." Air mata mulai bergenang di tubir mata Raykarl. "Sejak kenal sayang, abang dah janji dengan diri abang ni, yang abang akan jaga, sayang dan cintakan sayang Humaira dengan sepenuh hati abang. Hati dan hidup abang ni takkan lengkap tanpa sayang. Di hati ni hanya ada sayang dan hanya akan rindu sayang. Cinta dan sayang abang pada sayang Humaira, seluas lautan dan lebih dari itu juga. Abang dah berjanji dengan diri abang yang abang akan bawa cinta dan kebahagiaan pada sayang selalu dan Insyaallah, hingga akhir nafas abang. Abang nak selalu bawa sayang Humaira, berjalan dengan perlahan-lahan menikmati kebahagiaan yang tiada tandingnya. Abang akan buat sayang sentiasa rindu abang walau dengan macam mana cara pun dan abang akan buat sayang selalu jatuh cinta pada abang tanpa had dan kita berdua akan sempurnakan hidup kita berdua hingga akhir nafas kita, Insyaallah. Hanya Humaira abang yang akan abang sayang dan rindu. I love youuuu, sayang Humaira." balas Raykarl bersama linangan air mata yang perlahan-lahan keluar dari matanya.
Tangan Raykarl naik menyentuh kedua belah pipi Iffa dan dilagakannya dahi dia dan Iffa. Manakala sebelah tangannya naik melekap di perut Iffa yang semakin besar.
"Tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali ajal dan maut." Kasih sayang dan cinta antara mereka berdua takkan pernah putus mahupun ajal menjemput salah seorang dari mereka berdua.
-Aku takkan pernah lupakan kau walau sesaat-
SEMINGGU KEMUDIAN,
"Abang..." Meleret suara Iffa memanggil Raykarl.
Tangan Raykarl yang mengusap-usap lembut kepala Iffa yang sedang baring di ribanya terhenti. "Kenapa, sayang Humaira?"
"Sayang lapar." Adu Iffa sambil mengeluarkan muncung sedepanya.
"Sayang nak makan apa?" tanya Raykarl seraya tangannya naik mencuit manja hidung Iffa.
"Nak makan ais krim dan coklat tapi habis dah." jawab Iffa. "Jom, kita keluar pergi beli nak?"
"Sayang duduk rumah jelah. Abang pergi beli. Tak lama pun. Jangan risau." Tangan Raykarl turun mengusap perlahan kepala Iffa. Manja sungguh isterinya ini.
"Tak nakk! Nak ikut abang. Bosanlah duduk dalam rumah. Nak keluar, nak ikut abang. Tak nak tinggal seorang, seorang!" Adu Iffa lagi.
"Okey, sayang Humaira. Sayang akan ikut abang." Raykarl tersenyum memandang bibir Iffa yang mulai tersenyum manis mendengar jawapannya.
"NAK ikut abang. Kan dah cakap tadi." Muncung sedepa Iffa dikeluarkan.
"Sayang duduk je dalam kereta. Abang pergi beli sekejap, okey?" Raykarl cuba memujuk Iffa yang sejak mengadung ini, ada saja karenahnya.
"Tak nakk! Nak ikut abang!" Tiba-tiba hati Iffa rasa resah.
"Okey, mari." Raykarl beralah. Dia melangkah keluar dari perut keretanya dan kemudian dia membuka pintu kereta di sebelah untuk Iffa keluar.
Selepas, sahaja Iffa keluar dari perut kereta, tangannya segera menggenggam erat tapak tangan Iffa kerana selepas ini mereka akan melintas jalan raya. Dia bawa dua nyawa dengannya, jadi dia perlu berhati-hati.
Setelah pasti tiada kereta lagi kaki mereka berdua melangkah ke arah jalan raya. Raykarl mengalihkan pandangannya ke sebelah kiri dan dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta meluncur laju ke arahnya dan Iffa pula masih tidak sedar akan kewujudan sebuah kereta yang menghampiri mereka.
"Sayang Humaira, hati-hati!" Dengan secara tidak langsung, tangan Raykarl segera menolak badan Iffa ke belakang dan badan Iffa terhempas kuat di atas jalan raya.
BAM! Manakala, badan Raykarl dirempuh oleh kereta tersebut dan selepas itu kereta yang merempuh Raykarl laju bergerak pergi dari situ.
"Abang..." Satu-persatu air mata mulai mengalir laju keluar dari matanya dengan kesakitan yang amat sakit dia rasakan sekarang. Darah pekat mengalir keluar dari kain yang dipakainya. Badan Iffa terkulai lemah terbaring di atas jalan raya. Dia menghalakan tapak tangannya pada Raykarl yang jauh darinya.
"Sayang..." Raykarl menghiraukan sahaja badannya yang sakit dirempuh oleh kereta. Perlahan-lahan dia merapatkan jarak antara mereka berdua dan tapak tangan mereka bercantum. "Jan...ji dengan... abang yang... sayang akan... cari kebahagiaan sayang... tanpa abang..., janji?" Dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesakitan, Raykarl bertanya.
Iffa yang mendengar itu mulai menggelengkan kepalanya perlahan. Raykarl adalah pelengkap dalam hidupnya. Tak mungkin dia akan bahagia tanpa Raykarl, cinta hatinya.
"Tolong jan...ji dengan abang... ni... permintaan terakhir.... abang. Please, sayang Humaira? Cinta hati, kekasih hati dan isteri tercinta, abang?" Sekali lagi Raykarl memujuk.
"Tak...nak... Kita berdua akan... bahagia bersama... hingga akhir nafas kita... tolong, jangan tinggalkan sayang... abang." balas Iffa.
"Janji dengan abang?" Raykarl memandang Iffa dengan penuh harapan.
"Sayang, janji... tapi... sayang takkan pernah lupakan... abang walau... sesaat." jawab Iffa akhirnya.
Raykarl tersenyum. Dia menatap wajah Iffa buat kali terakhir. Tangannya menggenggam erat tapak tangan milik Iffa. "I love you, sayang Humaira. So much.
Enjoy your reading
Share this novel