"MUS tak balik minggu pertama cuti semester tau. Mus nak pergi bercuti dengan kawan Mus." Kata Mustaqim sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg pakaiannya.
Pakaian yang lain sudah dimasukkan ke dalam luggage dan barangan kolej yang lain sudah diasingkan. Barangan itu akan diletakkan di rumah sewa seniornya yang mengambil upah penyimpanan barang bagi pelajar kolej.
Jadi untuk tidak memenatkan diri, Mustaqim menggunakan servis itu walaupun agak sedikit mahal. Tak apa, janji servis itu memudahkan hidupnya yang bakal menyambung ijazah sarjana mudanya pada sem hadapan kerana masa asasinya sudah tamat.
Tangan yang melipat pakaian itu terhenti apabila mendengar rengekan Zinnirah.
"Kenapa ni, Ji? Mana boleh ikut, semuanya lelaki lah. Awak tu perempuan." Larang Mustaqim apabila gadis itu meyuarakan cadangan untuk membawa dirinya sekali.
Absyar yang seronok bermain telefon terus mengalihkan pandangan kepada Mustaqim yang sudah berkerut dahinya.
Apa sudah jadi pada gadis itu ya? Terdetik hatinya apabila teringatkan rahsia yang diketahuinya secara tidak sengaja.
"Ji...janganlah macam ni. Macam mana Mus nak bagitahu kawan Mus kalau macam ni." Mustaqim terus memandang wajah Absyar dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Absyar terus menjongketkan keningnya apabila dipandang sebegitu rupa.
"Boleh tak, nanti Mus telefon? Biar Mus bincang dengan kawan Mus dulu." Putus Mustaqim apabila gadis itu tidak henti-henti memujuknya.
Panggilan dimatikan sebelum kepalanya digaru. Keluhan panjang dihela.
"Kau kenapa Mus?" Tanya Absyar apabila melihat wajah kusut itu.
"Adik aku Acad, dia nak ikut trip kita ke Pulau Perhentian nanti." Kata Mustaqim sambil memandang sayu wajah Absyar yang tua dua tahun daripadanya.
Lelaki itu rakan sekelasnya walaupun mempunyai umur yang berbeza dek kerana dia lambat sambung belajar.
"Jadi? Bawa je lah dia sekali. Tak ada masalah pun." Absyar memberi jawapan mudah.
"Adik aku perempuan, Cad. Bukan lelaki."
"Aku tahu adik kau perempuan, Mus. Tapi apa salahnya kalau dia ikut? Lagipun kita pergi 9 orang saja, cukuplah dia lagi seorang untuk penuhkan kereta kita ke sana nanti." Jawab Absyar tenang.
"Tapi nanti tempat tidur?"
"Kita book single bedroom lah untuk dia, kau ni apa akal pendek sangat." Terus tergelak kecil mendengarkan soalan Mustaqim.
"Tapi nanti aktiviti kita macam mana? Tak terganggu ke?" Soal Mustaqim sekali lagi.
"Tadi adik kau cakap nak ikut kita sebab apa?" Soalan dibalas soalan.
"Dia cakap, dia nak tenangkan diri. Nak lari jauh daripada masalah."
"So, that's the main point. Dia hanya mahukan ketenangan, bukan mahu menganggu aktiviti yang dah kita rancang. Jadi, relaks okay. She will not disturb our holiday, just let her enjoy by her own bila dah sampai di sana nanti." Kata Absyar sebelum menepuk bahu lelaki itu.
"Kau call dia cepat, bagitahu dia boleh ikut kita." Arah Absyar apabila melihat Mustaqim yang masih mengelamun.
"Tapi...macam mana dengan member kita yang lain? Mereka akan setuju ke?"
"Jangan difikirkan hal itu, aku akan selesaikannya. Sekarang, kau call Zinnirah. Maklumkan pada dia dan lepas tu kau terus book bilik untuk dia, okay?"
Mustaqim terus mengangguk tanda faham sebelum mencapai telefonnya. Namun, tindakan itu terhenti apabila dia tersedar sesuatu.
Kepala dialihkan pada kelibat Absyar yang sudah hilang ditelan pekatnya malam.
"Macam mana Absyar tahu nama Ji, Zinnirah?"
Mustaqim berasa pelik.
Namun, dia hanya mengendahkannya sebelum melakukan seperti apa yang diarahkan oleh Absyar tadi.
