BAB 16

Drama Completed 23008

KAKI Mustaqim tidak henti-henti bergedik di lantai wad kecemasan hospital itu. Hatinya cemas. Sesekali kepala diintaikan ke arah katil hospital yang teratur banyak untuk melihat Zinnirah. Namun yang dia nampak hanyalah doktor dan jururawat yang tidak menang tangan merawat gadis itu.

Zhafran pula tengah melakukan pendaftaran di kaunter. Mujur saja mereka sempat bawa dompet gadis itu.

Sesekali telefon di dalam poketnya berdering namun diabaikan dek kerana mahu menyelesaikan hal Zinnirah secepat mungkin. Dia tahu, yang menelefon itu mamanya. Kejap lagi, Zhafran akan menelefon kembali.

"Terima kasih." Senyuman diberikan sebelum dia bergerak ke arah Mustaqim yang duduk bersandar di bangku hospital.

"Mus." Bahu itu ditepuk menyebabkan lelaki itu mengalihkan perhatian ke arah dirinya.

"Jangan risau sangat, insya Allah tak ada apa-apa. Zinnirah cuma demam panas tu, kita bersangka baik okay?" Zhafran cuba menenangkan hati adik lelakinya walaupun hatinya juga berdebar seperti mahu meletup.

"Macam mana Mus tak risau sedangkan Mus tahu dia dah sakit lama? Mus tak boleh nak husnudzon sekarang ni, abang.

Abang tak nampak ke muka Ji ada ruam merah tadi? Dia tak pernah macam tu sebelum ni. Ji tak pernah sakit sampai lembik macam tadi, abang. Macam mana Mus tak risau, dia adik Mus." Wajah abangnya ditatap lama, minta untuk difahami rasa hati ini.

"Abang faham, Zinnirah adik abang juga. Mustaqim pun adik abang juga, jadi janganlah salahkan diri walau apapun yang terjadi. Faham?" Kepala adiknya diusap dengan penuh kasih.

Dua orang itu sangat rapat seperti belangkas. Mereka banyak menghabiskan masa bersama. Zhafran tidak sanggup melihat salah seorang daripada mereka menyalahkan diri dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuba mengajar adik-adiknya supaya mereka boleh terima takdir Allah.

"Faham." Pendek saja jawapan Mustaqim. Otaknya seakan kurang berfungsi ketika ini.

"Mama mesej, suruh kita balik sekarang." Kata-kata yang keluar daripada mulut Zhafran setelah berdiam diri sekian lama menyebabkan Mustaqim kembali berpaling ke arah abangnya. Dahi berkerut seribu.

"Jadi... Abang nak balik? Sekarang?" Soalanya dengan nada kurang percaya.

"Kalau Ji dah okay, kita baliklah. Lagipun kat sini ada doktor dan nurse yang boleh tengokkan Ji. Tak ada apa yang perlu dirisaukan."

"Okay, kalau abang nak balik, abang baliklah. Mus nak teman Ji malam ni." Kata Mustaqim seperti menahan rasa sakit hati.

"Mus, mama suruh KITA balik. Bukan abang sorang." Perkataan kita ditekan.

"Ji needs me and I don't have to worry about mama. She have you and baba tonight. Tolong faham, abang." Nada suara cuba ditahan untuk tidak berkelakuan kurang ajar dengan abangnya. Dia cuba bersabar.

Umur dah 28 tahun pun masih tak boleh nak kawal dan pujuk mama ke? Zinnirah sakit pun boleh dia rasa nak balik sekarang? Tunggu je lah sekejap sampai doktor keluar, itu pun susah ke?

Kata-kata itu hanya terluah dalam hati seorang Mustaqim. Dia geram dengan abangnya.

"Mus, abang nak jawab apa dengan mama baba malam ni?"

"Abang, you're 28 years old already. Tolonglah jangan macam ni. Abang tak kisah langsung ke perihal Ji. Abang tak sayang Ji langsung ke, bang?" Suaranya bergetar menahan rasa sedih dan marah. Mata yang berkaca dikebilkan beberapa kali.

"Jangan cakap tu Mus, abang sayangkan Ji sama macam abang sayang Mus. Dia adik abang, sudah semestinya abang sayang dia. Tapi, syurga kita pada mama. Abang—"

"Okay, abang boleh balik sekarang. Mus faham, jadi Mus okay. Abang mesti penat dari pagi tadi drive sampai sekarang belum dapat baring. Mus okay, tinggalkan Mus dengan Ji." Potong Mustaqim laju sebelum dia mendengar perkataan abangnya. Dia takut dia meluwap.

"Mus tak nak gaduh, Mus tak nak bermasam muka dengan abang pasal ni. Mus bukannya kejam sangat sampai tak faham penat abang. Nanti apa-apa updation tentang Zinnirah, Mus call abang terus." Sambung Mustaqim.

Zhafran mengeluh perlahan. Dia dilema. Mama penting. Zinnirah juga penting.

"Abang... balik dulu, Mus." Tangan disuakan kepada Mustaqim. Adiknya itu terus bangun dan menyalam tangan itu.

"Ada penjaga Cik Zinnirah binti Alwie ke di sini?" Suara daripada bilik kecemasan itu terus menghentikan tindakan Zhafran dan Mustaqim.

"Saya penjaga Zinnirah." Laju Zhafran mendekati misi yang bertugas.

"Okay, saya nak minta encik ikut saya ya. Doktor yang merawat Zinnirah nak jumpa."

Seraya itu, Zhafran dan Mustaqim terus mengikut jejak langkah jururawat itu sehingga terhenti di depan satu bilik, Doktor Kevin.

"Selamat malam doktor." Tegur Zhafran kepada doktor bernama Kevin yang khusyuk menghadap komputernya.

"Selamat malam, silakan duduk." Balas doktor itu mesra lalu mempersilakan Zhafran dan Mustaqim duduk.

"Encik berdua ni siapa yang dengan Cik Zinnirah. Maksud saya, hubungan apa?"

"Kami abang Zinnirah, doktor." Doktor Kevin mengangguk tanda faham.

"Sayalah yang merawat Cik Zinnirah tadi dan ketika merawatnya kami terjumpa beberapa lebam yang masih baru seperti kesan pukulan. Kakinya juga luka sedikit, saya rasa dia terkena kaca."

"Lebam? Lebam macam mana tu doktor?" Sampuk Mustaqim apabila mendengarkan hal itu.

"Seperti dipukul kayu keras. Bahagian tulang belakangnya ada sedikit retakan tapi tidak serius sehingga perlu disimen." Skrin komputernya ditolak menghadap Zhafran dan Mustaqim. Terus terbuntang kedua-dua mata lelaki itu melihat keadaan belakang Zinnirah yang penuh dengan lebam yang masih baru.

"Bawah bibirnya juga terkoyak dan sedikit membiru." Sambungan Doktor Kevin itu menyebabkan Mustaqim menggepalkan penumbuknya.

"Jadi soalan saya, Cik Zinnirah ni mangsa buli di sekolah atau dia mangsa dera di rumah?" Soalan itu mengejutkan jantung Zhafran. Adiknya kena dera?

"Doktor, boleh beri kami masa untuk siasat hal ni? Saya pun tak pasti tentang hal ni, Zinnirah pun tak pernah mengadu apa-apa kepada kami. Kan, Mus? " Mustaqim mengangguk, mengiyakan kata-kata abangnya.

"Okay baiklah jika begitu. Saya sarankan untuk buat laporan polis jika tak mahu keadaan ini berlarutan." Cadang Doktor Kevin.

"Sekarang saya nak terangkan sakit Cik Zinnirah yang sebenar. Encik berdua perasan tak yang Cik Zinnirah ada ruam besar berbentuk butterfly di wajahnya?"

Mereka angguk.

"Sendi-sendinya juga bengkak dan suhu badannya sangat tinggi, 39.2°C. Tubuh Cik Zinnirah sangat lemah, tekanan darahnya juga sangat rendah sehingga kami terpaksa tambah dua beg darah kepadanya."

"Boleh saya tahu, berapa lama Cik Zinnirah alami keadaan macam ni?" Doktor Kevin memandang kedua-dua wajah dihadapannya berulang-ulang kali. Dia mahukan jawapan.

"Zinnirah demam dah hampir 3 minggu. Tapi demamnya on off, sekejap demam sekejap tak. Tapi dia ada mengadu yang dia selalu sakit sendi. Saya ada ajak dia pergi klinik tapi dia tak nak." Terang Mustaqim panjang.

Setiap bait kata yang keluar dicatat oleh Doktor Kevin untuk dia buat pemerhatian.

"Okay faham. Jadinya, saya rasa Cik Zinnirah ada sakit SLE. Hanya suspek sebab kami belum jalankan ujian yang spesifik. Selepas ini, saya akan rujukkan Cik Zinnirah dengan pakar reumatologi untuk lakukan biopsi. So, saya perlukan encik untuk isi borang persetujuan biopsi sebelum kami dapat lakukan pemeriksaan lanjut." Borang yang dikata tadi dihulurkan pada Zhafran yang masih tercengang mendengar kata-kata Doktor Kevin.

"Borang itu nanti boleh serahkan pada kaunter setelah isi."

"Baik, terima kasih doktor. Kami keluar dulu ya." Kata Zhafran sebelum menarik Mustaqim keluar daripada bilik itu. Mustaqim keras seperti patung cendana mendengar khabaran daripada doktor tadi.

"Abang..."

"Ya." Laju mata lelaki itu membaca borang sebelum mengisi. Mujur saja umurnya lepas untuk menjadi penjaga Zinnirah. Hendak pujuk mama atau babanya tandatangan borang ini? Sampai ke sudab dia yakin, mereka akan buat tidak tahu saja.

"SLE tu apa, bang." Mata Mustaqim masih tertancap pada bilik Zinnirah yang baru saja dipindahkan. Bilik baru itu mempunyai empat katil namun hanya Zinnirah seorang saja ditempatkan di situ.

"Mus, jangan risau. Doktor hanya suspek tapi belum finalize yang Ji ada penyakit tu ataupun tidak. Doakan yang baik-baik saja untuk Ji okay?" Zhafran faham apa yang berada di minda adiknya, dia juga takut mendengar apa yang disampaikan oleh doktor itu tadi.

"Dah, pergi teman Ji. Abang balik dulu." Kepala adiknya diusap perlahan lalu dia berlalu ke kaunter dan pulang.

Mustaqim menghelah nafas berat. Tombol pintu dipegang lama, mencari kekuatan untuk menghadap wajah adiknya.

Pintu dibuka, katil Zinnirah berdekatan tingkap didekati. Wajah polos yang sedang tidur itu ditatap lama. Tangannya dicucuk branula untuk dimasukkan air dan juga darah.

Ya Allah, kasihan adikku.

Kepala ditundukkan mendekati dahi licin itu sebelum dicium perlahan. Terasa panas kulit dahi itu menyentuh bibir dan hidungnya. Setitis air mata Mustaqim jatuh mengenai wajah Zinnirah.

"Ji, siapa yang pukul Ji. Mus minta maaf." Kali ini tangan itu pula digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan. Berjurai jatuh air mata jantannya melihat keadaan adik perempuannya.

Biar hilang aura lelaki gagah itu, dia sedih, dia kesal dengan apa yang terjadi pada Zinnirah. Esakan kecil Mustaqim memenuhi ruang bilik itu. Mustaqim memejam erat matanya, tangan masih menggenggam tangan panas gadis itu. Mujur saja Zinnirah tidak mempunyai jiran.

"Mus... Janganlah nangis." Teguran suara perlahan itu menyebabkan Mustaqim tersentak. Terus terbuka matanya lalu bertembung dengan mata kuyu Zinnirah.

"Ji, ji nak apa-apa ke?" Kalut Mustaqim bangun dari duduknya di kerusi sambil menghapus air mata di pipi.

Zinnirah hanya mengangguk sebagai balasan.

"Ji nak apa? Nak air?" Dengan pantas, Mustaqim bergerak ke meja sisi untuk mengisi air ke dalam gelas.

"Ji nak Mus berhenti nangis." Kedengaran serak suara itu berbicara.

"Ji..."

Terus berkaca mata itu mendengar ayat adiknya.

Aduh Mustaqim, cengeng pula kau malam ni.

Kalau geng hoki nampak, tujuh keturunan kau diejek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience