BAB 44 (TW)

Drama Completed 23008

TW: Suicide Attempt

ABSYAR yang terjaga dek kerana lapar terus mencapai jaketnya yang disangkut pada kerusi sebelum mencapai dompetnya untuk keluar mencari makanan.

"Kau nak pergi mana, Cad?" Tegur Mustaqim yang terpisat-pisat di atas katil.

"Lapar, nak cari maggi." Jawab Absyar bersahaja. Sungguh, dia benar-benar lapar sekarang.

"Pukul berapa?" Soal Mustaqim sekali lagi walaupun matanya sudah tertutup.

"3.30 pagi."

"Hm."

Apabila tiada lagi soalan daripada lelaki itu, Absyar terus melangkah keluar dari bilik itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket, sejuk.

Dinginnya sampai ke tulang dengan tiupan angin laut pada waktu begini.

Kedai-kedai makan dijenguk, semuanya sudah tutup. Ya lah, siapa ja yang nak mencari makanan pada waktu begini kecuali dirinya.

Mesin makanan ringan didekati sebelum Absyar memasukkan beberapa keping duit bernot RM1. Maggi cup berperisa kari dan tomyum dibeli.

Mana cukup satu maggi untuk perut tong sepertinya. Water filter didekati. Penutup kedua-dua cup itu dikoyak separuh, garfu dan perencah dibawa keluar lalu diisi dengan air panas. Seraya itu, perencah dimasukkan ke dalam maggi tadi.

Bibir itu tersenyum gembira.

Maggi, makanan kegemaran seorang Absyar Abid!

Seusai itu, kakinya menapak ke tepian pantai sambil membawa makanannya ke sana.

Makan maggi pukul 3 pagi bertemankan pantai dan langit malam. Oh, romantiknya!

Dengan lafaz basmallah, Absyar makan sambil bersila di tepi pantai.

Slurp!

Sedapnya!

Maggi cup kedua dimakan dengan penuh perasaan. Sesekali matanya ditumpukan pada tengah laut, memerhati air laut yang sedang pasang itu, berombak dengan agak ganas.

Mulut yang mengunyah maggi itu terhenti apabila matanya tertancap pada sesuatu yang menuju hampir ke tengah laut itu.

Mata Absyar cuba dikecilkan, pupil matanya cuba fokus pada benda itu sebelum matanya terbeliak besar.

Itu manusia. Tangan yang tergawang-gawang seperti meminta pertolongan itu menjadi tatapan matanya sebelum cup itu diketepikan. Kasut dibuka dan jaket dibuka meninggalkan baju putihnya di dalam.

Dengan pantas, Absyar berlari laju ke dalam air, menongkah ombak yang agak ganas itu.

Tangan didepa dan dikayuh melawan arus secepat mungkin. Apabila ombak meninggi, Absyar meredah ke bawahnya dengan tangkas seperti sudah biasa.

Absyar berenang sehingga ke bahagian tengah sebelum tangan yang hampir tenggelam sepenuhnya dicapai.

Badannya didekatkan dengan badan gerangan itu sebelum dia mengunci leher itu menggunakan lengannya. Pada masa yang sama, dia cuba menstabilkan diri mereka sebelum mula berenang ke arah persisiran pantai.

Keadaan yang gelap yang hanya bertemankan cahaya bulan membuatkan Absyar tidak dapat mengecam wajah itu.

Setibanya di gigi air, badan gadis itu digendong gaya bridal style sebelum diletakkan ke atas pasir.

Matanya membungkam melihat gerangan itu.... Dia ialah Zinnirah.

Muka itu sudah pucat, hampir ke biru warnanya.

Lantas, Absyar membetulkan posisinya sebelum CPR dilakukan. Dada itu tekan berkali-kali dengan harapan gadis itu akan sedar.

"Zinnirah, bangun. Bangun!" Katanya namun dia tidak berhenti daripada melakukan tekanan itu. Air daripada rambutnya menitis jatuh ke wajah pucat itu.

"Zinnirah, tolonglah bangun." Kata lelaki itu sekali.

Kali ini, Absyar menumbuk kuat dada itu sebelum Zinnirah terus terbatuk dan memuntahkan air laut.

Absyar terus menarik tangan itu untuk duduk dan memuntahkan air yang masih memenuhi perut. Belakang Zinnirah diusap laju. Matanya masih tidak lekang memandang sisi wajah itu daripada tepi dengan riak penuh risau.

Mereka hanya berdiam diri sebelum terdengar esakan daripada gadis itu. Pipinya kini banjir dengan air mata yang Absyar tidak tahu kenapa.

"Kenap—"

"Kenapa selamatkan saya? Kenapa?!" Soal Zinnirah kuat walaupun tekaknya terasa perit. Belum sempat Absyar bersuara, Zinnirah sudah memintas.

