"SELAMAT pengantin baru! Semoga bahagia hingga ke syurga." Anis tersenyum lebar apabila berkesempatan bersua muka dengan rakan sekelasnya yang hampir 10 tahun tidak berjumpa.
Mempelai yang berpakaian melayu tradisional berwarna biru tua itu memang tak dapat mengalihkan mata sesiapa yang memandang mereka. Sungguh cantik dan kacak pasangan pengantin itu bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.
Anis juga sangat asyik memerhatikan mereka berdua yang bersanding di atas pelamin tanpa hilang senyuman di bibirnya. Sama cantik, sama padan.
Zinnirah yang melihat gerangan yang menegurnya itu terus turun daripada pelamin dan mendekati rakannya itu. Terkejut, itu yang dia rasakan sekarang.
"Terima kasih, Anis. Maaf lama tak contact kau lepas kita habis SPM." Kata Zinnirah sambil memegang lengan Anis yang elok tersenyum di hadapannya. Jujur dia katakan, Zinnirah langsung tidak berhubung dengan mana-mana rakannya selepas habis sekolah. Mujur saja ada Mustaqim yang social butterfly, dapat juga dia bertemu dengan rakan lamanya.
"Tak apa, aku faham je. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri." Balas Anis sambil mengusap lengan Zinnirah.
"Kau cantik, Ji. Sumpah aku cakap, kau cantik sangat-sangat." Ucapan Anis itu menyebabkan Zinnirah tercengang.
"Ya Allah, mana ada... Kau lagi cantik." Puji Zinnirah semula.
"Ya, isteri aku memang cantik, Ji." Teguran itu menyebabkan kedua-dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah suara itu.
Kelibat lelaki yang Zinnirah sangat kenal sedang mendekati mereka sambil memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 4 tahun, "Megat?"
"Ya, aku Megat." Lelaki itu tersenyum kecil.
"Ya Allah, korang suami isteri?" Membulat terus mata Zinnirah apabila dia menerima anggukan daripada kedua-dua gerangan yang berbaju sedondon itu.
"Weh, aku tak sangka korang kahwin sebab Anis ni anti sangat dengan kau dulu, Megat." Omongan Zinnirah itu menyebabkan mereka bertiga ketawa secara tiba-tiba. Ya, kisah Megat dan Anis - from enemy to lover.
"Dah jodoh, Ji." Jawapan pendek Megat menyebabkan Zinnirah tersenyum kecil.
"Hi, assalamualaikum." Sapaan itu menyebabkan mereka bertiga terhenti bersembang dan memandang ke arah gerangan yang mendekati mereka. Atau yang sebenarnya, mendekati Zinnirah.
"Waalaikumsalam, ini ke cik abang Ji?" Tanya Megat sambil menghulurkan tangan pada Absyar yang tersenyum. Lelaki itu kelihatan sungguh kacak bergaya dengan berbaju melayu songket, bersamping dan bertanjak.
"Ya, saya Absyar."
"Megat, ex classmate Ji. Ini isteri saya, Anis. Ex classmate Ji juga." Terang Megat ramah.
"Oh, jadi mini reunion lah kiranya ni?" Absyar cuba berbasa-basi sambil merapatkan dirinya dengan Zinnirah yang berdiri bagai patung cendana.
"Boleh dikatakan macam tu cuma tak cukup lagi sorang sebab dia di luar negara." Potong Anis sambil mendukung anaknya yang sudah mula meragam.
"Tik ke?" Soal Zinnirah.
"Ya, dia kerja di Dubai sekarang. Dia pun minta maaf sebab tak dapat hadir kenduri kau." Terang Anis.
"Oh tak apa, aku faham. Terima kasih maklum." Balas Zinnirah sambil tersenyum kecil. Salah dia juga tidak pernah berhubung dengan rakan-rakannya yang lain.
"Sama-sama, Ji. Anything for you." Balas Anis, "Kami minta diri dulu ya? Anak meragam pula." Sambung Anis apabila si anak mula merengek.
"Terima kasih datang majlis aku, Anis. Minta maaf segala yang kurang." Sesi salam cium pipi terjadi sebelum keluarga itu mula mengundurkan diri untuk pulang.
Zinnirah hanya memerhatikan mereka sehingga hilang ditelan lautan manusia di dewan itu. Ramainya manusia ketika itu menyebabkan tangannya menjadi sejuk. Dia sangat tidak suka akan keramaian.
