BAB 6

Drama Completed 23008

"CANTIKNYA bakal tunang abang, manis bertudung labuh. Tutup aurat dengan sempurna. Pandainya abang cari calon isteri." Kata Zinnirah perlahan sambil kepalanya melekap pada pintu utama dek kerana mahu mengintai upacara meminang dan juga pertunangan antara Zhafran dan juga bakal isterinya.

Tema biru lembut dengan pelamin berwarna putih itu memang menyebabkan mata Zinnirah tidak dapat dialihkan lagi.

Zinnirah dan Mustaqim kini berada di halaman rumah bakal isteri Zhafran kerana mereka tak mahu abang sulung itu keseorangan di luar. Zinnirah yang perasaannya membuak-buak untuk berada dekat dengan keluarga perempuan hanya menguburkan hasratnya itu apabila mendapat jelingan tajam daripada Puan Khalidah.

Jadi, menemani abang-abangnya disini adalah lebih baik.

"Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri pasangan yang baik pada abang." Jawab Zhafran dengan tenang.

Setelah mendengar suara abangnya itu, Zinnirah terus mendekati Zhafran dan Mustaqim yang duduk di meja batu itu. Mukanya seperti teruja untuk bertanyakan sesuatu.

Mustaqim hanya mengerutkan dahi melihat telatah Zinnirah. Mesti ada sesuatu yang diluar jangka akan keluar daripada bibir bercalitkan sedikit lip tint merah itu. Dia sudah masak dengan perangai Zinnirah.

"Abang, cuba bagi tips cara nak dapatkan calon yang baik. Ji macam nak cubalah." Zinnirah tersengih lebar.

"Eh gatallah dia ni, SPM pun belum lepas tau. Ada hati nak minta tips cari calon daripada abang. Lepuk karang baru tahu." Kata Mustaqim laju sebelum meneguk air sirap ais.

Sudah dia katakan, soalan Zinnirah ni memang luar daripada kotak umurnya sendiri.

"Biarlah, Ji tanya abang. Bukannya tanya Mus." Lidah dijelirkan pada Mustaqim sebelum memberi sepenuh perhatian kepada Zhafran yang sudah tergelak kecil melihat perlakuan dua manusia itu.

"Truth to be told, abang tak pernah bercakap direct dengan Zulaikha. Atau senang cerita, abang tak pernah keluar berdua-duaan dengan dia dan tak pernah chat secara personal. " Tenang suara Zhafran menjawab soalan Zinnirah.

"Hah, maksudnya abang dengan Kak Zulaikha tak couple?" Soal Zinnirah dengan agak kuat. Mustaqim terus menutup mulut gadis.

Lantang betul suara, dah macam guruh.

Zhafran mengangguk sebelum Zinnirah melopongkan mulutnya tanda terkejut.

"Seriuslah abang tak couple? Dahtu macam mana boleh bertunang ni?" Zinnirah benar-benar keliru ketika itu.

Yalah, dia hanya gadis berumur 15 tahun yang hanya dikelilingi konsep couple disekolahnya. Manalah dia tau abangnya boleh seadvance ini.

"Abang guna konsep patuh syariahlah. Konsep taaruf gitu."

"Ji tak faham, ceritalah betul-betul." Dia mula menghentakkan kakinya ke tanah secara perlahan. Dia geram dengan Zhafran yang seperti mahu bermain dengannya.

Lengan abangnya dicubit perlahan dek kerana geram.

"Abang dan Kak Zulaikha dulu satu course tapi bukan satu kelas. Abang banyak join program persatuan fakulti and so did she. Kami banyak terserempak tapi tak pernah bertegur sapa. Ji tahu tak, memang susah nak jumpa perempuan yang betul-betul berpegang pada agama di kampus tu. Sampailah satu hari, abang buat kerja gila." Bicara Zhafran terhenti sebelum dia ketawa kecil. Kelakar apabila teringatkan perihal itu.

"Ish janganlah gelak, cerita belum habis lagi." Kata Zinnirah sebelum mencebik perlahan.

"Sabar. Kerja gila yang abang buat, abang bagi dia surat cinta. Allahu, geli-geli ya Zhafran Alwie ni dulu. Dalam surat tu abang bagitahu nak berkenalan dengan Kak Zulaikha."

Mustaqim dan Zinnirah tahan gelak sehingga merah padam muka mereka mendengar ayat abangnya.

Geli-geli betul abang mereka itu.

"Kak Zulaikha balas surat abang, lama sangat. Dah dua bulan baru dia nak response, nasiblah abang belum move on. Kalau tak, melepaslah Kak Zulaikha nak bersuamikan abang."

"Oh dang, here we go again Ji." Ujar Mustaqim sebelum memusingkan bebola mata mendengar ayat masuk bakul angkat sendiri abangnya itu.

Zinnirah hanya membuat gaya mahu termuntah.

"Jadi, apa isi surat Kak Zu?" Tanya Zinnirah yang sudah habis sabar dengan gaya penceritaan abangnya.

"Dia suruh abang jumpa parents dia kalau nak kenal. Abang pun apa lagi, pergilah jumpa parents dia. Zulaikha pun dah kasi alamat dengan number phone masa tu. Memang darah muda pantang dicabar ya, nasiblah setiap soalan abi Zulaikha, abang dapat jawab. Jadi, di situlah permulaannya taaruf abang dengan Kak Zulaikha. Setiap kali kami keluar, bakal abang ipar abang akan ikut. Dan kami hanya chat melalui group yang ada abi dan abang Zulaikha sebagai pemantau." Ujar Zhafran tenang.

"Abang tak rasa terkongkong ke? Nak keluar pun ada ahli family kena ikut. Nak bersembang pun ada orang perhati. Macam mana abang handle semua ni?" Mustaqim bertanya setelah lama berdiam diri. Wah, sudah menunjukkan minat nampaknya.

"Abang tak rasa terkongkong sebab abang tahu, keluarga Zulaikha sangat pentingkan hal agama. Apa yang abi dan abangnya buat adalah untuk jaga ikhtilat antara abang dan Kak Zu. Jadi, tak salahkan kalau ikut syariat islam tu sendiri?"

Mustaqim hanya mengangguk tanda faham. Hubungan masih boleh dijalinkan walaupun tanpa percintaan sebelum kahwin. Itu lebih baik dan disukai Allah.

"Ikhtilat tu apa pula, bang? Banyaknya perkataan yang Ji tak tahu ni." Kepala berlapik tudung digaru perlahan.

Zhafran tersenyum sebelum menarik lengan Zinnirah supaya duduk bersebelahan dengannya.

Polos, sangat polos wajah bertanyakan soalan. Need to be protect all the time.

"Okay macam ni, ikhtilat ni perkataan arab yang maksudnya percampuran antara dua jantina iaitu lelaki dan perempuan yang tiada pertalian darah di satu-satu tempat. Jadi, di mana pun kita berada, kita kena jaga ikhtilat. Tak boleh nak bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas atau tanpa sebab tertentu. Walaupun pada suatu masa kita perlu bercampur atas desakan kerja, kita tetap kena jaga jarak. Jangan melebihi batas. Faham, Ji?"

Dahi Zinnirah berkerut cuba untuk menghadam ayat-ayat yang diterangkan oleh abangnya.

"Lagi satu, jaga-jaga sekarang dunia moden. Wujudnya ikhtilat maya. Bersembang, chat, video call, voice call antara lelaki perempuan secara online. Jangan ingat, kita guna internet tak perlu jaga ikhtilat. Inilah medium yang paling bahaya sekali untuk kita. So, Ji dan Mus kena elak ikhtilat maya ni sebaik mungkin. Tak usah nak melayan sangat kalau tak ada kepentingan." Kedua-dua tangan adiknya dipegang erat.

"Dalam Hadits Riwayat Abu Daud yang berbunyi: 'Dari Ibnu Umar beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, 'Hendaknya kita khususkan pintu ini untuk wanita.' Nabi berkata, 'Maka Ibnu Umar tidak pernah masuk melalui pintu itu hingga wafat.' Di sini pun kita boleh nampak betapa ikhtilat ini sangat dititikberatkan oleh Rasullullah dan para sahabat. Kenapa kita nak mempersoalkannya pula sekarang?"

"Faham." Balas Zinnirah dan Mustaqim serentak.

"Aik abang tak tanya pun faham ke tidak?" Usikan Zhafran hanya mendapat jelingan daripada kembar itu.

"Okay sekarang, pergi ambilkan abang air sirap tu. Kering tekak abang bertazkirah tadi." Arah Zhafran.

"Ji pergi ambil cepat." Terus Mustaqim menyuruh Zinnirah dek kerana dia berasa malas.

"Kenapa Ji pula?" Bentaknya perlahan.

"Sebab awak tu perempuan ya sayang. Perempuan kena rajin." Kata Mustaqim sambil tersenyum lebar.

"Sayang otak kau." Balas Zinnirah sebelum bergerak untuk mengisi air di bawah khemah. Mustaqim hanya menjegilkan mata sebaik saja mendengar jawapan Zinnirah.

Satu air untuk abang.

Satu air untuknya.

Tiada untuk Mustaqim, lantak dia sana.

"Nah abang. "

"Terima kasih."

Baru saja dia mahu meneguk air, cawan plastik itu dirampas secara tiba-tiba oleh Mustaqim dan dihabiskan air itu sekali teguk.

"Mus, tu air Ji!"

Belakang Mustaqim ditampar kuat. Lantaklah nak sakit ke apa, siapa suruh cari pasal. Orang tengah haus, memang makan penamparlah maksudnya.

"Aduh sakitlah Ji, berbisa betul tangan." Tangannya mula menggosok belakang yang terasa pedih. Silap besar dia cari pasal dengan singa betina.

"Isi balik air Ji!"

"Ish ya lah!" Mustaqim merenggus perlahan.

Zhafran hanya menggelengkan kepalanya. Haih, pening pening.

-----

Beberapa keping gambar daripada kedua-dua belah pihak diambil. Zinnirah hanya berdiri rapat bersebelahan Nek Timah sambil tersenyum bahagia.

Sumpah dia tak dapat menurunkan anak matanya dari terus memerhatikan Zulaikha. Cantik sangat bidadari pilihan abang sulungnya itu.

Zulaikha didekati sebelum disalam tanda hormat.

"Tahniah akak dah jadi tunang abang. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. " Doa Zinnirah sambil tersengih.

"Haih, akak baru bertunanglah, belum nikah lagi. Tapi terima kasih, akan akak aminkan doa itu." Balas Zulaikha bersahaja sebelum ketawa dengan penuh sopan.

"Ji, jomlah balik. Kami balik dulu ya." Kata Zhafran untuk memanggil gadis itu pulang. Dia hanya tersenyum memandang Zulaikha yang menundukkan pandangannya, gadhul bashar.

"Bye akak, nanti bila-bila kita jumpa tau." Pamit Zinnirah sambik melambai ke arah Zulaikha yang berada di depan pintu utama rumahnya.

"Haihlah, cantik betul." Perlahan suaranya memuji Zulaikha namun masih boleh ditangkap oleh telinga lintah Puan Khalidah yang berjalan dihadapannya itu.

"Memanglah cantik, bukan macam kau. Jauh panggang daripada api." Kata-kata menusuk terus ke dalam jiwa Zinnirah.

Ada saja yang tak kena tentang dirinya di mata Puan Khalidah.

Apa lagi salahnya kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience