15 TAHUN KEMUDIAN
"Mus, tahun depan nak sambung aliran apa? Ji kelirulah nak pilih apa. Aduh, parah." Tanya Zinnirah sambil mengacau sup tulang di atas dapur. Tangan di pinggang menampakkanya seperti seorang yang selalu masak. Tapi, Zinnirah binti Alwie memang suka sangat berada di dapur sejak tahun lepas.
"Mus rasa, Mus nak sambung aliran sains tulen. Ji tahukan yang Mus nak jadi doktor?" Kata Mustaqim tanpa memandang wajah adiknya di depan dapur gas itu. Tangannya juga laju merincik daun sup, daun bawang, lobak merah dan lobak masin untuk dimakan bersama bihun sup nanti.
"Oh betullah tu, maaf Dr. Mustaqim. Saya lupa." Zinnirah terus mengusik abang kembar sama tahun itu. Hanya jelingan Mustaqim yang dia dapat sebagai balasan.
Marahlah tu.
"Mus, Ji ada rancangan tau sementara kita cuti akhir tahun ni. Tapi plan ni untuk Ji jelah, Mus nanti jadi watak sampingan je. So, plannya macam ni —"
"Tak nak dengar." Mustaqim terus menutup telinganya tanda tak mahu ambil tahu.
"Alaaa Mus, dengarlah Ji nak cerita ni." Lengan lelaki berumur 15 tahun itu ditarik daripada terus menekup telinga.
Mustaqim, tolonglah beri kerjasama kepada adikmu ini.
"Mus ni side character je, tak perlu pon nak dengar plan big boss." Butir kata yang keluar daripada bibir remaja itu menyebabkan Zinnirah ketawa terbahak-bahak. Sesekali dia memandang ke arah bilik mama dan babanya.
"Gediklah Mus, sejak bila jadi geli-geli macam gini. Eii, menyampahlah." Sekali lagi hentaman yang diberikan oleh Zinnirah terus menusuk ke hati lelakinya.
"Tak pernah nak bagi chance dekat abang sendirilah Ji ni. Ha cepat cerita, apa rancangan yang gah sangat tu?"
"Ha macam ni, Ji cadang nak jual kek sementara cuti sekolah ni. Nanti kita viralkan untuk open order. Daripada Ji tak buat apa, baik Ji kumpul duit. Ye dak Mus?"
"Kumpul duit untuk apa? Ji nak kahwin?"
"Mus ni kalau Ji kata bodoh kang marah pula, duit tu untuk simpanan Ji lah. Masa depan mana kita nak tahu jadi apa nanti. Eh geram pula rasa, macam nak cepuk je kepala Mus ni." Merah padam wajah putih itu karna menahan geram.
"Ji kata Mus bodoh? Kurang asam punya adik."
"Malas layan Mus, selalu tak membantu."
"Lantak kaulah Zinnirah." Papan pemotong dan pisau yang digunakan untuk merincik segala jenis daun tadi dibawa ke sinki untuk dibasuh. Wajah adiknya yang sedia memuncung itu dikerling hujung mata sebelum dia tergelak kecil.
Sup dan isi daging dicedok masuk ke dalam mangkuk tingkat. Bihun yang sudah dicelur bersama kunyit dan bahan garnish turut dimasukkan ke dalam sia itu. Sambal kicap juga diletakkan sedikit ke dalam plastik sebelum mangkut tingkat ditutup.
Siap!
Zinnirah terus menepuk tangannya setelah selesai membungkus makanan yang akan dibawa ke rumah nenek mereka, Nek Timah yang tinggal selang beberapa buah rumah dari sini.
Nek Timah jarang sekali nak tidur di rumah mereka. Dia cakap, dia masih ada rumah sendiri, kenapa nak menumpang rumah anak cucu?
Aduh, kadang-kadang tersentap dengan nenek sendiri.
Kaki terus laju melangkah ke biliknya untuk mengambil tudung sarung dan stoking. Walaupun rumah dekat, aurat tetap perlu dijaga.
Meja dapur ditujui dan mangkuk tingkat dipegang sambil menjeling Mustaqim dengan hujung matanya.
"Mus nak ikut ke tak ni?" Setelah 5 minit membisu, akhirnya Zinnirah bersuara.
"Nak, jom!" Lantas dia menjawab.
Tunggu orang ajak rupanya.
-----
"Ji, untuk rancangan jual kek tu, Mus okay je. Tapi Ji kena tanya mama dan baba dulu. You know them, right? Mus takut Ji kena marah lagi kalau tak minta izin diorang." Mustaqim mula memecahkan kesunyian antara mereka berdua yang sedang melepak di pangkin belakang rumah Nek Timah.
Zinnirah yang bersandar pada pokok pelam mengangguk tanda setuju apa yang diperkatakan oleh Mustaqim tadi. Matanya yang dari tadi memandang langit kini turun melihat wajah bersih abangnya.
Mama dan baba dahlah kurang suka akan dirinya, kalau dia buat ikut suka hati, memang makan penampar nanti. Kadang-kadang Zinnirah berasa hairan dengan perbezaan layanan kepada dia, Mustaqim dan Zhafran.
Tipu kalau dia katakan yang dia tak pernah terfikir bahawa dia adalah anak angkat dalam keluarga itu. Namun sudah terang lagi bersuluh, Zinnirah memang datang daripada rahim yang sama dengan Zhafran dan Mustaqim. Cuma api kebencian dalam diri mama dan baba kepadanya tidak pernah terpadam dan dia pon tidak tahu apa sebabnya. Mahu bertanya, risau dimarahi. Jadi, memendam dan membisu adalah pilihan yang terbaik.
"Ji dah fikir tentang hal ni, memang Ji akan beritahu diorang dalam masa terdekat. Doakan Ji, Mus." Wajahnya kelihatan sedikit muram. Tidak tahu sama ada sedih atau gusar.
"Mus akan sentiasa doakan Ji, janganlah risau sangat." Kepala Zinnirah yang dilapiki tudung diusap perlahan sambil tersenyum kecil. Dia faham akan rona di wajah Zinnirah, sangat faham.
"Apa yang risau-risau daripada tadi ni?" Tegur Nek Timah sambil membawa sebesen mangga muda dan rojak untuk dicicah. Kecur liur dua beradik itu apabila terbau buah kegemaran mereka itu.
"Tak ada pon nek, ni Ji cakap dia nak jual kek. Nak kumpul duit buat kahwin katanya." Terang Mustaqim sambil tangannya laju mencolek buah mangga itu pada rojak yang pekat melikat itu.
Hmph, sedapnya Ya Allah!
Jadi mana satu nikmat Allah yang kamu mahu dustakan?
"Ji nak kahwin dah ke? Umur baru 15 tahun dah nak nikah?" tanya Nek Timah dengan tangannya yang lincah memotong mangga muda itu. Cucu perempuannya itu dilihat dengan hujung mata.
"Nek jangan percaya sangat cakap Mus tu. Dia membongak je lebih. Takkan Ji nak kahwin, Ji muda lagilah nek. Mus tu yang gatal nak kahwin, kata orang pula. " berdecit bibir mungil itu apabila melihat Mustaqim yang tersenyum bahagia.
Buah mangga yang siap dipotong diambil dan dicicah.
Dahinya berkerut seribu dengan mata terpejam sebelah.
Mak aih, masam nak mampoih!
"Tulah, derhaka dengan Mus. Kan dah dapat pelam masam. Padan muka Ji." Mustaqim mula mengapi-apikan keadaan.
Kurang asam punya abang.
"Nek, tengok Mus ni. Suka usik Ji, tak sukalah dia nek. Halau dia sekarang nek." Lengan Nek Timah dipeluk erat sambil menjelir lidah kepada Mustaqim.
"Eh hello, Mus yang wujud sebelum Ji tau. Ji lah kena blah dari sini. "
"Jahatnya Mustaqim ni nek, sanggup dia cakap begitu pada adindanya yang lemah tak berdaya ini? Ya Allah, bantulah hambaMu yang sedang dizalimi oleh adik-beradiknya sendiri Ya Allah. Aku hanya insan lemah yang dahagakan kasih sayang Nek Timah."
Kepala Zinnirah diketuk perlahan oleh Nek Timah. Kepala tua itu hanya digelengkan perlahan seusai mendengar ayat cerekarama yang keluar daripada mulut Zinnirah.
Drama sungguh!
"Sudahlah Zinnirah, jangan nak berdrama sangat. Berbulu dah telinga nenek mendengarnya."
Mustaqim hanya gelak terbahak-bahak sambil menekan perutnya yang sudah mengeras. Muka cemberut Zinnirah bagai menambah rasa lawak.
"Ji, bawa barang ni masuk rumah cepat, nak hujan ni. Mustaqim, sudah-sudahlah tu ketawa. Jangan sampai nenek piat telinga kamu."
"Sorry nek, tak tahan." kata Mustaqim dengan sengihan lebar.
Langit yang semakin kelam itu dilihat seketika sebelum titisan hujan renyai mulai jatuh ke atas wajahnya. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah Nek Timah tanpa menolong Zinnirah yang membawa masuk barangan ke dalam rumah.
Zinnirah hanya mencebik seorang diri apabila Mustaqim melintas dirinya laju.
Dey, ini orang manyak membantu ooo. Bantu dalam mimpi.
Chapter yang cute!
Share this novel