Bab 40

Romance Series 23528

ISYA terasa sesuatu melilit pinggangnya dengan erat. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Ariff yang memeluknya dari belakang.

Angin bertiup sangat kuat sehingga rambut Isya yang mengurai itu terkena muka Ariff. Ariff pula cuba menahan rambut isterinya daripada terkena mukanya lagi.

Isya tahan tawa. Hah! Nak sangat peluk orang kan.

Ariff melepaskan pelukan itu dan berlalu masuk ke dalam. Kemudian, dia datang kembali.

Rambut Isya yang panjang itu diikat dengan perlahan. Senyuman Isya terukir gembira apabila Ariff berbuat sedemikian. Itu pertama kalinya Ariff mengikat rambutnya. Aww, so sweet. Rambut itu di ikat seperti ekor kuda.

"Kan lagi cantik.." Puji Ariff..Lalu kembali memeluk isterinya. Dagu diletakkan di bahu isterinya. Dia masih belum puas memeluk isterinya tadi.

"Thanks.." Ucap Isya tanpa menoleh ke belakang. Hakikatnya, jantungnya berdegup laju. Hatinya terlalu gembira apabila Ariff melayannya dengan penuh kasih sayang.

"Sayang cuti berapa lama?" Tanya Ariff
Belakang telinga Isya pula dikucupnya lembut.

Hish! Dia ni semua tempat nak cium. Rasanya Isya tu dah rasa terseksa sangat di situ!

"Err..sebenarnya papa bagi seminggu tapi saya ingat nak cuti 4 hari je lah. Kerja banyak dekat office"

Yelah. Sayang suami punya pasal kan kerja terpaksa ditinggalkan buat sementara. Rela datang sini nak pujuk suaminya. Tapi, hakikatnya Isya yang dipujuk oleh Ariff. Aduhai! Takpa la kan ,asalkan dah berbaik semula.

" So, maknanya esok sayang dah nak balik KL. Cuti je lah seminggu. Teman abang dekat sini. Lagipun kerja abang tinggal sikit lagi sebab yang lain tu abang dah tinggalkan kepada Zarul untuk settlekan."

Amboi, sedapnya dia ! Yang kena hadap semua kerja tertangguh tu nanti Isya bukannya dia. Untunglah pula dia yang dapat kawan baik macam Zarul.

"Tapi, Isya ada projek baru kena siapkan. Lagi 2 minggu Isya akan mula adakan meeting untuk berbincang pasal projek tu. So, Isya kena cepat siapkan semua kerja yang tertangguh sepanjang Isya bercuti ni"

"Projek apa?"

Alamak! Isya lupa nak beritahu Ariff pasal projek tu. Apalah reaksi dia nanti kalau tahu aku berkerjasama dengan Shafiq. Ye la, macam mana nak beritahu kalau dia hilang macam tu je tanpa khabar berita.

Isya memusingkan tubuhnya menghadap Ariff. Ariff meletakkan tangannya di penghadang balkoni. Manakala, Isya memegang hujung baju di pinggang suaminya tanpa memeluk pinggang itu. Masih segan!

"Pembinaan hotel." Ringkas sahaja jawapannya.

"Wow hebat papa-papa kita ni sehati sejiwa . Sorang bina resort. Sorang lagi bina hotel."

"Apalah awak ni. Kebetulan je tu."

"Siapa bantu awak nanti? Takkan sayang sorang je."

"Em..Anak kawan papa"

"Lelaki?" Serius sahaja pertanyaan itu kedengaran.

Isya mengangguk.

Hah!Terkejut Ariff. Isya tahan tawa melihat wajah cemberut suaminya. Cemburu la tu!

"Kenapa lelaki?"

"Dah dia lelaki nak buat macam mana . Takkan nak suruh dia tukar jadi perempuan pula." Balas Isya dengan berserta tawa kecil.

"Sayang, abang serius ni tau" Ujar Ariff.

Ya, Isya tahu Ariff serius bertanya tapi sengaja dia mengusik. Tengok muka dah tahu. Tegang semacam. Cemburu betul.

"Okay-okay sorry. Awak janganlah risau. Hanya awak je dalam hati saya. You are mine.. and i'm yours..." Meleret Isya berkata.

Ariff tersenyum nakal mendengarnya! Lain macam bunyinya tu. Ada nak minta apa-apa ke tu? Haishh nadiku berganda gemuruh jiwa... Tiba-tiba pula hati ni nak bernyanyi tapi bukan disebabkan semangat patriotik. Cuma lirik tu bertepatan dengan jiwa Ariff sekarang ni .. Ah gitew!

Alamak! Apa yang kau cakap ni Isya? Aduhai, gediknya suara tu! Nasib baik tergedik dekat suami sendiri . Tapi, kan tak pasal-pasal dia perasan pula. Tu la, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata...Hmm.

"Apa? Abang tak dengar dengan jelas. " Hish dia ni. Sengaja kan!

Isya gigit bibir bawahnya. Apa nak cakap ni?

"Takda apa-apa" Lengan Ariff ditolak perlahan supaya dapat meloloskan dirinya yang dikunci ditengah-tengah dengan tangan suaminya . Isya berlari masuk ke dalam setelah berjaya melepaskan diri.

"Sayang!.." Ariff mengikuti isterinya.

Alamak! Baik cabut lari cepat Isya. Nantikan tak pasal-pasal kena terkam dengan Serigala Jadian nih!?

Isya baru sahaja mahu masuk ke bilik air kerana niat mahu melarikan diri namun sempat ditarik oleh Ariff sehingga ke dalam dakapan Ariff.

"Nak lari mana ah?" Tubuh itu dipeluk erat. Ariff mencium bahu isterinya yang berlapis dengan Tshirt berkali-kali. Digomolnya sepuasnya menyebabkan Isya kegelian.

"Awakk..! Please stop" Isya ketawa kegelian.

Nafas Isya tercungap-cungap kerana penat ketawa. Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan

"Okay-okay Isya penat dah..Janji tak lari lagi" Isya menyerah kalah

Ariff berhenti mencium isterinya. Pelukan perlahan dilepaskan. Apabila pelukan semakin longgar, Isya mengambil peluang itu untuk larikan diri. Isya berjaya. dan terus masuk ke bilik air serta menguncinya dari dalam.

"Isya Qaisara..! Owh kenakan abang yer. Nasib baik dah nak masuk maghrib. Kalau tak abang kerjakan dia cukup-cukup."

Kedengaran Isya ketawa kecil di dalam bilik air.

"Kenapa? Awak nak buat apa dekat saya..?" Isya bersuara dari bilik air. Ariff menyandar di pintu bilik air sambil tangan disilangkan.

"Abang nak beri hukuman yang berat untuk sayang."

"Elehh cubalah kalau awak berani"

Berani kau cabar dia, Isya? Memang cari nahas kau ni. Kalau dia buat betul-betul macam mana? Tak tidur malam lah kau!

"Alright. kita tengok tonight. "

Gulp!

Habislah aku nanti!

Berani sangat cabar dia. Ambil kau! Kau pun macam lah tak tahu yang suami kau tu pantang di cabar dari dulu lagi.

ISYA terdengar sesuatu yang bising di luar ruang tamu Bilik Suite nya. Tiba-tiba pula meremang bulu romanya dan hatinya berdebar.

Ariff tiada ketika itu kerana selepas saja solat Isyak, Ariff keluar kembali untuk berjumpa dengan seseorang berkaitan tapak untuk pembinaan resort di sini.

Iphone yang dipegangnya diletakkan di tepi di atas katil . Isya turun dari katil dan melangkah ke pintu .Tudung yang tersangkut di ambilnya lalu disarung ke kepala. Isya cuba beranikan diri untuk melihat apa yang bunyi bising di luar. Jika berlaku apa-apa kepadanya sekurang-kurangnya auratnya terjaga .

Buk! Kedengaran seperti sesuatu yang jatuh dari luar biliknya sebelum dia sempat memulas tombol pintu.

Dup! Dap! Dup! Dap! Jantungnya berdegup laju.

"Bismillah.." Ucap Isya sebelum memulas tombol pintu untuk dibukanya.

"Aaaaa! " Jerit Isya kuat.apabila melihat satu tubuh yang berbalut kain putih dan berambut panjang di depan biliknya sebaik sahaja dia membuka pintu. Jantungnya hampir tercabut. Lututnya terasa longgar dan dirinya mengigil kuat. Tubuhnya melorot ke bawah dan jatuh ke lantai. Isya pengsan!

"SAYANG..SAYANG" Ariff mengejutkan isterinya bangun.

Tadi, jantung Ariff hampir luruh apabila mendapat panggilan daripada Zarul yang menyatakan Isya pengsan. Ariff terpaksa tangguhkan perjumpaannya dan terus balik ke hotel.

Ariff memandang Zarul yang masih setia berdiri di sisi katil. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pukul kawan baiknya itu . Itu Zarul punya idea semalam untuk takutkan Isya. Katanya, mungkin Isya akan terus minta Ariff temankan dia tidur apabila takut . MUNGKIN katanya! Kau tengok apa dah jadi sekarang, Zarul?! Tak pasal-pasal isteri aku pengsan.

Tapi kalau ikutkan sebenarnya salah Ariff juga sebab terlupa pasal idea tak masuk akal Zarul tu untuk beritahu Zarul yang dia dah berbaik dengan Isya supaya Zarul tak teruskan rancangan tu.

25 minit lepas...

"Alamak! pengsan pula dia ni. Matilah aku kalau Ariff tahu. Haa lantaklah! Kalau aku tak beritahu siapa yang nak angkat dia ni. Walaupun darurat tak mungkin aku angkat dia nantikan tak pasal Serigala Jadian tu makan aku" Gumam Zarul.

Telefon di dalam poket seluar diambil lalu nombor Ariff didailnya. Sejurus telefon dijawab...

"Ariff, Isya pengsan "

"Hah?" Terkejut Ariff dihujung talian.

Dia terus bergegas kembali ke hotel setelah menerima panggilan tersebut.

Sampai sahaja di Bilik Suite Isya. Ariff melihat isterinya yang masih di lantai. Lalu, tubuh itu diangkat dan diletakkan di atas katil.

Back...

"Tak payah la pandang aku macam nak telan aku je." Ujar Zarul.

"Memang rasa nak telan pun. Rasa nak kunyah-kunyah je isi tubuh kau tu." Balas Ariff sakit hati rasanya.

Amboi, Ariff ! Tahu la sayang isteri. Takkan macam tu sekali.

"Cubalah kejutkan dia lagi. " Kata Zarul.

Pandai la kau cakap Zarul. Masalahnya sekarang Isya betul-betul terkejut tu!

Isya bergerak sedikit. Lalu, matanya dibuka perlahan. Dia pandang Ariff di sisinya.

"Awak, apa dah jadi ?" Soal Isya pelik.

Rasanya tadi dia dengar sesuatu dari luar . Itu sahaja yang dia ingat.

"Sayang pengsan. Zarul punya pasal takutkan sayang tadi"

Ye la, Isya baru teringat tadi yang dia terlihat satu tubuh memakai kain putih dan muka di tutupi dengan rambut panjang.

Isya memandang Zarul yang berada di sisi katil dengan muka rasa bersalahnya . Isya memegang kepalanya. Dia berasa sedikit lega. Nasib baik tadi dia sempat menyarung tudung di kepalanya. Jadi, auratnya tidak terdedah.

Ariff melihat muka isterinya yang pucat. Tangan diangkat menyentuh dahi isterinya.

"Sayang demam ni. Panas."

"Sorry Isya. Saya tak sangka pula nak jadi macam ni." Kata Zarul. Rasa bersalah betul-betul menempa dirinya saat ini.

"Takpa, saya maafkan"

Isya tahu pasti Zarul buat semua ni kerana mahu dia dan Ariff berbaik .

"Jom, kita pergi klinik" Ajak Ariff.

"Emm takpa la awak. Saya demam sikit je mungkin sebab terlalu terkejut. Okay la ni esok."

"Takpalah Riff. Kau jagakan Isya . Biar aku pergi belikan panadol kat farmasi kejap."

Ariff mengangguk.

"Okay thanks Rul." Zarul mengangguk.

Zarul berlalu pergi.

"Sayang baring dulu. Abang ambilkan tuala basah"

"Okay"

Ariff membawa tuala kecil dan air putih di dalam bekas. Tuala itu dicelupkan ke dalam air dan diperah. Lalu, tuala itu diletakkan di atas dahi isterinya yang sudah pejam mata. Terlena.

Zarul kembali setelah hampir setengah jam. Ariff mengambil ubat yang dibeli oleh Zarul. Zarul turut membeli bubur untuk Isya. Tidak elok pula kalau makan ubat saja dengan perut kosong.

Selepas Isya makan bubur dan juga ubat, dia kembali lena. Ariff pula setia menemani isteri tercinta di sisi.

PADA pukul 1.30 pagi, Isya kembali terjaga. Itu memang kebiasaan dirinya jika tidak sihat dia akan kerap terjaga di waktu malam.

Sejurus dia membuka mata, Isya terpandang suaminya di sebelah yang ketika itu sedang mengadap laptop sambil menyandar di kepala katil.

Ariff terus pandang ke sebelah apabila melihat ada pergerakan .

"Sayang.." Ujar Ariff lalu tangan naik menyentuh dahi isterinya. Alhamdulilah , tak panas sangat dah . Kurang sikit. Lega hatinya.

"Awak tak tidur lagi? Dah lewat kan.."

"Abang ada kerja sikit kena siapkan. Takpa, sayang tidur dulu."

"i'm sorry"

"Kenapa nak minta maaf? Sayang tak buat salah apapun."

"Sebab saya awak terpaksa tangguhkan kerja awak tadi."

"Bukan salah sayang pun. Salah abang ikutkan sangat plan Zarul tu. Tengok apa jadi. Sayang dah demam."

Ariff menutup laptopnya dan diletakkan di meja lampu disebelahnya. Ariff turunkan sedikit tubuhnya untuk baring.

"Meh sini" Ariff menghulurkan tangannya ke arah isterinya meminta Isya rapat dengannya.

Isya yang memahami maksud Ariff lalu dia masuk ke dalam dakapan suaminya. Ariff meletakkan tangannya di bawah kepala isterinya. Lengan Arif dijadikan bantal tidur oleh Isya.

Isya hanya meletakkan tangan di atas perut suaminya. Ariff genggam tangan yang berada di atasnya, erat. Kemudian, Isya mendongak ke atas memandang Ariff. Ariff berikan kucupan buat isterinya di dahi.

"Boleh tak kalau lepas ni sayang panggil abang dengan panggilan lain? Tak payahlah 'awak saya' dah. Panggil 'abang' ke."

"Taknak.."

Ariff mengerutkan dahi. Pelik! Kenapa pula taknak!?

"Kenapa taknak panggil abang 'abang'?" Soal Ariff

"Panggilan abang bagus juga sebenarnya tapi Isya tak sukalah sebab nantikan ada orang lain perasan Isya panggil dia macam mana? Ye la, sekarang ni panggilan tu kadang-kadang orang guna untuk tegur seseorang yang tak kenal."

Ariff ketawa kecil. Sampai ke situ pula difikirnya. Aduhai, isteri siapalah ni?! Isteri Ariff Rayyan lah, siapa lagi!

"Maksud sayang kalau dekat mana-mana nanti kita akan panggil dia 'abang'...contohnya macam 'abang, boleh kirakan berapa semua ni?' kalau kat kedai makan" Ujar Ariff siap beri contoh lagi sambil ketawa. Macam-macam lah Isya Qaisara ni!

Isya mengangguk..

"Kenapa awak gelak? Saya tak buat lawak pun yer" Isya cubit perut Ariff perlahan.

Tak habis-habis nak ketawakan orang. Betul apa yang aku cakapkan tu? Kan?

"Aduh sayang sakitlah" gadu Ariff. Selalu ada je tangan ketam dia tu apabila tengah geram.

"Habis tu , nak panggil apa? " Soal Ariff

Jari-jemari Isya bermain di atas dada bidang Ariff mengukirkan sesuatu sambil berfikir.

Isya ni nak goda Ariff ke apa tu. Ariff pegang tangan Isya supaya berhenti berbuat demikian. Dia ingat iman Ariff selalu tebal ke?

"Erm..Kalau saya panggil ' Bie ' ?

"Cuba panggil abang nak dengar"

Isya terdiam. Dia ni tak boleh tunggu esok ke ? Malam-malam macam ni nak panggil tu buat pertama kali. Rasa seram sejuk je.

"Sayang.." Meleret suara Ariff.

Gulp!

Isya berpura-pura pejamkan mata.

Ariff menunduk sedikit memandang isterinya.

"Abang tahu sayang tak tidur lagi. Tak payah nak tipu"

Isya masih berpura-pura tidur.

"Ooo tidur ye.." Ariff terus mengeletek isterinya. Isya yang tidak tahan geli terus ketawa kegelian.

"Okay-okay, tak tidur! "

"Cepat ..abang nak dengar"

"Suka eh paksa-paksa orang"

"Tak kisahlah.. cepatlah"

"Hmmm..." Isya sengaja mengusik. Isya gigit bibir bawah sambil mendongak pandang suaminya.

Dia main tarik tali pulak dah!
Isya tahan tawa.

"Bie..." Lembut sahaja kedengarannya.

Ahh rasakan! Tadi suka yer dapat usik Isya. Sekarang, biar Isya pula mengusiknya.

"Okay dah..Jom tidur " Isya pantas ditarik oleh Ariff dalam dakapannya makin erat.

Giliran Ariff pula berpura pejamkan mata. Bukannya dia nak tidur pun , cuma imannya dah rasa makin lemah apabila Isya memanggilnya mengoda sebegitu.

"Bie..nak dengar something special tak?" Suka Isya dapat mengusik suaminya. Nak tengok tahap mana kesabaran suaminya.

"Tak ..payah Isya Qaisara. Tidur! " Ariff sudah tahu apa yang Isya cuba nak sampaikan.

"Bie..I " Huruf ' i ' diukir di dada Ariff

" Love" Bentuk ' hati ' pulak diukirnya.

"Please stop it Isya Qaisara .Baik sayang tidur sekarang sebelum abang ubah fikiran. Kalau tak sayang tak boleh berjalan dengan baik esok" ugut Ariff. Isya ketawa kecil akhirnya.

Namun, merona merah mukanya apabila Ariff berkata sebegitu.

Isya merapatkan bibirnya ke telinga Ariff
"I love you bie " Bisik Isya perlahan di telinga Ariff. Lalu, wajahnya disorokkan. Malu!

Terukir senyuman di bibir Ariff apabila mendengarnya walaupun mata masih dipejamnya. Itulah perkataan yang dia mahu dengar daripada isterinya dari dulu lagi.

" I love you more " Ariff eratkan pelukan. Isya membalas pelukan tersebut.

Akhirnya mereka terlena dalam pelukan masing-masing.

Terima kasih sebab sudi baca novel saya. Terima kasih juga sebab sudi tunggu saya update walaupun lambat. Maaf kalau ada yang tidak puas hati dengan penulisan. Saya masih berusaha untuk beri yang terbaik untuk pembaca novel ini. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Saya doakan semoga semua urusan anda dipermudahkanNya.. #Stayhome

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience