TW: Suicide
"ATIYA, kenapa lari ni?" Absyar terus menegur gadis yang kelihatan tergopoh-gapah berlari dengan wajah yang basah dengan air mata. Dia baru meninggalkan mereka sekejap untuk ke tandas dan hal seperti ini sudah berlaku?"
"Akak marah Ati...Dia halau Ati." Tersedu-sedu gadis itu mengadu.
"Halau? Ati buat apa sampai Zinnirah halau Ati?" Soal Absyar dengan dahi yang berkerut.
"Ati...Ati minta akak tarik semula laporan terhadap baba..." Absyar terus mengucap panjang mendengarkan jawapan yang keluar daripada mulut Atiya.
Apa yang gadis ini cuba lakukan?
"Ati pergi balik, abang nak tengok Zinnirah." Tanpa menunggu balasan Atiya, Absyar terus berlari laju menuju ke bilik gadis itu. Hatinya berasa tidak sedap.
Segera, pintu wad itu dibuka sebelum matanya hanya terhidang dengan wad kosong tanpa keberadaan Zinnirah. Lantai di belakang pintu yang dipenuhi darah itu menyerbu rasa yang tidak enak dalam hati Absyar.
Terlampau banyak darah.
Apa yang telah berlaku pada Zinnirah?
Mujur saja, kesan tapak kaki yang berdarah itu menjadi penunjuk arah buat Absyar. Dengan pantas, lelaki itu menjejaki Zinnirah dengan darah di lantai yang hampir kering.
Pintu tangga yang tertutup dibuka sebelum dia berlari laju ke atas. Mindanya mula berfikiran negatif. "Zinnirah, jangan buat benda yang bukan-bukan."
Hampir habis nafasnya, namun Absyar tetap melakukan panjatan tangga ke arah bumbung hospital. Gadis itu sakit, fizikal dan mentalnya sakit. Dia perlu segera untuk mengelakkan hal buruk berlaku pada gadis itu.
Hatinya kuat mengatakan gadis itu berada di bumbung hospital. Kerana, ini bukan kali pertama gadis itu berkelakuan seperti ini. Gadis itu...cuba untuk mengambil nyawanya sendiri tanpa dia sedar.
Anak tangga terakhir dilangkah sebelum tombol pintu dipulas dan ditarik kuat. Seraya itu, matanya tertancap pada gadis yang sedang berdiri di atas tembok hospital seperti tiada rasa gayat.
Keadaan gadis itu sangat menyayat hati Absyar. Rambutnya serabai, kekura tangannya menitiskan darah. Belakang seluarnya dipenuhi dengan darah sehinggakan tiada lagi warna baju hospital. Ia hanya dipenuhi darah gadis itu.
Talian kecemasan didail, matanya masih tertancap pada tubuh Zinnirah yang kaku tidak bergerak di atas tembok. Perlahan, sangat perlahan gadis itu berjalan sambil melihat ke arah bawah tanpa ada rasa takut.
Perut yang memulas sakit diabaikan. Bahagian bawah yang terasa sangat sakit dan cecair merah likat yang keluar tiada tanda untuk berhenti, hanya diendahkan oleh Zinnirah.
Panas terik bagai mengoyakkan kulit namun ia sekali pun tidak mengganggu dirinya untuk melaksanakan apa yang bermain di mindanya sejak sekian lama.
Mata itu kelihatan kosong, tiada emosi, tiada perasaan.
"Nek...sikit masa lagi, kita dah boleh berjumpa semula." Lirih Zinnirah secara tiba-tiba. Suara itu perlahan namun masih dapat didengari oleh telinga sendiri.
Mata mula dinaikkan untuk memandang langit biru yang kosong tanpa awan. "Nek...kenapa tak tunggu Ji bangun? Ji tak sempat nak bawa nenek tinggal rumah besar Ji." Gadis itu ketawa kecil dengan bicaranya.
"Nek...kenapa Ji tak pernah bahagia? Walaupun Ji bahagia namun ia cuma bertahan untuk seketika nek. Kenapa Tuhan tak pernah memihak kepada Ji? Kenapa Tuhan ambil nenek sedangkan dia tahu, Ji hanya ada nenek sebagai penguat semangat Ji." Air matanya mula jatuh setitis ke pipi. Dada terasa sesak bagai tidak mampu bernafas.
"Tuhan sengaja abaikan doa Ji ke, nek? Tuhan sengaja pekakkan telinga daripada memakbulkan doa Ji ke, nek? Kenapa Tuhan jahat dengan Ji, nek. Kenapa dia perlu ambil satu-satunya punca kebahagiaan Ji? Ji tak mampu nak hidup tanpa nenek." Esakkan makin kuat kedengaran.
"Nek...Ji rindu. Rindu sangat-sangat."
Bahu itu mula terhinjut-hinjut dek kerana esak tangis Zinnirah yang sudah tidak mampu ditanggung lagi. Badan itu mula terhuyung-hayang tidak stabil.
Absyar mula mendekatkan dirinya dengan Zinnirah apabila melihat keadaan gadis itu yang tidak stabil. Dia dengar segala luahan daripada gadis itu sedari tadi, cuma Absyar hanya terpaku dan memerhati dari jauh tanpa mahu mengganggu gadis itu.
"Dosa apa yang aku lakukan sampai Kau menghukum aku seperti ini, Ya Allah? Kenapa kau titipkan anak ini ke dalam rahim aku? Aku...aku tak mampu. Sumpah, aku tak mampu." Muka itu sudah banjir dengan air mata. Absyar hanya mampu menelan liurnya mendengarkan rintihan gadis itu.
Sayu dan sebu hatinya. Sungguh perit apa yang perlu dihadapi gadis itu.
"Aku tak layak bahagia ke? Kenapa sakit sangat rasanya? Aku tak pernah rasa disayangi dan makin hari, diri ini semakin membenci diri sendiri. Kalau aku hidup, aku hanya membebankan orang."
"Lebih baik... aku mati, kan Tuhan?" Kaki mula melangkah ke hadapan, mengecilkan jurang yang ada. Sekali saja langkah dan badannya akan hancur berkecai dari tingkat 13 ini.
Hanya itu yang Zinnirah mahukan, mati.
Baru saja dia melangkah, lengan gadis itu terasa dicengkam hebat oelh sesorang dari belakang. Terus, langkah Zinnirah terhenti dan dia terus mengalihkan pandangan ke arah belakang.
"Jangan." Satu perkataan itu saja yang masuk ke telinga Zinnirah. Wajah lelaki itu ditatap kosong.
Absyar melangkah mendekati gadis itu sebelum kedua-dua lengan itu dipegang kuat olehnya. Tuhan, maafkan aku. Ini darurat.
"Jangan buat begini, Zinnirah. Are you trying to take your own life again?" Ucapan lelaki itu memanaskan telinga Zinnirah.
"Jangan masuk campur urusan aku boleh tak? Kau bukan sesiapa pun dalam hidup aku!" Matanya mencerlung tajam membalas pandangan Absyar yang lebih tinggi daripadanya.
"Saya memang bukan sesiapa dalam hidup awak tapi awak segalanya dalam hidup saya, Zinnirah." Kata-kata itu meluncur laju daripada bibir Absyar tanpa lelaki itu sedar. Mata gadis itu kelihatan sangat kosong pada pandangannya.
"Take your hand off me!" Jerit Zinnirah kuat di hadapan muka Absyar.
"Tak nak, I won't let you go. Awak nak lompat dari sini kan? Saya tak akan lepaskan awak, Zinnirah." Zinnirah merasakan cenngkaman di lengannya semakin kuat.
Zinnirah mula meronta kuat, cuba melepaskan dirinya daripada Absyar. "Lepaskan aku lah bodoh! Kau ni kenapa?"
"Awak tu yang kenapa? Kenapa buat macam ni? How can you make the same mistake twice? Awak lupa kejadian di laut gelap pagi tu? The way you're struggled in the ocean. Did you forget about that, Zinnirah?" Ternaik sedikit suara Absyar dalam dia cuba untuk menenangkan gadis itu. Zinnirah terdiam seketika.
"Kau tak akan pernah faham dengan apa yang aku rasa. Kau tak akan pernah faham!" Dada lelaki itu ditumbuk kuat, namun Absyar menahan rasa sakit itu. Sakit di dadanya tidak dapat dibandingkan dengan apa yang dirasai oleh Zinnirah.
Gadis itu telah hancur, sehancur-hancurnya.
"Jadi tolong fahamkan saya! Fahamkan saya, Zinnirah. Saya nak bantu awak untuk terus hidup. Awak sangat berharga dalam dunia ini, Zinnirah." Suara Absyar mengendur apabila gadis itu sudah melepaskan tangisnya.
"Berharga? Nilai aku tak ubah seperti sampah sekarang ini. Masa depan aku sudah hancur! Apa lagi yang tinggal untuk aku? Semuanya telah diambil, semua yang aku ada...telah diambil. Jadi macam mana aku nak bertahan hidup? Aku tak nak hidup dalam keadaan macam ni. Aku terseksa. Kau faham tak, aku terseksa!" Terhambur lagi air mata itu. Jiwanya terasa sangat sarat dan mindanya serabut. Dia sudah tidak mahu hidup.
"Awak sangat berharga Zinnirah, tolonglah percayakan saya. Apa yang awak alami sekarang sangat perit dan akan memakan masa yang sangat lama untuk redha. Saya tahu dan saya faham itu, Zinnirah. Semua ini tidak mudah untuk awak dan semua ini juga sangat sukar untuk orang di sekeliling awak. Jangan lupa, awak masih ada Mustaqim yang sangat sayangkan awak, Zinnirah." Ton suara mula lembut. Absyar cuba untuk bermain dengan minda gadis itu.
"Setiap apa yang keluar daripada bibir kau hanya penipuan semata-mata. Aku...benci kau, Absyar." Serentak itu, gadis itu terus melepaskam genggaman Absyar di lengannya serta melangkah dan terus terjun daripada bangunan itu.
Absyar yang terkejut dengan tindakan itu terus mencapai tangan gadis itu sebelum dia turut terjatuh daripada bangunan itu. Masa seakan bergerak sangat laju. Jantungnya berdegup kencang.
Adakah ini pengakhiran hidup mereka?
Allah Tuhan, ampunkanlah segala dosaku Ya Allah.
Allahuakhbar.
Ash hadu Allah ila-ha ill Allah
Mata Absyar pejam, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku.
Wa ash hadu an-na Muhammad rasool-
Terasa badannya terhempas jatuh ke bawah dengan daya tarikan graviti yang sangat kuat.
-Allah
Badannya terasa sakit sebelum mata dibuka dan melihat Zinnirah yang sudah tidak sedarkan diri di sebelahnya.
Sakit, Ya Allah.
Mata Absyar turut terpejam sebelum semuanya kelihatan gelap gelita.
Tuhan, sesukar inikah untuk mengecapi bahagia?
Share this novel