BAB 57

Drama Completed 23037

"ASTAGHFIRULLAH astaghfirullah, Ya Allah Ya Tuhanku. Allahhh." Terus terduduk Nek Timah mendengarkan setiap bait bicara yang keluar daripada bibir doktor itu.

Cucunya dirogol oleh menantunya sendiri?

Allahuakhbar...

Dada kiri yang terasa mencucuk dipegang erat dengan dahi yang berkerut. Ya Allah, dia tidak kuat menerima khabar ini.

Ya Allah, cucu aku.

"Nekkkk, nekkkk jangan macam ni nek. Doktor tolong nenek saya, doktor." Terus Mustaqim meriba neneknya yang sudah bernafas laju itu. Tangannya menggengam erat tangan tua itu.

"Nek, jangan tutup mata. Mus ada di sini, nek." Pipi itu ditepuk bagi menyedarkan neneknya ketika itu.

Hati berdebar hebat saat Nek Timah disorong masuk ke dalam wad kecemasan. Terasa lemah lutut Mustaqim ketika itu.

Terus dia bertinggung di tepi ruang menunggu. Tangan dibawa ke muka dan ditekup lama. Air mata mula mengalir ke pipi tanpa ada sesiapa pun yang perasan keadaan itu.

"Mus." Terasa bahunya disentuh perlahan. Dia tahu siapa gerangan itu.

"Mus," Panggil Absyar sekali lagi sebelum menarik lelaki itu untuk bangun dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Terus Absyar terlihat wajah itu sudah basah dengan air mata. Buat pertama kali sejak mengenali Mustaqim yang ceria, lelaki itu kelihatan hancur seperti ini.

"Jangan perhati aku macam ni, malulah aku." Jemari Mustaqim laju mengesat pipi yang banjir dengan air matanya sendiri. Badan disandarkan pada kerusi dan kepalanya direhatkan pada dinding hospital.

"Buat apa nak malu? Normal seorang manusia menangis dalam keadaan macam ni, kau bukannya robot Mus. Kau manusia yang Allah cipta dengan bermacam perasaan." Kata Absyar sebelum dia pun turut bersandar, sama seperti Mustaqim.

Hospital itu sunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi dan mereka masih berkampung di sini.

"Apa akan jadi pada keluarga aku, Cad. Mama dan baba kena tangkap. Nenek dalam red zone. Zinnirah kena ro—" Liur sendiri ditelan mahupun terasa kelat. Diri itu sekali lagi dihurung rasa sebak yang menggila.

"—aku tak sangka, mama aku boleh butakan mata dengan apa yang baba aku buat pada Zinnirah, Cad. Bukan sekali, tapi banyak kali dia tanggung dan pendam hal ni sendirian. Dia kena dera, Cad. Dia... Dia kena rogol dengan baba sendiri. Cad...macam mana aku nak tenangkan dia kalau bila dia bangun nanti sedangkan aku pun hancur, Cad?" Sekali lagi air mata jantannya meleleh jatuh ke pipinya. Rasa malu sudah terhapus, dia hanya meluahkan rasa sedihnya ketika ini.

Absyar hanya diam dan cuba berlagak tenang walaupun setiap kali mengingati kejadian di rumah temannya itu, darahnya menggelegak hebat. Keadaan Zinnirah yang nyawa-nyawa ikan tadi benar-benar bagai mahu merenggut nyawanya keluar daripada tubuh badannya sendiri.

Darah yang keluar daripada kepala gadis yang selama ini dia kagumi dari jauh...benar-benar menghancurkan hatinya. Dalam hati, dia hanya mampu berharap dan berdoa agar gadis itu mampu bertahan hidup. Hanya itu yang dia pinta.

"Mus..."

"Hm."

"Kau dah buat keputusan yang terbaik sebagai seorang abang, sebagai seorang cucu dan sebagai seorang anak. Walau apa pun yang terjadi, jangan salahkan diri sendiri."

Terus lelaki itu berpaling menghadap Absyar yang masih beriak tenang.

"Kenapa?" Dahi itu berkerut.

"Untuk menerima takdir itu susah. Untuk menyalahkan diri sendiri itu sangat mudah, Mus. Namun, ia datang dengan pakej yang bakal menghancurkan hidup kita sedikit demi sedikit. Jadi, tolong dengar cakap aku. Redha itu perit namun di belakangnya ada kemanisan yang mungkin mengambil masa yang lama untuk kita rasainya." Absyar terus menepuk berkali-kali bahu Mustaqim yang jatuh itu.

"Aku...tak tahu, Acad." Keluhan terlepas daripada bibirnya.

"Tak apa, semuanya berlaku dalam keadaan yang sangat tiba-tiba. Dan kau, kena tanggung ni sorang-sorang. Kau serabut sekarang ni, aku faham." Mustaqim hanya mampu mengangguk menyetujui apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.

"Kau belum solat isyak, kan?" Soalan Absyar hanya dibalas dengan gelengannya.

"Kau pergi surau, pergi solat isyak. Buat sekali solat taubat dan solat hajat. Doa banyak-banyak pada Allah kerana hanya Dia yang mampu tolong kita sekarang ni, Mus. Tenangkanlah hati kau dengan solat buat masa sekarang ni, pergilah. Aku akan tunggu nenek dan Zinnirah di sini. Kalau ada apa-apa, aku telefon kau." Pujuk Absyar sekali lagi apabila melihat wajah lelaki itu sangat kusut.

Sudahlah baru saja tiba di rumah, masalah besar pula datang bertimpa-timpa ke atas bahu. Jangan katakan mahu rehat, makan pun Mustaqim tidak sempat kerana dia hanya mahu menikmati masakan Zinnirah. Kasihan sahabatnya itu.

Mustaqim terus bangun dari duduknya apabila mendengarkan nasihat daripada Absyar. "Apa-apa, call." Absyar hanya menggangguk lalu tersenyum kecil.

Mustaqim melangkah longlai menuju ke surau di tingkat itu. Pintu dibuka, suram saja kelihatan surau itu pada ketika ini.

Suis lampu dan kipas ditekan lalu kawasan itu menjadi terang-benderang. Kaki melangkah ke tempat berwuduk. Air sembahyang diambil dengan penuh teliti.

Sejadah yang tergantung diambil lalu dihampar. Takbir diangkat dan solat ditunaikan.

Seusai saja melaksanakan kewajipan, dia menuruti cadangan Absyar. Solat sunat taubat dan solat sunat hajat dilaksanakan. Lama dia bersujud sehingga basah sejadah itu dengan air matanya yang tidak kering jatuh.

Selesai saja memberi salam, dia berteleku lama di atas sejadah itu sambil beristighfar, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah SWT.

Dengan penuh rendah hati, tangan diangkat separas dada untuk berdoa. Sebak kembali menyerbu jiwa yang pada awalnya sudah tenang.

"Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Allaahumma Annta Rabbii Laa iLaaHa ilLaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Maas-Tatha-Tu ‘A-Uudzu-Bika Min Syarrimaa Sona’-tu, Abuu-U-Laka Bini’matika Alayya, Wa Abuu-U BiDzanmmBi, Fagh-Fir-Lii Fa-innahu Laa Yagh-Firudz-DzunuuBa ilLaa Annta.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau."

Basah lagi pipinya dengan air mata. Ya Allah, begitu banyak dosanya. Akan termakbulkah doanya ini?

"Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu."

Sudah teresak-esak keadaan Mustaqim ketika itu. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan beban yang berkumpul dalam hatinya sejak tadi. Beratnya, Ya Allah.

"Ya Allah aku mohon kepadaMu, kau sembuhkanlah nenek dan adikku. Kau jauhkanlah mereka daripada segala penyakit yang mematikan, Kau angkatlah segala sakit yang sedang dirasai oleh mereka sekarang Ya Allah. Kau sembuhkanlah mereka, ringankanlah beban yang mereka rasa. Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon dan meminta pertolongan."

Air hidung hanya dibiarkan jatuh. Dia benar-benar mahu bermunajat kepada Allah. Dia mahu nenek dan adiknya sihat seperti sedia kala. Dia mahu semua itu kembali.

"Bismillah, bismillah, bismillah. U'idzuka bi izzatillahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadziru. As’alullahal 'adhima rabbal 'arsyil 'adhim an yasyfiyaka.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar

Washollallahu 'ala sayyidina muhammad,  wa'ala alihi washohbihi wasallam, walhamdulillahi robbil 'alamin."

Telapak tangan diraup ke wajah dan ditekup lama. Esakkan itu bertambah kuat.

"Ya Allah, aku tidak cukup kuat untuk ujian ini. Bantulah aku Ya Allah."

Deringan telefon itu mengejutkan Mustaqim daripada terus hanyut dalam tangisannya. Air mata dikesat sebelum panggilan dijawab.

"Hello." Serak suara itu menjawab panggilan Absyar.

"Mus, aku nak kau bawa bersabar dengan berita yang akan aku sampaikan." Hati Mustaqim mula berdegup kencang dengan ayat yang keluar daripada bibir Absyar.

"Kenapa ni Cad, jangan buat aku takut." Badannya terus bangun berdiri, segala suis ditutup. Kaki bergerak laju meninggalkan surau hospital itu.

"Mus...nenek dah tak ada."

Terus kaki itu terpasak pada lantai, tidak mampu digerakkan. Berita ini yang paling dia takutkan.

"Allahuakhbar..." Terus terjelopok jatuh Mustaqim pada lantai hospital itu.

Ya Allah, secepat inikah Engkau mengambil nenek dariku?

Nenek... Kenapa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience