BAB 41

Drama Completed 23008

HARI kedua di Pulau Perhentian, baru mereka semua dapat melihat wajah Zinnirah. Hari pertama gadis itu dihabiskan di dalam bilik dek kerana masalah kesihatan.

Zinnirah hanya tersenyum kecil sebelum bergerak ke arah makanan. Perutnya berkeroncong menahan lapar.

Pinggan diambil, diisi dengan nasi, lauk dan ulam-ulaman. Dia benar-benar lapar apabila sudah sehari semalam hanya menjamah bubur yang dibeli oleh Mustaqim.

Mana maunya makan bubur saja, dia perlukan nasi.

Meja kosong ditujui sebelum dengan lafaz basmallah, Zinnirah mula menjamah makanan itu. Hanya dia seorang di meja itu, berbeza dengan meja lain yang penuh dengan riang ria suara keluarga mahupun rakan.

Kunyahan menjadi perlahan sebelum dia tersenyum kecil melihat telatah anak kecil itu. Comel.

Usai saja dia makan, terus Zinnirah membayar harga makanannya dan terus keluar daripada restoran itu.

Persisiran pantai didekati sebelum dia berjalan seorang diri di situ. Angin yang kuat menyebabkan dress yang dia pakai terbuai ditolak angin. Tudung juga ditarik ke hadapan bagi mengelakkannya melekat pada bahagian dadanya.

Redup suasana ketika itu. Ya lah, waktu dia keluar daripada bilik tadi jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Kedengaran suara jeritan dan gelak ketawa Mustaqim dan rakan-rakannya yang seronok beraktiviti di dalam air. Nampak gayanya, mereka akan snorkeling.

Zinnirah hanya menjongketkan bahu tanda malas mahu mengambil tahu hal mereka. Seperti yang dia janjikan dengan Mustaqim, dia tidak akan mengganggu apa-apa aktiviti mereka. Dia hanya mahu mendapatkan ketenangan dengan menghadap laut.

Jujur, ini kali pertama kakinya menjejak di atas tanah pasir. Ini juga kali pertama bagi Zinnirah dapat melihat dan mendengar suara ombak sedekat ini.

Zinnirah mencari satu tempat yang dilindungi batu-batuan sebelum dia melabuhkan punggung berdekatan gigi air.

Sandal yang dipakai dicabut dan diletakkan ke tepi. Zinnirah terus memeluk lutut dan meletakkan dagunya ke atas lutut sambil mata itu merenung ke arah laut dalam.

Angin yang bertiup kuat hanya dibiarkan oleh Zinnirah. Awning tudung sudah rosak namun dia hanya mengendahkannya.

Dia hanya mahu menikmati keindahan alam. Desiran pantai yang menenangkan. Ombak kecil yang bergelora.

Matanya tetap menatap ke tengah laut tanpa apa-apa reaksi. Setiap apa yang berlaku di sekelilingnya hanya diendahkan. Dia bagai dipukau dengan garisan pertemuan lautan dan langit itu.

Bolehkah untuk dia ke sana?

Dia juga tidak tahu.

Apa yang dia tahu, hati yang ceramuk ini perlu ditenangkan.

Memang dia cuba lari daripada masalah. Tapi salahkah dia melakukan itu demi kesejahteraan dirinya sendiri?

Cuma sekejap saja masa yang dia mahu untuk meneutralkan semuanya kembali.

Mental dan jiwanya dalam keadaan yang sangat teruk pada ketika itu. Dia sedar akan hal itu.

Jadi, hanya ketenangan yang dia pinta.

Itu sahaja.

-----

"Can I sit here?" Gadis yang ralit menghadap laut itu ditegur oleh Absyar.

Sudah sekian lama dia memerhatikan gerak-geri gadis itu yang seperti tiada arah.  Kali ini, dia beranikan dirinya untuk menegur sang gadis.

Teguran itu menyebabkan Zinirah terus mengalihkan pandangannya ke sisi untuk melihat gerangan itu. Wajahnya berkerut dek disapa matahari yang memancar menikam mata. Mata bulat itu terus menjadi sepet.

"Do you know me?" Soalnya dengan wajah yang pelik. Dia pelik melihat Absyar?

Pada masa yang sama, Absyar perasan laju tangan itu menarik bawah dressnya untuk menutupi kakinya yang tidak bersarung.

Absyar tersenyum kecil.

"Awak adik Mus, right? I know you." Kata Absyar sebelum mengambil duduk di sebelah gadis itu. Salah, satu meter jauh daripada gadis itu.

"How did you know?"

"Know about what? About you?" Zinnirah hanya mengangguk bagi menjawab soalan lelaki itu.

Namun, dia berasa seperti pernah mendengar suara garau itu. Tapi, di mana?

"Saya roommate Mustaqim." Tiga patah perkataan itu mampu menjawab segala persoalan Zinnirah pada lelaki itu.

Bawah bibir digigit sebelum Zinnirah mengembalikan pandangannya ke arah laut semula.

Hening. Hanya bunyi laut yang menghempas kedengaran menusuk ke halwa telinga masing-masing.

Sesekali, kepala Absyar dialih untuk melihat wajah yang suram dan tiada seri. Dia...kelihatan sedih. Tapi, kenapa?

Hati lelaki itu bagai terdesak untuk mengetahui masalah gadis itu, namun dia hanya menahan diri.

Sabar Absyar, jangan gelojoh.

"Awak... okay?" Namun, bibirnya mengkhianati dirinya. Terhambur juga soalan itu apabila sekian lama mereka hanya berdiam diri.

"It was you, right?" Zinnirah mengembalikan soalan kepada Absyar. Matanya terus memandang wajah lelaki yang kelihatan tenang itu.

"Means?"

"You're the one yang tahu rahsia saya...hari tu...on the phone." Perlahan-lahan Zinnirah bercakap.

"Ya, saya yang angkat call awak hari tu. I'm sorry." Sejujurnya, Absyar masih rasa bersalah akan hal itu. Namun dalam masa yang sama, dia berasa gembira kerana ada topik yang dibuka oleh Zinnirah untuk memanjangkan perbualan mereka pada ketika itu.

"Tak apa, benda dah jadi." Perlahan suara itu masuk ke koklea Absyar.

"Apa nama awak?" Soalan bodoh itu terpacul daripada bibir Absyar untuk sekian kalinya. Lantas, lelaki itu terus menggaru dahinya dek kerana soalan biul itu.

"Awak cakap, awak kenal saya. Takkan tak tahu nama saya?" Perli Zinnirah dengan suara yang lembut dan penuh sopan. Dahi gadis itu turut berkerut.

"Saya tahu nama awak Zinnirah aje, itu pun sebab Mustaqim yang simpan nama awak macam tu." Tersengih Absyar menjawab.

"Nama saya memang Zinnirah aje. Zinnirah binti Alwie." Pandangan gadis itu terus tertala pada laut.

Jeda.

'Awak tak nak tanya nama saya ke?' Desis hati itu, mengharapkan dirinya disoal lagi oleh Zinnirah.

"Awak pula nama apa?" Terus tersenyum lebar Absyar apabila mendapat soalan yang ditunggu. Gadis yang masih menghadap laut itu ditatap dengan senyuman yang belum terpadam di bibir.

"Nama saya Absyar Abid bin Abdullah. Boleh panggil Absyar atau Acad je." Sengih Absyar lagi.

Berbunga sungguh hatinya ketika itu.

"Awak sama umur dengan kita orang eh?" Soal gadis itu lagi.

"Tak, saya tua dua tahun dari Mus. Saya...lambat sambung belajar."

"Ohhh." Hanya itu reaksi Zinnirah, seperti tidak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Awak adik Mus, kan? Jadi, umur awak berapa?" Ramah pula Absyar pada ketika itu.

"19, sama dengan Mus."

"Jadi, kau orang kembar?"

"Tak, saya bulan lain. Mus bulan lain." Pintas Zinnirah, laju.

"Maksudnya, Irish Twin?"

"Begitulah nampaknya." Beku Zinnirah menjawab setiap persoalan Absyar.

Diam.

Hentaman ombak di lautan saja yang menjadi peneman mereka berdua.

Absyar diam, Zinnirah turut diam.

Dia tahu, gadis itu berada dalam keadaan yang tidak okay. Lebih baik dia berdiam diri sebelum dia menghancurkan suasana Zinnirah.

"Saya permisi dulu ya, nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Serentak itu, Absyar terus bangun meninggalkan gadis itu berseorangan. Sesekali kepala dikalih untuk memandang gerangan gadis itu.

Oh hati, kenapa mengharapkan sesuatu yang tidak pasti? Gadis itu tidak akan menoleh kepada kau, wahai Absyar.

Lalu, Absyar terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh lagi.

Zinnirah terus mengeluh kecil apabila lelaki itu meninggalkannya. "Waalaikumsalam."

Kepalanya ditoleh melihat lelaki bernama Absyar yang sudah jauh berjalan ke hadapan.

"Maaf. Saya pun tak faham dengan emosi sendiri, Absyar." Kata Zinnirah seorang diri.

Dia tahu, lelaki itu mungkin terasa dengan tindakannya tadi. Dia pun tidak tahu kenapa dia bereaksi beku begitu.

Zinnirah, kenapa kau jadi sebegini? Kenapa hidup kau sekarang sentiasa dipengaruhi emosi sehingga dihamburkan pada orang yang tidak salah.

Sekali lagi, hembusan nafas berat dilepaskan. Tangannya dinaikkan untuk menutup muka lalu diraup perlahan.

Damn, Zinnirah. Control your emotions!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience