"TAHNIAH puan. Anak puan lelaki sihat dan selamat. " Doktor perempuan itu tersenyum kecil sementara tangannya laju memotong tali pusat yang berjuntaian pada bayi lelaki itu.
Puan Khalidah terus mengucap alhamdulilah sebagai tanda kesyukuran.
Lelaki. Anak kedua dia dan Encik Alwie. InshaAllah akan menjadi anak terakhir mereka.
Encik Alwie terus mencium seketika dahi isterinya yang berpeluh setelah bertungkus-lumus melahirkan anak mereka. Bukan mudah proses untuk melahirkan seorang anak. You're my queen forever, sayang.
Tudung isterinya yang sedikit senget dibetulkan sebelum tersenyum kecil.
"Terima kasih Idah." Ayat pendek itu mampu menenangkan hati Puan Khalidah pada ketika itu. Tangan suaminya digenggam lalu senyuman manis diberikan.
"Sama-sama abang."
"Encik, puan." Teguran jururawat itu menyebabkan pasangan suami isteri itu mengalihkan pandangan mereka ke arahnya dengan pantas.
Anak mereka yang awalnya di dukungan jururawat tadi diserahkan kepada Encik Alwie.
"InshaAllah, encik boleh azankan bayi comel ni. Tahniah sekali lagi ya encik dan puan." Senyuman terukir dibibir sebagai balasan kepada jururawat itu.
Encik Alwie menunduk untuk mendekatkan jarak bibirnya dengan telinga anak kecil itu.
Bismillah.
Perlahan azan dialunkan di tepi telinga si comel itu.
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.
Anak ini hadir selepas 12 tahun menunggu setelah melahirkan anak sulung mereka, Zhafran. Apabila menyangkakan mereka sudah tiada harapan dan redha dengan takdir, Allah meniupkan anak kecil ini dalam rahim Puan Khalidah di usia 38 tahun.
Ini rahmat dan rezeki yang tak terjangka daripada Allah.
Terima kasih Allah.
"Idah dah ada nama untuk anak kita?" Lembut suara itu menyandang telinga Khalidah.
Dia mengangguk laju. "Dah bang."
"Jadi, apa nama anak kita?" tanya Encik Alwie sebelum hidungnya mengucup pipi merah anak lelakinya itu.
"Mustaqim. Mustaqim bin Alwie. Mustaqim maksudnya Yang Lurus." Kata Puan Khalidah sambil mengusap kepala kecil anaknya yang berada di pangkuan suaminya.
"Mustaqim. Semoga Mustaqim membesar dengan sihat dan dapat bahagiakan mama dan baba ya sayang. Baba nak bacakan doa sikit ya untuk anak kesayangan baba ni."
Allaahumma innii u’iidzuhu bika wa dzurriyyatahu minasy-syaithoonir-rojiim.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.
Kata-kata dan doa suaminya itu diaminkan dalam hati.
Membesar dengan sihat ya sayang.
-----
"Mak, Idah rasa peninglah mak. Rasa mual nak muntah. " Kata Puan Khalidah sambil memicit perlahan dahinya. Mustaqim yang masih lena ditepi dikerling seketika. Nyenyak anaknya yang seorang itu tidur selepas menyusu tadi. Umurnya kini sudah menginjak 21 hari. Syukur, dia membesar dengan sihat dan kuningnya juga telah hilang.
"Kenapa Idah, teruk sangat ke pening kamu tu?" tanya Nek Timah setelah mendengar rungutan anak tunggalnya. Tungku yang sudah selesai dipanaskan dibalut dengan kain batik dan dibawa mendekati Khalidah.
"Baring Khalidah, mak nak tungku kamu."
Puan Khalidah mengikut arahanya ibunya sambil meletakkan Vicks di bahagian dahinya. Entah kenapa, sejak pagi tadi perutnya berasa sebu. Rasa pening dan mahu termuntah.
