"AWAK betul-betul nak saya ceraikan awak? Okay dengar sini baik-baik.."
Isya menelan air liur mendengar kata-kata Ariff. Dia betul-betul akan ceraikan aku ke? Habis tu macam mana dengan luahan dia selama ni? Dia tipu aku? Dia tak sayangkan aku? Macam - macam dalam fikiran Isya saat itu. Jantungnya berdegup laju. Mata terasa berair dan bila-bila masa sahaja akan jatuh air mata tersebut kalau mendengar lafaz cerai itu.
"Nur Isya Qaisara binti Dato'Eman, Dengan bersaksikan Allah swt, aku bersumpah dan berjanji tidak akan sesekali melepaskan kau. Hanya ajal sahaja yang memisahkan kita.! Sepertimana aku pernah berjanji ketika akad nikah kita! " Isya terkejut mendengarnya. Terasa dirinya tidak berpijak di bumi yang nyata itu. Lututnya terasa longgar. Apa yang perlu dirasai? Bahagia? Marah? Sedih? Kecewa?
Ariff melepaskan pegangan di bahu isterinya. Mata isterinya ditatap dengan penuh cinta yang mendalam. Bukannya Isya tidak perasan mata suaminya merah kerana menahan airmata daripada jatuh.
Ariff mengucup dahi isterinya sambil memejam mata. Isya terasa setitis air jatuh di wajahnya. Mungkin itu airmata suaminya.
Setelah mengucup dahi isterinya, Ariff melangkah keluar dari bilik meninggalkan isterinya disitu yang masih terkejut.
Setelah Ariff hilang dari pandangan. Isya terduduk di lantai. Dia menangis teresak-esak.
"Kenapa? Kenapa awak perlu seksa saya macam ni , Ariff?" Ujar Isya dengan air mata terus mengalir.
6:30 AM
Isya terjaga dari tidur. Selimut yang menutupi tubuhnya di tarik. Dan melangkah turun dari katil.
Tuala yang tersidai di bilik pakaiannya di ambil. Dia ingin mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Selesai mandi dan solat subuh. Isya ke bilik sebelah iaitu bilik suaminya.
TOK! TOK! pintu diketuk dua kali tetapi masih belum dibuka dari dalam.
"Masih tidur lagi ke? Takkan lah dah lewat ni. Selalunya dia yang bangun awal dari aku." Bisik hati Isya.
Pintu bilik itu cuba di buka. Dan sudah pastinya bilik itu tidak berkunci. Isya terus masuk ke dalam.
Isya memandang ke arah katil dan katil itu kelihatan kemas sahaja.
"Dia takbalik ke semalam? Takkan masih marahkan aku? Sepatutnya aku yang merajuk bukannya dia?" Keluhan demi keluhan dilepaskan.
Tanpa membuang masa , Isya kembali ke biliknya untuk bersiap ke office.
ISYA tidak dapat fokus terhadap kerjanya. Serabut memikirkan pergaduhan dia dan Ariff petang semalam.
Telefon di pandang beberapa kali. Tiada langsung call dari Ariff. Selalunya Ariff akan menelofonnya tidak kira masa.
Telefon dimasukkan ke dalam handbag dan laptop di depannya ditutup. Isya mahu pulang awal hari ini. Kemungkinan Ariff ada di rumah. Dia dan Ariff perlu berbincang dengan baik kali ini.
"Irah, saya nak balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa awak boleh call saya"
"Baik puan. Tapi, Puan Isya okay ke?"
"Saya tak berapa sihat hari ni"
"Ooo yeke..nanti puan jangan lupa makan ubat. Takpa nanti kalau ada hal penting saya akan infokan kepada puan."
"Okay thanks..saya pergi dulu."
Irah mengangguk.
Tok ! Tok!
Masuk!
"Pa.." Ariff menegur Dato jefry.
"Hah Ariff..duduklah"
Ariff mengambil tempat di depan Dato Jefry.
"Ada apa pa.." soal Ariff.
"Papa nak bagi kamu ni" ujar Dato Jefry. Satu fail di hulurkan kepada anaknya.
"Papa nak kamu uruskan hal pembinaan resort dekat Langkawi tu. "
"Langkawi?"
"Papa tak dapat pergi sana. Kamu tahu kan lagi beberapa minggu papa dan mama nak ke Makkah. Jadi papa serahkan projek ni kepada kamu."
Ariff mengangguk tanda mengerti.
"Baik pa.."
"Lagi satu. Kamu kena stay dekat sana lebih kurang 2 minggu untuk uruskan apa yang patut. Jadi, lebih baik kamu beritahu isteri kamu awal-awal. Kalau dia nak ikut kamu boleh bawa dia sekali. Sambil tu boleh honeymoon. Bapa mertua kamu pun pasti izinkan nanti." Kata Dato Jefry sambil tersenyum. Dia tidak tahu bahawa anak menantunya itu tengah perang dingin.
"Dia takkan ikut pa" bisik hati Ariff.
"Okaylah pa kalau takda pape Ariff keluar dulu. " Dato Jefry mengangguk.
"Ariff" Namanya dipanggil sebelum sempat keluar dari bilik papanya. Dia berpaling ke arah papanya.
"Setiap manusia ada ujiannya. Papa tahu kamu kuat hadapinya." Ujar Dato Jefry seperti tahu apa yang sudah berlaku . Ariff hanya tersenyum mendengarnya .
"Thanks pa.." Ariff melangkah keluar dari bilik pejabat Dato Jefry.
ISYA dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Terasa lapar lah pula" tiba-tiba dia berasa lapar. Sekarang pun dah masuk tengahari mungkin sebab tu dia rasa lapar.
Isya meletakkan keretanya di parking yang kosong. Dia mahu beli makanan sebelum pulang.
Isya berjalan ke sebuah restoran berdekatan.
BUK!
"Sorry sorry saya tak sengaja" kata seorang perempuan yang tidak sengaja melanggar Isya. Mungkin perempuan itu mahu cepat sebab itu tergopoh-gopoh keluar dari restoran yang Isya baru sahaja mahu masuk.
"Takpa-takpa"
Isya memandang perempuan di hadapannya itu.
"Kak Mai?! Soal Isya.
"Isya?!" Mereka berdua terus berpelukan melepaskan rindu.
"Ya Allah..dah lama kan kita tak jumpa. I miss you so much.
Mereka melepaskan pelukan masing-masing.
"I miss you too , Isya. Isya sihat?"
"Sihat alhamdulilah .. Kak Mai?
" sihat "
"Jomlah kita berborak dulu kalau Kak Mai tak busy la."
"Jomlah, Kak Mai pun ada benda nak beritahu ni."
"Penting bunyinya. Dah jom -jom.." Isya terlalu teruja dapat bertemu dengan kakak angkatnya itu. Mereka hilang contact sejak Kak Mai sudah berkahwin. Masing-masing pun sudah bertukar nombor sebab itu tidak dapat nak call atau WhatsApp untuk bertanya khabar.
Mereka mengambil tempat duduk didalam restoran itu. Isya yang terlalu teruja berjumpa dengan kakak angkatnya sehingga lupa niatnya tadi untuk beli makanan bungkus. Dia hanya terus pesan makanan untuk makan disitu.
"So.. Macam mana dengan kehidupan Kak Mai sekarang? Dah berapa orang anak?"
"Amboi dia ni. Soalan tu pula ditanyanya."
Mereka ketawa kecil.
"Alhamdulilah dah nak masuk 3 orang. Yang sulung dah 4 tahun. Nombor 2 dah masuk 2 tahun. Insha-Allah yang ke 3 ni bulan 6 tahun depan ." Jawab Mai
"syukurlah. Dah berapa minggu kandungan ni?"
"Dah masuk 4 minggu"
Isya mengangguk sambil tersenyum.
Tangan Mai ditarik lembut dan digenggam dengan erat.
"Ya Allah Rindunya"
Maisara hanya tersenyum manis.
"Ya...Kak Mai pun.." ujar Maisara sambil ketawa kecil.
"Ooo ye ..Erin dan Tasya apa khabar? Mereka sihat?" Soal Maisara tentang dua orang lagi adik angkatnya.
"Mereka sihat . Sekarang masing-masing dah kerja. So, busy. Isya pun kadang-kadang je jumpa dia orang."
"Tadi Kak Mai cakap ada benda nak beritahu. Pasal apa?" Sambung Isya.
"Pasal Ariff.." terus berubah riak wajah Isya mendengar nama itu disebut.
"Saya tahu..Isya dah nikah dengan dia kan? Isya janganlah risau pasal perasaan saya terhadap dia. Saya dah takda perasaan terhadap dia. Saya pun dah bahagia dengan suami dan anak-anak saya sekarang ni." Ujar Maisara dengan penuh yakin supaya Isya tidak berprasangka buruk terhadapnya.
Isya membalasnya dengan terukir senyuman dibibir. Dia tahu Maisara baik orangnya. Tidak mungkin dia sanggup merosakkan rumahtangga orang lain sedangkan dia juga ada keluarga sendiri.
Maisara berasa sedikit lega melihat senyuman itu sebelum dia menyambung kata-katanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Diharapnya Isya dapat terima apa yang hendak disampaikan seterusnya.
"Tapi itu bukan perkara sebenar yang saya nak beritahu. Sebenarnya, saya nak minta maaf."
"Minta maaf for what? Kakak takda salah apapun dengan Isya. Isya yang patutnya minta maaf. Sebab Isya, Kak Mai putus dengan Ariff."
"Tak.. bukan salah Isya. Saya yang salah. Saya menjadi penghalang antara cinta kamu berdua. Apabila saya tahu kamu dan Ariff dah nikah, saya rasa happy sangat. Saya berasa ringan sedikit beban yang saya tanggung selama ni. Tapi, selagi saya tak minta maaf dengan Isya selagi itulah saya akan rasa tak tenang."
Isya sedikit keliru dengan apa yang cuba disampaikan.
"Maksud Kak Mai?" Tanya Isya ingin tahu.
"Dulu , masa zaman sekolah. Ariff sudah awal-awal beritahu akak yang dia suka akan kamu. Tapi , akak yang terlalu egois. Masa hari dia mahu berjumpa Isya dan beritahu Isya pasal perasaan dia. Saya halang dia. Saya ugut dia. Masa tu saya tahu yang dia takkan sanggup tengok Isya sedih dan dia tahu yang kita dah terlalu rapat. So, saya ambil kesempatan tu, saya ugut dia kalau dia beritahu Isya pasal dia suka akan kamu. Saya akan benci akan kamu dan tidak anggap kamu macam adik saya sendiri. Walaupun masa tu saya dah bertunang dengan abang Fizul. Disebabkan saya takmahu kahwin dengan abang Fizul, saya taknak hilang Ariff. Saya tahu..saya pentingkan diri sendiri. "
Fizul merupakan suami kepada Maisara. Fizul hanya 2 tahun lebih tua dari Maisara.
Isya sangat terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Maisara. Badannya disandarkan pada kerusi yang didudukinya. Keluhan berat dilepaskan dan matanya di pejam seketika.
Dia tidak sangka selama ni tuduhan dia terhadap Ariff menjadi fitnah. Dia sangkakan Ariff itu sekadar mahu mainkan perasaan dia. Hakikatnya Ariff betul-betul cintakan dia.
"Kak Mai tahu tak.. disebabkan benda ini. Isya jadi isteri yang derhaka. Isya tuduh dia macam-macam. Isya tinggikan suara dan selalu marahkan dia." Airmata yang ditahan menitis jua. Isya betul-betul berasa bersalah terhadap suaminya.
Kalaulah semalam Ariff betul-betul melafazkan cerai. Mungkin Isya betul-betul rasa sangat menyesal sekarang ini.
"Saya betul-betul minta maaf". Tangan Isya digenggam erat. Maisara turut berasa sedih apabila melihat airmata Isya mengalir. Kalau dia tidak berjumpa dengan Isya hari ini. Sudah pasti dia akan berasa menyesal seumur hidup jika berlaku apa-apa terhadap rumahtangga adik angkatnya itu.
"Takpalah Kak. Benda dah jadi. Kita tak mampu nak putarkan semula masa. "
"Saya berjanji. Saya akan perbetulkan semula kembali. Saya akan berjumpa dengan Ariff."
"Takpa Kak. Biar Isya yang bercakap dengannya nanti. " ujar Isya sambil mengelap airmata dipipinya.
"Isya pergi dulu kak. Isya ada meeting kejap lagi. Lain kali kita jumpa lagi. Kak Mai jangan risau pasal semua ni. Isya dah maafkan Kak Mai." Tipu Isya tentang meeting. Isya tahu semua yang berlaku juga berpunca darinya kerana terlalu buruk sangka terhadap suami sendiri . Sedangkan suaminya selalu beritahunya yang dia cintakan isterinya.
"sekali lagi I'm really sorry"
"terima kasih sebab dah maafkan saya"
Isya mengangguk sambil tersenyum pahit.
Dia menghulurkan kad namanya kepada Maisara sebelum dia bangun dan berlalu keluar dari restoran itu. Nombor telefon Isya ada tertera di situ.
Share this novel