"UCU!" Ariff memanggil adik bongsunya.
Dia ni asal balik sini je cari aku. Yelah takkan nak cari jiran sebelah pulak. Dah kau adik dia ..Dia carilah kau!
"Ya..ucu kat swimming pool ni" Jerit Ain.
Ariff melangkah ke luar rumah.
"Ada apa?" tanya Ain sejurus kelibat abangnya di depannya.
"Baju kemeja abang yang warna putih dan hitam ada kat mana?"
"Baju kemeja? yang mana satu?"
"Alaa yang abang pos dari london tu. Dah lama dah."
"Ouhh yang abang Yen pos 3 tahun lepas"
"Ya. Abang baru teringat baju tu .Nasib tak beli baju lain."
"Ucu simpan dalam almari abang kaler coklat tu..almari lama."
"Okay thanks" Ariff terus masuk ke dalam rumah.
"Mentang-.mentang lah dah duduk London 5 tahun lebih sampai lupa semua benda dalam rumah ni. Takkan cari baju dalam almari pun tak jumpa." bebel Ain sendirian
"MANA baju tu? ucu cakap ada kat dalam almari ni. Takde pun. Hish. Aku ni dah lewat nak pergi office."
"yang aku ni pun satu apesal la pergi hantar ikut alamat rumah ni...ni entah-entah dah tak muat ."
Ariff terus membelek setiap inci barang dalam almari tersebut.
"Maybe dalam beg ni kut" Ariff mencapai beg hitam yang terdapat dalam almari atas sekali.
BUK! satu benda jatuh ke lantai
"Ehh..ni kan buku catatan aku yang tertinggal kat sini dulu." Ariff mencapai buku tersebut.
Dia baru teringat mamanya pernah letak sekeping gambar bakal isterinya .
FLASHBACK!
"Yen"panggil Datin Rohani
"Ya Maa"
"Nah" Datin Rohani menghulurkan sekeping gambar kepada anak lelakinya.
"Letak je kat situ maa..Nanti Yen tengok. Yen tengah busy ni"
"Kalau ye pun busy abang Yen. Tengok lah dulu gambar tu nantikan menyesal pula." Ain bersuara.
Ariff sebenarnya malas hendak mangambil tahu pasal perempuan yang bakal menjadi isterinya. Baginya pilihan mamanya pasti yang terbaik.Sebab itu, dia serahkan kepada mamanya semua hal.
"Takpe letak je kat situ" Datin Rohani mengeleng kepala. Dia amat memahami anak lelakinya itu.
"Mama letak dalam buku warna merah ni ye. Nanti senang kamu tengok."
"Okay maa"
BACK!
Ariff membelek buku itu untuk mencari gambar tersebut. Akhirnya terjumpa satu halaman dan terdapat sekeping gambar.
"Ya Allah, betul ke ni." Ariff terkejut melihat seorang insan dalam gambar tersebut.
Ariff berlari menuruni tangga dan menuju ke arah adiknya.
"Ucu" panggil Ariff kuat.
"Yaa ada apa pulak? jumpa tak baju tu?" tanya Ain.Hampir tersedak dia minum jus oren apabila dirinya dipanggil sebegitu.
"Ucu, betul ke dia ni yang mama nak jodohkan dengan abang ?" Ariff menunjukkan gambar tersebut kepada Ain.
"Yelah.. Kenapa?"
"Isya?"tanya Ariff lagi inginkan kepastian.
"Yaaaa..Kak Isya lah" Ain mengangguk.
"Macam mana abang Yen tahu nama dia 'Isya' ?" Giliran Ain pula bertanya.
Setahu dia Ariff langsung tidak mengetahui nama bakal isterinya sebab dia sendiri yang tidak mahu tahu.
Ariff pula dari tadi tidak berhenti senyum memandang gambar tersebut.
"Ucu kan pernah bagi phone number dia .Jadi abang tanya lah dia nama apa. Abang dah pernah contact dia dulu masa ucu bagi nombor dia tu" Tipu Ariff. Hakikatnya dia sudah lama mengenali Isya dari zaman sekolah lagi. Dan juga dia hanya tahu nama 'sara' sahaja masa contact dengan Isya.
"Ooo patutlah. Macam mana? cantik kan? dah jatuh cinta ke?"
"Dari zaman sekolah lagi abang jatuh cinta dengan dia Ucu. Sampai sekarang cinta abang pada dia takpernah pudar." bisik hati Ariff.
Patutlah bila bercakap dengan dia di telefon jantung ini berdegup laju. Ada makna lain rupanya dengupan tu.
Ain mengerutkan dahi melihat abangnya dari tadi tersengih. Memang sah! abang Yen dia dah dilamun cinta. Angau!
"Takpe lah abang masuk dulu nak bersiap pergi office nantikan papa bising pula masuk lewat" Ariff terus berlari anak ke dalam rumah.
Geram Ain dibuatnya. Persoalan dia dibiarkan begitu sahaja. Tapi sebenarnya Ariff sudah menjawabnya. Tetapi dalam hati je lah. Takkan nak beritahu adiknya hal sebenar.
Share this novel