"THANK YOU semua, sorry tak dapat teman korang kembalikan kereta sewa." Kata Mustaqim sambil tersengih di halaman rumahnya itu. Zinnirah turut tersenyum kecil kepada mereka sebagai tanda berterima kasihnya.
"Tak apa bro, kami dah satu jalan ke sana. Takkan kau nak patah balik pula nanti?" Kata Umar yang sudah mengambil tempat pemandu.
"Hati-hati drive, jangan lupa baca doa." Pesan Mustaqim sekali lagi.
"Baik ustaz." Mereka semua terus ketawa besar dengan jawapan Umar.
"By the way, terima kasih bagi kami tumpang makan dan berehat di rumah kau tadi." Sampuk Hanif yang berada di kereta sebelah.
"Tak ada hal lah bro, nanti bila-bila singgahlah sini." Jawab Mustaqim dengan senyuman manis.
Mereka hanya mengangguk.
Kaki Mustaqim didekati kepada kereta yang bakal dipandu oleh Umar sebelum tingkap penumpang bahagian belakang diketuk. Kepala yang bersandar pada tingkap itu terus terkejut dan memandang wajah Mustaqim dengan kerutan di dahi.
Cermin tingkap diturunkan. "Kenapa?"
Seraya itu, tangan Mustaqim melekap pada dahi Absyar yang masih suam-suam kuku.
"Jangan lupa makan ubat." Nasihat Mustaqim dengan wajah selambanya.
"Ya, aku tahulah." Absyar berdecit perlahan sebelum menjeling Mustaqim yang mengejeknya. Mata itu terus terhenti pada gadis yang ayu di pangkin rumah itu, tersenyum kecil melihatnya.
Absyar terus melarik senyuman tanpa mengendahkan Mustaqim yang ada di depannya.
"Kau pandang apa, hah?" Pipi itu terasa kebas dengan tamparan mengejut Mustaqim.
"Sakitlah, Mus!" Absyar menahan geram sebelum tangannya naik mengusap pipi yang terasa sedikit kebas. Rakan mereka yang lain hanya tergelak kecil dengan situasi itu.
"Lain kali mata tu jaga, ingat aku tak perasan ke kau usyar adik aku?" Kata Mustaqim lalu tersenyum senget.
"Mana ada..." Balas Absyar perlahan. Matanya dilarikan daripada pandang Mustaqim yang seperti mahu menerkamnya itu.
Belakang kepala digaru. Segan dengan rakan-rakannya yang lain apabila Mustaqim menyergahnya seperti itu. Mamat ni memang suka jatuhkan air mukanya!
"Tak perlu nak shy shyton sangat. Nah, Zinnirah bagi kat kau." Seraya itu Mustaqim meletakkan beg kecil itu ke atas riba Absyar yang masih terpinga-pinga.
"Apa ni?" Soalnya dengan dahi berkerut. Padahal, dalam hati sudah bersorak gembira.
"Mana aku tahu, dia yang beri pada kau." Mustaqim terus mengjongketkan bahunya. Secara tiba-tiba, Mustaqim mendekatkan mukanya ke hadapan wajah Absyar.
Serentak itu juga, Absyar bergerak ke belakang sehingga berlanggar badan dengan rakannya yang ada di tengah.
"Kau ni kenapa?!"
"Kau ada apa-apa dengan adik aku ke?" Soal Mustaqim dengan nada berbisik. Matanya menikam tepat pada anak mata Absyar.
"Tak ada apa-apalah. Kau tu yang terlebih fikir." Jawab Absyar dengan nada geram. "Kau ni boleh jauh sikit tak? Geli lah." Seraya itu, Absyar menolak muka Absyar jauh darinya.
Meremang bulu romanya berada sedekat itu dengan makhluk sama jantina. Lengannya digosok laju, seram sejuk!
"Betul kau dengan Zinnirah tak ada apa-apa?" Soalnya lagi dek kerana rasa tidak puas hati.
"Ya. Kalau tak percaya pergilah tanya Zinnirah sendiri." Absyar cuba bersabar.
Sesekali mata itu menjeling Zinnirah yang masih terpacak seperti tiang lampu di situ sejak tadi. Polos dan...comel?
Astaghfirullah Absyar, kena lempang dengan Mustaqim nanti baru kau tahu buku dan ruas.
"Oooookay, kalau tak ada apa-apa. Kau kalau nak mengorat dia, kau kena dapatkan keizinan aku dulu." Kening Mustaqim terjongket sebelah.
"Merepeklah kau ni, dahlah geng jom balik. Malas aku nak layan mamat wayar putus ni." Bahu Umar terus ditepuk oleh Absyar dari arah belakang.
