Bab 42

Romance Series 23528

*****


ARIFF tergesa-gesa keluar dari rumah setelah mendapat panggilan dari Anne kerana ada berlaku kemalangan di tapak projek pembinaan di Bangi, Selangor.

Setelah sampai di office , Ariff terus ke bilik mesyuarat. Dia meminta semua pekerja berkumpul di situ. Punca kemalangan tu masih belum diketahui. Ariff juga berasa pelik kerana sebelum ini kejadian sebegitu belum pernah berlaku sepanjang Syarikat itu ditubuhkan.

Semua pekerja sudah menunggu Ariff di bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum.." Ariff masuk ke bilik mesyuarat. Dia hanya berdiri di hadapan semua pekerja. Semua pekerja hanya diam seribu bahasa tidak berani bersuara.

"Bagaimana kemalangan ni boleh berlaku? Sudah berapa kali saya pesan kalau ada kekurangan apa-apa bagitahu. Jangan sampai benda ni terjadi baru nak bagitahu. Walaupun Dato Jefry takda kat sini. Awak semua boleh bagitahu saya apa masalahnya." Ariff menyilang tangan sambil berdiri. Semua pekerja menunduk memandang lantai. Sebelum ini tiada seorang pun pernah mengadu apa-apa masalah di tapak projek pembinaan kepada mereka. Benda dah nak jadi nak buat macam mana.

"Bagaimana dengan pekerja yang jatuh tu? " Soal Ariff.

"Mereka dah dibawa ke hospital. I dah dapat maklumat dari pihak sana. Mereka semua selamat. Tapi ada yang patah kaki dan tangan." ujar Anne. Disebabkan Zarul masih di Langkawi. Semua kerja dia yang uruskan.

Ariff mengeluh berat. Tapi, dia juga berasa lega kerana tiada siapa yang terkorban.

"Berapa kali saya nak pesan semua supaya berjaga-jaga dengan sekeliling. Saya tak nak benda macam ni berulang lagi. Lagi satu jangan beritahu pasal ni kepada Dato Jefry. Saya taknak papa saya risau supaya papa dapat tunaikan haji dengan baik. Faham?"

"Faham Tuan Ariff" Semua pekerja bersuara serentak.

"Buat masa sekarang, hentikan dulu kerja-kerja di tapak projek pembinaan dalam seminggu sehingga semuanya selesai. Lepas ni apa-apa masalah beritahu saya. Kalau sakit tak usah datang kerja minta cuti. Jangan paksa diri berkerja kalau tak sihat. "

Semua pekerja mengangguk mengerti.

Semua sudah mengetahui walaupun Ariff baik hati orangnya dan sentiasa memikirkan kebajikan pekerjanya namun dalam pada waktu yang sama dia juga tegas berkenaan dengan kerja di office. Dia tidak suka apabila pekerja-pekerja leka ketika bertugas.


"Tuan Ariff..." Panggil Ifa setelah keadaan nampak sedikit tenang berbanding tadi. Dari tadi dia mahu bersuara tetapi tidak berani kerana melihat wajah tegang majikannya.

"What?"

"Err.. Encik Zarul call katanya dah on the way balik KL."

"Kerja dia, semua dah settle ke dekat sana?"

"Ya"

"Nanti bila dia dah sampai suruh dia call saya"

"Baik Tuan Ariff"

"Semua boleh keluar sekarang. Kembali ke kerja masing-masing" Anne memberi arahan.

Semua pekerja keluar dari bilik mesyuarat itu seorang demi seorang. Tinggal Anne dan Ariff sahaja di bilik itu. Ariff melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya. Dia meraup wajahnya sendiri. Anne perasaankan riak wajah Ariff yang berubah . Mungkin memikirkan masalah yang berlaku atau mungkin kepenatan?

"Are you okay, Riff?"

"I'm okay. I'm just tired. Tak cukup rehat"

Anne tahu mungkin Ariff masih penat kerana baru semalam dia balik KL setelah urusan kerja di Langkawi selesai. Mungkin penatnya masih belum hilang.

"You nak pergi Bangi ke?"

"Yes. I nak pergi sana sekejap. Nak tahu punca kemalangan tu sambil-sambil pergi melawat pekerja yang cedera."

"Boleh I ikut ? Lagipun Zarul takda sini nak temankan you"

"boleh juga"

SETELAH beberapa jam, Zarul sampai ke KL, dia terus ke office. Dia turut risau memikirkan kejadian yang berlaku. Dia cuba menelefon Ariff beberapa kali tetapi tidak dijawab.

"Ifa, Tuan Ariff mana?"

" Tuan Ariff pergi Bangi dengan cik Anne"

"Yeke takpalah " Patutlah dia telefon tak jawab. Dia balik ke sini setelah selesai urusan kerja di Langkawi kerana kasihan akan Ariff yang masih bercuti tetapi terpaksa juga uruskan semua tu. Ariff juga adalah salah satu bos syarikat. Semua masalah adalah dibawa tanggungjawab Ariff .

ARIFF dan Anne telah sampai ke hospital dimana semua pekerjanya dirawat di situ. Namun, sebelum datang ke situ. Mereka sempat singgah di tapak projek pembinaan. Ketika mereka sampai, terdapat beberapa polis yang sedang membuat siasatan. Tetapi, punca kemalangan masih belum diketahui. Ariff cuba untuk berfikir positif mungkin perkara itu memang hendak terjadi dan bukan disebabkan khianat kerana dia tidak mahu bermusuhan dengan siapapun.

Kesibukan Ariff dengan kejadian yang berlaku hari ini menyebabkan dia terlupa untuk memberitahu isterinya tentang keberadaan dia sekarang. Sudah pasti Isya amat merisaukannya.

Ariff dan Anne memasuki bilik pesakit yang merawat perkerja-perkerjanya di situ. Ariff berasa lega apabila dikhabarkan oleh doktor yang merawat mereka mengatakan tiada berlaku hentakan di kepala yang mungkin boleh lebih menyebabkan keadaan mereka lebih parah.

Walaupun kemalangan yang berlaku itu telah menimpa mereka yang tercedera. Namun, ahli keluarga mereka yang ada di bilik itu juga masih menghormati Ariff dengan baik.

"Tuan Ariff!"

"Hadi, Abang Hamid, abang Man" ucap Ariff sambil memandang mereka bertiga sekilas.

"Duduklah Tuan!" ujar seorang wanita dalam lingkungan 40an. Mungkin ahli keluarga dari salah seorang mereka bertiga.

"Ehh takpa"

"Takpa. Tuan duduklah. Cik juga duduklah" Satu kerusi juga diberikan kepada Anne.

"Terima kasih"

Ariff duduk di tengah-tengah antara katil Hamid dan Firman.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku"

"Takpalah Tuan. Bukan salah Tuan. Benda dah nak jadi. Kami juga yang cuai"

"Betul tu" Hadi menyokong kata-kata Firman.

"Terima kasih lah semua masih beri kepercayaan kepada saya. Pasal bayaran rawatan di sini jangan risau. Saya akan uruskan semuanya."

"Terima kasih juga Tuan"

Ariff mengangguk.

Setelah hampir sejam berbual. Akhirnya, Ariff meminta diri untuk pulang. Kalau boleh dia tidak mahu berlama di situ. Hari pun sudah hampir lewat petang. Dia perlu pulang dengan cepat. Saat itu baru dia teringat bahawa dia masih tidak beritahu isterinya tentang apa yang berlaku. Kekalutannya tadi membuatkan dia terlupa hendak beritahu Isya.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu." Ujar Ariff.

"Yelah. Terima kasih datang melawat kami . Terima kasih Cik Anne juga" Ujar Hamid.

"Sama-sama"

Ariff dan Anne beredar dari situ. Sejurus keluar dari bilik pesakit. Ariff menyeluk poket seluarnya mengambil Iphone nya.

Ariff melepaskan keluhan berat.

"Masa ni lah dia nak buat hal"

"Kenapa You?"

"Iphone I habis bateri. Macam mana boleh lupa nak cas tadi"

"You nak call siapa? Zarul?"

"Tak. Wife I. I lupa nak beritahu dia yang I ada kat sini. Masa keluar tadi pun I tak beritahu dia nak datang office."

Wajah Anne terus berubah apabila Ariff menyebut pasal isterinya. Jujur, dia sakit hati bila Ariff menyebut pasal isterinya ketika ada dengannya.

"You tak payah risau. Kalau wife You tak dapat call You pasti dia call Zarul tanya pasal You."

"Betul juga. Tapi, wife I tak tahu Zarul dah balik KL. Mesti dia ingat Zarul ada dekat Langkawi lagi"

"Kita dah nak balik KL ni kan. So, tak payah risau."

"Takpalah. Kejap lagi I cas phone dalam kereta."

Anne menjeling sekilas. Sakit hatinya. Tak boleh ke kalau dalam sehari tak payah sebut pasal Isya. Tak habis-habis Isya Isya.

"You, kebetulan ada kat sini apa kata you teman I pergi rumah kawan I"

"Kawan. Sejak bila you ada kawan dekat Malaysia."

"Ada lah. Walaupun I stay kat luar negara. Tapi , I masih ada kawan dekat sini. Lagipun you lupa ke yang I start tinggal kat luar negara lepas tamat sekolah rendah. So, I still ada kawan zaman sekolah rendah yang I masih berhubung sampai sekarang. Cuma tak selalu. Bolehlah You teman I? Please.."

"Yelah. Tapi, sekejap je. Nanti sampai lewat nak balik rumah."

"Okay I janji . Sekejap je."

Anne tersenyum lebar.

Bagi chance kpd Anne utk dekat dgn Ariff ye.. Sorry la ye pendek sikit bab ni. Dah kurang mood nak menaip ermmm. Tp, paksa diri juga updated walaupun pendek sikit bab 42 demi readers yg sudi baca novel saya . Untuk bab 43 dan seterusnya saya tak tahu nak updated bila pula. Harap bersabar ye my dear readers. Happy reading! Love you all!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience