MUJUR saja latihan rumah sukannya tamat awal pada hari ini. Suhu yang sangat panas membuatkan kulit Mustaqim terasa seperti dibakar. Pondok kecil didekati sebelum air dalam botol itu diminum.
Matanya turut memerhati Zinnirah yang hanya terduduk di bahagian rumah sukannya yang berhadapan dengan rumah sukannya.
Keluhan dihela perlahan.
Beg sekolah diambil, motorsikal di parkir pelajar didekati. Motor itu, hadiah hari jadi daripada baba. Dia pula sekarang dalam proses pengambilan lesen. Doakan Mustaqim lulus JPJ Khamis ini!
Sekolah ditinggalkan untuk ke suatu tempat.
Dalam masa yang sama, Zinnirah memerhatikan pemergian Mustaqim dari jauh. Semarah itukah Mustaqim terhadap dirinya? Nampaknya, Zinnirah perlu jalan kaki untuk pulang ke rumah.
"Ji, kau okay ke?" Tegur Atikah yang baru saja selesai dengan latihan lompat jauh. Dia melabuhkan duduk di tepi Zinnirah yang mengelamun.
"Okay."
Atikah terus mengerutkan dahinya mendengarkan jawapan itu.
"Okay? Kalau kau okay kenapa kau duduk je dari mula latihan sampai habis? Kau datang hanya untuk kehadiran je." Bidas Atikah, cuba untuk mencungkil masalah temannya itu.
"Bukannya aku saja tak join latihan, aku kurang sihat sikit. Pening kepala."
Zinnirah tidak menipu, kepalanya terasa agak berat sejak dari tadi. Luka didahi sudah ditempek dengan kapas muka dan ditampal dengan sellotape. Nasibnya baik hari ini kerana dia ada bawa tudung sarung hitam. Tak adalah dia akan menarik perhatian dengan tudung putih penuh darah itu.
"Dahi kau tu kenapa?"
"Jatuh tangga."
"Kenapa cemerkap sangat ni, Ji? Macam-macamlah kau ni." Atikah menggelengkan kepala berkali-kali mendengar jawapan Zinnirah.
Cuai.
Zinnirah hanya tersengih tanpa berkata apa-apa. Dia tidak mahu menceritakan perkara yang sebenarnya, biar dia rahsiakan hal ini dahulu. Masalah antara dirinya, Megat dan Mustaqim tidak perlu dibesarkan.
"Semua dah boleh balik, terima kasih sebab hadir latihan petang ni. Jangan lupa cooling down ya semua."
"Baik, terima kasih cikgu!" Bergema satu padang apabila suara pelajar yang teruja untuk pulang ke rumah apabila seharian di sekolah.
"Aku balik dulu, Ji. Bye!" Atikah melambaikan tangannya dengan gembira apabila melihat kelibat ayahnya di luar pagar sekolah.
Zinnirah hanya tersenyum kecil sebelum membalas lambaian itu.
Perhentian bas dijejaki. Kepala yang pening cuba dikurangkan dengan memejamkan mata. Kepalanya disandarkan ke bahagian belakang tempat duduk.
Apabila buka saja mata, bumi kelihatan berputar.
Macam mana dia nak balik kalau begini?
Nafas dihela dan mata ditutup kembali. Dahi turut berkerut.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
-----
"Terima kasih." Senyuman turut diberikan sebelum Mustaqim keluar dengan bersahaja dari farmasi itu. Jam ditangan ditilik.
6.45pm
Dia sudah terlambat untuk ambil Zinnirah. Dengan gelabah, dia terus memecut motor itu laju ke arah sekolah.
Setibanya di kawasan tepi sekolah, jalan itu kelihatan gelap kerana sudah hampir masuk waktu maghrib. Dia bergerak ke depan lagi untuk mencari kelibat adiknya itu.
Nafas dihembus lega, Zinnirah yang berjalan perlahan didekati sebelum beg di belakang dipegang.
"Ji, naik."
Hampir saja penumbuk Zinnirah melekap pada wajah kacak itu. Ya lah, sergah orang tanpa salam. Siapa ja yang tak terkejut? Kakinya terus terpaku di tepi motor.
"Ji, naiklah. Dah nak malam ni." Tegur Mustaqim sekali lagi setelah tiada balasan daripada Zinnirah.
"Okay." Tote bag terus diletakkan ke dalam bakul. Helmet diambil dan dipakai perlahan. Kepalanya masih berpusing, dia tidak dapat bertindak dengan laju.
"Sini." Mustaqim terus mengunci tali topi keledar Zinnirah sebelum menyuruh gadis itu naik secepat mungkin.
"Mus, Ji pening." Kata Zinnirah seraya menggenggam erat tepi baju sukan Mustaqim. Dia takut terjatuh daripada motor yang ditunggangnya itu. Mata dipejam erat.
"Hah?"
"Ji. Pening." Ulangnya sekali lagi dengan nada lebih kuat. Secara tiba-tiba terasa tangannya ditarik untuk memeluk pinggang Mustaqim. Lengannya dipegang erat.
"Sabar kejap Ji, lagi sikit je nak sampai rumah." Kata Mustaqim sebelum melajukan motornya. Sesekali cermin sisi dipandang untuk melihat keadaan Zinnirah.
Zinnirah hanya mengangguk tanda faham. Kepala dilentokkan ke bahu Mustaqim kerana dia berasa seperti di awang-awangan sekarang.
Motor diparkir di bawah garaj rumah sebelum Mustaqim turun terlebih dahulu. Bahu Zinnirah dipegang dengan sebelah tangan.
"Ji, buka mata. Kita dah sampai, jom masuk." Tiada respon.
"Ji." Masih tiada respon.
"Ji." Kali ini dengan pakej menampar lembut pipi itu setelah helmet dibuka.
"Hm."
Mustaqim menghela nafas lega, dia fikir Zinnirah pengsan.
"Jom masuk rumah."
Secara perlahan, Zinnirah turun daripada motorsikal dan bergerak mendekati pintu rumah. Tombol pintu dipulas namun terkunci.
"Mus... Kunci." Mustaqim terus mencari kunci rumah di tempat persembunyian dengan pantas.
Rumah yang gelap menandakan mama dan baba mereka belum pulang.
Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin
Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Salam diberi dan bilik Zinnirah ditujui.
"Ji rehat, Mus masakkan bubur." Belum sempat Mustaqim mengundurkan diri, gadis itu menarik perlahan lengannya.
"Tak perlu masak bubur. Mama... Mama dan baba tak makan bubur... Masakkan nasi je Mus. Ji... Ji okay." Kata Zinnirah dengan susah payah.
"Apa yang okaynya? Cakap pun semput, apa yang okaynya Zinnirah Alwie?" Kata Mustaqim dengan sedikit tegas. Zinnirah yang hanya duduk dikatil terus menunduk.
Mustaqim terus beredar ke dapur. Bubur untuk Zinnirah dimasak dan makanan untuk dirinya serta mama baba tidak dilupakan. Hanya lauk yang mudah, telur masak kicap. Dia manalah tahu nak masak makanan mewah seperti Zinnirah, lauk ini pun sudah cukup buat mereka nanti.
Ikan bilis turut digoreng rangup buat Zinnirah makan dengan bubur nasi nanti.
Azan maghrib yang berkumandang mempercepatkan tindak-tanduk Mustaqim yang agak pincang dek kerana jarang masak.
Siap saja masakannya, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Nak menghadap Allah, kenalah pakai cantik-cantik dan wangi. Allah kan suka yang perkara yang indah.
Doa dibaca panjang. Rintihan hatinya, hanya Mustaqim dan Tuhan saja yang tahu.
Sejadah dilipat, dapur ditujui. Bubur nasi yang sudah ditabur ikan bilis diletakkan ke atas dulang. Tepinya disediakan air suam dan panadol. Dengan berhati-hati Mustaqim mendekati bilik Zinnirah yang terbuka luas.
Kelihatan gadis itu telah tidur dengan tudung dan stoking tidak sempat dibuka. Dulang diletakkan di meja belajar sebelum Mustaqim dengan pantas menuju ke dapur dan mengisi gayung dengan air. Ubat yang dibeli di farmasi tadi turut sempat dicapai. Bilik Zinnirah kembali ditujui.
Tudung gadis itu dibuka berhati-hati, tidak mahu mengejutkan tidurnya yang lena. Stoking turut dibuka. Kapas yang dilekat dengan sellotape dicabut.
Luka itu Mustaqim tatap lama.
Kain dicelup ke dalam air sebelum dilap sekeliling luka itu dengan penuh berhati-hati. Dahi Zinnirah sudah bengkak.
Alcohol pad diambil dan dicuci pada bahagian luka yang sudah kering darahnya. Sapuan yang agak pantas itu menyebabkan Zinnirah mendesis sakit dalam tidurnya. Pergerakan Mustaqim terus terhenti.
Keadaan itu statik selama beberapa minit sebelum dia kembali mencuci apabila Zinnirah sudah kembali diam. Kali ini, cecair iodin disapu ke tempat luka menggunakan cotton bud.
Hisss!
Mata gadis itu terbuka akibat kepedihan di dahinya.
"Mus..."
"Diam Ji, nak letak plaster ni." Plaster sebesar tiga jari selamat dilekatkan didahi licin itu. Siap sudah proses merawat.
"Terima kasih Mus." Ucap Zinnirah setelah lama berdiam diri. Dia hanya memerhatikan gelagat Mustaqim yang cuba menyibukkan diri dengan mengemas biliknya yang sudah sedia kemas.
"Hm."
"Mus... Mus marah Ji?" Soalannya kini menyebabkan anak matanya bertembung dengan lelaki itu.
"Kenapa pula nak marah? Mus bukannya kenal Ji selama 3 tahun pun." Katanya berjauh hati.
Zinnirah terus cuba bangun daripada perbaringan. Pening yang dirasai tadi semakin membaik. Rambut separas pinjam diraup ke belakang.
"Ji minta maaf. Ji tahu Mus marahkan Ji soal tadi. Ada sebab kenapa Ji larang Mus."
"Sebab? Apa sebabnya? Sebab dia kawan Ji selama 3 tahun?" Perli lelaki itu lagi.
"Bukan. Ji tak nak Mus kena panggil dengan pengetua atas tuduhan bergaduh. Ji tak nak Mus dapat masalah disebabkan Ji." Wajah lelaki yang duduk di meja belajarnya dipandang. Dia betul-betul maksudkan apa yang disampaikan.
"Jadi, Ji rela luka sebab tak nak Mus masuk bilik pengetua? Macam tu ke, Ji?" Matanya mencerlung tajam ke arah Zinnirah yang masih berpakaian sukan.
"Dia tak sengaja Mus, dia tak ada niat pun nak lukakan Ji."
"Asyik-asyik lelaki tu, Ji tak pernah fikirkan hal diri sendiri ke? Tadi pasal Mus, sekarang pasal Megat pula? Bila nak cakap untuk diri sendiri ni?" Suara cuba dikawal untuk tidak naik seoktaf.
"Ji okay Mus."
"Okay apanya kalau sampai bertelur dahi tu." Perlahan suara lelaki itu tapi masih dapat didengari oleh Zinnirah.
"Maaf."
Mustaqim berasa seperti mahu lakukan rolling eyes pada ketika itu. Maaf, maaf dan maaf lagi.
Kakinya terhenti daripada melangkah keluar apabila namanya diseru oleh Zinnirah. Tempat dihujung kaki Zinnirah ditepuk, memanggil lelaki itu untuk duduk di situ.
Kening dijongketkan tanda 'ada apa?'
"Tangan Mus pun perlukan rawatan juga." Ubat sapu yang turut dibeli Mustaqim dicapai. Buku lima lelaki itu yang lebam disapu ubat dengan penuh hati-hati.
"Mus pun sakit, janganlah berlagak hero." Kata Zinnirah sambik meneruskan sapuan.
"Bukan berlagak hero. Luka ni sikit je untuk orang lelaki." Ego.
"Suka hatilah, Mus. Ha, dah siap." Senyum lebar diberikan kepada abangnya yang masam sedari tadi.
"Senyumlah sikit." Tegur Zinnirah apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri.
"For what?"
"For me." Terus tertarik satu senyuman kecil di bibir Mustaqim setelah mendengar jawapan Zinnirah.
Manja!
"Ha, kan dah hensem kalau senyum." Usik gadis itu.
"Dahlah, jangan banyak cakap. Jom makan sekarang." Dulang yang sejak tadi di meja belajar terus dibawa ke katil. Zinnirah terus teruja melihat masakan Mustaqim.
"Terima kasih, Mus." Dia terharu.
"Sama-sama. Dah, makan cepat. Lepastu makan panadol. Nak tidur ke nak mandi lepasni, ikut suka Ji."
"Okay, sayang Mus. Terima kasih daun keladi. "
Mustaqim terus tersengih mendengar ayat Zinnirah.
Gadis ini memang tak boleh biarkan dia marah lama sikit ke? Kenapa pandai sangat sejukkan dia?
Share this novel