BAB 52

Drama Completed 23008

"HATI-HATI, ma." Kedengaran suara Zhafran yang menuntun mamanya masuk ke dalam bilik apabila dia sudah dibenarkan pulang. Zinnirah hanya memerhati dari jauh dengan Zarif yang berada dalam dukungannya.

"Akak nak balik hari ni juga ke?" Suara cuba disedihkan. Dia masih mahu meluangkan masa bersama anak saudara kesayangannya itu.

"Ya Ji, maaflah tak dapat nak duduk lama. Abang tu, kerja dia dah memanggil dalam pejabat tu." Zulaikha terus tersenyum kecil melihat wajah Zinnirah yang sudah muram. Gadis itu rindukan Zarif, dia tahu akan itu.

"Kalau akak balik tak bawa Zarif boleh kan? Bolehlah akak, Ji nak jaga Zarif. Alang-alang tengah bosan sementara nak tunggu keputusan STPM." Matanya dikerdipkan berkali-kali, bibir dijuihkan ke luar dan wajah disedihkan.

Zarif yang bermain dengan mukanya hanya diendahkan. Apa yang dia tahu, dia mahu memujuk kakak iparnya itu.

"Mana boleh, Zarif tu menyusu badan lagi tau." Kata Zulaikha sambil tersengih melihat wajah muram adiknya.

"Ala Zarif, kita dah tak boleh nak spend time together. Mama Zarif nak larikan Zarif daripada mak cu." Bibir disebikkan, cuba mencuri perhatian anak buahnya itu.

"Ayang mak cu." Pipinya dicium bertubi-tubi oleh Zarif sebelum Zinnirah melarik senyuman lebar.

"Sayang Zarif juga. Zarif ni happy pill mak cu, mak cu sayang sangat Zarif." Kali ini bibirnya mendarat pada dahi licin itu. Dia akan rindukan anak ini.

"Ji, abang nak cakap kejap." Arahan daripada Zhafran itu mematikan tindakan Zinnirah. Zarif diberikan pada Zulaikha sebelum dia mengikut jejak langkah abangnya yang sudab tiba di pangkin luar rumah.

"Ada apa, abang?" Sopan soalan itu terbit daripada bibirnya. Zhafran yang duduk selesa di atas pangkin itu dilihat dengan hujung mata.

"Duduklah dulu." Zinnirah hanya mengikut arahan itu.

"Abang minta maaf sebab sakitkan Ji hari tu, sumpah abang tak tahu Ji sakit." Wajah adiknya dipandang dengan perasaan hiba.

"Tak apa." Pendek Zinnirah membalas. Mati rasa. Dia sudah biasa dengan perkataan 'tak tahu' itu.

"Siapa buat?"

"Tak ada siapa. Salah Ji sendiri main air panas." Dalih Zinnirah.

"Jangan tipu abang, Zinnirah." Wajah yang muram itu dipandang. Gadis itu hanya tersenyum dengan anak lelakinya, Zarif. Kenapa tidak dengannya? Ke mana hilangnya adik yang amat manja dahulu?

"Bukan tipu, cuma Ji tak nak buka aib sesiapa. Lagi pun, kalau Ji cerita abang tak percayakan Ji. Lebih baik Ji diam, jiwa abang pun akan lebih tenang tanpa perlu memikirkan hal remeh Ji ini." Kata Zinnirah sekali nafas.

"Tapi ab—"

"Sudahlah bang, tak ada benda yang nak dibahaskan. Ingatlah, abang itu anak emas mama baba, jangan hancurkan harapan mereka." Mata Zinnirah memerhati ke arah jalan raya yang lengang pada ketika itu.

"Pasal madu mama...baba dah berterus terang dan minta maaf pada mama. Abang pun baba dah cakap soal yang sama, jadi kami dapat terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang sudah terjadi. Abang harap, Ji pun dapat terima keluarga kedua baba ya?" Kepala yang masih dilapiki tudung itu diusap perlahan.

"Mus dah tahu?" Tanya Zinnirah tanpa menoleh ke arah abangnya langsung.

"Dah...baba sendiri yang cakap dengan dia. Awalnya, Mus mengamuk tapi dia hanya diam akhirnya. Abang pun tak tahu nak cakap sama ada terima atau pun tak keputusan baba itu." Balas Zhafran panjang.

"Kenapa kacau Mus? Dia tengah final exam." Helaan nafas berat terbit daripada bibir itu.

"Abang...tak tahu."

'Apa je yang abang tahu?' Mahu saja dia katakan begitu di hadapan muka Zhafran namun otaknya menegah perbuatan itu.

"Bukan mudah untuk Mus terima semua ni, bagi dia masa. Jangan paksa dia dengan benda yang mengejutkan ini." Kata Zinnirah yang akhirnya menoleh memandang wajah Zhafran.

"Untuk harapan abang supaya Ji terima keluarga kedua baba itu, kenapa nampak seperti Ji bakal merosakkan kedua-dua buah keluarga? Ji dah kenal dengan mereka, abang tak perlulah nak suruh Ji buat benda yang Ji dah terima dengan hati yang terbuka walaupun sakitnya bagai ditusuk ribuan pedang. Abang tak perlu nak fikirkan tentang Ji, fikirkan tentang diri abang dan keluarga abang sudahlah. Nanti, pandai-pandailah Ji hidup."

Seraya itu, Zinnirah terus bangun dari duduknya. Tangan Zhafran dipegang sebelum disalam. "Hati-hati balik, Ji akan jaga mama dan baba."

Dengan itu, dia terus berlalu tanpa menolehkan kepalanya kepada Zhafran yang masih terkedu dengan ayatnya. Zinnirah sudah malas mahu kisah tentang perasaan orang.

Lantaklah sana.

Zhafran pun tidak pernah menghiraukan dirinya. Hanya Mustaqim saja yang mengambil berat, Zhafran? Hampeh.

-----

Sudah seminggu sejak dia dan mama keluar daripada hospital. Balutan di tangannya juga telah dibuka, kini dia hanya perlu menyapu ubat sapu yang diberikan oleh pihak hospital kepadanya.

Sesekali tangannya dibelek sebelum mengeluh perlahan. Parut lecuran itu sangat menganggu pemandangannya. Lengan baju panjang ditarik, barulah lega hatinya apabila tidak melihat parut itu.

Badan dibaringkan ke atas katil. Selimut ditarik melepasi paras dada. Mata yang memberat dipejamkan sebelum dia terus hanyut ke alam mimpi.

Badan itu benar-benar letih selepas dia bertungkus-lumus menolong Nek Timah mencuci reban ayam dan itiknya itu. Apa yang dia tahu sekarang, dia mahukan tidur yang nyenyak walaupun ketika itu masih jam 9 malam.

-----

Bunyi jam penggera yang menusuk ke koklea telinganya menyebabkan Zinnirah membuka mata perlahan-lahan. Kepala terasa pening yang amat sangat nenyebabkan dia memejamkan matanya kembali.

Ah, sakitnya! Kenapa pening pula ni.

Tangan menggagau mencari telefon yang masih bising dengan penggera itu. Sebaik saja dia mencapai telefon, penggera dimatikan sebelum kembali meletekkan telefon di tepi.

Berpuluh minit berlalu sebelum Zinnirah merasakan kepalanya sudah semakin okay. Badan dibangunkan dari perbaringannya. Baru saja kaki itu menjejak lantai, dia terasa sakit pada bahagian ari-arinya.

Dahi itu berkerut hebat menahan sakit yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Nafas ditarik dan dihembus berulang kali bagi mengurangkan rasa sakit itu.

Akhirnya, dia berdiri menuju ke rak pakaian dengan langkah kecil dan perlahan.

Tuala dan pakaian di ambil sebelum dia keluar dari bilik untuk mandi.

Baru saja tangan itu mahu membuka pintu bilik air, terdengar suara mama menegurnya daripada belakang.

"Zinnirah." Lantas, gadis itu terus berpaling ke arah suara itu.

"Ya, ma?" Sopan dia menjawab.

"Mulai hari ni, kau tidur di rumah Nek Timah." Arahan itu menyebabkan Zinnirah berasa pelik.

"Kenapa, ma?"

"Jangan banyak tanya boleh tak? Ikut je lah arahan aku. Kau nak jadi anak derhaka ke?" Mata Puan Khalidah mencerlung tajam memandangnya.

"Sorry mama."

Balasan yang diterima oleh Zinnirah hanyalah dengusan kasar daripada mamanya sebelum wanita tua itu berlalu daripada situ.

Zinnirah menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal.

Arahan tanpa alasan itu berulang kali bermain dalam kepalanya.

Namun, dia terima kerana Nek Timah ialah nenek kesayangannya. Jadi, tiada masalah itu dia tinggal di situ selama mana yang mama mahu.

Maaf semua, minggu ni saya akan sangat-sangat lambat untuk update. Sebab saya super busy dengan PRN (since saya petugas PRN so faham-fahamlah eh? haha)

Sekarang dah sampai waktu kemuncak PRN so saya tak sempat nak pegang phone, pegang hanya untuk tugasan saya saja.

Jadi, saya minta maaf awal-awal. InshaAllah kalau sempat saya update. Kalau tak, maybe next week.

Bagi yang terlibat dengan PRN 6 negeri ni, jangan mengelat tak nak balik mengundi ya? Pergilah mengundi, itu amanah dan tanggungjawab. Sebelum mengundi tu, buatlah research sikit tentang calon DUN awak tu ya.

Tahu tak minat politik, tapi jangan sampai tak ambil tahu langsung sebab dalam islam ada siyasah ya rakan-rakan.

Sekian saja kempen saya di sini, selamat mengundi!

Haha, bye. See you when i see you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience