7 TAHUN KEMUDIAN...
JAMBANGAN bunga di dalam genggaman diperhati lama sebelum hujung bibir mengukir senyuman indah. Kaki melangkah dengan penuh gagah ke arah kelompok orang ramai yang sudah mula berselerak di luar dewan.
Leher dipanjangkan untuk mencari seseorang. Di mana dia?
Mata tertancap pada gerangan yang keseorangan di hujung tangga dengan wajah serius tanpa sebarang senyuman. Lelaki itu mula melangkah ke arah itu, jambangan bunga disembunyikan di belakang badannya.
"Assalamualaikum, Zinnirah."
Serentak itu, gadis itu terus berpaling dengan pantas sebelum matanya tertancap pada gerangan yang sungguh kacak pada hari ini.
"Waalaikumsalam...Absyar."
Senyuman kecil mula terukir pada bibir gadis itu, membalas senyuman lebar Absyar yang tidak pernah berhenti mengoyak senyum.
"Tahniah dan happy graduation to our future Ar. Zinnirah Alwie." Jambangan bunga ros tadi dihulurkan ke hadapan wajah Zinnirah. "Nah, untuk awak."
"Terima kasih Absyar, walaupun saya graduan tua. Dah 27 tahun baru nak graduate from degree." Zinnirah menelan fakta yang agak perit bagi dirinya. Kerana apa? Kerana garis masa kehidupannya sidah berubah 180°.
"Umur bukan penghalang untuk belajar, Zinnirah. Not only you, saya pun graduan tua sebab lambat mula belajar. So, don't be insecure with your age. You've done your best and you're the best among the best. Kalau tak, takkan awak dapat anugerah pelajar terbaik tadi, Zinnirah."
Ah, lelaki ini sungguh bijak berkata-kata. Hati Zinnirah mula berasa lega dengan bait bicara lelaki itu.
"Thank you for your words but awak tak perlu pun bagi saya bunga ni. I don't mind if you come with empty-handed." Tetapi, bunga itu tetap dibawa ke hidung dan dihidu aromanya dengan penuh perasaan.
Wangi dan menenangkan.
"Takkan saya nak datang bawa diri je kan? So, a bouquet of roses can make you happy?" Soalan itu menyebabkan wajah Zinnirah berubah merah, sama seperti ros yang di dalam pegangannya. Absyar tergelak kecil melihat reaksi itu, comel.
"Mana Abang Zhafran dan Kak Zulaikha?" Soal Absyar, cuba mengubah suasana yang tiba-tiba menjadi janggal.
"Ada dalam dewan, tak boleh nak keluar sebab ramai sangat manusia di situ." Jawab Zinnirah sambil tersengih kecil apabila teringatkan suara Zhafran tadi. Panas betul lelaki itu apabila tersangkut di dalam sana. Sabarlah, bang. Ini ujian.
"Mus, mana?" Tanya Zinnirah apabila tidak nampak kelibat abangnya yang satu itu.
"Dia lambat sikit, ada emergency case di hospital tadi. Sebab itu, saya datang dulu." Terang Absyar dan Zinnirah hanya mengangguk tanda faham.
Mustaqim sangat sibuk apabila dia mula bekerja sebagai doktor kontrak di hospital kerajaan sejak 2 tahun yang lalu. Lelaki itu, tidak pernah mengenal erti lelah walaupun perlu menjaga Zinnirah yang sakit fizikal dan mental dahulu. Zinnirah sangat terhutang budi pada abangnya itu.
"Absyar... Saya nak minta maaf." Ujar Zinnirah secara tiba-tiba apabila mereka mendiamkan diri.
"Maaf untuk?" Terus berkerut dahi itu mendengar ucapan Zinnirah.
"7 tahun lepas, saya bawa awak ke ambang kematian. Saya belum sempat minta maaf pada awak dan terima kasih selamatkan saya. Bukan sekali tapi berkali-kali, terima kasih." Matanya memanah lama mata Absyar yang bersinar. Lelaki ini tidak pernah sekali pun menunjukkan masalah yang dia ada. Zinnirah hairan, Absyar ni manusia ke?
"It's okay, Zinnirah. We're alive, right? Alhamdulillah, thanks to abang bomba datang cepat. Jadi kita boleh jatuh atas belon besar tu." Kata Absyar sambil ketawa kecil.
Ya, umur mereka masih panjang walaupun selepas kejadian itu Zinnirah mengalami komplikasi yang teruk. Luka di kepalanya kembali terbuka dan dia kehilangan banyak darah disebabkan keguguran.
Orang tuanya, ditahan berpuluh tahun di dalam penjara atas kesalahan merogol, melakukan amang seksual dan mendera gadis itu. Akhirnya, kebenaran sudah termaktub dan Zinnirah dapat hidup tanpa gangguan manusia yang tiada hati perut itu.
Gadis itu telah melalui masa yang sangat sukar sepanjang 7 tahun itu. Dan apabila Absyar melihatnya hari ini, memegang skrol ijazah dalam bidang seni bina, Absyar berasa sangat bangga.
She finally did it.
Zinnirah did it, perfectly.
"Maaf juga atas kata-kata dan layanan saya di hospital dulu. Saya...tak waras dulu." Kepala mula menunduk apabila mengingatkan apa yang telah dia lakukan pada semua orang.
"Tak apa, saya tak simpan dalam hati pun. Jangan risau, saya tak marah." Semakin lebar senyumannya melihat wajah gadis itu yang sudah tertutup dengan bunga.
Eh, bila nak berhenti comel ni?
"Zinnirah..." Nafas ditarik dan dihembus lama. Dada mula berdetak hebat.
"Zinnirah." Panggil Absyar sekali lagi.
"Look at me, please." Sejurus itu, bunga yang menghalang wajahnya, Zinnirah tarik ke bawah lalu memandang wajah bersih lelaki itu.
"Kenapa?"
"Jom..."
"Jom?"
"Jom, kahwin." Absyar terus menggigit dalam pipinya. Sumpah, jantungnya rasa mahu tercabut.
"Hah? Kahwin?" Membulat terus mata gadis itu.
"Ya, jom kahwin. Lama saya tunggu awak dan lama juga saya pendam perasaan nak ajak awak kahwin, Zinnirah. "
Zinnirah mencari mata itu dan apa yang dia lihat hanyalah kejujuran terbias dari mata itu. Lelaki ini serius?
"Saya...saya tak sesuai untuk awak, Absyar." Luah Zinnirah. Ya, dia tidak layak untuk lelaki itu.
"Sebab?"
"You know my past, Absyar. You deserve someone better. Not me." Keluhan terlepas daripada bibir mungilnya.
"Because I know about your past, I want to protect you more, Zinnirah. I want to spend my life with you and die in your arm. Please, Zinnirah?"
Zinnirah terkedu mendengar jawapan Absyar. Lelaki ini...kenapa dengan lelaki ini?
"You deserve someone better than me. I have nothing left for you to be proud of, Absyar."
"Then, can you be that 'someone better' for me, Zinnirah?"
Sekali lagi, kakinya terpaku dengan jawapan Absyar.
Ya Tuhan, lelaki ini benar-benar serius dengan ayatnya.
"Absyar... Please..." Bawah bibir digigit menahan rasa. Dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa untuk lelaki ini.
"Saya ada soalan untuk awak, Zinnirah. Awak sayangkan saya ataupun tak? Awak cintakan saya ataupun tidak?" Terus merah muka Zinnirah dengan soalan itu.
Allah Tuhan, Absyar. Malulah aku! Tengah ramai orang ni.
Jeda.
"Saya tanya ni, Zinnirah."
"Ish, awak pergilah masuk meminang saya. Lepas kahwin saya jawab soalan awak." Zinnirah terus melarikan diri setelah menjawab soalan Absyar itu. Mukanya sudah merah tanda malu.
Absyar hanya terkedu lama sebelum dia memahami maksud gadis itu. Senyuman lebar mula ditarik. Hampir saja dia melompat gembira.
Atiya yang datang bersama Mustaqim didekati sebelum dia memeluk gadis itu.
"Tahniah akak, happy graduation!"
"Thank you, Ati. Love you! Ibu tak datang?"
"Tak, Ati datang sorang. Ni pun terserempak dengan abang Mus tadi." Jawab Atiya sambil tersengih. Dia bersyukur, hubungan mereka adik-beradik sudah membaik apabila Atiya memilih untuk redha dan menerima bahawa babanya adalah pemangsa. Jujur, sukar untuk dia dapatkan kepercayaan mereka namun dia hanya bersabar. Dan inilah hasil sabarnya, mereka dapat berkumpul sebagai adik-beradik tanpa ada rasa dendam yang bertapa dalam hati.
"Tahniah sayang Mus. Mus bangga dengan Ji." Pelukan telah berpindah pada Mustaqim sebelum lelaki itu mengucup perlahan tepi tudung adiknya itu.
Sebak memenuhi dada apabila melihat Zinnirah sudah berjaya mengecapi apa yang dia inginkan setelah berbagai dugaan hebat yang dia lalui.
Adiknya seorang wanita hebat.
"Terima kasih, Mus." Pelukan diperketatkan. "Ji sayang Mus sangat-sangat."
"Love you too."
"Jom kita ambil gambar." Suara Zhafran dari arah belakang yang jalan berpimpingan tangan bersama Zulaikha telah mengejutkan mereka semua.
"Jom!" Jawab Atiya bersemangat dan bergerak mendekati abang sulungnya itu.
"Jom, kita pergi." Kata Mustaqim sebelum menarik tangan gadis itu.
"Kejap, Mus pergi dulu."
"Okay."
Kakinya melangkah mendekati Absyar yang hanya memerhatinya dari jauh.
"Awak, jom ambil gambar." Ajak Zinnirah sambil memandang telinga lelaki itu. Dia sudah tidak berani menatap mata lelaki itu setelah apa yang dia lakukan tadi.
"Tapi saya bukan ahli keluarga awak." Balas Absyar, pasrah.
"Soon, you will be my family. Dah, jom cepat." Terus Zinnirah bergerak meninggalkan lelaki itu sekali lagi sambil tersenyum kecil. Gila.
"Eh, tunggulah saya!" Absyar turut berlari anak ke arah keluarga kecil itu.
Tuhan, inikah bahagia yang dicari selama ini?
Jika ya, terima kasih Ya Allah walaupun perjalanan tidak seindah yang disangka. Namun, masih tercipta pelangi di hujungnya kerana setiap keperitan akan disusuli dengan kemanisan yang tak terjangkau dek akal manusia.
Terima kasih, Ya Allah.
Redha bukan sesenang seperti mengucapinya namun apabila sekali merasai manisnya redha itu, hidup menjadi terasa lebih tenang dan bahagia.
Indahnya permainanMu, Ya Allah.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya. — Al-Baqarah : 286
TAMAT
(1 Mei 2023 - 26 Ogos 2023)
Share this novel