TELEFON yang berdering hebat itu mengganggu konsentrasi Zinnirah yang sedang mengira harga barangan yang dibeli pelanggan di kedai babanya.
Sesekali matanya mengerling skrin telefon sebelum kembali melayan pelanggan di kedai runcit itu. Senyuman manis diberi setelah selesai aktiviti jual beli.
Jam di dinding diperhati seketika.
3.45 petang.
Alhamdulillah, dah tak ada pelanggan yang datang. Bolehlah dia berehat sekejap. Semua benda Zinnirah perlu handle seorang diri di kedai ini, memang semputlah juga dia.
Telefon yang berbunyi sekali lagi diangkat.
"Hello assalamualaikum abang." Zinnirah tersenyum lebar apabila melihat nama abang sulungnya di log panggilan.
"Hah, dah sampai rumah? Ji ada di kedai baba sekarang ni bang." Dahinya mula berkerut mendengar ayat yang keluar dari bibir Zhafran di corong telefon.
"Kenapa tak bagitahu Ji yang korang balik harini? Kalau tak, Ji selitkan kunci di rumah." Kepala yang berlapik tudung sarung kelabu digaru perlahan.
"Okaylah kalau macam tu, tunggu kejap ya. Ji nak tutup kedai lepastu Ji terus balik rumah." Selari dengan ayatnya itu, Zinnirah terus mengeluarkan semua duit daripada mesin wang dan dimasukkan ke dalam beg kerjanya. Kunci kedai dilaci diambil. Handphone dikepitkan antara telinga dan bahu.
"Okay, okay. Ji end call dulu ya bang. Bye, assalamualaikum."
Telefon dimasukkan ke dalam poket seluarnya lalu semua suis dikedai itu ditutup kecuali suis peti sejuk. Pintu besi ditarik dan dimangga dengan rapi.
Motorsikal ditujui dan dihidupkan enjin. Dengan lafaz basmallah, Zinnirah bertolak pulang ke rumah. Perasaannya sekarang tidak dapat digambarkan. Entah gembira atau gementar. Dia pun tak pasti.
Sesekali nafas panjang dihela. Tiga hari ditinggalkan bersama Nek Timah, Zinnirah berasa lebih aman. Kini, dia terasa akan kembali ke neraka dunia.
Neraka ciptaan mama dan babanya.
-----
Motorsikal dibelok masuk ke halaman rumahnya. Kelihatan kereta abang sulungnya, Zhafran dan juga ahli keluarga yang lain di situ.
Wajah baba dan mama seperti biasa, tiada langsunh senyuman untuk insan bernama Zinnirah. Mustaqim hanya tersengih memandang kembarnya itu dan Zhafran tersenyum manis gaya seorang lelaki maskulin.
"Assalamualaikum, maaf Ji lambat. Dari kedai tadi." Katanya seusai turun daripada motor dan bergegas membuka pintu rumah mereka. Wajah mamanya yang masam bukan petunjuk yang baik untuk dia terus berbasa-basi di situ.
"Waalaikumsalam, tak apa Ji. Abang faham je. Dah jom masuk." Kata Zhafran sebelum menarik lengan Zinnirah untuk masuk ke dalam rumah mereka.
"Abang masuklah dulu, Ji nak pergi ambil nenek. Nenek cakap kalau korang dah balik, Ji kena terus pergi ambil dia." Laju bibir mungil itu menerangkan perihal nenek kepada abangnya dan juga Mustaqim yang elok bersandar di bingkai pintu utama.
"Okaylah kalau macam tu, abang masuk dulu lah ya. Mus, jom masuk."
Zinnirah hanya mengangguk sebelum tergelak kecil melihat telatah Mustaqim yang menunjukkan satu plastik coklat kepadanya.
"Hoi Zinnirah, yang kau tercongok dekat depan pintu tu buat apa? Dah tak reti-reti nak buatkan kami air ke? Haus tau tunggu kau yang berjam-jam nak datang untuk buka pintu rumah pun." Nyaring suara itu membantutkan langkah Zinnirah yang baru saja menapak ke arah motorsikal.
"Zinnirah! Dengar tak apa yang mama kau cakap ni? Kau dah pekak ke?" Suara lantang babanya pula masuk terus ke gegendang telinga gadis itu.
Kenapa nak jerit? Dah tertukar suara dengan siren ke kat Langkawi tu?
"Dengar ma, ba. Kejap ya Ji bancuhkan air." Laju kaki itu melangkah terus menuju ke dapur dan air sirap oren dibancuh dan ditambahkan ais untuk menyegarkan lagi setiap hirupan. Musim panas memang mantap kalau dapat minum air berais seperti ini.
Jar yang berisi air bancuhan tadi diletakkan ke atas dulang bersama empat biji gelas kaca. Ditatangnya dengan penuh berhati-hati dulang itu dan dibawa ke ruang tamu.
Air terus dituangkan ke dalam gelas sebaik saja dia meletakkannya di meja kopi itu. Silakan minum puas-puas.
"Mama, baba, Ji nak minta izin ambil Nek Timah datang ke sini." Permisi Zinnirah namun hanya diendahkan oleh mereka berdua.
Zhafran yang melihat keadaan itu hanya menggeleng kecil. Apa nak jadi dengan kedua-dua orang tuanya ini.
"Ma ba, Ji minta izin tu." Tegur Zhafran apabila Zinnirah tidak mendapat apa-apa balasan. Puan Khalidah yang meneguk air manis itu hanya menjeling tajam.
"Kau nak pergi mana pun kau berambus je lah! Jangan banyak tanya macam kau tu anak solehah sangat!" Jerkahan itu membuatkan orang di situ terkejut kecuali Encik Alwie yang masih santai menonton televisyen.
"Baik ma, Ji pergi dulu." Pamit Zinnirah sebelum bergerak ke rumah Nek Timah menggunakan motor.
"Bodoh betul perempuan tu. Dia tak tahu ke saya ni tak suka dengar suara dia? Banyak pula nak bercakap kali ni. Kau nak berambus ke kau nak mati ke lantak kau lah." Kata Puan Khalidah kepada suaminya. Encik Alwie hanya mengangguk tanda malas mahu layan amarah isterinya itu.
Zhafran hanya beristighfar perlahan. Kenapa makin teruk benci mama kepada adik perempuannya itu. Mustaqim yang bermain handphone disebelah dikerling seketika.
Tiada apa-apa reaksi kecuali helaan nafas panjang. Dia seperti sudah lali dengan herdikan mama dan baba kepada Zinnirah.
"Mus, ikut abang masuk bilik jap." Kata Zhafran setelah menghabiskan air di dalam gelas kaca itu.
Sedap, pandai Zinnirah bancuh.
"Kenapa?" Soal Mustaqim dengan kening yang terangkat sebelah.
"Aduh, jomlah ikut kejap." Ujar Zhafran sebelum menarik lengan adik lelakinya dan mengheret ke dalam bilik Zhafran yang jarang-jarang berpenghuni.
Pintu bilik ditutup rapat. Kerusi di meja belajarnya ditarik untuk diduduki dengan selesa. Wajah Mustaqim yang bingung dipandang sehingga menyebabkan remaja itu tak selesa.
"Abang ni kenapa pandang Mus macam tu?" Wajah mula berkerut dengan pandangan semancam abang sulungnya.
"Memang macam gitu ke layanan mama dan baba terhadap Ji? Kenapa abang tengok, Mus macam dah biasa dengan semua dengan ayat-ayat mama dan baba?" Soalnya terus tanpa kias.
Jujur dia katakan, Zhafran sangat jarang berada di rumah untuk memantau keadaan adik-adiknya. Perbezaan umur sebanyak 12 tahun menyebabkan terwujudnya jurang masa yang besar antara mereka bertiga.
Semasa dia di sekolah menengah, dia berada di asrama sepanjang masa. Hanya pulang ke rumah, dua minggu sekali. Masuk ke alam universiti, sekali lagi dia terpisah dengan adik-beradiknya. Namun itu tidak membuatkan hubungan mereka renggang ataupun janggal.
Zhafran tahu cara untuk mengambil hati mereka. Mustaqim, mudah untuk menjadi rapat kerana berkongsi jantina yang sama.
Zinnirah, dia hanya perlu memberikan kasih sayang kepada gadis itu kerana dia seorang yang manja dan senang dibawa bincang.
Zhafran sayang adik-adiknya. Amat sayang.
"Dah lama bang mama dan baba layan Ji macam tu. Lama sangat tapi dulu masa sekolah rendah, tak adalah teruk sangat ayat mama. Tapi sekarang memang makan dalam setiap kata-kata mama tu." Mustaqim menghembus nafas dalam.
"Mus pernah kena macam tu?"
Geleng. Dia tak pernah kena herdik sebagaimana Zinnirah kena.
"Kenapa tak bagitahu abang?"
"Ji tak kasi, dia cakap itu perkara biasa dalam proses membesar. Dia cakap, mama marah dia sebab mama sayang Ji. Baba herdik dia sebagai cara baba tunjukkan kasih sayang terhadap Ji. Mus sumpah tak tahu nak cakap apa lagi."
"Abang rasa teruk sangat sebagai anak sulung. Abang tak ada di sini untuk protect adik-adik abang. Abang rasa teruk sangat. Ya Allah." Muka diraup sebelum dicekup lama oleh tangannya.
Zhafran beristighfar panjang.
Mustaqim mengeluh sebelum membaringkan diri ke atas tilam empuk abangnya. Mata dipejamkan sebelum lengan diletakkan di dahi.
"Zhafran bin Alwie ialah abang yang paling baik pernah Ji ada. Abang janganlah cakap macam tu, sedih hati Ji dengar." Zinnirah yang sejak tadi mendengar perbualan dua abangnya masuk dan menutup rapat pintu bilik itu.
Zhafran yang terkejut terus mengalihkan pandangan kepada Ji yang berdiri ditepi meja belajar yang dia duduki. Mustaqim hanya menjeling sedikit, sebelum dia kembali memejamkan mata. Mustaqim tak nak mengganggu momen sulung-bongsu mereka.
"Ji."
"Abang janganlah risau pasal Ji. InshaAllah Ji boleh hadap semua ni. Perihal mama dan baba tu perkara biasa je bang, janganlah fikir sangat. Keluarga orang lain pun ada dapat layanan sama macam apa yang Ji dapat. Selagi mereka tak naik kaki tangan, Ji akan sentiasa okay abang." Senyuman kecil tergaris di bibir gadis itu sebelum dia menepuk bahu abang sulungnya perlahan.
"Sejak bila adik abang dah membesar sampai jadi matang macam ni?" Tanya Zhafran lalu dia bangun dan memeluk tubuh itu. Kepala yang masih berlapik tudung diusap perlahan.
"I'm Superwoman Zinnirah. Jadi jangan risau okay? " Ujar Zinnirah sambil menepuk perlahan belakang badan tegap itu.
"Okay." Balas Zhafran perlahan sebelum melepaskan pelukan. Muka suci bersih adiknya itu ditatap sebelum dicubit geram pipi itu.
"Aduh sakitlah!" Zinnirah menampar perlahan lengan Zhafran.
"Memang abang sengaja pun, siapa suruh comel sangat." Zhafran gelak terbahak-bahak melihat wajah cemberut Zinnirah.
"Apa bising-bising ni." Mustaqim menggosok telinganya dek kerana suara tawa Zhafran yang nyaring. Dia baru saja terlelap beberapa minit namun tidurnya sudah diganggu.
"Mus, mana coklat Ji."
"Ah nanti-nantilah. Mus mengantuk."
"Mus, Ji nak coklat! Janganlah tidur." Lengan remaja lelaki itu ditarik sepenuh tenaga. Mustaqim dah berjanji, jadi tak boleh tidur!
"Ji, nantilah. Tak lari ke mana coklat tu." Mustaqim membentak. Rasa mahu nangis dek kerana kantuknya ketika itu.
"Sekarang!"
"Dahlah Ji, jangan ganggu Mus. Jom abang nak tunjuk hadiah yang abang belikan untuk Ji di Langkawi. Sekarang kita tinggalkan je si gorgon ni tidur. Dia punya penat macam dia pula yang bawa feri." Kata Zhafran lalu menarik lengan gadis itu keluar daripada biliknya.
"Yeay hadiah! Jom!"
Zinnirah berasa sangat teruja mendengar perkataan hadiah daripada abang sulungnya itu. Janji coklat Mustaqim itu dilupakan untuk seketika.
Hanya seketika ya, bukan selamanya.
Share this novel