"Kejap lagi, bila suami kamu balik mak bagitau yang kamu ni tak sihat. Nanti mak minta dia bawa kamu ke klinik ya Idah." Kata Nek Timah sambil tangannya laju meletakkan tungku yang sudah suam itu ke perut Puan Khalidah.
Fungsi bertungku selepas bersalin ni banyak sebenarnyanya. Boleh melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim. Perut juga akan kempis dan kelihatan langsing.
"Okay, mak." Kata Puan Khalidah dengan dahi yang berkurut sebelum memejamkan mata. Dia nak tidur, kepala yang pening ni tak beri apa-apa kerjasama sejak pagi tadi.
Nek Timah menggelengkan kepala sebelum meneruskan proses menungku anaknya itu. Sesekali dia menepuk perlahan Mustaqim yang merengek dalam tidur. Senyuman kecil dilarik melihat anak kecil itu. Anak bertuah. Pipi Mustaqim seketika sebelum Nek Timah menuju ke dapur untuk menjerang air panas.
Cucunya, Zhafran akan pulang dari sekolah beberapa jam saja lagi. Makan tengah hari untuk Zhafran dan menantunya itu disiapkan dengan pantas.
"Assalamualaikum nekkkk!" Zhafran terus meluru ke arah Nek Timah. Pantas, mata tua itu melihat jam di dinding.
11.30 pagi.
"Waalaikumsalam abang, awalnya balik? Tak sampai pukul satu pon lagi?"
"Hari ni sekolah abang ada hari sukan lah nek sebabtu balik awal. Nek tengok ni, abang dapat nombor satu dalam acara 4 × 200 meter nek! Hebat tak abang?" seperti burung murai, laju saja mulut Zhafran menceritakan perihal sekolah kepada nenek kesayangannya.
Pingat emas di dalam beg dikeluarkan dan disangkutkan ke lehernya. Zhafran berpusing dan tersengih menayangkan pingatnya itu kepada Nek Timah.
"Tahniah, abang! Mesti abang lari laju kan? Nanti makin susah nenek nak kejar abang." Kata Nek Timah dalam nada bergurau. Zhafran tergelak sebelum memeluk pinggang neneknya.
"Untuk nenek, abang akan lari slow-slow hehe."
"Eh ada-ada ja abang ni. Dah, pergi ajak baba makan tengah hari. Pastu tolong nenek hidang makanan."
"Aiy, aiy captain!"Â Terus Zhafran bergegas ke arah babanya yang sedang mengagah Mustaqim, adik kecilnya.
"Baba, jom makan."
"Okay, jom."
Encik Alwie membuntuti anaknya ke dapur. Mustaqim yang tidak bersuara ditinggalkan disebelah isterinya yang tidur.
Aroma masak lemak telur itik membuka selera makan Encik Alwie sebaik sahaja dia tiba di dapur. Perut yang berbunyi dipegang perlahan.
"Sedapnya bau masak lemak ni mak. Lama tak makan telur itik." Kata Encik Alwie sambil membantu mentuanya mencedok nasi ke dalam pinggan mereka.
"Rezeki kita Alwie, meh makan. Idah dah makan tadi tapi makanan orang pantang je lah. Kita ja makan sedap-sedap ni."
Mereka bertiga ketawa perlahan mendengar ayat yang keluar dari mulut Nek Timah. Tempat duduk diambil di meja makan dan doa dibaca oleh Zhafran.
"Alwie." panggil Nek Timah apabila melihat pinggan menantunya yang telah kosong.
"Ya mak."
"Nak tambah lagi?"
"Tak nak dah mak, dua kali tambah dah penuh perut saya." Katanya sambil tergelak kecil.
"Alwie, nanti lepas zuhur tolong temankan Idah ke klinik ya? Dia cakap tak sedap badan. Pening, muntah. Mak pon tak tahu apa sebabnya." Kata Nek Timah sambil membasuh pinggannya di sinki.
"Angin ke mak? Teruk ke Idah?" Tanya Encik Alwie sambil menoleh ke arah pintu bilik mereka.
"Mak tak rasa angin. Kamu bawa ajelah dia ke klinik. InshaAllah tak ada apa-apa tu."
"Baiklah mak kalau macam tu saya tinggalkan anak-anak dengan mak lah ya."
"Boleh je Alwie. Bak kata omputeh, no problem. "
Alwie tersenyum mendengar jawapan ibu mentuanya itu.
"Terima kasih mak."
-----
"Hasil daripada beberapa ujian yang kami buat ke atas puan tadi, kini saya nak maklumkan keputusannya. Jadi, tahniah kepada puan dan suami. Puan dah mengandung selama seminggu."
Kata-kata yang keluar daripada mulut doktor perempuan di hadapan mereka membuatkan pasangan suami isteri itu terkejut. Mereka saling berpandangan sebelum bersuara.
"Tapi doktor, isteri saya baru bersalin 21 hari yang lepas. Dan mana mungkin dia boleh mengandung sedangkan mak kami asingkan tempat tidur sejak dia berpantang. Rasanya doktor salah buat ujian kot." Encik Alwie terus menerangkan hal sebenarnya kepada doktor muda itu. Puan Khalidah hanya angguk membenarkan kata-kata suaminya itu.
"Tiada yang mustahil encik, puan. Tiada silap dalam test yang kami lakukan. Memang sah, isteri encik hamil. Mungkin encik dan puan berasa terkejut sebab Irish Twin sangat jarang didengari dalam kalangan masyarakat kita. Jarang dengar bukan bermaksud tiada." Doktor itu memandang wajah Puan Khalidah yang sudah kelihatan muram.
"Saya akan terangkan serba sikit tentang Irish Twin ni kepada encik dan puan. Anak yang baru lahir dan anak dalam kandungan puan sekarang adalah Irish Twin sebab jarak mereka berdua kurang daripada 12 bulan. Tapi secara teknikalnya, mereka bukanlah kembar seiras atau tak seiras. Mereka hanyalah kembar yang berkongsi tahun kelahiran yang sama. Bagi mudah faham, mereka hanyalah adik-beradik kandung biasa yang dilahirkan pada tahun yang sama. Itu sahaja. Jadi, saya doakan yang terbaik untuk Puan Khalidah dan suaminya. InshaAllah, semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT."
"Terima kasih doktor." Kata Encik Alwie sebelum membawa isterinya keluar daripada bilik doktor dan duduk di ruang menunggu.
Tangan isterinya digenggam. Air mata yang mula menitik di pipi gebu isterinya disapu.
"Abang." Perlahan kedengaran suara Puan Khalidah.
"Ya sayang." Sepenuh perhatian diberikan kepada wajah isteri kesayangannya.
"Idah tak nak anak ni abang. Idah masih dalam pantang abang, Idah tak nak anak ni!" Kata Puan Khalidah separa kuat.
"Abang faham sayang, nanti balik rumah kita bincang dengan mak ya? Dia lagi faham hal-hal macam ni. Idah bawa bertenang ya, jangan stres sangat." Kata Encik Alwie sebelum membawa kepala Puan Khalidah ke dada bidangnya.
Jeda.
Pasangan suami isteri itu hanya mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Puan Khalidah hanya menumpukan pandangan ke luar tingkap kereta.
'Aku tak nak anak ni. Tolonglah faham!'
Nota kaki:
18SG - mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan (Kementerian Dalam Negeri)
Jadi, cerita ini ada scene 18SG tapi bukan 18SX.
Dan ada sesetengah scene dalam buku ini adalah based on true story.
Jadi kalau rasa tak mampu baca, jangan baca langsung buku ni ya.
I'm afraid it will trigger you. But if you can, let's read dan support karya terbaru saya.
Enjoy reading dan selamat hari raya!
Share this novel