BAB 8

Drama Completed 23008

ZINNIRAH meregangkan badannya ke kiri dan kanan sebaik saja cikgu subjek lukisan kejuruteraan itu keluar daripada kelas. Baru belajar teori, dah lenguh. Nanti bila dah mula praktikal, mahu patah terus tulangnya.

Bulan pertama persekolahan, semuanya masih okay. Masih sama seperti biasa. Walaupun era tingkatan empat disebut sebagai tahun honeymoon tapi Zinnirah tetap Zinnirah.

Study is her priority. Ada impian yang perlu dia kejar.

Mamanya seperti biasa, angin tak sudah. Dia melarang Zinnirah dan Mustaqim daripada memberitahu bahawa mereka adalah adik beradik. Zinnirah sudah masak dengan amaran yang selalu dia dengar sejak sekolah rendah. Dia, sudah lali.

Apa yang dia tahu, mama dan baba malu memiliki dirinya sebagai anak.

"Ji, latihan rumah sukan petang ni kau datang?" Tegur rakan semejanya, Anis.

"Haah Ji, kau datang tak petang ni?" Soalan itu turut disambut oleh Atikah, rakan semejanya juga.

Tempat mereka bertiga berada di belakang kelas, betul-betul di bawah kipas.  Susunan mereka ialah Atikah-Anis-Zinnirah.

"Aku datang. Lagipun aku stay back di sekolah, so tak perlu nak ulang-alik dari rumah dah." Jawab Zinnirah sambil menongkatkan kepalanya untuk memandang dua rakannya itu.

"Kau stay back sorang-sorang sampai pukul 5 ke?" Atikah mula menunjukkan riak terkejut.

"Yep." Zinnirah menjongketkan sebelah kening memandang wajah Atikah. Apa yang nak terkejut sangat? Normal lah orang tak balik semata-mata untuk aktiviti sekolah. Bukannya ada dia seorang dalam kawasan sekolah itu.

"Kalau macam tu, kami balik dulu lah eh." Anis terus menggalas begnya sebelum mengajak Atikah untuk turun dan pulang ke rumah.

"Bye Ji." Atikah melambai diikuti oleh Anis.

"Bye, hati-hati korang."

Kini tinggal dia berseorangan di dalam kelas itu berserta beg sekolah beberapa orang pelajar. Mereka sudah hilang entah ke mana. Zinnirah malas ambik tahu.

Peralatan menulis yang berterabur di atas meja dikutip dan dimasukkan ke dalam kotak pensel. Buku disusun dan dimasukkan ke dalam meja.

Tote bag yang mengandungi pakaian sukan dicapai. Tempat yang dia mahu tuju ketika itu ialah tandas dan seterusnya kantin.

Baru saja kakinya melangkah menuju ke tangga yang berdekatan dengan kelas, telinganya terdengar suara gelak tawa yang kuat. Datangnya dari arah tangga itu. Zinnirah jalan mendekati sebelum kakinya terpaku dilantai dan nafas dihela panjang. Tali beg tote digenggam erat.

Dalam banyak-banyak tempat, kenapa geng-geng laki ini suka melepak di tangga? Diorang tak tahu ke dia tak selesa. Mana-mana perempuan pun tak akan selesa dengan keadaan itu.

Zinnirah terus membuat keputusan untuk turun menggunakan tangga yang berada dipenghujung koridor. Agak jauh daripada kelasnya.

Nampaknya, dia kena exercise lebih harini.

Belum sempat dia menapak menjauhi kawasan tangga itu, namanya diseru oleh salah seorang pelajar lelaki di situ. Dia hanya mengabaikannya.

"Ji!" Sekali lagi namanya diseru.

Nafas dihela sebelum dia berpusing menghadap wajah remaja itu yang tersengih menunjukkan barisan gigi yang tersusun.

Remaja itu ialah Megat, rakan sekelasnya sejak tingkatan satu.

"Kau nak turun ke bawah kan? Lalu je lah tangga ni. Jauh betul kau nak ke sana." Katanya dengan jari yang menunjuk ke arah tangga seberang.

"Tak apa, aku okay ja." Zinnirah terus berlalu tanda malas mahu melayan telatah lelaki itu.

"Ji!"

Dengan sekali rentap, badan Zinnirah tidak dapat diimbangkan sebelum dia jatuh tergolek daripada tangga itu. Kepalanya terhantuk kuat pada balkoni bangunan itu.

Bau seperti besi karat mula terhidu oleh hidung kecilnya.

Zinnirah mengaduh perlahan sebelum cuba bangun daripada keadaannya yang tertiarap. Dahi yang terasa basah disentuh perlahan. Darah.

Zinnirah berdecit perlahan. Dia nak guna tudung ni untuk solat tapi sekarang dah terkena najis.

Dahi dikerutkan menahan pedih. Mata yang berpinau dek kerana pening dipejamkan seketika.

Bunyi derapan tapak kaki yang mendekatinya diabaikan. Kepalanya terasa berpusing sekarang ini.

"Ji, Ji kau okay ke? Aku minta maaf Ji, aku tak sengaja tertarik tangan kau. Aku tak expect kau akan jatuh, Ji. Aku minta maaf." Seperti peluru berpandu, butir ayat itu laju keluar daripada mulut Megat.

Zinnirah tahu dia tidak sengaja. Megat walaupun nakal, dia tak akan menyakiti perempuan. Dia tahu akan hal itu.

"Tak apa Megat, aku tahu kau tak sengaja." Jawab Zinnirah perlahan dengan mata yang masih tertutup dan dahi masih berkerut.

"Aku minta maaf Ji. Aku janji lepas ni kau suruh je aku buat apa, aku akan ikut. Aku—"

Belum sempat Megat habis berkata-kata, tubuhnya telah melayang terperosok dihujung balkoni tangga apabila mendapat tendangan padu seseorang.

Zinnirah yang terkejut akan suara yang mengaduh kesakitan terus cuba membuka matanya. Pemandangan di hadapan matanya kini menyebabkan peningnya hilang.

Mustaqim yang tidak henti-henti memukul Megat didekati dan cuba dihentikan.

Kenapa jadi sampai seperti ini.

"Sudah Mustaqim, berhenti!" Jerit Zinnirah kuat sebelum menarik kuat lengan lelaki itu. Kepala Mustaqim terus berpaling.

Matanya menikam mata Mustaqim dengan harapan lelaki itu sedar akan perlakuannya.

"Jangan pukul dia lagi. Dia tak sengaja, dia dah minta maaf dengan Ji." Kata Zinnirah, cukup untuk pendengaran mereka berdua sahaja.

"But he's hurting you! Ji sedar tak Ji dah berdarah-darah sekarang ni?" Gigi diketap menaham geram apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Zinnirah.

Kenapa nak backup lelaki tu?

Tangannya diangkat untuk menyentuh dahi Zinnirah yang berdarah. Pergerakan itu terhenti apabila Zinnirah menjauhkan dirinya daripada Mustaqim.

Terhenti detak jantung Mustaqim dengan kejadian itu.

Zinnirah menggeleng berkali-kali melihat perilaku Mustaqim ketika itu.

Kau jangan macam-macam Mustaqim, nanti kantoi kita adik-beradik. Nanti mama marah Ji!

"Ji kenal dia dah 3 tahun, Mus. Ji tahu dia tak sengaja. Tolong... Tolong jangan memperbesarkan masalah." Zinnirah mengerlingkan matanya ke arah Megat yang sudah terkulai tak berdaya di balkoni itu.

Allahu Akhbar.

Dia berharap Megat selamat.

Dia tak nak Mustaqim ditimpa masalah disebabkan dirinya.

Dia tak nak.

"Okay then, Ji staylah dengan sahabat selama 3 tahun Ji ni." Matanya mencerlung perlahan ke arah Zinnirah sebelum dia berlalu daripada situ.

Hatinya panas.

Dia hanya mahu menolong adiknya sendiri. Kenapa sampai nak tuduh dia memperbesarkan masalah?

Argh, serabutlah!

Rambut dikusutkan sebelum surau ditujui. Hal dunia selalu menyerabutkan fikiran.

Zinnirah hanya mengeluh perlahan dengan mata yang tertumpu kepada tubuh Mustaqim yang semakin menghilang di sebalik tangga.

"Korang, panggil cikgu. Megat, dia kena bawa ke klinik tu. Luka dia macam teruk." Kata Zinnirah kepada beberapa orang pelajar lelaki yang masih berada di situ. Mungkin kawan Megat tapi dia tak pernah nampak gerangan mereka. Dari kelas lain, mungkin.

"Aku dah suruh Ziyad panggil cikgu."

Zinnirah mengangguk perlahan.

"Saya minta maaf." Ucap Zinnirah setelah agak lama berdiam diri memerhatikan Megat.

"Tak apa, bukan salah kau. Dah, kau blah sekarang. Nanti apa pula kata cikgu kalau nampak kau di sini dengan kami." Kata-kata itu menyebabkan Zinnirah mengambil tote begnya dan melangkah pergi.

Tandas ditujui.

Cermin dilihat.

Darah yang telah dikering disapu dengan air paip. Dicuci sehingga tiada lagi kesan darah.

Desahan kesakitan tidak dapat dikawal. Bibir bawah digigit perlahan.

Walaupun sudah berkali-kali dicuci, darah masih mengalir. Zinnirah mengeluh perlahan.

Macam mana ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience