"MUS, petang nanti teman Ji beli barang kek boleh? Ada orang tempah wedding cake tiga tingkat sekali dengan cupcake." Teguran Zinnirah menyebabkan Mustaqim yang khusyuk menonton video di aplikasi Youtube di atas katilnya itu mengalihkan sedikit pandangan sebelum mengangguk tanda setuju.
Zinnirah terus menyusun baju yang dilipatnya tadi ke dalam almari dan baju Mustaqim diletakkan di tepi mamat itu yang sedap melepak atas katil empuknya. Bilik sendiri ada tak nak lepak, sibuk menipiskan tilam orang.
"Minggu depan dah start sekolah Mus. Ji excited." Kata Zinnirah sebelum membaringkan diri di sebelah Mustaqim. Matanya melekap pada siling biliknya. Bibir tersungging senyuman.
Belajar, dia suka sangat.
"Ji ambil aliran apa? Tak roger Mus pun." Tangannya masih laju menaip di telefon. Entah dengan siapa dia sembang, Zinnirah malas mahu ambil kisah.
"Rahsia, minggu depan Mus tengoklah Ji masuk kelas mana." Dia tersenyum bahagia apabila teringatkan pilihannya itu. Zinnirah siap solat istikharah semata-mata nak tetapkan pilihannya.
Dengar seperti terlampau old school tapi dia kisah apa? Kalau bukan Allah yang memberi petunjuk, siapa lagi yang akan membantu dirinya?
"Dengan Mus pun nak rahsia ke? Tak fun lah Ji." Handphone diketepikan, matanya turut memandang siling sama seperti Zinnirah.
"Fun tak fun, sekarang jom tolong Ji sidai baju." Zinnirah lantas bangun dan menampar perlahan peha abangnya itu. Mustaqim terus menekup wajahnya menggunakan bantal. Mengelat.
"Cepatlah Mus!" Kaki Mustaqim ditarik kuat supaya dia bergerak. Pemalas punya budak.
"Alaa itu bukan kerja orang lelaki, Ji buatlah sorang." Sekali lagi dia mengelat.
"Ah no no, tak ada istilah pembahagian kerja based on jantina. Bangun sekarang Mus, tolong Ji. Sekarang tinggal kita dua ja tau di rumah. Mama di kedai, baba macam biasa kerja di ofis. Bangun Mustaqim, jangan sampai Ji sangkut Mus di penyidai tu karang." Tubuh dipeluk memandang telatah abangnya itu.
"Mus malaslah Ji."
Pap!
Sebuah tamparan hinggap laju di lengan lelaki itu. Dia hanya mengaduh kesakitan dek kerana pedih. Lengan digosok untuk mengurangkan rasa pedih itu.
"Bangun. Nanti bila masuk universiti, tak ada siapa nak tolong Mus basuh dan sidai baju tahu tak. Nak guna dobi pun kena rajin, mana boleh malas." Bebel Zinnirah lagi.
"Nanti kita masuklah kampus yang sama. So, Ji bolehlah basuh pakaian Mus sampai ke hujung hayat." Mustaqim tersengih lebar seraya melihat mata Zinnirah yang semakin membulat itu. Dia tergelak kecil.
"Ji tak nak satu kampus dengan Mus! Bangunlah sekarang Mus, kejap lagi nak masak. Nak hantar ke nenek dengan mama." Zinnirah merengek perlahan dan menarik tangan lelaki itu supaya bangun.
Tolonglah beri kerjasama!
"Sampainya hati Ji tak nak satu kampus dengan Mus! Okaylah, jom Mus tolong sidai baju. Ji pergi masak." Lantas dia bangun dari tiduran sebelum leher adiknya dipeluk kemas. Usikan manja seorang abang.
"Terima kasihlah ya Encik Mustaqim tapi lepaskan leher Ji. Tercekik tahu tak, kurang oksigen dah rasanya ni." Ujar Zinnirah yang bersusah payah cuba melepaskan diri daripada pelukan Mustaqim.
Kalau tak peluk leher, mesti dia kepit kepala Zinnirah di ketiaknya. Tipikal abang-abang. Ergh, tak suka!
"Gurau pun tak boleh ke?" Mustaqim terus mengusutkan rambut Zinnirah sebelum bergerak laju ke arah mesin basuh. Larian pantas untuk elakkan tamparan padu kali kedua.
"Mus!" Jeritan itu hanya disambut oleh ketawa Mustaqim yang menjengkelkan dengan tangan yang laju memindahkan pakaian dari mesin basuh ke bakul baju.
Sabar Zinnirah, kau kena faham. Abang kau tak pernah menyenangkan hati.
Ergh, Mustaqim!
Kaki dihentak kuat sebelum menuju ke dapur. Protes. Geram.
"Jangan hentak kaki itu oi, marah bumi nanti." Tegur Mustaqim dari pintu belakang.
"Diamlah." Cebik Zinnirah.
Sekali lagi, telinganya dijamah gelak tawa Mustaqim.
Sabar Zinnirah, sabar.
-----
"Banyak lagi ke Ji? Dah tak muat bakul ni ha. Tangan Mus dah lenguh ni Ji" Rengek Mustaqim sambil mengikut adiknya yang masih memilih mentega.
Ambil sajalah yang mana-mana pun, sama saja kan?
"Sabar Mus, tinggal kotak kek dengan acuan cupcakes ja. Yang lain dah settle." Jawab Zinnirah sambik tangannya laju memasukkan 6 ketul mentega ke dalam bakul yang dipegang oleh Mustaqim.
"Allah, makin berat ni Ji." Bakul dipegang dengan kedua-dua belah tangannya.
"Ji dah suruh Mus ambil bakul yang ada roda kan tadi? Tapi Mus yang acah sado. Kalau tak larat sangat, tinggalkan kat situ dan tunggu di luar. Nanti Ji settlekan sendiri hal kek ni." Zinnirah yang menilik kotak kek yang berbagai saiz itu terus bersuara setelah mendengar keluh-kesah budak manja itu.
Entah apa yang manja sangat, dia pun tak tahu.
"Mana boleh Mus tinggalkan Ji, tak apa Mus boleh tahan lagi. Ji cepatlah sikit."
"Yalah Ji dah siap, jom pergi bayar."
Terus bersinar wajah remaja itu apabila mendengar ayat yang keluar daripada bibir mungil Zinnirah. Kebahagiaan seorang lelaki!
"Mus tunggu di luar eh?" Katanya sebelum melangkah keluar menjauhi Zinnirah yang sedang beratur. Zinnirah hanya angguk tanda malas mahu melayan tingkah lelaki itu.
"Terima kasih." Senyuman diberikan kepada kakak cashier sebelum menggamit Mustaqim yang memerhatinya sedari tadi untuk mengangkat barangan. Dengan longlai lelaki itu mendekati Zinnirah yang sudah membawa satu plastik barang. Lagi dua plastik ekslusif untuk Mustaqim.
"Jangan buat muka macam tu Mus, tak hensem." Ujar Zinnirah setelah mereka di tempat parkir motorsikal. Kedua-dua mereka tidak mempunyai lesen tapi tak apa, redah saja. Jangan tiru aksi ini!
"Penuh bakul motor dahni Ji, yang lagi satu tu Ji pegang eh. Tak mampu dah nak tampung." Mustaqim meluahkan rasa dengan bibir yang sedikit muncung. Banyak betul barang kek adiknya ini, nak buat kenduri ke?
"Okay, tapi janganlah muncung tu. Ji baru nak belanja Mus laksa sarang dengan cendol. Kalau tak nak tak apa, kita balik ja terus." Zinnirah cuba memancing perhatian Mustaqim yang baru saja start motor. Mustaqim yang mendengar terus mengalihkan pandangannya ke arah Zinnirah dengan senyuman lebar.
"Betul ni?"
"Ya, takkan Ji nak tipu Mus?" Senyuman kecil tersungging di hujung bibirnya. Gelagat Mustaqim sangat menggeletek hatinya walaupun sudah berkali-kali dia melihat situasi itu.
"Okay jom, cepat Ji naik. Mus lapar dah ni!"
"Ya, sabarlah."
Zinnirah tergelak kecil. Gelojoh betul abangnya yang seorang itu.
Maaf lambat update. Busy dan juga terkena writer's block!
Btw, meh ler komen sembang dengan saya ni ha. Bosan laaa sendu gini. Terus hilang semangat nak menulis hahahah.
Share this novel