'Demimu Zinnirah, sanggup aku tebalkan muka merayu untukmu.' Madah Mustaqim dalam hati sementara menunggu panggilannya berjawab.
-----
Beg ditangan Zinnirah diambil sebelum dimasukkan ke dalam but kereta. Gadis itu masih terkaku di tepi kereta apabila melihat dua buah kereta itu penuh dengan manusia berjantina lelaki.
Hatinya berdegup kencang.
Ah, silap pula dirinya menyertai percutian ini.
Gugup. Itu perkataan yang sesuai untuk menyatakan rasa hati itu.
Sejak kejadiannya dan baba berminggu yang lalu, hidupnya menjadi tidak tenang dengan bayangan lelaki itu yang akan muncul dalam mimpinya secara tiba-tiba.
Dia jadi trauma dengan gerengan bergelaran baba.
"Tunggu apa lagi tu, Ji? Masuk cepat." Lamunannya dipecahkan oleh suara Mustaqim yang sudah bersiap sedia di sebelah tempat pemandu.
Zinnirah terus bergegas ke arah Mustaqim dan berbisik. Lengan lelaki itu turut dipegang erat.
"Ji rasa takutlah, Mus. Kenapa ramai sangat lelaki?" Jujur Zinnirah menyatakan perasaannya.
"Sebab itulah Mus cakap hari tu, ni percutian lelaki. Ji yang nak ikut, sekarang masuk cepat. Tempat Ji dah special ni, tepi driver." Pujuk Mustaqim dalam perliannya.
"Mus..." Semakin erat genggaman itu pada lengan Mustaqim.
"Ji... InshaAllah tak ada apa-apa. Ji jangan takut okay, Mus ada. So, tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Buat banyak kali sampai hilang rasa gemuruh tu okay? Jangan risau, kawan Mus semuanya baik. Ji tahu kan, Mus pantang kalau ada orang ganggu adik Mus? Jadi, percayalah Mus dan enjoy your holiday there." Kali ini, lembut suara Mustaqim cuba memujuk adiknya yang sudah berubah rona wajahnya.
Darah gemuruh gadis itu semakin menjadi-jadi.
"Okay, Ji percayakan Mus." Jawab Zinnirah perlahan.
"Macam ni lah adik Mus. Dah, pergi masuk kereta." Kepala yang dilapiki tudung itu diusap berkali-kali sebelum dia melepaskan Zinnirah untuk masuk ke dalam kereta.
Seusai masuk, semua kawan Mustaqim menegurnya dengan ramah. Zinnirah hanya mampu tersenyum kekok dan memegang erat tali pinggang keledar itu.
Mujur saja, Mustaqim yang memandu. Kurang sikitlah gemuruhnya dengan sahabat Mustaqim.
Absyar yang berada di tempat duduk belakang Mustaqim hanya memerhati gerangan gadis yang bernama Zinnirah itu. Dia tersenyum kecil melihat gelagat Mustaqim dan Zinnirah ditepi cerminnya tadi.
Absyar menyaksikan dan mendengar semuanya tanpa mereka berdua sedari.
Jangan risau Zinnirah. Selain Mustaqim, saya akan lindungi awak semampu saya.
Sejak mendengarkan permasalahan gadis itu, mindanya selalu teringatkan gadis itu. Ingin saja dia menyoal tentang Zinnirah kepada Mustaqim. Namun, apa pula kata lelaki itu nanti?
Jadi, Absyar memilih untuk berdiam diri dan menahan sabar kerana dia tahu, satu masa nanti dia akan dipertemukan dengan gadis itu.
Dan ternyata, hari ini sangkaannya benar. Dia dapat bertemu Zinnirah walaupun gadis itu tidak mengenalinya.
Gadis yang tersengguk-sengguk itu menjadi pemandangan Absyar dibahagian belakang. Sahabatnya yang lain sudah terlentok ke alam mimpi kecuali dirinya dan Mustaqim. Zinnirah juga turut mahu ke alam lain juga daripada gayanya itu.
Absyar mengemam bibirnya rapat apabila kepala gadis itu terhantuk pada cermin kereta dan menyebabkannya tersedar lalu duduk tegak memandang ke hadapan.
"Dah kenapa pula tu? Tidurlah Ji, lambat lagi nak sampai." Teguran daripada Mustaqim menyebabkan Zinnirah kembali memejamkan matanya.
Aduh, comel betul.
Absyar tersenyum kecil.
Akhirnya kita berjumpa juga di alam nyata, Zinnirah Alwie.
Share this novel