TW: Gangguan seksual, penderaan fizikal
CUTI sekolah dia habiskan dengan menyiapkan tempahan kek yang sudah jarang dia lakukan sejak sibuk dengan akademik.
Duit dikumpulkan demi membayar hutangnya kepada baba. Sepatutnya, bukan dia yang perlu bayar tapi pekerja baba yang mencuri itu. Tapi setiap kesalahan diletakkan ke atas bahunya, Zinnirah hanya redha dan malas mahu menjawab. Karang, dirinya yang teruk dilibas.
Mujur saja duit tabungannya sejak sekolah masih ada untuk dia membayar hutang itu. Dia mahu melunaskan secepat mungkin. Biar hati babanya tenang dan tidak mengganggunya lagi.
Deringan telefon mematikan tindakannya yang sedang menghias kek hari jadi itu. Mata dikerlingkan ke arah skrin telefon sebelum diangkat dan ditekan pembesar suara.
"Hello, assalamualaikum Ati. Ada apa call?" Tanpa bersabar, Zinnirah terus menyoal dengan tangannya laju dan cekap menghias kek itu.
"Waalaikumsalam, akak buat apa?" Soalnya sambil mengunyah keropok di atas katil.
"Akak tengah siapkan tempahan kek, kenapa?"
"Ati nak tempah cupcake boleh, kak?" Atiya tersengih walaupun Zinnirah tidam akan nampak wajahnya itu.
"Boleh. Nak berapa? Nak bila?"
"Nak 10 cupcake red velvet dan 10 cupcake coklat. Nak hari ini boleh kak?"
"Hari ni?!" Terus naik sedikit suara Zinnirah mendengarkan ayat itu. Terhenti terus pergerakan tangannya.
"Ya, hari ni kak. Sorry, maklum lambat." Atiya terus menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila mendengar intonasi Zinnirah yang berubah.
"Kenapa tak bagitahu 5 minit sebelum nak ambil cupcake tu?" Perlu Zinnirah.
Kek yang sudah siap dihias dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kek itu akan dihantar petang nanti, selepas asar.
"Sorry akak, ibu baru bagitahu sebab ada tetamu yang nak datang hehe." Atiya mula membela diri.
Zinnirah berdiam diri. Namun diri itu gigih mencari bahan-bahan kek lalu diletakkan ke atas meja. Perasa red velvet dan coklat turut dicari.
"Mujur saja masih ada bahan untuk akak siapkan order Ati. Kalau tak, menangislah ibu nak rasa cupcake akak." Kata Zinnirah lalu tergelak kecil.
"Nasib baik." Atiya turut ketawa seiring dengan tawa Zinnirah. Dalam hati dia berasa bersyukur kerana tidak dimarahi oleh Zinnirah dan tidak akan dimarahi oleh ibu nanti.
"Petang nanti akak hantar, okay."
"Okay, terima kasih akak."
"Okay, bye."
"Bye."
Terus panggilan itu dimatikan oleh Atiya. Zinnirah hanya menggelengkan kepalanya dengan gelagat itu.
Nasiblah awak tu adik akak walaupun awak tak tahu, wahai Atiya.
-----
Selesai saja dia menghantar kek ke rumah pelanggannya, terus Zinnirah merempit ke rumah Atiya walaupun ketika itu sudah jam 6.45 petang.
Ah, nak hantar cupcake ni sekejap saja. Sempat sampai rumah sebelum maghrib.
"Assalamualaikum Ati. Assalamualaikum." Salam diberi sambil memegang kedua-dua plastik yang berisikan kotak kek cawan.
"Waalaikumsalam, kejap kak." Terdengar jeritan itu dari dalam rumah.
Pintu terus dibuka dan terjengullah wajah yang sentiasa tersenyum penuh ceria di hadapan Zinnirah.
"Nah, cupcake Ati. 10 red velvet dan 10 coklat, kan? By the way, ada lebih tau kek cawan tapi akak sedekah je." Ujar Zinnirah lalu menghulurkan plastik itu kepada gadis itu.
Duit diberikan dan Zinnirah ambil dengan senyuman. "Akak jual eh."
"Ati beli." Atiya tersengih menunjukkan giginya yang tersusun rapi.
"Siapa tu Ati?" Suara garau yang menegur dari dalam rumah itu membantutkan perbualan mereka.
"Baba sini lah, nak perkenalkan kawan Ati." Terus Atiya memanggil gerangan yang menegurnya tadi.
"Ati, tak apa. Akak balik dulu eh, dah nak maghrib." Dengan gelabah Zinnirah mengundurkan diri.
"Mana kawan Ati tu?" Dan pada masa itu, matanya terus bersabung dengan mata Encik Alwie. Senyuman yang diberikan kepada Atiya terus hilang melihatkan gerangan 'kawan' anaknya itu.
Zinnirah menelan liur sendiri. Mata itu mencerlung tajam memandangnya.
"Baba, inilah kawan Ati. Tapi dia lagi tua daripada Ati, pelajar form 6. Kak Ji lah yang banyak bantu Ati dalam pelajaran selama ni, baba." Terang Atiya dengan penuh semangat. Lengan babanya dipeluk erat.
"Oh, ini ke kawan Ati tu? Mana Ati jumpa dia?" Soal Encik Alwie, matanya masih memandang wajah Zinnirah, tajam.
"Akak yang tegur Ati dulu di sekolah. Ati apa lagi, suka lah sebab akak ni baik. Ati suka sangat dengan Kak Ji." Zinnirah hanya tersenyum kelat mendengar ayat yang keluar daripada bibir mungil itu.
Matilah dia selepas ini. Dia dapat rasakan baba sangat marah akan dirinya.
"Oh akak, ni baba Ati. Nama baba Alwie sama macam akak punya ayah." Tanpa rasa sangsi gadis itu berkata.
Zinnirah hanya mengangguk kecil. "Maaf Ati, maaf...pak cik. Saya minta izin balik rumah dulu ya. Assalamualaikum." Motor terus dihidupkan dan Zinnirah terus meninggalkan halaman rumah Atiya.
Hatinya terus berasa tidak sedap.
Kenapa baba ada di situ pada waktunya menghantar tempahan? Matilah dia lepas ni.
Tekak yang terasa kering menyebabkannya menelan liur berkali-kali. Jantung berdegup kencang. Badan terasa panas walaupun ditiup angin senja di atas motor itu.
'Sabar Zinnirah. Everything gonna be fine. It's gonna be fine. Don't worry too much.' Zinnirah bermonolog dalam hati, cuma memujuk jiwa yang gusar dek kerana kejadian tadi.
Bantulah aku, Ya Allah.
------
Pintu biliknya dibuka sebelum dihempas kuat menyebabkan Zinnirah yang membaca naskhah Al-Quran itu terkejut. Terus dia mengalihkan pandangan pada gerangan itu.
Dada baba turun naik menahan amarah. Mata itu tajam memandangnya seperti mahu dibunuh ketika itu juga.
Zinnirah terus bangun daripada duduknya di atas sejadah dan meletakkan Al-Quran di tempat tinggi kerana ia merupakan surat cinta paling mulia daripada Allah kepada hambanya.
"A-da apa baba?" Terketar suaranya menyoal.
"Ada apa kau tanya aku? Apa kau buat di rumah Atiya tadi?" Gigi diketap hebat bagai menahan suara daripada didengari oleh mama.
"Ji--Ji pergi hantar tempahan kek ja baba. Tak ada buat apa pun." Liur ditelan.
Adakah rahsianya akan terbongkar malam ini?
Badan dikalihkan ke belakang sebelum duit berjumlah RM1,500 yang sudah diletakkan ke dalam sampul diambil.
"Baba, ini duit yang Ji hutang baba." Sampul yang dihulurkan turut bergetar disebabkan oleh rasa takut yang menyelebungi diri.
Sampul itu terus dirampas dan dibaling ke atas meja solek. Tangan gadis itu direntap sebelum ditolak sehingga terbaring ke atas tilam.
Zinnirah yang terkejut cuba memberontak walaupun terhalang oleh telekung yang masih dipakai.
Tangan tua itu secara tiba-tiba mencekik kuat leher Zinnirah. Matanya terus terbeliak dek kerana terkejut.
"Ba--baba." Tersekat suara itu menanggil Encik Alwie. Tangannya turut memegang tangan lelaki itu supaya melepaskan genggamannya di lehernya.
"Aku tahu...kau tahu rahsia aku, kan?" Cekikan di leher dilepaskan sebelum badannya direndahkan bagi menyamai bibirnya dengan telinga Zinnirah yang dilapiki telekung.
Dada gadis itu turun naik mencari oksigen sehingga terbatuk kuat.
Zinnirah hanya menggeleng berkali-kali sambil matanya ditutup rapat. Tidak mampu melihat wajah baba sedekat itu. Badannya menggeletar hebat.
Ini bukan kali pertama, ini kali kedua dia diperlakukan sebegitu oleh baba.
Dia benar-benar takut.
"Kau simpan rahsia ini elok-elok. Kalau tak, kau tahulah nasib kau." Tepi dahi gadis itu cuba dicium sebelum Zinnirah mengalihkan kepalanya laju. Badan babanya ditolak kuat sebelum dia berlari ke arah pintu biliknya yang berkunci.
Kepalanya tersentak ke belakang apabila tangan Encik Alwie dengan tangkas mencengkang bahagian rambutnya di dalam telekung itu.
Dengan kuat, gadis itu ditolak ke lantai. Tali pinggang yang dipakainya dibuka sebelum dilibaskan berkali-kali ke badan Zinnirah.
"Itu makan dia kalau kuat melawan! Kau bising pasal apa yang kau tahu pada mama kau, pada adik-beradik kau, mati aku kerjakan kau nanti. Kau faham tak, Zinnirah!" Serentak itu, libasan terakhir dan paling kuat singgah ke badannya yang sudah tiada daya.
Matanya sudah bengkak dek kerana menangis dan meraung kesakitan.
"Fa-faham." Dia cuba menjawab persoalam itu walaupun sudah tiada kudrat.
"Ingat ya Zinnirah, kau nak mati, kau boleh cuba cabar aku." Seusai itu, sampul duit yang dibalingnya tadi diambil dan terus Encik Alwie keluar daripada bilik. Zinnirah.
Zinnirah bingkas bangun untuk mengunci pintu bilik walaupun kulitnya terasa seperti disiat-siat. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu.
Katil didaki dan terus baring mengiring dengan esakan yang masih memenuhi ruang bilik. Telekung yang masih membaluti dirinya sudah basah dengan peluh dan air mata.
Jari dibawa ke mulut dan digigit bagi menahan daripada terus menangis.
Namun gagal, dia tetap menangis kerana bisanya libasan yang diberikan oleh babanya.
Wajah tua yang cuba melakukan hal tidak baik padanya seperti diulang tayang dihadapan mata.
Dia terus menutup mata dengan rapat, cuba menghalau imej jahat yang mula menghantui dirinya.
Telinganya mula terngiang-ngiang suara gatal babanya. Tanganya dinaikkan dan telingan ditekup kuat sehingga terasa bengang.
Badannya kembali menggeletar dengan hebatnya.
Takut.
Dia...trauma.
Share this novel