Kebanyakan yang hadir pada majlis persandingan ini hanyalah kawan Mustaqim. Boleh dikatakan hampir 50% yang hadir adalah rakan kepada lelaki itu. Rakan Zinnirah hanya boleh dikira dengan jari. Absyar pula? Rakan sekerja dan rakan universiti yang hadir itu juga tidak mampu menandingi jumlah sahabat Mustaqim. Lelaki itu benar-benar mempunyai ramai kawan.
"Awak okay?" Teguran itu menyebabkan Zinnirah sedar dari lamunannya. Kepala ditoleh ke kiri untuk memandang Absyar, suami sahnya sejak pagi tadi.
"Okay." Balas Zinnirah pendek sambil tersenyum kecil. Tangan yang berpeluh menggengam tepi baju songketnya. Jujur, dia sangat gementar. Gementar dengan keramaian dan dia juga gementar dengan Absyar. Sehingga kini, dia tak mampu memegang lelaki itu dek kerana perasaan trauma masa lalunya.
Semasa sesi pembatalan air sembahyang pagi tadi, dia menggeletar sehingga pucat. Mujur saja Zinnirah tidak pengsan apabila bersentuhan dengan Absyar.
"Masih okay ke nak berjumpa dengan kawan saya sekejap?" Tanya Absyar sekali lagi dengan mata yang tidak turun daripada menatap wajah cantik itu.
"Boleh je, awak janganlah risaukan saya. Jom kita pergi jumpa kawan awak." Balas Zinnirah lalu memandang wajah Absyar. Mata mereka bertembung sebelum Zinnirah terus melarikan pandangan.
Deg!
Kacaknya suami aku!
Absyar tergelak kecil melihat reaksi spontan itu, "Dah, jom kita turun jumpa kawan saya."
Absyar terus berjalan perlahan untuk seiring dengan Zinnirah yang berjalan perlahan. Mahu saja dia menggenggam tangan itu namun dia tahan kerana tidak mahu membuatkan gadis itu takut dengannya.
Sampai di tangga, Absyar berhenti untuk menunggu Zinnirah yang terkial-kial untuk melangkah dengan kasut tumit tingginya itu.
"Boleh ke tu?"
"Boleh boleh."
"Betul ni?"
"Betul... Jangan risau." Baru saja dia menjawab soalan Absyar, terus kakinya tersalah pijak anak tangga. Tanpa berfikir panjang, Zinnirah terus memegang kuat lengan itu bagi menyelamatkan dirinya daripada terus terjatuh.
Selepas beberapa saat, Zinnirah bagaikan tersedar lalu melepaskan pegangannya pada lengan Absyar.
"Sorry... Tertarik tangan awak." Ujar Zinnirah perlahan.
"Tak apa, dah halal kan?" Kata-kata itu menyebabkan wajah Zinnirah merah malu.
"Jom kita pergi."
"Ya, jom." Seusai itu, Zinnirah terus memegang hujung lengan baju suaminya. Tidak mahu orang mengata mereka ini kena kahwin paksa disebebkan oleh tindakannya sendiri.
Absyar terus menunduk dan melihat jari berinai itu memegang hujung lengan bajunya. Dia tergelak kecil sebelum matanya naik ke arah wajah Zinnirah.
"Zinnirah..."
"Ya..."
"Kenapa..."
"Kenapa? Apa?" Soal Zinnirah dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa awak comel sangat ni, hm?" Ujar Absyar sambil menunjukkan jemari Zinnirah di hujung bajunya.
Wajah gadis itu semakin merah, "Awak tak suka ke?"
"Suka... Saya suka sangat-sangat." Usik Absyar. Walaupun hanya hujung lengan baju yang dipegang, namun ia merupakan satu pencapaian buat Zinnirah.
"Saya rasa macam nak genggam tangan awak sekarang ni, Zinnirah. But it's okay, save the best for the last orang kata." Absyar tersenyum lebar. Hanya bahagia yang dia rasakan sekarang.
Tanpa Absyar sedar, Zinnirah di sampingnya hampir terpaku ke lantai dek kerana ayatnya. Simple buat orang lain tapi mendebarkan buat Zinnirah yang sudah hampir mati hati pada lelaki.
Oh Absyar, jangan selalu mengayat dirinya seperti ini. Boleh pengsan Zinnirah dibuatnya.
Jantung, please slow down!
-----
"Ni bilik kita, maaflah tak ada apa sangat sebab dulu saya jarang balik rumah." Kata Absyar sambil membuka pintu bilik utama di apartment rumahnya. Sekarang sudah menjadi rumahnya dan Zinnirah.
Zinnirah hanya memerhati bilik itu, sangat ringkas. Katil bersaiz queen, rak buku, meja belajar, almari baju, meja solek yang kosong dan satu sofa 3 berangkai. Tona bilik yang berwarna putih kelabu itu menaikkan rasa tenang dalam diri Zinnirah.
"Tak apa awak, saya faham awak sibuk kerja." Balas Zinnirah sambil tersenyum kecil.
"Masuklah, jangan malu-malu. Sekarang ni dah tak ada 'saya-awak' punya tempat. Semuanya dah jadi milik kita bersama. Dah jadi perkongsian, so don't be shy my queen." Manis bibir itu berkata sehingga menyebabkan Zinnirah tersipu di situ.
Absyar versi ini sangat manis ya, sungguh Zinnirah tidak sangka dia bakal menghadap Absyar versi manis leting ini.
"Baiklah, maksudnya semua benda di rumah ni akan jadi milik saya juga?"
"Nope." Absyar menggeleng.
"Tadi awak cakap macam tu..." Dahi sudah berkerut.
"Saya cakap 'milik kita' ya sayang. Not mine not your's." Kata Absyar sambil tersenyum senget melihat wajah cemberut Zinnirah.
Comel sungguh bininya itu. Argh, geram!
"Awak ni suka main-main, geramnya saya." Jawab Zinnirah sambil menjeling Absyar yang sudah ketawa di sebelahnya. Akhirnya, Zinnirah turut gelak apabila lelaki itu tiada tanda untuk berhenti.
"Dah?" Tanya Zinnirah apabila sudah tinggal sisa-sisa tawa di bibir suaminya itu.
"Dah...hehe." Sengih Absyar.
"Saya nak mandi, melekit dah badan satu hari pakai baju pengantin ni ha." Ujar Zinnirah setelah mereka berdua terdiam buat seketika.
"Baik, my queen. Pergilah mandi."
"Tapi saya tak ada baju salin."
Absyar terus bergerak ke arah almarinya. Badan dibongkokkan sebelum mengambil T-shirt hitamnya dan seluar bercorak kotak-kotak. Badan ditolehkan lalu bergerak mendekati sang isteri yang terkial-kial mencabut jarum di tudung yang dipakainya.
"Awak pakai baju saya dulu eh? Jap lagi saya pergi rumah Mus, ambil barang awak." Kata Absyar lalu meletakkan pakaian itu di atas meja solek.
Zinnirah terus mendongak memandang Absyar yang berdiri tegak di tepinya itu. Tangan masih lagi berada di kepala, mencari keberadaan jarum-jarum peniti yang banyak digunakan.
"Tak susahkan awak ke? Dah malam ni nak pergi rumah Mus." Ujar Zinnirah, risau.
"Alah awak ni, rumah Mus kat sebelah aje pun. Tak ada yang susah pun, jangan risaulah." Balas Absyar terketawa kecil.
"Maaf tau susahkan..."
"Tak susahkan pun, awak kan isteri saya."
Pipi Zinnirah terus terasa panas dengan ayat itu. Oh pipi, kenapa cepat sangat bagi reaksi ni?
"Zinnirah, saya nak minta izin boleh?" Soalan Absyar tiba-tiba menyebabkan jantung Zinnirah berdegup kencang.
Minta izin? Dia nak nikah baru ke? Apa ni, kita baru je kahwin pagi tadi!
Zinnirah berdehem untuk membetulkan suaranya, "Minta izin apa?" Soalnya acah cool.
"Boleh tak saya tolong awak cabut segala besi atas kepala awak ni? Kesian saya tengok awak terkial-kial sampai nak buka tudung pun makan masa." Omongan Absyar itu menyebabkan Zinnirah menghela nafas lega.
"Oh saya ingatkan minta izin apa tadi. Bolehlah... Tolong cabutkan pin ni lepas tu awak terus pergi rumah Mus tau." Jujurnya Zinnirah masih segan untuk tidak bertudung di hadapan lelaki itu. Walaupun Absyar telah melihatnya tanpa hijab 7 tahun lalu tapi ketika itu dirinya tidak waras. Jadi itu tidak boleh diterima pakai.
"Awak ingat saya nak minta izin apa tadi?" Soal Absyar sambil tangannya ligat mencabut satu persatu jarum peniti yang digunakan untuk mengemaskan tudung isterinya.
Banyak betul jarum, kalau luka isterinya disebabkan jarum ini, bakal Absyar cari stylist yang menyiapkan isterinya itu!
"Saya ingatkan awak minta izin nak nikah baru." Kedua tangannya digenggam erat kerana dia sudah merasa bergetar jemari itu mula merayap di atas kepalanya.
This freaking anxiety, please have some mercy on me!
Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Tenang Zinnirah, dia cuma tolong kau je.
"Apa awak ni, punyalah susah saya nak dapatkan awak. Saya takkan sesekali minta nak kahwin baru." Ujar Absyar apabila agak terkejut memdengar ucapan yang terbit daripada bibir mungil itu.
"Maaf, terlebih fikir." Zinnirah tersengih saja apabila melihat pantulan suaminya di cermin.
"Lain kali jangan fikir macam tu lagi." Ujar Absyar perlahan sebelum mengusap sebentar kepala Zinnirah.
"Dah siap, pergilah mandi." Tambahnya lagi.
"Terima kasih awak."
"Sama-sama kasih, saya pergi rumah Mus dulu." Zinnirah hanya mengangguk sebelum tersenyum ke arah Absyar.
Pintu ditarik dan ditutup perlahan. Sesekali Absyar meregangkan badannya sambil berjalan menuju ke rumah Mustaqim yang berjarak hanya 3 langkah.
Loceng ditekan 3 kali, menunggu lelaki itu muncul di depannya. Sesekali hujung selipar dipandang.
"Kau buat apa depan rumah aku ni? Takkan dah kena halau kot?" Teguran itu menyebabkan Absyar terus mendongakkan kepala yang menunduk dari tadi.
"Assalamualaikum ya akhi." Perli Absyar.
Mustaqim tersentap, "Waalaikumsalam, ada apa kau datang sini?" Soal lelaki itu sekali lagi.
"Nak ambil barang Zinnirah."
"Oh ya, dia belum pindahkan barang dia ke rumah kau. Ha, masuklah adik iparku." Pintu dibuka luas membenarkan Absyar yang masih berpakaian pengantin itu masuk ke apartmentnya.
Absyar berdecit perlahan sebelum terus melangkah ke arah sofa Mustaqim. Badan dihempaskan sebelum dia bersandar dengan mata yang tertutup untuk seketika.
Letih dan sengal badan kian terasa. Ni mahu dia terlelap seusai saja mandi nanti.
"Bro, ni luggage Ji." Mustaqim yang menarik beg Zinnirah itu terus terhenti apabila melihat Absyar yang sudah terlentok di atas sofanya.
Mustaqim tersengih sebelum menepuk bahu lelaki itu. "Cad, bangun. Pergi tidur di rumah kau lah. Apa benda tidur rumah aku pula. "
"Kejap."
"Bangun aku cakap."
"Ya..." Meleret percakapan Absyar apabila terasa berat kelopak matanya ketika itu.
"Balik."
"Kau halau aku ke ni?" Mustaqim hanya dilihat dengan hujung mata.
"Ya, aku halau kau. Pergi balik sekarang, adik aku tengah tunggu kau. Kau pula boleh terbongkang di sini." Bebel Mustaqim sambil menarik lengan jejaka itu untuk bangun.
"Aku terlelap."
"Tahu, pergi baliklah. Kau nak aku ulang berapa kali ni?"
"Ya ya aku balik." Absyar bingkas bangun lalu menarik luggage Zinnirah yang besar itu.
"Elok-elok jalan tu Cad, risau terhantuk dinding je karang." Usik Mustaqim.
"Aku tahulah!" Mustaqim terus melepaskan tawa besar apabila mendengarkan balasan lelaki itu.
Sungguh dia tidak sangka, Absyar sudah menjadi adik iparnya. Takdir Tuhan, siapa yang mampu melawan?
-----
Rambut yang basah dilap menggunakan tuala sebelum disangkutkan pada besi penyidai baju di dalam bilik itu. Absyar berdiri di hadapan meja solek sebelum menyikat rambutnya ala kadar.
Pantulan Zinnirah yang baring mengiring di atas tilam itu membuatkan Absyar tersenyum kecil. Badan ditoleh ke belakang sebelum dia mengusap dada perlahan.
Zinnirah yang tadinya berbaring kini duduk sambil menatap tajam ke arahnya. Kus semangat. Boleh gugur jantung kalau tiap hari macam ni.
"Ya Allah, terkejut saya." Kata Absyar sebelum mendekati katil. Perlahan-lahan dia melabuhkan badan di situ. Hatinya berasa ragu-ragu, adakah Zinnirah akan okay dengan kehadirannya di sebelah gadis itu.
"Sorry, terjaga bila awak balik tadi." Kata Zinnirah sambil bersila menghadap ke hadapan. Absyar di samping hanya dilihat dengan hujung mata.
"Oh tadi buat-buat tidur je lah ya?" Tanya Absyar sambil mengjungkitkan sebelah keningnya.
"Bukan, tadi tu pre-sleep." Zinnirah berseloroh sebelum Absyar tergelak kecil. Ada-ada saja gadis ini.
"Zinnirah, awak okay ke kalau saya tidur sekatil ni?" Absyar terus bertanya kerana kantuk mula menguasai diri.
Zinnirah terdiam sebelum memandang Absyar yang duduk tegak menghadapnya. Mata lelaki itu sudah kuyu dan merah.
"Saya...tak tahu." Ya, Zinnirah juga tidak tahu sama ada dia mampu atau tidak.
"Kalau tak okay, saya tidur atas sofa je." Ayat Absyar itu terus menyebabkan Zinnirah menolehkan kepalanya.
"Eh tak apa, awak tidur je atas ni. Saya okay." Pantas dia menghalang lelaki itu daripada turun.
"Betul ni?"
"Ya, betul." Kata Zinnirah walaupun tangannya sudah mula menggigil.
"Okay, jom tidur. Good night isteri saya." Absyar terus membaring dirinya lalu terus menutup mata. Sedap betul rasa pinggangnya apabila bertemu dengan tilam empuk itu.
"Good night...suami." Balas Zinnirah perlahan sebelum melabuhkan badannya agak jauh daripada Absyar. Badan mengiring membelakangi suaminya itu. Mata dipejam erat, memaksa diri untuk tidur. Badan mula menggigil.
Dengkuran halus yang terbit daripada bibir Absyar menandakan lelaki itu betul-betul telah tidur. Bayang-bayang baba tiba-tiba muncul dalam lena yang baru seketika itu menyebabkan Zinnirah terus bangun dari tidurnya.
Dada naik turun laju dengan badannya menggigil hebat. Sudah lama dia tidak mimpikan kejadian itu. Kini, ia datang lagi.
Seluruh badan menjadi seram sejuk dan mata itu mula berair. Kaki mula melangkah ke meja solek lalu tangannya laju menggapai beg ubatannya.
Esakan kecil mula terbit di bibir. Tangan yang bergetar hebat itu mula membuka penutup botol ubat sebelum sebiji pil penenang ditelan tanpa air. Botol kedua dicapai dan turut menelan sebiji lagi ubat tidur ditelannya dengan air mata yang berjuraian turun.
"Tolonglah... Biarkanlah aku tidur dengan tenang. Janganlah ganggu kehidupan aku lagi... Aku merayu... Jangan ganggu aku..." Gumam Zinnirah perlahan dengan pipi yang masih basah dengan air mata.
Kaki mula melangkah ke arah katil walaupun lututnya sudah terasa lembik. Baru saja dia membaringkan badan, Absyar di sebelah bangun dari perbaringannya.
"Awak...kenapa?" Soal Zinnirah walaupun kantuknya sudah memanggil.
"Tidurlah, saya nak ke toilet. Sakit perut." Bohong Absyar lalu terus bergerak ke arah tandas yang ada di dalam bilik itu.
Badan disandarkan pada pintu tandas sebelum Absyar meraup wajahnya perlahan. Dia terjaga apabila terasa katil mereka berombak dan bergetar hebat. Esakan kecil Zinnirah itu bagai menghiris jiwa lelakinya.
Gadis itu...masih trauma.
Saya janji Zinnirah, saya akan tolong awak untuk atasi trauma itu. Walau berapa lama masa yang awak perlukan, saya akan bantu awak.
Hampir 15 minit, Absyar akhirnya keluar daripada tandas dan matanya tertancap pada isteri yang sudah terlena pulas. Absyar melangkah ke arah meja solek, melihat ubat-ubatan yang ditinggalkan begitu saja.
Ubat tidur Zinnirah dipegang dan dibelek sebelum dia mengeluh perlahan.
Katil didekati sebelum dia memandang lama Zinnirah yang berbaring menghadap siling. Riak wajah itu tidak begitu tenang walaupun dalam tidur.
Bantal dipegang lalu dibawa ke arah sofa. Badan dibaringkan sebelum Absyar kembali memejamkan mata.
Biarlah dia tidur di sofa ini sebentar sementara menunggu gadis itu selesa dengannya.
Tak apa Absyar, penghargaan yang lebih indah akan hadir bagi orang-orang yang bersabar.
-----
Zinnirah memandang lama tangan yang dihulurkan di hadapannya ketika itu. Semua yang dirasai bagai bercampur aduk ketika itu.
"Awak tak nak salam saya ke?" Teguran daripada Absyar membuatkan Zinnirah menggigit bawah bibirnya.
"Err." Hujung telekung digenggam erat. Rasa takut dan rasa bersalah sama kuat dalam dirinya.
"Masih takut lagi?" Zinnirah hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Absyar.
"Saya minta maaf." Tambahnya lagi apabila melihat Absyar membawa tangannya yang tidak bersambut kembali ke sisi.
"Tak apa sayang, trauma bukan senang untuk di atasi. Jadi saya faham awak tapi saya nak awak janji dengan saya satu hal." Omongan Absyar itu menyebabkan Zinnirah terus mendongak untuk melihat anak mata suaminya.
"Janji apa?"
"Janji untuk kita sama-sama atasi trauma awak. Sebab ini bukan mudah dan awak dah ada saya sekarang. You're not alone anymore, Zinnirah. We should fight this together even it is hard, okay?" Pujuk Absyar sambil menikam lembut anak mata Zinnirah.
"Saya akan cuba sekali lagi... Dan kali ini bersama awak, suami saya."
Tersenyum lebar Absyar mendengarkan jawapan Zinnirah. Berbunga terus hatinya pada waktu subuh itu.
"That's my sayang, jangan putus asa sebab kali ni awak ada saya sebagai tulang belakang awak. Dan ya satu lagi, no secret between us, okay?"
Pipi Zinnirah merah apabila berkali-kali digelar 'sayang' oleh lelaki itu. Namun, dia turut membalas pandangan lelaki itu, "Baik, awak."
"Pipi awak merah macam buah ceri, comelnya!" Usik Absyar dan itu telah menambahkan lagi tona merah pada pipi itu.
"Awak!"
Absyar ketawa lepas sebelum mula melipat sejadah yang mereka guna untuk solat subuh berjemaah tadi.
"Jangan comel sangat dengan orang lain. Nanti saya cemburu." Tambah Absyar lagi apabila selesai meletakkan sejadah di tepi. Dia kemudiannya duduk bersila di hadapan Zinnirah yang masih tersipu.
Manis leting!
"What did I do in the pass until I get a good man like you?" Soal Zinnirah perlahan kepada dirinya sendiri namun suara itu masih dapat ditangkap oleh telinga lintah Absyar.
"Even if you do nothing, I will fall for you all over again, Zinnirah. Be it 1 year, 7 years or forever. My heart only calls your name."
Zinnirah blushing teruk dengan ayat lelaki itu. Sejak bila dia bermulut manis ni?
"Such a sweet talker." Kata Zinnirah sambil menutup separuh mukanya dengan telekung.
"Only for you, my forever sayang."
"Mesti dah ramai orang awak mengayat ni."
"Mana ada, saya buat stok ayat ni untuk awak sorang je tau. 7 tahun saya simpan jadi lepas ni awak kena hadap ayat kencing manis saya tiap-tiap hari lah ya?"
"Kenapa 7 tahun?" Tanya Zinnirah apabila sudah beberapa kali mendengar nombor itu.
"Sebab saya suka awak sejak 7 tahun lepas." Jawab Absyar tenang.
"Biar betul awak ni. Sejak bila awak suka saya?" Perasaan ingin tahun mula berkobar-kobar.
"Pulau Perhentian. Banyak memori kita di situ." Terang Absyar sambil memandang lama wajah Zinnirah yang seperti berfikir lama.
"Saya banyak beri awak memori buruk dulu..." Ujar Zinnirah apabila teringatkan perilakunya dahulu. Allah Tuhan, sungguh dia seakan kurang waras pada zaman remajanya dek kerana mental yang sakit. Sangat sakit akibat perbuatan keluarganya sendiri.
"Ada sebab Allah berikan kita memori buruk pada waktu tu. Tengok sekarang, kita dah kahwin." Absyar tergelak kecil dengan olahan ayatnya.
"Macam tak ada kaitan je."
"Memang pun." Absyar tersengih.
"Jom kita masak sarapan." Ajak Absyar apabila perutnya mula berdendangkan lagu dalam rentak perlahan.
"Kejap saya nak sangkut telekung." Absyar hanya memerhati setiap pergerakan Zinnirah. Rambut gadis itu yang dahulunya panjang sekarang hanya separas bahu.
Orang putih cakap, 'hair contains a lot of memories' mungkin sebab itu Zinnirah memotongnya pendek. Kerana gadis itu, kehidupan masa lalunya sangat perit dan hanya membawa luka dalam.
"Jom masak." Absyar terus terjaga daripada lamunannya dan terus berdiri bersebelahan Zinnirah.
"Nak cuba atasi trauma tak?" Soal Absyar secara tiba-tiba.
"Macam mana?" Berkerut dahi gadis itu memandang sang suami.
"Like this." Terus Absyar memautkan jemari mereka tanpa kesedaran Zinnirah. Tangan yang mula menggeletar itu digenggam erat.
"It's okay Zinnirah, just feel the warmth of my hand okay? Nothing gonna happen, you're safe." Kata Absyar apabila melihat wajah itu mulai pucat.
Zinnirah memejamkan mata dan mengikut apa yang diperkatakan oleh suaminya. It's okay Zinnirah, Absyar orang baik. Absyar suami kau!
"Tarik nafas." Dada mula meninggi.
"Hembus." Ia kembali mendatar.
"Tarik lagi."
"Hembus."
Berkali-kali tarik hembus nafas dilakukan demi memastikan Zinnirah berada dalam keadaan normal dan jauh daripada perasaan gemuruhnya.
Gigilan pada tangannya semakin berkurang menyebabkan Zinnirah membuka mata. Terhidang terus wajah Absyar yang tenang dihadapannya dan tangan mereka masih lagi erat bertautan.
"Do you feel okay?"
"Better."
"Alhamdulillah, good job my Zinnirah." Puji Absyar sambil tersenyum bangga.
Tangan mereka diangkat ke hadapan muka, "Remember the warmth of my hand okay, sayang. I want you to get use to it until we can get rid of your weaknesses one by one."
Zinnirah hanya mengangguk faham. Lelaki ini benar-benar mengotakan janjinya untuk berjuang bersama dalam masalah traumanya itu. Absyar memang seorang yang berpegang pada janji.
"Aduh macam mana kita nak masak ni sayang? Saya rasa tak nak lepaskan tangan awak dari genggaman saya." Absyar berseloroh sebelum mendapat tamparan halus di lengannya.
"Mengada."
"Dengan awak je saya mengada."
Mereka berdua terus tersenyum lebar. Bahagia yang mereka rasakan ketika itu diharapkan dapat berkekalan sehingga ke syurga. Hanya itu yang mereka pinta, bahagia.
Tuhan, jangan kau tarik nikmat yang baru saja kami rasakan ketika ini kerana kami sudah tidak sanggup menahan sakit ujianMu lagi.
Berilah kami peluang sekali lagi.
Kerana kami juga layak bahagia.
Tadaaaa special chapter seperti yang dijanjikan!
Maaf kalau tak sweet sebab saya sumpah tak reti nak tulis sweet scene. Tapi kali ni saya cuba demi awak semua ya :)
Hargailah saya yang kaku, kayu dan beku ini yang dah berusaha tulis sweet scene yang tak berapa nak sweet. Hal ini sangat sukar buatku ya tuhan.
Dan sekali lagi, terima kasih untuk support yang kalian berikan untuk saya. Saya hargaiiiiii sangat, nah love sikit ♡ (satu je lah, lebih-lebih sapa nak layan)
Apa-apa boleh cari saya di:
Instagram: @tien.qowiy
TikTok: @tienqowiy
Have fun y'alls! Bye, assalamualaikum!
Have fun!
Share this novel
Sedihnye tp sweet dihujung ye. Thanks dear