Ralat, dia sudah yakin bakal mati.

Kenapa lelaki ini perlu ada pada waktu sekarang?!

"Kenapa awak buat macam ni Zinnirah?" Wajah gadis itu dipandang dengan tatapan lembut.  Jelas gadis itu kelihatan sangat serabut. Tudung sarung yang basah lencun, anak rambut yang terkeluar dengan pakaian yang basah melekat di badan.

Lantas, Absyar mengambil jaketnya yang dibaling tadi sebelum meletakkan pada bahu gadis itu yang sudah menggeletar kesejukan.

Absyar mengambil langkah untuk duduk berhadapan gadis itu. Wajah itu ditatapnya, lama.

"Kenapa, Zinnirah? Awak bercadang untuk...bunuh diri ke?" Soal Absyar sekali lagi.

"Ya and you have ruined everything! Kenapa awak kena selamatkan saya? Just let me die there!" Bentak Zinnirah. Mata itu memandang tajam lelaki di hadapannya.

"You shouldn't be here at this time, Zinnirah. It's freezing." Absyar mula menukar topik.

"Let me freeze to death." Air mata dikesat kasar dengan tangan terketar kesejukan.

"Awak betul-betul nak mati?" Tanya Absyar dengan soalan diluar jangka itu.

Zinnirah hanya diam.

"Kalau betul awak nak mati, you will not gasping for air in that freezing ocean, Zinnirah. Kalau betul awak nak sangat mati, awak boleh biarkan diri awak terus tenggelam ke dasar laut. But, what did you do? You're asking for help from that creepy ocean. It's just your mind yang nak awak mati, not you. Not your body. Awak masih nak hidup, Zinnirah." Mata itu ditikam lama oleh pandangan Absyar. Dia juga turut kesejukan namun masih boleh bertahan.

Gadis itu kelihatan menggigil dan bibirnya menggeletar.

"Kenapa Tuhan tak dengar doa saya? I'm just asking for a happy family. Saya hanya minta mama dan baba untuk sayang saya. Why everything seems very impossible for me. Why me, Absyar?" Mata itu berkaca semula.

Absyar mengeluh kecil. Dia berdiam diri, memikirkan jawapan yang mampu diterima oleh akal Zinnirah pada ketika ini.

"Sebab Allah tahu awak mampu, sebab Allah terlampau sayangkan awak. Saya bukan seorang yang baik Zinnirah tapi awak pernah dengar satu ayat Al-Quran ni? Allah takkan sesekali membebani hambaNya melebih dari kemampuan mereka. Saya tahu awak faham maksud ayat ni, awak bijak. Jadi, awak faham kenapa awak diuji sebegini?"

"Dia tak sayang saya. Dia tak pernah makbulkan doa saya. Why should I trust your words?" Hatinya terdetik dengan setiap apa yang keluar daripada bibir lelaki itu.

"Siapa cakap Dia tak sayangkan awak? Banyak benda yang boleh dibuktikan bahawa Dia sayangkan awak." Absyar tersenyum kecil.

"Apa?" Tanya Zinnirah. Absyar tersenyum, Zinnirah sudah termasuk dalam perangkap ayatnya.

"Saya ialah buktinya." Jawab Absyar.

"Don't joking around, Absyar."

"I'm deadly serious, saya ialah bukti cinta Allah kepada awak." Muka Zinnirah berubah serius mendengar kata-kata itu. Apa yang lelaki ini cuba sampaikan?

"Allah hantar saya untuk selamatkan awak pada malam ini, ini adalah satu bukti cinta Dia terhadap awak. Dia tak nak hamba kesayangannya pergi dalam keadaan macam ni. Dia hantar saya kepada awak supaya awak sedar, yang Dia sentiasa ada untuk awak." Tersentak Zinnirah mendengar ayat itu.

"Saya mungkin tak tahu semua masalah awak kecuali yang satu itu. Saya juga mungkin tak akan menjadi pendengar yang awak percaya untuk berkongsi masalah. Tapi percayalah, Dia ada. I'm not gonna tell you to start praying because I know, you always did as itu adalah rukun Islam. Saya percaya, awak seseorang yang tak akan tinggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah. But what I'm gonna say, letakkanlah sepenuh kepercayaan awak pada Allah. Percayalah Dia tanpa ada sedikit pun keraguan dalam diri awak. Perasaan was-was itulah yang membuatkan kita sentiasa menyoal segala takdir Allah. Awak pun tahu kan, percaya kepada qada' dan qadar merupakan rukun iman kita? Jadi, it's start with putting 100% in Allah, inshaAllah hati awak bakal menjadi tenang."

"Dulu, saya pun suka menyoal takdir hidup saya. Setiap hari, perkataan 'kenapa' dan 'kalau' selalu menjadi perkara wajib yang saya sebut. Tapi satu hari saya sedar, tinggi sangat ke taklifan saya di dunia ini sampai sanggup nak menyoal Tuhan. Saya ni siapa? Gagah sangat ke saya nak salahkan Allah dalam semua benda yang terjadi dalam hidup saya?" Absyar henti seketika. Liurnya ditelan.

"From that moment, I started to accept everything that happened to me. Semua yang terjadi, ada sebabnya. Hidup saya menjadi lebih tenang apabila saya mula menerima takdir, mula menerima diri saya sendiri." Absyar tersenyum sebelum mendongak memandang langit yang gelap tanpa bintang.

"How could you be positive?" Tanya Zinirah perlahan. Lengannya dipeluk erat.

"Saya pernah berada di situasi yang awak tengah hadap sekarang." Senyuman berubah kelat.

"Situasi di mana saya juga turut melawan takdir Allah dengan cara cubaan bunuh diri. I did that, years ago."

"Tapi siapa saya nak melawan takdir yang Allah tetapkan? Kematian sesorang itu telah ditetapkan di Luh Mahfuz 50,000 tahun sebelum kita wujud. Jadi, kenapa saya pula cuba mengajar Allah bagaimana sepatutnya saya mati?"

Menitis air mata gadis itu mendengar ucapan Absyar itu. Tanggapannya terhadap Allah selama ini, salah.

"Kun fayakun, Zinnirah. Ada takdir yang kita boleh ubah dan ada takdir yang kita tak boleh ubah. Percayalah dengan Allah, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati ini akan menjadi tenang." Absyar diam sesudah menghabiskan ayatnya yang terakhir. Dia sudah tidak tahu cara apa lagi untuk memujuk jiwa yang bercelaru itu.

"Maafkan saya, saya silap." Terus teresak gadis itu mendengarkan ayat luahan Absyar.

Ya Allah, ampunkan aku. Aku berdosa.

"You did nothing wrong to me. Minta maaflah pada Dia." Zinnirah angguk tanda faham.

Absyar bersyukur, gadis itu dapat menerima setiap apa yang dia katakan. Sesungguhnya, untuk bercakap dengan orang yang mempunyai tekanan perasaan, bukan satu hal yang mudah.

Dia pernah ada di situasi itu. Dia pernah menidakkan setiap nasihat yang diberikan pada dirinya.

Dan... Dia juga faham perasaan Zinnirah.

Hening.

Hanya bunyi ombak yang menjadi halwa telinga masing-masing.

"Absyar..." Panggil Zinnirah apabila kelihatan lelaki itu termenung menghadap laut.

"Hmm." Kepala ditolehkan pada gadis itu. Kening dijungkitkan ke atas.

"Terima kasih...untuk semuanya." Ikhlas dari hati Zinnirah mengatakan hal itu. Absyar hanya tersenyum lebar.

"Sama-sama."

"Absyar..." Panggilnya sekali lagi.

"Ya..." Lelaki itu turut meleretkan jawapannya.

"Jangan bagitahu Mus. Just don't tell him. Ini rahsia kita berdua. Awak faham perasaan saya, kan?" Bibir bawah digigit menanti jawapan Absyar.

"Tengoklah dulu macam mana." Kata lelaki itu sambil menguak rambutnya ke belakang. Rambutnya sudah keras dek berlamaan di luar setelah terjun ke laut.

"Janganlah macam ni..." Kata Zinnirah lagi.

Absyar tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan. "I won't tell him. It will be our second secret."

"Thank you."

"Most welcome, Zinnirah."

"Absyar..." Suara itu memanggil lagi.

"Hmm?"

"Saya...sejuk." Ketika itu baru Zinnirah sedar yang dirinya menggigil teruk. Sejuk sampai ke tulang sehingga menggeletar kaki itu memijak tanah.

"Jom, saya teman hantar awak ke bilik." Absyar turut bangun dan lantas mengambil barangannya yang ditinggalkan tadi.

"Terima kasih." Ucap Zinnirah sekali lagi apabila mereka tiba di depan biliknya.

"Sama-sama, saya balik bilik dulu ya. Assalamualaikum." Lantas, kaki itu bergerak meninggalkan gadis itu.

"Absyar, jaket awak." Terjerit kecil suaranya apabila lelaki itu sudah mencipta jarak yang jauh.

"Simpan dulu." Balas Absyar sambil melambaikan tangannya.

Zinnirah tersenyum kecil.

Terima kasih Ya Allah. Betul kata Absyar, Kau masih mencintai aku, hambaMu yang sentiasa meragui diriMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience