BAB 19

Drama Completed 23008

LENGAN Nek Timah dipeluk erat oleh Zinnirah semasa mereka mendaki tangga masjid itu. Berpakaian baju kurung moden berwarna kuning cair yang ditempah oleh abangnya, Zhafran. Hari ini, hari perkahwinan abangnya. Dia bersyukur, dia dah dapat keluar dari hospital setelah 2 minggu ditahan di situ.

Ubat-ubatan yang dia dapat sangat mengejutkan jantung, banyak. Sekali makan, sampai segenggam pil yang dia kena telan. Tapi, Zinnirah redha. Inilah takdir hidupnya, perlu bergantung pada ubat sehingga mati. 

"Jangan kuat sangat peluk lengan aku ni, lenguh tahu tak." Tegur Nek Timah apabila lengannya terasa dicengkam hebat oleh cucunya. Entah kenapa dengan gadis itu.

"Hehe sorry nek, tak sengaja." Dia tersengih seperti kerang busuk.

"Kamu ada rasa sakit ke Zinnirah? Kalau ada aku minta sesiapa hantar kita balik ke rumah." Teguran Nek Timah untuk membuatkan Zinnirah terpana.

"Okay je nek, lagipun baru keluar dari hospital, kan? Takkan Ji nak tinggalkan majlis abang, kesian dia."

"Hm, okaylah macam tu. Jom kita masuk dalam."

"Jom."

Zinnirah mengikut jejak langkah Nek Timah yang perlahan, menuju ke arah bahagian dalam masjid yang sudah disediakan tempat untuk acara akad nikah sebentar saja lagi. Wajah Puan Khalidah hanya dikerling seketika. Mamanya itu masih marah kepadanya.

Mata difokuskan pada pintu masuk masjid, rombongan pengantin perempuan sudah sampai. MashaAllah. Tabarakkallah. Kak Zulaikha cantik sangat, matanya tidak dapat dialihkan daripada terus menatap bakal kakak iparnya itu.

Cantik! Saya suka!

Bibir mula melarik senyuman apabila matanya bertembung dengan Kak Zulaikha, tangan dilambaikan sedikit ke arah wanita itu.

Dia gembira abangnya bakal mempunyai bidadarinya yang tersendiri tapi pada masa yang sama Zinnirah berasa sedih. Abangnya sudah tidak dapat meluangkan masa dengannya seperti zaman bujangnya lagi.

Tak apa, Zinnirah. Berkorban sikit je untuk kebahagian abang, inshaAllah kebahagiaan kau akan hadir tak lama lagi.

Zinnirah cuba memujuk hati.

Bergembiralah wahai hati, masih ada Mustaqim untuk dibuli.

-----

"Ji, take it easy. Jangan paksa diri tu, Ji baru discharge tau." Kata Mustaqim apabila melihat Zinnirah yang tidak berhenti dari tadi menolong orang-orang rewang di rumah mereka. Esok adalah kenduri sambut menantu bagi pihak lelaki. Jadi, segala persiapan akan disiapkan terlebih dahulu. Zhafran tidak menggunakan khidamt catering kerana orang-orang di kampung itu masih suka merewang untuk kenduri. 

"Okay je, Mus." Jawab Zinnirah sebelum bergerak ke arah stor rumah, dia perlu mencari kawah yang diminta baba.

Mustaqim mengeluh perlahan melihat Zinnirah yang mengabaikan pesannya. Budak itu, selagi boleh buat kerja memang dia tak akan ingat sakit. Nanti barulah nak mencari ubat, masa itulah baru ada kesedaran yang diri itu tidak sihat mana.

Kakinya turut melangkah ke arah stor. Badannya disandarkan ke bingkai pintu dan berpeluk tubuh sambil melihat Zinnirah yang mencari-caru sesuatu.

"Cari apa?"

"Kawah, baba minta cari tadi."

Mata Mustaqim turut meliar dalam stor itu, cuba mencari di mana duduknya kawah yang disebut oleh Zinnirah. Mata itu akhirnya tertancap pada rak teratas, berdekatan dengan siling stor.

Kaki terus digerakkan ke arah rak itu tanpa menghiraukan adiknya yang masih tercari-cari.

"Tepi sikit srikandi." Tegur Mustaqim sebelum tangannya dihulurkan ke atas rak, kawah itu cuba ditarik sekuat tenaga. Berat juga ni.

"Eh, srikandi apa pula?" Kata Zinnirah sambil melangkah ke belakang beberapa langkah.

Mustaqim mengabaikan soalan itu. Dia masih berusaha keras menurunkan kawah yang besar itu. Setelah berjaya, kawah diletakkan ke atas lantai.

"Nama Ji kan, Zinnirah. Zinnirah tu kan srikandi islam."

"Oh, faham." Zinnirah mula tersenyum kecil. Srikandi islam.

"Dah ke tepi, berat kawah ni."

"Eh, biarlah Ji yang bawak. Baba suruh Ji tadi."

"Kawah ni berat, Zinnirah. Pergilah sana buat kerja orang perempuan." Nasihat Mustaqim sekali lagi.

"Ji tak tau nak buat apa dah, mama ada di dapur juga." Kata Zinnirah perlahan. Mustaqim mengangguk tanda faham.

"Okay, kalau macam tu jom ikut Mus. Kita susun kerusi japgi."

"Okay, jom!" Balas Zinnirah dengan ceria. Dia turut membantu Mustaqim membawa kawah itu dengan muka yang tersenyum ceria.

Bahagia, buat seketika.

Mustaqim hanya membiarkan Zinnirah menolongnya walaupun dia tak memerlukan pertolongan itu. Dia masih boleh angkat seorang diri tapi melihatkan wajah ceria itu, dia hanya membiarkannya. Paling kurang, wajah itu tidak muram seperti di hospital.

Berkata soal hospital, mama dan baba tidak pernah sekali pun menjenguk Zinnirah di hospital. Mustaqim terkilan. Kalau dia pun sudah begini kecewa, apatah lagi Zinnirah, orang yang menghadapnya.

Wajah Zinnirah di tepi diusyar lama.

"Ji..." Panggil Mustaqim.

Serentak itu, mereka meletakkan kawah di bawah bangsal yang akan digunakan untuk memasak esok.

"Ya." Wajah abangnya dilihat dengan kening yang dijongketkan. Dah kenapa pula mamat ni?

"Macam mana nak jadi tabah?" Perlahan suara itu kedengaran.

"Hah? Ji tak dengar."

"Tak ada apa, jom susun kerusi." Lengan gadis itu ditarik ke arah khemah yang sudah dipasang. Kerusi yang disusun di tepi rumah didekati dan diangkat.

"Mus angkat kerusi, Ji susun kat meja. Okay?"

"Okay bos." Zinnirah mendabik kepada Mustaqim sebelum mula menyusun kerusi di setiap meja di bawah khemah itu.

Setiap meja diletakkan 6 buah kerusi. Tidak terlampau banyak dan tidak terlampau sedikit. Cukup selesa untuk tetamu yang nak menjamu selera pada esok hari.

Aktiviti mengangkat dan menyusun kerusi hanya dilakukan oleh mereka berdua sehingga senja menjelma. Masing-masing bermandi peluh. Akhirnya, siap juga satu hal untuk kenduri esok.

Kerusi di salah satu meja ditarik oleh Mustaqim. Badan direhatkan seketika dan dia mahu membiarkan peluhnya kering sebelum mandi.

"Mus nak air tak?" Tanya Zinnirah yang tiba-tiba datang mendekat. Mustaqim terus memandang wajah itu sebelum melihat satu bekas air sirap yang dibancuh oleh ahli rewang di bawah bangsal rumah mereka. Terus dia mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Zinnirah.

"Okay, tunggu jap." Gadis itu berlalu dengan pantas sebelum hilang ke dalam rumah. Mustaqim hanya mengendahkan sebelum bermain dengan telefon pintarnya.

Sembang daripada kawan-kawannya dilayan dengan sengihan yang tidak luntur.

"Membongak aje kerja korang ni lah." Kata Mustaqim seorang diri sebelum ketawa sendirian.

Milo o ais yang dihidangkan di depan mata menyebabkan tindakan Mustaqim terhenti. Wajah gadis yang menarik kerusi untuk duduk bersebelahannya dipandang lama.

"Patutlah lama, bancuh air rupanya." Kata Mustaqim sebelum menyisip sedikit Milo bancuhan adiknya itu.

Sedap sehingga naik ke otak.

Kadang-kadang Mustaqim hairan, bagaimana Zinnirah boleh begitau pandai memasak sedangkan mama selalu mengendahkannya. Hairan...

"Ya lah, sebab tu Ji tanya Mus nak air ke tidak."

"I thought Ji nak ambil air sirap tu je." Kata Mustaqim memuncungkan diri ke arah bangsal.

"Mana ada, Ji bancuh air lain untuk Mus sebagai tanda terima kasih selalu teman Ji di hospital."

Mug diletakkan kembali ke atas meja. Wajah yang sedikit pucat itu dipandang lama.

"Tak cukup dengan air Milo je. Mus nak benda lain." Eh itu pula yang terkeluar daripada bibirnya.

"Mus nak apa?"

"Tauhu bergedil. Nanti buatkan untuk Mus, please."

"Okay, nanti Ji buat. Tapi lepas kenduri eh, Mus."

"Ya, takkan kau nak buat esok. Agak-agak la der." Kata-kata Mustaqim itu menyebabkan Zinnirah ketawa kecil.

Mudah terhibur.

"Ji, hari ni dah makan ubat?" Soalan cepumas itu berjaya mendiamkan gelak ketawa itu.

Zinnirah hanya diam dan mengendahkan soalan Mustaqim.

"Ji, Mus tanya ni. Dah makan ubat ke belum?"

Keluhan nipis terhambur keluar daripada bibir pucat itu. Dia terpaksa menjawab.

"Belum..."

"Kenapa belum? Bahaya tau, Ji jangan selalu buat macam ni." Mustaqim mula membebel.

"Ya Ji tahu. Tapi Ji lupa sebab hari ni sibuk. Lagipun, Ji belum makan apa-apa, last makan masa sarapan tadi je." Jujur Zinnirah berkata. Kepala ditundukkan, dia tahu dia akan mendapat bebelan padu daripada Mustaqim.

"Ya Allah, kenapa tak makan ni Ji. Aduhlah budak ni, jangan lupa kesihatan. Awak tu tak sihat sangat tau, janganlah buat macam ni selalu, Ji." Sudah dia katakan, Mustaqim akan membebel.

"Ya, lepas ni tak buat dah." Lemah suara itu menjawab.

"Jom ikut Mus." Lengan itu ditarik lembut dan diseret masuk ke rumah.

"Nak pergi mana?"

"Makan, sementara ada waktu sebelum maghrib."

"Tapi Ji tak lapar." Terus terhenti langkah Mustaqim. Badan dialihkan untuk melihat wajah gadis itu.

"Tapi, Mus lapar. So, Ji kena makan dengan Mus. No excuse."

"Okaylah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience