TW: Panic Attack, Suicidal Thoughts
MATANYA terbuka luas dengan nafas yang tidak teratur di atas perbaringan itu. Badannya menggeletar ketakutan.
Mimpi itu...datang lagi.
Wajah baba menghantuinya lagi.
Dadanya turun naik dengan cepat tanda nafasnya sudah tidak sekata. Mata mula berair menahan takut tak terperi. Badan mula berpeluh dan menjadi sejuk.
Tangannya naik ke dada, mengurut dengan tangan yang bergetar hebat. Kerongkongnya terasa ketat. Dadanya berasa sakit yang maha hebat.
Zinnirah cuba untuk bertenang. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan walaupun agak sukar. Namun, pernafasan menjadi semakin cepat. Mindanya cuba dikosongkan daripada memikirkan mimpi ngeri itu lalu Zinnirah memberi fokus pada teknik pernafasannya.
Setiap kali menghirup nafas dengan dalam dan menghembuskannya dengan tenang, Zinnirah berharap sakit itu akan pergi jauh-jauh.
Dia berharap agar mimpi itu tidak akan datang lagi. Sungguh dia takut.
Teknik pernafasan itu dilakukan berkali-kali sehingga keadaan dirinya menjadi tenang dengan sendirinya. Apabila sudah semakin okay, Zinnirah bangun daripada perbaringannya.
Air mata yang membasahi pipi dilap dengan tapak tangan. Dia menatap kosong pada dinding bilik itu. Kaki dijuntaikan ke bawah sebelum tangan itu dipanjangkan untuk mencapai telefonnya di tepi bantal.
10.15 malam.
Dia tertidur selepas solat isyak namun tidak sangka pula akan mendapat mimpi seperti itu. Keluhan kecil terlepas daripada bibir.
Botol air dicapai dan diteguk sehingga habis. Tenaganya bagai habis disedut oleh kejadian tadi. Sesekali matanya dipejamkan untuk kekalkan ketenangan diri. Risau pisang berbuah dua kali.
Tangan yang terasa kebas diurut perlahan. Kakinya cuba berasa lembik dan bakal jatuh jika berdiri pada ketika itu juga.
Hampi setengah jam masa yang dia ambil untuk mendapatkan tenaganya kembali walaupun hanya sedikit cuma.
Jaket Mustaqim diambil dan tudung sarung dipakai. Dia mahu keluar ke pantai untuk mengambil angin. Telefon turut dimasukkan ke dalam poket jaket.
Pintu bilik dibuka dan ditutup rapat. Access card turut dimasukkan ke dalam jaketnya.
Kakinya mula berjalan tanpa arah. Apa yang dia tahu, dia mahu mendengar suara ombak.
Suara sorakan orang ramai yang melihat pertunjukan api sedikit pun tidak dapat menarik perhatian Zinnirah. Dia hanya mahu sendirian tapi bunyian yang membingitkan telinganya.
Kaki dilangkah menjauh ke hadapan sebelum dia duduk di salah satu tempat yang masih disinari cahaya lampu daripada lampu yang dipasang pada pokok-pokok di situ.
Tangannya mula memeluk lutut. Menikmati laut gelap yang hanya disinari cahaya bulan. Ombak yang membadai sisiran pantai menjadi lagu indah buat dirinya.
Indah namun tidak dapat membuatkan gadis itu tersenyum walau sedikit. Matanya masih suram, langsung tidak bercahaya.
Hati ini tidak dapat menipu apa yang dia rasa. Dan mata itu hanya memancarkan setiap apa yang dirasai oleh hatinya.
Dia cuba untuk terima takdirnya namun menghadapinya tidak semudah seperti yang diperkatakan.
Dia cuba, jujur dia cuba. Namun kenapa ia begitu susah dan perit buat gadis sepertinya? 19 tahun yang menyeksakan.
Sejujurnya, dia sering membandingkan dirinya dengan orang lain. Kerana apa? Kerana dirinya ini tidak pernah dihargai dan kewujudannya bagai tidak diiktiraf oleh keluarga sendiri.
Dengan perbandingan itu, mungkin dia akan jumpa di manakah kekurangan dirinya sendiri sehingga sampai sebegini nasib hidupnya.
Kelam dan suram seperti gelapnya malam. Tapi untungnya malam, masih disinari cahaya bulan. Tidak seperti dirinya, gelap tanpa cahaya. Hitam kelam seperti orang buta.
Setitis air matanya jatuh ke pipi apabila terkenangkan takdir hidupnya yang tidak pernah bahagia. Dia sedih dengan situasinya sekarang.
Agaknya kalau dia mati, orang di sekelilingnya bakal mengingati dirinya atau tak? Mereka akan bersedih dengan kehilangannya atau pun tidak? Mereka akan menyesal atau tak dengan setiap apa yang mereka lakukan terhadap dirinya?
Mati?
Hati terdetik sesuatu. Mata masih memandang ke laut dalam.
Adakah laut itu akan memeluknya erat sehingga penghujung nyawanya?
Pelukan yang sangat erat, yang tidak pernah diberikan oleh sesiapa pun.
Kalau dia mati...
"Zinnirah." Teguran itu menyebabkan fikirannya tadi hilang dibawa angin.
"Zinnirah, awak okay ke?" Tangan Absyar dilambaikan di hadapan wajah Zinnirah yang seperti masih dibawah lamunan.
Zinirah terus memandang wajah Absyar dihadapannya itu dengan pandangan kosong.
"Okay..." Perlahan dia menjawab.
"Boleh saya duduk sini?" Tempat di sebelah Zinnirah ditunjuk.
Zinnirah terus menggeleng laju. "Jauh sikit."
Absyar tersenyum. Dia faham maksud gadis itu. Akhirnya, dia berhadapan dengan Zinnirah namun sejauh beberapa kaki.
Dia tahu, Zinnirah takut keadaan mereka bakal menjadi fitnah. Jadi, jarak mereka cukup jauh namun masih boleh berbual dalam jarak ini, terima kasih juga pada angin yang membawa suara mereka.
"Saya ada letak kitkat tepi awak, makanlah." Kata Absyar apabila mereka hanya diam tanpa kata-kata.
Terus Zinnirah menoleh ke sebelahnya sebelum terhenti kepada satu plastik hijau yang dipenuhi coklat. Bukan hanya kitkat tapi banyak lagi jenama coklat yang lain.
Terus matanya mencari wajah lelaki itu. Rambutnya terbuai ditiup angin, wajah itu masih tersenyum memandangnya.
Murah betul Absyar dengan senyuman. Zinnirah jadi hairan. Dulu dia pun seperti Absyar, sentiasa tersenyum ikhlas. Namun sekarang, senyumannya hanya palsu semata-mata. Cukup untuk mengaburi mata orang lain.
"Terima kasih." Pendek namun membuatkan hati Absyar berbunga.
"Sama-sama, awak makanlah sambil kita berbual. Boleh kan, saya nak bersembang dengan awak?" Zinnirah hanya mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju. Pada masa yang sama, tangan itu mengoyakkan plastik kitkat sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
"Awak...okay?" Soalan itu lagi. Zinnirah mengeluh perlahan.
"Kenapa awak nak tahu saya okay ke tidak?" Kening dijungkitkan ke atas. Matanya memandang wajah kacak itu.
"Because you don't look okay. You look unwell, awak nampak pucat dan lost." Jujur Absyar berkata sambil membalas pandangan mata yang kosong, tiada sinar itu.
Apa yang dipendam oleh gadis ini? Kenapa jiwa lelakinya memberontak mahu mengetahui tentang gadis yang hanya dikenali sebagai adik Mustaqim.
"Because this is the real me. The unwell, the pale, the problematic and the lost one. Awak patut bersyukur awak dapat lihat keadaan saya macam ini because no one has ever seen me like this." Jawab Zinnirah panjang. Entah kenapa, dia terasa seperti mahu berceloteh.
"Even Mus?"
"Nope, Mustaqim terkecuali. He knows me very well."
"So, I might be the special one. Sebab saya dapat kenal versi awak yang ini." Usik Absyar sambil tersengih.
Zinnirah hanya tersenyum kecil melihatkan gelagat lelaki itu. Kuat perasan.
"Soalan ni macam kurang sopan, tapi awak sakit apa? I saw you consumed a lot of pills." Dahi itu berkerut menantikan jawapan gadis di depannya yang masih mengunyah coklat.
Jeda. Lama dia menanti jawapan.
"Saya penghidap SLE. Almost 3 years. Awak budak medik, jadi awak boleh kaji sendiri." Balas Zinnirah bersahaja.
"SLE?"
"Ya."
"Sakit tak?"
"What kind of question is that? Mestilah sakit."
"Sorry." Kata Absyar sambil menggaru kepalanya. Bodoh Absyar, kenapa tanya soalan macam tu!
"Tak apa."
Zinnirah mula mendongak memandang langit sebelum tertancap pada satu bintang yang bercahaya cerah berbanding yang lain.
"Terangnya." Perlahan suara Zinnirah namun masih didengari oleh Absyar. Terus lelaki itu menoleh ke belakang dan turut menghadap langit. Bintang yang disebut terang oleh gadis itu dilihat.
"Itu Betelgeuse." Kata Absyar tanpa menoleh ke belakang.
"Apa jus?" Ulang Zinnirah sambil melihag belakang lelaki itu.
"It's Betelgeuse. That star is the tenth-brightest star in the night sky. Luckily, kita dapat tengok Betelgeuse dengan jelas malam ni." Terang Absyar dengan penuh ilmu. Zinnirah secara tiba-tiba berasa kagum dengan lelaki itu.
"Can i be bright as Betelgeuse in my life that full with dark?" Secara tiba-tiba, Zinnirah bermadah pujangga apabila terkenangkan hidupnya.
"Letak kepercayaan pada diri sendiri and then you can be bright as that star or maybe the brightest star. Just trust yourself and keep moving forward and never look back. You know your own potential, Zinnirah. Jangan biarkan semuanya menjadi sia-sia." Kini, badannya dialihkan kembali berhadapan dengan gadis itu.
Apa yang dia dengari hanyalah desahan nafas yang kuat.
"I just... I just didn't know how to put trust in myself."
Kata-kata itu menyebabkan mereka berdua terdiam. Hening malam menjadi peneman.
Sesukar itu kah mindset seorang Zinnirah? Apa yang membuatkan gadis ini bereaksi seperti ini?
Share this novel