"Hoi, mamat wayar putus ni yang bakal jadi abang ipar kau nanti. Jaga sikit mulut." Lengan Absyar ditumbuk perlahan.
"Jadi, kau restu?"
"Tadi kau cakap tak ada apa-apa, kan?"
"Kau main-mainlah, Mus..."
"Tak tau, tak tahu." Terus Mustaqin memusingkan kedua-dua belah tangannya lalu mengjongketkan bahunya untuk mempermainkan Absyar yang sudah memandangnya dengan pandangan geram.
"Malas aku layan kau." Terus wajah itu ditoleh melihat ke arah luar.
"Malas konon, nanti seumur hidup kau kena tengok muka aku." Usik suara itu lagi.
"Mus!"
Serentak itu, tawa mereka memenuhi ruang kereta kecuali tawa Absyar. Dia sangat geram dengan lelaki itu.
"Jom balik, lagi dilayan tak akan habis perangai tingtong Mustaqim itu." Kata Umar.
"Jom!" Jawab suara yang lain.
Mustaqim terus tergelak besar dengan perlian itu. "Aku melawak je tahu, jangan terasa pula." Sambung Mustaqim.
"Tak terasa pun, biasalah melawak cara bro-bro." Balas Absyar sebelum tersenyum kecil.
Betul lah, kenapa perlu terasa hati dengan gurauan kecil itu? Benda seperti itu tidak perlu disimpan dalam hati...kecuali ucapan Mustaqim tentang Zinnirah. Akan dia simpan rapat dalam minda dan hati.
"Balik dulu, Mus."
Mereka semua berlalu dengan lambaian tangan kepada Mustaqim dan Zinnirah.
Mata gadis itu hanya tertancap pada Absyar yang tersenyum memandangnya. Dia juga dapat menangkap bibir itu mengucapkan terima kasih kepadanya. Zinnirah hanya mengangguk dan tersenyum kecil.
Bekalan yang dia beri kepada Absyar adalah tanda terima kasihnya kepada lelaki itu kerana menyelamatkan dirinya demikian hari. Dan lelaki itu juga berjaya menyelamatkan hatinya yang hampir mati, yang hampir futur kepada Allah SWT.
Zinnirah cuba untuk membuka hati dan mindanya supaya memproses setiap bait kata daripada lelaki itu. Kerana semua yang dikatanya...adalah benar.
Dia perlu mencari dirinya kembali.
"Seronok senyum nampak?" Teguran daripada Mustaqim mematikan lamunannya yang masih memandang ke arah jalan yang lengang tanpa kereta.
"Mana ada." Kata Zinnirah. "Mus cakap apa pada Absyar tadi?" Sambungnya lagi.
"Oh, tahu nama dia?" Duga Mustaqim sebelum melabuhkan punggungnya di depan pintu rumah. Zinnirah turut mengikut jejak lelaki itu.
"Dia bagitahu."
"Sejak bila?"
"Sejak bercuti hari tu?"
"Kenapa dia perlu bagitahu nama dia pada Ji?" Mustaqim sengaja mahu mengusik gadis yang sudah berkerut dahi mendengarkan soalannya.
"Sebab...sebab...sebab boleh?" Zinnirah tersengih. Kalau dia bagitahu sebabnya, habis terbongkar segala rahsia yang cuba disembunyikan daripada Mustaqim.
"Ya lah kau." Kepala itu ditujal sedikit.
"Ji dengan Absyar, ada apa-apa hubungan ke?" Kali ini, soalannya serius.
"Tak ada, kenapa?" Laju Zinnirah menjawab. Kepala ditoleh menghadap Mustaqim yang memandang ke hadapan.
"Sebab...it's seem like you guys care for each other."
"Really?"
"He kept asking me about your health condition and you...you make him food just now because he's sick. If it's not care, then what is it?"
"Ohhh." Hanya itu yang terpacul dari mulut Zinnirah. Kepalanya mula memikirkan alasan dan jawapan. Kerana, dia juga tidak tahu.
"Ji suka dia?" Mustaqim terus mengalihkan pandangannya ke arah Zinnirah.
"Suka... Dia boleh jadi seorang kawan yang baik untuk Mus. So, I like him." Jawab Zinnirah jujur.
"Not that kind of like. Mus tanya, do you like him...as a man not as a friend." Ini betul-betul soalan cepumas yang keluar daripada bibir Mustaqim pada waktu itu.
Jeda. Zinnirah memikirkan sesuatu.
"No, I just like him as a friend. Not more than that." For now.
Sungguh, dia benar-benar tiada perasan pada lelaki itu. Hanya menganggapnya sebagai seorang rakan dan pendengar yang baik.
Hanya itu saja...buat masa ini.
Futur - putus asa
Share this novel